Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI
PerakDarulRidzuan
28July2025
9:30Pagi
Selepas lampu masuk taman cempaka muka tengok ampang baru trafik bikin block
👻Ada pocong dekat lampu🚥
*#PBRC8🍼*
#Repost @maya.majoriti
Sukar untuk mengungkapkan kata-kata, hanya yang mampu mengelengkan kepala apabila melihat baju asrama berwarna jingga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), membaluti tubuh remaja lelaki.
Klik pada pautan instastory untuk baca lebih lanjut
#mayamajoriti
#majoriti
@buletininfo1malaysia
travel agensi umrah tu x beli tiket balik..ada masalah duit..
siap nak pinjam dulu duit jemaah yg terkandas ni..❓
Arab Saudi pun sponsor Amerika,Amerika support Israel,ngan duit siapa❓
Renungkan lah .,
🦜 *Alor Setar 27 Jul: Kelab penyokong pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mahu terus memainkan peranan dalam usaha menyuntik kekuatan tambahan buat skuad Sang Kenari yang akan memulakan aksi disaingan Liga A1 Semi Pro pada musim ini.*
*Kesetiaan dan kesungguhan itu dibuktikan oleh Kelab Penyokong Green Yellow Supporters Club (GYSC) yang menawarkan tajaan latihan di gimnasium berjumlah RM15,000 berserta kos sarapan pagi untuk satu musim buat pasukan.*
*Menurut Presiden GYSC, Jusnaidi Johari pihaknya sedia menawarkan tajaan berkenaan untuk KDA FC sepanjang musim ini sebagai tanda sokongan dan kesetiaan yang sudah kukuh terjalin sejak beberapa musim lalu.*
🦌 *Kuala Lumpur 27 Jul: Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) menegaskan mereka tidak mempunyai kaitan dengan liabiliti mahupun isu pentadbiran yang melibatkan entiti lama, Kelantan FC, susulan laporan berkaitan surat rasmi yang diterima daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).*
*Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, KRW FC menjelaskan bahawa mereka adalah sebuah kelab baharu yang sah ditubuhkan pada Disember 2024 dan didaftarkan secara rasmi untuk bersaing dalam Liga A1 Semi Pro musim 2025/2026.*
*Dalam masa sama, KRW FC turut memaklumkan bahawa segala usaha dan perancangan kelab sejak awal penubuhan berasaskan nilai integriti, profesionalisme dan semangat juang tinggi demi memartabatkan semula bola sepak Kelantan.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*Summer, 18, mendominasi perlumbaan dari awal hingga akhir dengan catatan masa 3 minit 56.26 saat (s), hampir dua saat lebih pantas berbanding perenang China, Li Bingjie yang meraih perak.*
*Katie pula menamatkan saingan 2.23s di belakang juara baharu dunia itu.*
*Summer segera keluar dari kolam sebaik tamat acara bagi membuat persiapan ke separuh akhir 200m rampaian individu.*
🏸 *Changzhou 27 Jul: Jaguh badminton tuan rumah, Shi Yuqi menjuarai acara perseorangan lelaki Terbuka China selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan rakan senegara, Wang Zhengxing 14-21, 21-14, 21-15 dalam tempoh 64 minit.*
*Kemenangan itu menyaksikan pemain ranking ketiga dunia berusia 29 tahun itu terus menambah koleksi kejuaraannya tahun ini, selepas turut memenangi gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF Disember lalu.*
*"Saya akui impak, kelajuan dan kekuatan pemain muda seperti Wang jauh lebih baik daripada saya. Jadi, saya hanya cuba sedaya upaya bertahan dan melawan kelajuannya," kata Yuqi yang berasal dari Nantong, hanya dua jam pemanduan dari venue kejohanan di Changzhou, Jiangsu.*
🏸 *Kuala Lumpur 27 Jul: Harapan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk merangkul kejuaraan pertama di Super 1000 tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Indonesia di pentas akhir Terbuka China, sebentar tadi.*
*Pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, hari ini, Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan kedua dilihat seperti mampu mengalahkan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang baru disatukan namun ia tidak menjadi kenyataan apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan straight set 15-21, 14-21 hanya dalam masa 35 minit.*
*Untuk rekod, ini adalah kali keenam wakil negara itu berada di pentas akhir namun rezeki masih belum memihak kepada mereka selepas gagal menamatkan kemarau gelaran Super 1000 dengan lima percubaan terdahulu turut berakhir dengan kekalahan.*
🏸 *Kuala Lumpur 27 Jul: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bertekad untuk menggunakan masa yang ada bagi memperbaiki segala kelemahan agar mereka tampil di Kejohanan Dunia bulan hadapan dengan status lebih bersedia.*
*Bagi Ee Wei, dia dan pasangannya termasuk jurulatih, Nova Widianto akan melakukan perbincangan bersama-sama untuk mencari solusi terbaik agar mereka dapat mengurangkan kesilapan yang sering terjadi ketika berada di dalam gelanggang terutama sewaktu ketinggalan.*
*"Kami memang perlu memperbanyakkan latihan kerana salah satu fokus utama sekarang ialah untuk mengurangkan kesilapan sendiri. Selepas ini kami akan kembali berbincang bersama jurulatih bagi menilai prestasi dan membuat pembaikan sebelum ke Paris," katanya.*
😔 *Kuala Lumpur 27 Jul: Badi 34 tahun Malaysia ke atas Thailand terus menghantui apabila skuad negara sekali lagi terpaksa akur, tewas 0-2 dalam acara berpasukan di final Piala Raja Thai 2025 yang berlangsung di Dewan Hatyai, Pusat Beli-belah Central Hatyai, hari ini.*
*Skuad negara yang turun dengan motivasi tinggi untuk memburu kemenangan sulung acara berkenaan selepas lebih tiga dekad tetap gagal apabila pasukan Thailand begitu sukar digugat.*
*Dalam perlawanan akhir itu, ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun melakukan sedikit pertukaran strategi dengan menurunkan Mohd Haziq Hairul Nizam, Mohd Noraizat Mohd Nordin dan Norfaizzul Abd Razak sebagai regu utama menentang pilihan Thailand, Pornthep Tinbangbon, Sankhai Daoreang dan Marukin Phanmakon.*
🏉 *Kuala Terengganu 27 Jul: Kelantan mencipta kejutan selepas menundukkan juara bertahan, Johor bagi Kategori Lelaki Terbuka pada Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan 2025 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, petang tadi.*
*Liverpool yang menurunkan pemain termahal mereka, Florian Wirtz buat kali pertama menguasai penguasaan bola di Stadium Kai Tak yang berbumbung, namun kelemahan di bahagian pertahanan dihukum dengan empat jaringan Milan.*
*Penyokong Liverpool memenuhi stadium dengan 49,704 tempat duduk dipenuhi penyokong The Reds sekali gus mengatasi penyokong Milan.*
