bicarathtl | Unsorted

Telegram-канал bicarathtl - UiTO Channel: Bicara THTL

917

Pandangan dan perkongsian THTL Web Rasmi uito.org Channel rasmi @UiTO2017 @BicaraThtl

Subscribe to a channel

UiTO Channel: Bicara THTL

Syarahan Kitab Ar-Riqaq Bab Perubahan Sikap Manusia petikan daripada Kitab Misykaat Al Masaabiih

In sya’a Llah, Selasa, 8 April 2025 10:00 - 10:30 malam, ikuti sesi Streamyard bersama Ustaz Ahmad Nasim bin Abdul Rauf yang akan mengupas Kitab Ar-Riqaq Bab Perubahan Sikap Manusia petikan daripada Kitab Misykaat Al Masaabiih.


🎥 Tonton di Youtube Live:
https://www.youtube.com/live/6NZ2YDXmFHw?si=8hs_3CLon7o70QuY

📸 Tonton di Facebook UiTO:
https://www.facebook.com/share/15jcX2NjCq/

📹 Tonton di Facebook Ukhuwah:
https://www.facebook.com/events/692814990071190



Infaq Dakwah & Kebajikan:
Maybank
Ukhuwah Teguh
562058070928


#UkhuwahTeguh
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Siri Pemurnian Hadith Viral 129/1K

(Solat Berjamaah Di Masjid Wajib Atas Lelaki Yang Dengar Azan.
Status khilaf.

Status hadith:

Dhaif
Jika (ianya) sahih, maka hukum solat jamaah di masjid jadi wajib ke atas semua lelaki yang dengar azan dari masjid berdekatan.  Walhal dalam mazhab syafi'i, hukum solat jamaah kepada lelaki, fardu kifayah.

Sanad Abu Daud
Dari qutaybah > Jareer > abi janab > maghra' al abdi > Adi b thabit > said b jubair > Ibn Abbas.

حدیث نمبر: 551

(مرفوع) حدثنا قتيبة، حدثنا جرير، عن ابي جناب، عن مغراء العبدي، عن عدي بن ثابت، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" من سمع المنادي فلم يمنعه من اتباعه عذر، قالوا: وما العذر؟ قال: خوف او مرض، لم تقبل منه الصلاة التي صلى"، قال ابو داود: روى عن مغراء ابو إسحاق.
Kata syeikh zubir ali za'iy, darul hadith india:
Perawi Abu Janab Yahya b Abi Hayyah al Kalbi, dhaif mudallis [lemah , dia sembunyi sanad]
قال الشيخ زبير على زئي: ضعيف
إسناده ضعيف
أبو جناب يحيي بن أبي حية الكلبي ضعيف مدلس

* Ihsan: Pertubuhan IKRAM J.D.T
**hukum solat berjamaah atas lelaki menurut 4 mazhab:
1. Wajib: Hanbali, ibn Taymiyah
2. Fardu kifayah: Syafi'i
3. Sunat muakkad: Maliki, Hanafi.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Beberapa soalan telah diutarakan.

1.Adakah dalil untuk salat sunat Awwabin dan salat sunat tasbih ?

2. Adakah maklumat ini benar. Dalam Islam unit trust adalah haram kerana Capital yang kita invest itu sudah tentu dapat balik bersama dividen. Ini dianggap seolah- olah kita beri pinjam dan kenakan interest. Di mana konsepnya sama macam riba. Adakah benar pemahaman ini, maka semua unit trust walaupun dikatakan patuh syariah dalam negara ini sudah tidak betul.  Adakah anggapan ini benar?
3. Apakah pelaburan Islamik patuh syariah yang sebenar?
4. Semua duit dalam ASB kalau sudah yakin memang haram  dan bila kita keluarkan Capital, semua jumlah dividen itu bolehkah disedekahkan kepada masjid , pertubuhan amal dan asnaf atau anak yatim. Adakah kita boleh guna untuk membetulkan atap rumah sendiri atau barang-barang rosak dalam rumah sendiri?




Jawab 1/4
1.1 Salat Awwabin : Salat dhuha. Thabit.

Dalil:
Hadits Zaid bin Arqam رضى الله عنه, ia berkata :

خَرَجَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَهْلِ قُبَاءَ وَهُمْ يُصَلُّونَ، فَقَالَ: صَلَاةُ الْأَوَّابِينَ إِذَا رَمِضَتِ الْفِصَالُ

Rasulullah ﷺ keluar menuju orang ramai di masjid Quba’ dimana mereka sedang melaksanakan salat. Maka Beliau bersabda, “Salat Awwabin dilakukan saat anak-anak unta telah kepanasan” [HR. Muslim no. 748]

Sufi, Aswaja menukar salat Awwabin, salat enam rakaat selepas maghrib. Albani berkata tidak ada asalnya penukaran ini.

1.2 Salat Tasbih.
Khilaf.
Hadith ahad, sanad Ibn Abbas.

Ahli hadith mutawaddimin dhaif. Antaranya, Daruqutni, Tarmizi, An- Nawawi, Syeikhul Islam, Lajnah Daimah KSA.

Mazhab Syafi'ie sahih dan Al Albani, sahih.

Jawab:
2/4 status unit trust
Unit trust= dana pelabur diurus oleh agent spt public mutual, kenanga.

Pelaburan di Malaysia ada dua: Konvensional lawan patuh Syariah.

Maka jika unit trust anda diurus oleh agent yang guna model patuh Syariah, maka halal.