*Mereka memberikan penghormatan istimewa kepada Diogo Jota, yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta awal bulan ini.*
✍🏻 *London 27 Jul: Arsenal mengumumkan sudah menandatangani penyerang antarabangsa Sweden, Viktor Gyokeres dari Sporting Lisbon, bagi memperkukuhkan pilihan serangan mereka ketika kelab itu berusaha untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).*
*Penyerang berusia 27 tahun itu, yang membantu Sporting menjuarai liga Portugal musim lalu dengan 39 gol dan turut menjaringkan hatrik dalam Liga Juara-Juara menentang Manchester City, dilaporkan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan nilai perpindahan awal sebanyak £57.4 juta (RM325.8 juta).*
*Perpindahan Gyokeres, yang boleh meningkat sehingga £66.4 juta (RM376.9 juta) termasuk tambahan berkaitan prestasi, menjadikan jumlah perbelanjaan Arsenal sepanjang musim panas ini mencecah sekitar £200 juta (RM1.13 bilion).*
🥳 *Singapura 27 Jul: Sepakan penalti Martin Odegaard pada minit ke-84 memastikan kemenangan dramatik Arsenal 3-2 ke atas Newcastle United dalam aksi pramusim di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.*
*Lebih 38,700 penyokong menyaksikan pertembungan dua kelab Liga Perdana Inggeris itu, yang menyaksikan Newcastle bermula garang apabila pemain baharu mereka, Anthony Elanga, meledak gol seawal minit keenam selepas menyambut hantaran Sandro Tonali.*
*Bagaimanapun, Arsenal tidak panik dan berjaya mengatur semula permainan.*
🥳 *New York 27 Jul: Bruno Fernandes menjaringkan dua gol ketika Manchester United memulakan jelajah pramusim mereka di Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan 2-1 ke atas West Ham dalam kejohanan Premier League Summer Series di New Jersey, hari ini.*
*Kapten United itu mengambil kesempatan daripada dua kesilapan penjaga gol antarabangsa Perancis, Alphonse Areola, untuk memastikan kemenangan buat pasukan kendalian Ruben Amorim dalam cuaca panas terik di Stadium MetLife.*
*Areola dipersalahkan atas kedua-dua gol United, dan walaupun Jarrod Bowen merapatkan jurang buat West Ham, kelab dari London itu tidak benar-benar mengancam United yang sudah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak 13 kali.*
🗣️ *New Jersey 27 Jul: Pengendali Manchester United, Ruben Amorim memuji impak besar yang ditampilkan kapten pasukan, Bruno Fernandes selepas pemain tengah itu meledak dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas West Ham United dalam aksi pramusim di Stadium MetLife, semalam.*
*Fernandes yang sebelum ini menjaringkan 19 gol dan mencipta 19 bantuan jaringan dalam 57 penampilan musim lalu, sekali gus dinobat sebagai Pemain Terbaik Manchester United musim 2023/24, sekali lagi menjadi watak utama buat skuad Red Devils.*
*Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal, namun memutuskan untuk kekal di Old Trafford kerana mahu terus bersaing di tahap tertinggi.*
😇 *Singapura 27 Jul: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe menegaskan Alexander Isak masih menjadi pemain kelab itu walaupun terus dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan kelab Arab Saudi, Al Hilal.*
*Isak, 25, tidak menyertai skuad Newcastle ke jelajah pramusim di Asia kerana mengalami kecederaan ringan pada paha, namun Howe menegaskan penyerang Sweden itu masih menjadi tunjang utama dalam perancangannya musim ini.*
*"Sudah tentu akan sentiasa ada perkara yang berlaku di belakang tabir," kata Howe pada sidang media di Singapura menjelang aksi menentang Arsenal, esok.*
*Menurutnya, Unit Integriti JBPM sudah diarahkan untuk menubuhkan pasukan siasatan bagi mengenal pasti punca penyebaran video tersebut serta mengesahkan identiti sebenar anggota terbabit.*
*Katanya, pihaknya akan menjalankan siasat terlebih dahulu sama ada video itu dimuat naik oleh individu terbabit secara sukarela atau disebarkan oleh pihak lain.*
👦🏻 *Seremban 27 Jul: Siapa sangka, pada usia enam tahun seorang kanak-kanak lelaki D. Devakshean berjaya mencipta sejarah dengan kepintaran luar biasanya mengenal pasti 65 mata wang pelbagai negara dalam satu minit.*
*Berdasarkan kebolehan unik itu, namanya diiktiraf dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi pencapaian Mata Wang Asing Terbanyak Dikenal Pasti oleh Seorang Kanak-Kanak dalam Satu Minit.*
*Ibunya G. Devamalar, 37, yang berasal dari Negeri Sembilan berkata Devakshean mula menunjukkan minat terhadap bendera negara sejak berusia setahun apabila dia boleh mengenal pasti dan menyebut bendera Malaysia dengan tepat.*
*"Sejak kecil memang nampak kebolehan luar biasanya. Bila tunjuk gambar atau bendera, dia cepat ingat.*
🤟🏼 *Tidak akan ada lagi Prince Of Darkness - Ozzy Osbourne atau nama sebenarnya, John Michael Osbourne, perintis muzik heavy metal bersama kumpulannya, Black Sabbath yang meninggal dunia pada usia 76 tahun, Selasa lalu.*
*Muziknya memberi pengaruh kepada kewujudan band rock berpengaruh dunia lain seperti AC/DC dan Metallica hingga ke Aerosmiths, Guns N' Roses, Soundgarden dan Nirvana.*
*Malah, bertebaran ke Malaysia seperti Search, Wings, Bloodshed, MAY, SYJ hinggalah Barbarik.*
*Ibarat aturan yang cantik, konsert Back To The Beginning di Villa Park, Birmingham, England pada 5 Julai lalu yang juga konsert terakhir Ozzy dan Black Sabbath betul-betul menjadi 'ucapan selamat tinggal' terakhir Ozzy untuk peminat, rakan dan keluarganya.*
🔥 *Istanbul 27 Jul: Turkiye mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah negara itu dengan bacaan 50.5 darjah Celsius direkodkan di wilayah tenggara negara.*
*Menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar, pada Jumaat bacaan itu direkodkan di Silopi, daerah dalam wilayah Sirnak yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sempadan Iraq dan Syria, pada Khamis lalu.*
*Ia sekali gus memecahkan rekod sebelumnya iaitu 49.5 darjah Celsius yang dicatatkan pada Ogos 2023.*
*Kementerian itu turut mendedahkan, 132 stesen meteorologi di seluruh negara merekodkan suhu tertinggi bagi Julai tahun ini, sekali gus menandakan gelombang haba ekstrem sedang melanda.*
🐍 *Washington 27 Jul: Seekor ular yang sangat kecil sehingga boleh disangka sebagai cacing ditemukan semula di Barbados, hampir dua dekad selepas ia dianggap pupus.*
*Ular dikenali sebagai Barbados threadsnake (ular benang Barbados) itu ditemukan bersembunyi di bawah batu di tengah pulau itu ketika satu tinjauan ekologi dijalankan Mac lalu.*
*Penemuan itu dilakukan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Pengindahan Negara Barbados bersama kumpulan pemuliharaan Re:wild.*
*Pegawai projek kementerian, Connor Blades berkata, ular berkenaan sangat jarang ditemukan dan digelar ular buta kerana tidak dapat melihat.*
🚀 *Bangkok 27 Jul: Komited bekerja dan kekal tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.*
*Tindakan seorang penghantar makanan di Thailand, meneruskan rutin biarpun hampir menjadi mangsa serangan roket menjadi bualan netizen.*
*Rakaman video berdurasi pendek yang tular di media sosial pada Jumaat menunjukkan, lelaki berkenaan meneruskan tugas penghantaran seperti biasa, walaupun kawasan yang dilaluinya baru sahaja dibedil.*
*Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua anjing kelihatan melarikan diri sejurus letupan dan kawasan itu mula diselubungi asap tebal akibat impak roket.*
*Menurut polis, insiden 7.35 malam itu berhampiran Stesen Gireum di Laluan 4, Kereta Api Bawah Tanah Seoul.*
*Dua mangsa yang cedera dipercayai lelaki yang berusia 60-an dengan seorang cedera di bahagian perut, manakala seorang lagi cedera di tangan.*
*Suspek yang juga lelaki berusia 70-an dilaporkan menikam dirinya sendiri di bahagian perut sebelum ditahan di lokasi kejadian.*
🇨🇳 *Beijing 27 Jul: Seorang lelaki di Beijing memenangi saman terhadap bekas majikannya yang diarahkan untuk membayar pampasan kerja lebih masa kepadanya kerana kerap mewajibkannya menghadiri sesi latihan dalam talian selepas waktu bekerja.*
*Memetik laporan SCMP, kes itu menarik perhatian umum secara meluas dan dilabel sebagai kes 'bersejarah' selepas dilaporkan oleh Workers' Daily pada 17 Julai lalu.*
*Lelaki yang hanya dikenali sebagai Wang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan sejak Julai 2020 dan diberhentikan pada Jun 2023.*
*Beliau memfailkan tuntutan melalui timbang tara, menuntut lebih 80,000 yuan (kira-kira RM47,235) sebagai bayaran lebih masa daripada syarikat yang tidak dinamakan.*
🇮🇳 *New Delhi 27 Jul: Polis India menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai duta kepada beberapa "negara mikro" (micronation) selama hampir sedekad dalam penipuan berskala besar yang mengejutkan pihak berkuasa.*
*Memetik laporan abc. net, suspek dikenali sebagai Harshvardhan Jain, menjalankan operasi itu dari sebuah rumah sewa di Ghaziabad, di pinggir ibu negara New Delhi, menurut polis.*
*Jain mendakwa mewakili beberapa micronation termasuk Westarctica, Seborga, Paulovia dan Ladonia, walaupun entiti berkenaan tidak diiktiraf secara rasmi oleh mana-mana kerajaan di dunia.*
*Hasil serbuan di premis yang disewa Jain, polis merampas wang tunai, kereta mewah, cop rasmi, pasport, kad pengenalan serta plat nombor kereta diplomatik palsu.*
🇮🇳 *Jaipur, India 27 Jul: Tujuh pelajar terbunuh, manakala 26 lagi cedera apabila sebahagian bumbung dan dinding sebuah sekolah kerajaan, roboh, di barat India, semalam.*
*Insiden menyayat hati itu berlaku ketika sesi pembelajaran sedang dijalankan di sekolah berkenaan di daerah Jhalawar, Rajasthan, kira-kira 322 kilometer di selatan ibu negeri Jaipur.*
*Menurut polis, kejadian berlaku pagi Jumaat ketika hujan lebat yang melanda kawasan terbabit sejak beberapa hari lalu, dipercayai menjadi antara punca struktur bangunan menjadi lemah.*
*"Seramai tujuh kanak-kanak kehilangan nyawa setakat ini, manakala 26 lagi cedera," kata pegawai polis tempatan, Nand Kishore kepada AFP.*
🇻🇳 *Hanoi 27 Jul: Pihak berkuasa Vietnam pada Ahad mengesahkan bahawa kesemua 39 mayat mangsa nahas bot pelancong yang terbalik di wilayah utara Quang Ninh berjaya ditemukan, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), lapor Xinhua.*
*Insiden berlaku pada petang 19 Julai apabila bot yang membawa 46 penumpang dan tiga anak kapal terbalik akibat ribut petir.*
*Sepanjang operasi mencari dan menyelamat selama seminggu, 28 pasukan penyelamat digerakkan dengan 10 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 39 mayat mangsa ditemukan, menurut laporan VNA.*
*Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, selain memberikan sokongan kepada keluarga mangsa, menurut laporan.*
🇵🇭 *Manila 27 Jul: Sekurang-kurangnya 30 rakyat Filipina disahkan terkorban akibat fenomena monsun barat daya yang dicetuskan tiga siklon tropika, mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh sejak minggu lalu, lapor Xinhua memetik agensi kerajaan Filipina pada Sabtu.*
*Dalam laporan terbaharu, Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) memaklumkan bahawa tujuh orang masih hilang, sama ada dihanyutkan oleh banjir kilat atau tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.*
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kulim 27 Jul: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunggu laporan penuh siasatan 'pasport terbang' susulan penahanan beberapa anggota penguat kuasa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) semalam. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain untuk menguruskan kes itu mengikut prosedur ditetapkan.*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Bangi 27 Jul: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang bekerjasama dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyelesaikan isu papan tanda yang ditutup pelekat oleh pihak tidak bertanggungjawab. Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, JPJ Pahang sudah diminta untuk mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan bagi memantau papan tanda terbabit dan menguatkuasakan undang-undang.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kota Bharu 27 Jul: Warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik iparnya di Kampung Kubang Golok, Bachok pada Januari lalu. Tertuduh yang berusia 64 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibicarakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Dungun 27 Jul: Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia 18 bulan maut, manakala empat lagi ahli keluarga mereka cedera dalam kemalangan di Jalan Kilang Kelapa Sawit dekat Gugusan Rasau Kerteh di sini kira-kira 6 petang semalam. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata Nur Suhailla Azman, 25, maut di tempat kejadian, manakala bayi perempuannya Nur Aira Humaira Mohamad Sharool meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di sini.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Johor Bahru 27 Jul: Empat pegawai penguat kuasa yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi kegiatan 'pasport terbang' di kaunter penyeliaan zon masuk motosikal di sempadan Johor-Singapura direman enam hari bermula hari ini. Perintah reman ke atas semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40an itu sehingga 1 Ogos ini dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mohammad Izham Mohd Aliyas.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🇵🇸 *Gaza 27 Jul: Israel pada Ahad mengisytiharkan pertempuran Gaza dihentikan sementara di beberapa bahagian di wilayah itu, dan berkata, ia akan membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan membuka laluan darat yang selamat untuk menangani krisis kelaparan yang semakin teruk.*
*Tentera juga berkata, ia mula menggugurkan makanan ke wilayah itu, dan menolak dakwaan ia menggunakan kelaparan sebagai senjata terhadap orang awam Palestin.*
*Dalam satu kenyataan, tentera berkata, ia menyelaraskan keputusannya dengan PBB dan organisasi antarabangsa untuk "meningkatkan skala bantuan kemanusiaan memasuki Gaza".*
*Tiada maklum balas rasmi segera daripada PBB atau agensi bantuan bukan kerajaan yang beroperasi di Gaza.*
🇵🇸 *Baitulmaqdis 27 Jul: Israel memintas dan menyerbu kapal bantuan kemanusiaan Handala yang dikemudi kumpulan aktivis pro-Palestin, Freedom Flotilla, ketika ia dalam pelayaran menuju ke Gaza, semalam.*
*Kejadian disiarkan secara langsung di media sosial menunjukkan detik-detik anggota tentera laut Israel menaiki kapal terbabit, sebelum siaran dipotong beberapa minit kemudian.*
*Ketika diserbu, aktivis atas dek dilihat mengangkat tangan sambil menyanyikan lagu anti-fasis Itali, Bella Ciao, sebagai simbol bantahan aman.*
*Kementerian Luar Israel menerusi kenyataan di platform X memaklumkan, kapal itu, Navarn (dikenali sebagai Handala), ditahan kerana cuba memasuki zon maritim Gaza secara haram.*
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata di bawah pimpinan kerajaan MADANI, rakyat dibenarkan berhimpun namun suara rakyat tidak diperalat dan demokrasi tidak disandera demi dendam serta perebutan kuasa.*
*GOA_L* 9️⃣ *Besut 27 Jul: Peniaga pakaian dalam talian mengalami kerugian RM 47,000 akibat terpedaya janji palsu seorang duda. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa berusia 34 tahun yang juga seorang janda membuat laporan berhubung kejadian pada 3 Jun lalu.*
*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur 27 Jul: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan seorang lelaki menyeludup keluar enam ekor haiwan eksotik bernilai RM73,000 ke Hyderabad, India, hari ini. AKPS dalam kenyataan berkata, lelaki tempatan berkenaan ditahan dalam operasi membabitkan anggota AKPS KLIA dan Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Besut 27 Jul: Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian samun terhadap tiga wanita penghantar makanan sekitar daerah Besut berjaya ditahan pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Gong Medang pada 21 Julai kira-kira jam 4.45 petang.*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kota Kinabalu 27 Jul: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sah akan membentuk pakatan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang. Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara itu telah dibincangkan dalam kalangan parti komponen GRS dengan kata sepakat dicapai untuk membentuk pakatan pilihan raya bersama PH.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Klang 27 Jul: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjadikan Thailand dan Jepun sebagai rujukan dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap buah-buahan bermusim bagi pengeluaran sepanjang tahun. Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata usaha berkenaan yang dilakukan Jabatan Pertanian (DOA) bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sejajar dengan objektif Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Tempatan.*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Johor Bahru 27 Jul: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta bertindak membatalkan lesen perniagaan pusat cuci kereta di negeri ini yang hanya memberikan tumpuan dan perkhidmatan mereka kepada rakyat asing. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan yang tular di media sosial mendakwa sebuah pusat cuci kereta di daerah ini hanya menerima kenderaan dari Singapura sahaja sebagai pelanggan.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Raub 27 Jul: UMNO menolak sebarang perhimpunan yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan dan tidak akan bertolak ansur dengan kehadiran ahlinya dalam perhimpunan pembangkang di Kuala Lumpur, semalam. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ahli Umno sepatutnya memberi tumpuan kepada memperkukuh kerajaan MADANI, bukan cuba untuk melemahkannya.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Shah Alam 27 Jul: Ahli UMNO disaran bekerja membentuk pasukan di semua peringkat dalam persediaan parti melangkah ke pilihan raya akan datang. Mengambil analogi bola sepak, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sesuatu pasukan tidak boleh menang walaupun mempunyai penyerang yang handal.*
*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Gombak 27 Jul: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar datuknya ke sekolah menengah di Taman Ehsan, Kepong di sini, sejak Rabu lalu. Difahamkan, kehilangan Wong Yee Xuan disedari kira-kira 12.30 tengah hari ketika datuknya mahu mengambil remaja itu semula. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, polis menerima laporan yang dibuat lelaki warga emas itu pada hari sama.*
#Repost @isu_semasa.my
Kes panas di KLIA.. Counter Setting.
🎥Nazru Hamdan
@buletininfo1malaysia
Perak 10:52am
Pantai remis balai depan muka tengok segari clear kiri kanan🌸
#J7Crew
27July2025/Terengganu
0950hrs : Snap check (J) berhadapan Stesen Penguatkuasa JPJ Bukit Besi, Dungun.
*#inforoadblock*
PerakDarulRidzuan
26July2025
9:36Pagi
Depan Balai polis Padang Rengas Muka tengok Kuala Kangsar Polis Bikin Block satu hala
*#PBRC4🍼*
PerakDarulRidzuan
26July2025
9:55Pagi
Sungai siput tokong India muka tengok lintang trafik bikin block
*#PBRC5🍼*
怡保皇宮路➡务边路/昆仑拉巴
🎥 2⃣ 边拍时速照
⚡ 时速是70公里
IPOH JLN ISTANA➡ MEDEN GOPENG/G.RAPAT
🎥 2⃣ HALA AMBIL GAMBAR
⚡ HAD LAJU 70km
Subuh-subuh kena ‘ambush’ penguatkuasa dari rumah ke rumah.
@buletininfo1malaysia
#Repost @malaysia.tribune
Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Sekolah Som Lalit di Ahmedabad maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan sekolah pada Khamis lalu. #malaysiatribune #beritasemasa #pelajar
@buletininfo1malaysia
*Kelantan yang tidak menyertai kejohanan itu pada tahun lalu melakar kemenangan 17-12 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM5,00 berserta piala kejohanan manakala Johor meraih RM3,000.*
*Ketua jurulatihnya, Mohamad Syarif Sudin berkata, kejayaan itu tidak datang bergolek sebaliknya usaha keras dilakukan anak buahnya sepanjang dua bulan menjalani latihan.*
🐯 *Kuala Lumpur 27 Jul: Setiap pemain perlu buktikan diri kalau mahu kekal dalam skuad Harimau Malaya.*
*Itu peringatan tegas jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski yang menegaskan tiada jaminan tempat automatik buat mana-mana pemain, walaupun pernah dipanggil sebelum ini untuk tugasan antarabangsa.*
*Menurut pengendali dari Australia itu, beliau mahu melihat semua pemain tampil dengan aksi konsisten di peringkat kelab sebelum membuat keputusan untuk menyenarai pendek barisan terbaik menjelang aksi persahabatan antarabangsa bulan depan.*
🐯 *Kuala Lumpur 27 Jul: Ketika skuad kebangsaan semakin dipenuhi dengan nama pemain daripada 'produk luar', Arif Aiman Hanapi tetap membuktikan dirinya masih berada dalam kelas tersendiri.*
*Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menjadi antara dua pemain tempatan yang mendapat kepercayaan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya ketika menewaskan Vietnam bersama Ahmad Syihan Hazmi.*
*Sembilan lagi pemain yang diturunkan ketika itu terdiri daripada tonggak warisan termasuk empat wajah baharu iaitu Facundo Garces, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado yang pertama kali diserap masuk ke dalam skuad negara.*
*Namun bagi Arif Aiman, kehadiran pemain dari luar tidak sesekali menggugat fokusnya malah dilihat sebagai peluang memperkukuh cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.*
🫱🏻🫲🏽 *Petaling Jaya 27 Jul: Hasrat Selangor FC untuk mencipta kemenangan dalam aksi pemanas badan tidak kesampaian apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang skuad pilihan Asia Warriors FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.*
*Walaupun perlawanan berakhir tanpa sebarang gol, aksi penuh intensiti tinggi yang ditampilkan kedua dua pasukan ternyata memberi kepuasan kepada penyokong yang hadir.*
*Selangor menurunkan Kalamullah Al Hafiz di gawang manakala Faisal Halim menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan dalam perlawanan yang menjadi medan pemanas badan menjelang aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim tidak lama lagi.*
🐢 *Kuala Terengganu 27 Jul: Kelab yang mempunyai nama besar serta hebat mendorong pemain tinggi lampai, Diego Landis memilih Terengganu FC (TFC) sebagai destinasinya pada musim ini.*
*Pemain kelahiran Brazil itu berkata, dia teruja menjadi sebahagian daripada keluarga besar TFC apatah lagi belum pernah merasai suasana bermain dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).*
*"Saya begitu gembira menjadi sebahagian keluarga pasukan ini (TFC) lebih-lebih lagi bakal membuat penampilan pertama dalam kancah Liga M biarpun tidak asing lagi di Asia Tenggara.*
🐃 *Seremban 27 Jul: Bintang Equatorial Guinea, Luis Enrique Nsue, menjadi pemain import terbaharu yang menyertai Negeri Sembilan FC (NSFC) sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026 yang bakal membuka tirainya, 8 Ogos ini.*
*Pemain berusia 27 tahun ini menjadi pemain import ketujuh yang diperkenalkan Negeri Sembilan FC susulan perubahan besar yang dilakukan kelab berkenaan bagi menghadapi musim baharu kali ini.*
*"Sukacita Negeri Sembilan FC dengan ini mengumumkan ketibaan pemain pertahanan, Luis Enrique ke tanah negeri beradat.*
*"Beliau sebelum ini bermain untuk pasukan COD Meknes bagi saingan liga Morocco, Botola Pro 1.*
🤩 *Kobe 27 Jul: Penyerang England, Marcus Rashford memulakan lembaran baharu dalam kariernya apabila membuat penampilan sulung bersama Barcelona dalam aksi pramusim menewaskan kelab Liga J Jepun, Vissel Kobe 3-1 di Jepun, malam tadi.*
*Rashford, 27, dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua selepas menyertai juara La Liga itu secara pinjaman dari kelab zaman kanak-kanaknya, Manchester United, awal minggu ini.*
*Perlawanan itu pada asalnya dibatalkan oleh Barcelona pada Rabu lalu atas alasan 'pelanggaran kontrak serius' oleh penganjur, namun akhirnya tetap diteruskan.*
👑 *Los Angeles 27 Jul: Lionel Messi digantung satu perlawanan oleh Major League Soccer (MLS) kerana tidak menyertai perlawanan All-Star MLS, dan beliau berasa 'amat kecewa' dengan hukuman itu, kata pemilik Inter Miami, Jorge Mas.*
*Messi dan rakan sepasukannya, Jordi Alba dikenakan tindakan disiplin selepas tidak hadir dalam perlawanan All-Star yang menyaksikan pasukan All-Stars MLS menewaskan All-Stars Liga MX 3-1 di Austin, Texas, Rabu lalu.*
*Kedua-dua pemain dipilih oleh peminat dan media untuk perlawanan itu, namun tidak beraksi.*
*Akibatnya, Messi dan Alba akan terlepas aksi menentang FC Cincinnati, esok di Fort Lauderdale, Florida.*
🗣️ *New Delhi 27 Jul: Permohonan untuk menjadi jurulatih pasukan bola sepak India yang dikatakan dihantar oleh Pep Guardiola dan Xavi Hernandez adalah palsu, kata badan induk bola sepak negara itu.*
*Pengarah pasukan kebangsaan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), Subrata Paul sebelum ini mendakwa Xavi memohon untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.*
*Namun, AIFF pada hujung minggu ini memaklumkan bahawa permohonan itu bukanlah 'tulen'.*
*"AIFF menerima satu emel yang mengandungi permohonan daripada jurulatih Sepanyol, Pep Guardiola dan Xavi Hernandez. Ketulenan permohonan itu tidak dapat disahkan, dan kini didapati bahawa emel permohonan itu adalah tidak sahih," menurut kenyataan rasmi AIFF.*
🏍️ *Madrid 27 Jul: Alex Marquez diingatkan bahawa peluang untuk kembali bergandingan dalam satu pasukan bersama abangnya kini amat tipis.*
*Adik-beradik Marquez itu pernah menjadi rakan sepasukan musim lalu di Gresini Ducati dan sebelum itu secara singkat di Honda.*
*Namun, kerjasama mereka berakhir apabila Marc Marquez berpindah ke pasukan utama Ducati, bergandingan dengan Pecco Bagnaia musim ini.*
*Bersama jentera terkini Ducati, GP25, Marc mendominasi saingan dan kini berada di landasan untuk merebut kejuaraan dunia kesembilan.*
🚵🏽♀️ *Pontarlier 27 Jul: Pelumba Australia, Kaden Groves melengkapkan koleksi kemenangan peringkat dalam tiga Grand Tour apabila menjuarai peringkat kedua terakhir Tour de France (TdF) semalam, mengatasi cabaran jalan licin sebelum meraih kemenangan solo menerusi kayuhan sejauh 184.2 kilometer (km) dari Nantua.*
*Kemahiran mengendalikan basikalnya terserlah apabila Groves berjaya mengelak daripada terjatuh ketika pelumba Sepanyol, Ivan Romeo dan wakil tuan rumah, Romain Gregoire tergelincir di selekoh curam basah kira-kira 21km sebelum garisan penamat.*
*Pelumba pasukan Alpecin-Deceuninck itu kemudiannya melakukan serangan dari kelompok kecil dan tidak lagi menoleh ke belakang dalam baki 17 kilometer, sebelum menangis sebaik melintasi garisan penamat.*
🏊🏻♀️ *Singapura 27 Jul: Pemegang rekod dunia dari Kanada, Summer McIntosh memulakan kempen Kejohanan Dunia dengan penuh bergaya apabila memenangi acara 400 meter (m) gaya bebas wanita, menewaskan pencabar utama dari Amerika Syarikat (AS), Katie Ledecky yang sekadar meraih gangsa.*
🧼 *Washington 27 Jul: Seorang bayi lelaki yang dilahirkan hanya selepas 21 minggu dalam kandungan, menyambut ulang tahun pertamanya, baru-baru ini, lapor NDTV.*
*Dia kini memegang rekod sebagai bayi paling pramatang di dunia yang membesar dengan selamat.*
*Nash Keen dilahirkan pada 5 Julai 2024 iaitu 133 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin, dengan berat hanya 283 gram atau diibaratkan sebesar sabun mandi.*
*Dilahirkan di University of Iowa Health Care Stead Family Children's Hospital, bayi kecil itu memerlukan penjagaan rapi selama enam bulan sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya di Ankeny, Iowa, Januari lalu.*
🌋 *Jakarta 27 Jul: Gunung Ile Lewotolok di Lembata, Nusa Tenggara Timur (NTT), meletus 34 kali dalam tempoh enam jam pagi semalam, menyebabkan kawasan sekitar bergema dengan dentuman. Letusan itu turut memuntahkan lava sejauh ratusan meter.*
*Kakitangan Pos Pengamat Gunung Api (PGA) Ile Lewotolok, Fajaruddin M Balido berkata, letusan berlaku antara 6 pagi hingga 12 tengah hari Sabtu, dengan asap berwarna putih dan kelabu berkepul setinggi 100 hingga 300 meter (m) dari puncak kawah.*
*"Sebanyak 34 kali letusan direkodkan, disertai gemuruh berintensiti lemah hingga kuat," katanya.*
*Katanya, letusan kali ini turut memuntahkan lava sejauh 500 meter ke arah timur dari pusat letusan.*
🕳️ *Singapura 27 Jul: Seorang pemandu wanita dikejarkan ke hospital selepas keretanya terjatuh ke dalam sebuah lubang benam di Jalan Tanjong Katong, Singapura pada Sabtu.*
*Agensi air negara Singapura, PUB, dalam kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa wanita itu berjaya diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan berada dalam keadaan sedar pada masa itu.*
*Sebuah klip video yang tular di media sosial menunjukkan kereta berkenaan hampir tenggelam sepenuhnya dalam lubang benam yang dipenuhi air.*
*PUB berkata kejadian berlaku sekitar 5 petang berhampiran tapak kerja milik agensi itu dan melibatkan dua lorong jalan.*
🚔 *Sydney 27 Jul: Ejaan salah 'POILCE' pada kenderaan menyerupai polis, menimbulkan curiga sehingga menyebabkan lelaki muda di Australia ini, baru-baru ini ditahan dan didakwa di mahkamah.*
*Kunlang Li, 20, berdepan lapan pertuduhan termasuk menyamar sebagai pegawai polis dan memiliki senjata api , selepas diberkas berhampiran sebuah stesen kereta api di Sydney, 2.50 petang, 18 Julai lalu.*
*Kereta Mercedes hitam milik lelaki itu dipasang antena radio, pelekat lencana polis serta tulisan dalam Bahasa Cina, 'gong an' dan 'jing cha' yang membawa maksud polis.*
*Namun paling mencurigakan, perkataan polis yang sepatutnya dieja dengan betul dalam Bahasa Inggeris iaitu 'police', dipaparkan sebagai 'POILCE'.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=
👣 *London 27 Jul: Luis Diaz diketepikan daripada skuad Liverpool bagi perlawanan pramusim menentang AC Milan kerana penyerang itu sedang dalam rundingan perpindahan ke Bayern Munich.*
*Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, yang tewas 2-4 di Hong Kong, dijangka menerima bidaan kedua untuk Diaz selepas menolak tawaran awal bernilai hampir £58.5 juta (RM332 juta), dan pemain Colombia itu difahamkan mahu meninggalkan kelab.*
*Dia turut dikeluarkan daripada skuad 22 pemain Liverpool, semalam, disebabkan perkara berkenaan dan Arne Slot berkata, mereka telah membuat keputusan untuk tidak menurunkannya selagi spekulasi masih berterusan.*
🐔 *Hong Kong 27 Jul: Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool tewas 4-2 kepada AC Milan pada Sabtu dalam aksi persahabatan pramusim di Hong Kong.*
*Agensi itu turut melaporkan bahawa bencana berkenaan menyebabkan 10 orang cedera.*
*NDRRMC juga melaporkan lebih 1.46 juta keluarga, bersamaan kira-kira 5.30 juta penduduk terjejas di seluruh negara.*
🇹🇭 *Bangkok 27 Jul: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju untuk melaksanakan rundingan segera ke arah gencatan senjata berhubung pertempuran di sempadan.*
*Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata, beliau menghubungi kedua-dua pihak iaitu Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayacha.*
*"Mereka bersetuju untuk segera bertemu dan merangka pelan gencatan senjata, dan akhirnya, mencapai perdamaian! Ia satu penghormatan untuk berurusan dengan kedua-dua negara ini," kata Trump.*
🇹🇭 *Bangkok 27 Jul: Konflik Thailand-Kemboja masih belum menunjukkan keredaan apabila kedua-dua negara, hari ini, masih berbalas serangan ketika pertempuran memasuki hari keempat.*
*Konflik masih berterusan biarpun kedua-dua negara menyatakan kesediaan untuk berunding dan melaksanakan gencatan senjata selepas campur tangan diplomatik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.*
*Setakat ini, sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh, manakala lebih 200,000 penduduk dari kedua-dua negara terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing menjadikannya pertempuran paling berdarah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.*
🇹🇭 *Bangkok 27 Jul: Thailand menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan dua hala dan mencapai gencatan senjata bersama Kemboja, selepas pertempuran sempadan yang berlarutan sejak tiga hari lalu.*
*Sehingga kini, konflik itu mengorbankan sekurang-kurangnya 33 nyawa dan memaksa lebih 150,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.*
*Kementerian Luar Thailand dalam kenyataan lewat malam Sabtu memaklumkan, negara itu bersetuju secara prinsip untuk melaksanakan gencatan senjata dan mahu memulakan dialog dua hala dengan Kemboja secepat mungkin.*
🇰🇭 *Samraong, Kemboja 27 Jul: Angka kematian di Kemboja akibat pertempuran dengan Thailand meningkat kepada 13, kata kementerian pertahanan Phnom Penh Sabtu, dengan lebih 35,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.*
*Jurucakap, Maly Socheata berkata, mangsa termasuk lima askar dan lapan orang awam.*
*Pertempuran sengit meletus antara kedua-dua jiran itu pada Khamis lalu, kerana pertikaian sempadan yang lama berlarutan.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
👨🏻⚖️ *Kuala Lumpur 27 Jul: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara ke-17, esok.*
*Wan Ahmad Farid, 62, dilantik menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lalu.*
*Majlis angkat sumpah dan penyerahan surat pelantikan akan diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya.*
*Selain Wan Ahmad Farid, lapan hakim Mahkamah Rayuan dan 14 hakim Mahkamah Tinggi yang baharu turut dijadualkan mengangkat sumpah.*
👨🏻🚒 *Marang 27 Jul: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota bomba bantuan dikaitkan dengan video lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.*
*Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Nor Hisham Mohammad berkata, walaupun individu dalam video berkenaan tidak memakai pakaian seragam, siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan beberapa hantaran lain di akaun media sosial milik lelaki itu yang menunjukkan individu itu memakai uniform bomba.*
🇹🇷 *Ankara 27 Jul: Beberapa trak bantuan dari Mesir dilaporkan memasuki Semenanjung Gaza melalui persimpangan Rafah pada pagi Ahad, membawa pelbagai bekalan penting termasuk makanan dan barangan untuk memulihkan infrastruktur, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan Mesir.*
*Rakaman video oleh saluran Al Qahera News menunjukkan trak-trak sarat dengan muatan bergerak dari wilayah Mesir ke dalam Gaza.*
*Sementara itu, portal berita Al-Ahram Gate melaporkan konvoi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Mesir dalam menyokong rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik.*
🇷🇺 *Moscow 27 Jul: Kapal induk tunggal milik Rusia, Admiral Kuznetsov, yang berusia lebih 40 tahun, dijangka akan dijual atau dilupuskan selepas usaha membaik pulihnya berdepan pelbagai kegagalan dan menelan kos tinggi.*
*Pengerusi syarikat perkapalan negara Rusia, United Shipbuilding Corporation, Andrei Kostin berkata, pihaknya tidak lagi melihat sebarang manfaat untuk meneruskan kerja pembaikan terhadap kapal berkenaan yang telah lama tidak beroperasi.*
*"Kami percaya tiada gunanya membaikinya lagi. Ia sudah lebih 40 tahun dan terlalu mahal. Saya rasa isu ini akan diselesaikan dengan sama ada dijual atau dilupuskan," katanya dalam wawancara bersama akhbar Kommersant, Jumaat lalu.*
🇷🇺 *Moscow 27 Jul: Penyiasat menemukan perakam data penerbangan daripada serpihan pesawat terhempas di timur jauh Rusia, yang mengorbankan 48 orang, dan akan menghantarnya untuk dianalisis, kata pihak berkuasa Rusia pada Jumaat.*
*Pesawat itu, Antonov-24 yang dikendalikan oleh Angara Airlines, sedang membuat percubaan kedua untuk mendarat di bandar Tynda di Siberia apabila ia hilang daripada radar kira-kira 1 tengah hari Khamis.*
*Helikopter penyelamat kemudiannya ternampak fiuslaj pesawat yang terbakar di lereng gunung di kawasan hutan, kira-kira 15 kilometer di selatan lapangan terbang Tynda.*
*Pendakwa raya belum mengulas mengenai apa yang mungkin menyebabkan nahas itu, tetapi seorang penyelamat yang dipetik oleh agensi berita TASS berkata, pesawat hampir 50 tahun itu cuba mendarat ketika awan tebal.*
🇧🇪 *Brussels 27 Jul: Eropah melakar sejarah baharu dalam usaha membanteras penularan HIV apabila pihak berkuasa perubatannya meluluskan suntikan pencegahan dua kali setahun yang disifatkan sebagai antara pencapaian perubatan terbesar tahun ini.*
*Ubat berkenaan, lenacapavir, dibangunkan syarikat farmaseutikal Gilead dan menunjukkan keberkesanan 100 peratus dalam ujian klinikal sebagai kaedah pencegahan prapendedahan (PrEP) terhadap jangkitan HIV.*
*Keputusan positif daripada jawatankuasa penasihat Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang diumumkan pada Jumaat lalu membuka laluan kepada kelulusan rasmi Suruhanjaya Eropah dalam beberapa bulan akan datang.*
🇪🇸 *Oviedo, Sepanyol 27 Jul: Suami isteri didakwa mendera tiga anak lelaki mereka secara kejam selama hampir tiga tahun hingga menyebabkan mangsa hidup dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, sejak pandemik Covid-19, lapor The Sun.*
*Christian Steffen, 53, dan isterinya Melissa Ann Steffen, 48, baru-baru ini ditahan polis di Bandar Oviedo, selepas disyaki melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap anak-anak mereka termasuk kembar berusia lapan tahun dan 10 tahun.*
*Menurut sumber siasatan, ketiga-tiga kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan mengerikan apabila dipakaikan tiga lapis pelitup muka, dipakaikan lampin setiap masa dan dipaksa tidur dalam katil berpagar dalam bilik gelap tanpa cahaya matahari.*
🇰🇷 *Seoul 27 Jul: Tiga individu cedera termasuk suspek dalam kejadian tikaman di sebuah salun permainan Go di Seongbuk-gu, semalam, lapor The Korea Herald.*
*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Mukah 27 Jul: Pekebun ditahan polis selepas melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang buatan sendiri atau bakakuk ke rumah kebun saudaranya yang terletak di sebelah kebun miliknya di Nanga Pelugau Ulu Balingian di sini, pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias dalam kenyataannya berkata, suspek ditahan susulan laporan dibuat seorang lelaki berusia 36 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah pada 9.55 pagi semalam.*
*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Putrajaya 27 Jul: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat menilai usaha dan dasar kerajaan berdasarkan fakta dan bukan dipengaruhi sentimen politik. Beliau berkata, walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif, masih ada pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat seperti harga minyak dan harga barang naik, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.*
*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 27 Jul: Demi memastikan keselamatan penuntut sepanjang berada di Thailand, peserta pertukaran daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) diminta memuat turun aplikasi '360' bagi membolehkan lokasi mereka dipantau secara berkala, susulan ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja. Menurut penuntut pertukaran Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Damia Farwieza Muhammad Harith Zakwan Tang Abdullah, 22, semua peserta program di Prince of Songkla University (PSU), Thailand, turut diiringi dua penuntut tuan rumah sebagai penunjuk arah sepanjang program bagi memastikan keselamatan mereka lebih terjamin.*
*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kulim 27 Jul: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan anjakan peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi memperluas fungsi termasuk aspek kawalan keselamatan di kawasan sensitif seperti sempadan negara.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu selaras usaha memperkukuh keupayaan Rela supaya tidak hanya tertumpu kepada tugasan konvensional seperti membantu semasa bencana, majlis keramaian atau kawalan lalu lintas.*
*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Kota Bharu 27 Jul: Petugas hospital didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul seorang lelaki yang juga suami kepada bekas isterinya menggunakan parang di Kampung Pulau Raja pada 16 Julai lalu. Tertuduh, Nik Mohd Helmi Raja Sulong, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.*
*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kulim 27 Jul: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menerima sebarang laporan pelanggaran berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) atau aduan terhadap mana-mana akta susulan perhimpunan aman anjuran pembangkang yang berlangsung di ibu negara semalam. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perhimpunan berkenaan berjalan lancar dan dikawal rapi oleh polis secara profesionalisme selaras komitmen Kerajaan MADANI dalam menjamin kebebasan berhimpun.*
*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Semporna 27 Jul: Pemancing dikhuatiri lemas selepas tercampak ke laut apabila bot kayu dinaikinya bersama rakan dilanggar sebuah bot lain berhampiran Jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum di sini, pagi semalam. Dalam kejadian pada 4 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Balsiti Utumani, 40, hilang, manakala rakannya, Julamdi Abdillah, 30, berjaya diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan terbabit.*
*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Ipoh 27 Jul: Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam disifatkan sebagai 'kejayaan besar' kerajaan MADANI dalam mendepani tuntutan peserta demonstrasi terhadap kerajaan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia dinilai berdasarkan kepada layanan jentera dan petugas penguat kuasa terhadap peserta demonstrasi itu yang disifatkan lebih baik berbanding demonstrasi yang pernah diadakan sewaktu era pentadbiran kerajaan terdahulu.*
*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*
*ISNIN 28 JULAI 2025 MASIHI BERSAMAAN 3 SAFAR 1447 HIJRAH*
*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*
*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK* : *05:51am*
*SUBUH* : *06:01am*
*SYURUK* : *07:12am*
*ZOHOR* : *13:23pm*
*ASAR* : *16:45pm*
*MAGHRIB* : *19:30pm*
*ISYAK* : *20:43pm*
*artikel disiarkan pada tarikh 27jul*
*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*
*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 27 Jul: Pertemuan antara pemimpin Thailand dan Kemboja dijangka berlangsung esok di Putrajaya bagi membincangkan gencatan senjata berhubung konflik antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata rundingan itu akan berlangsung di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, di sini pada 3 petang.*
*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 27 Jul: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara diisytiharkan cuti esok. Pengerusi Majlis Amanah Rakya (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi hadiah istimewa itu sempena kejayaanMRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025, hari ini. Perkara itu diumumkan sendiri Asyraf Wajdi menerusi satu hantaran di Facebooknya, malam ini.*
*GOA_L* 3️⃣ *Jakarta 27 Jul: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Indonesia mulai Isnin bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ke-13 dengan Presiden Prabowo Subianto, yang merupakan sesi pertama antara kedua-dua pemimpin. Beliau akan diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.*
*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 27 Jul: Usahawan kosmetik dan pempengaruh yang disyaki terbabit kegiatan haram termasuk pengubahan wang, penyeludupan serta pengedaran dadah terutama pil kuda kini berada dalam radar Polis Diraja Malaysia (PDRM). Difahamkan, tindakan terbabit adalah susulan tangkapan usahawan kosmetik sebelum ini oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kerana disyaki mendalangi aktiviti haram dengan berselindung di sebalik perniagaan mereka.*
*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 27 Jul: Seramai 43 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Jeddah, Arab Saudi, selepas agensi pelancongan dikatakan gagal menyediakan tiket penerbangan pulang ke Malaysia kepada semua jemaah terbabit. Mutawif, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau dikenali PU Abu berkata, jemaah berusia antara 20 hingga 60 tahun terpaksa bermalam di sebuah apartment berhampiran selepas tidak dapat menaiki penerbangan seperti dijadualkan.*
*GOA_L* 6️⃣ *Pasir Mas 27 Jul: Jumlah tangkapan penagih membabitkan pengambilan pil kuda adalah beratus kali ganda berbanding lain-lain dadah di seluruh negeri Kelantan. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Supindi Usop @ Yusop, berkata pihaknya menahan 933 penagih sepanjang tahun ini sehingga 10 Julai dan 913 daripada tangkapan membabitkan penagih pil kuda.*
*GOA_L* 7️⃣ *Kuching 27 Jul: Hujan lebat disusuli ribut kencang menyebabkan beberapa kediaman di kawasan Batu Kawa di sini, rosak teruk, lewat petang hari ini. Pokok tumbang serta papan tanda yang tercabut dilanda ribut turut merosakkan beberapa kenderaan termasuk di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Batu Kawa.*
*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 27 Jul: Kerajaan MADANI akan terus mendengar suara rakyat daripada semua lapisan masyarakat termasuk nelayan, petani, pekerja kilang, peniaga kecil serta anak muda dan bukan hanya suara di sebalik mikrofon politik di atas pentas himpunan.
#Repost @malaysiagazette
Passport Terbang: Empat Lagi Penguat Kuasa Ditahan #MGFlash
Lagi tangkapan pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah berkaitan kegiatan pasport terbang.
#malaysiagazette #passport
@buletininfo1malaysia
PerakDarulRidzuan
27July2025
10:45Pagi
Chemor muka tengok ipoh pekan depan BSN/Public bank trafik bikin block
👻Ada pocong sebelum sekatan
*🔰 IPOH INFO CREW 🔰*
Beli jus tembikai, ada protein tambahan anak lipas
PETALING JAYA – Seorang pemuda terkejut apabila air jus tembikai yang dibelinya di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur, rupa-rupanya turut ‘dimasukkan’ perisa tambahan iaitu seekor anak lipas.
Menerusi video dikongsikan pada TikTok @syzzl5, dia hanya menyedari kehadiran lipas tersebut di dalam jus tembikai yang dibungkus di dalam plastik, selepas dia menghabiskan minuman berkenaan.
“Geramlah aku kalau lepak mamak ada lipas dalam air,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, dia memberitahu telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pekerja kedai makan dan menukarnya kepada minuman baharu.
“Dah beri air percuma dan air tadi tak perlu bayar,” katanya.
Dalam masa sama, orang ramai turut meninggalkan pelbagai komen termasuk berbaur jenaka kepada lelaki tersebut.
“Abang dah jd superhero ‘lipasman’ kan, tapi identiti abang kami dah tahu ni,” komen seorang pengguna TikTok.
“Tak payah ambil protein, ni memang ada protein dah siap-siap,” kata seorang individu merujuk lipas tersebut sebagai protein.
“Entah-entah lipas tu terkencing dalam air tu sebab sejuk sangat,” komen individu lain.
@buletininfo1malaysia
PerakDarulRidzuan
26July2025
9:52Pagi
Lenggong muka tengok Gerik depan stesen pemancar RTM lawin polis bikin block kiri kanan
*#PerakInfoSemasa*
*Ija, adik dihukum penjara sebulan, denda RM1,500*
MUAR: Pempengaruh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, dan adik lelakinya yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan beliau di Sungai Tui, Bukit Kepong, 14 Julai lalu, masing-masing dihukum penjara sebulan serta denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas kedua-dua Tengku Nizaruddin atau lebih dikenali sebagai Ija, 38, adik, Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa.
Mahkamah juga memerintahkan Ija dipenjara tiga bulan lagi, manakala Tengku Aziz Aziz pula enam bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.
Hukuman penjara ke atas dua beradik itu berkuat kuasa dari tarikh sabitan, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan misteri kehilangan Ija terjawab apabila lelaki itu didapati masih hidup dan melarikan diri ke negara jiran.
Perkara itu terbongkar selepas wujud keraguan dalam laporan dikemukakan pada hari kejadian sehingga polis percaya kehilangan berkenaan direka-reka oleh Ija termasuk bersuhabat dengan adiknya.
Artikel : Berita Harian
@buletininfo1malaysia