3/4 pelaburan patuh Syariah
Ada.
1. Gold (al Rajhi, Public Gold)
2. Hartanah
3. Bursa saham indeks Syariah
4. Kwsp Syariah
5. Tabung haji
6. Bank rakyat
7. Unit trust ( public mutual, kenanga)
8. Cpb bank

4/4 status ASB
Majlis fatwa kebangsaan, mfk, harus
https://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/laman-hukum/117-pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

Fatwa Perlis juga harus bersyarat

Link

https://muftiperlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/115-fatwa-pelaburan-amanah-saham-bumiputera-asb

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Pemurnian Hadith Medsos: Qabliah Zuhur 4 Rakaat, Ba'diah Zuhur 4 Rakaat

Hadits solat qabliyah zuhur 4 rakaat, 4 rakaat ba'diyah, status dhaif kerana perawi al Qassim bin Abdul Rahman, menurut Syaikh Muhaddith Abdullah Abd Rahman al Saad, ulama besar hadith dari Riyadh.

قال الشيخ عبد الله بن عبد الرحمن السعد

وجاء حديث آخر " من صلى قبل الظهر أربعا وبعدها أربعا حرم الله جسده على النار" .. رواه الترمذي وقال " حسن صحيح " وتكلم فيه أبو داود الطيالسي, وساق النسائي روايات هذا الحديث , وبين الاختلاف! والأقرب أنه معلول وأصله حديث أم حبيبة " من حافظ على ثنتي عشرة ركعة في اليوم والليلة بنى الله له بيتا في الجنة

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Adakah Hamas Kumpulan Syiah?

Hamas, Harakah Muqawwamah Islamiah, حركة المقاومة الإسلامية, harakah kebangkitan Islam Gazzah. Adalah cawangan Ikhwan Muslimin Gazzah. Ia diasaskan Syeikh Ahmad Yasin, rh. Presiden hamas sekarang, Ismail Haniyeh. Jadi yang tuduh Hamas syiah, made in USA tu semua mengarut. Sebab pergerakan Islam terbesar dan paling influential di dunia ialah Ikhwan, born in Egypt, 1928 oleh Syeikh al Mursyid Hasan al Banna rh.

Harakah Hamas, sama dengan Ikhwan Egypt memi trademark Ikhwan ialah semangat jihad mereka, yang kebetulan sama dengan syiah. Hamas, cawangan Ikhwan dan sunni. Itu status Hamas yang paling sahih.

Soalan: Asatizah Salafi percaya Hamas ini syiah atau agen Yahudi... Di mana sumber berita yang mereka perolehi?

Jawapan: Salafiyah yang tuduh Hamas (adalah) syiah dan agen yahudi adalah salafiyah jalur keras dari Saudi Arabia dan Dammaj Yemen. Mereka suka mentahzir hizbi, haraki, asyaari, sufi. Ikhwan di sisi mereka ada semua kejahatan, pro syi'ah dan agen yahudi. Ia sama dengan hizbi di Malaysia, mereka tuduh pmx plural, agen yahudi, liberal dan pro lgbt.

Ini semua kaki fitnah akhir zaman untuk mengelirukan pemuda-pemuda yang semangat nak amal islam.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Pemurnian Hadith Di Medsos
Hadits Abu Daud itu dhaif

Hadith Abu Daud dhaif, al Hafiz ibn Rajab al Hanbali, Fathul Bari, 1/360
Hadith Ammar bin Yasir. Kedhaifan kerana perawi Yahya bin Ya'mar; al Hasan al Basri tidak mendengar secara langsung dari Ammar

روى ابن رجب في فتح الباري الجزء (1) الصفحة 360، فيما روى عن عمار بن ياسر -رضي الله عنه- قول الرسول -صلى الله عليه وسلم- :(ثلاثةٌ لا تقرَبهُم الملائكةُ بخيرٍ: جيفةُ الكافرِ، والمتضمِّخُ بالخَلوقِ، والجنُبُ، إلَّا أن يبدوَ له أن يأكلَ أو ينامَ توضَّأَ وضوءَهُ للصَّلاةِ)، وقال في الحكم على الحديث: "فيه يحيى بن يعمر، والحسن لم يسمع من عمار"، وهذا يعني أن الحديث منقطع.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Adakah Nabi Isa عليه السلام masih hidup atau sudah diwafatkan?

Rumusan:
Akidah furu'
Status Isa al Masih: Masih hidup atau diwafatkan, kubur dirahsiakan Allah SWT.

1. Aqidah Kristian, Jesus memang disalib untuk tebus dosa Adam عليه السلام dan semua anak Adam عليه السلام

2. Ashli sunnah waljamaah majoriti: Isa عليه السلام tidak wafat dan masih hidup bersama alam malakut, Imam Ibn Taymiyah pilih yang ni.

3. Aswaja minoriti: Isa عليه السلام wafat kerana semua makhluk ada ajalnya tanpa kecuali. (Ini adalah) pilihan aliran tajdid Muhammad Abduh, Hamka.

4. Ia furu' akidah, boleh pilih samada Isa sudah wafat atau masih hidup, kedua pendapat itu khilaf muktabar ( Lajnah Fatwa Azhar)

5. Ahmadiah: Isa عليه السلام sudah wafat.

6. Khilaf pada istilah diwafatkan. Jumhur, Isa a.s ditidurkan diangkat kelangit, wafat majazi; minoriti, wafat hakiki, mati sebenar.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Siri Pemurnian Hadith (Koreksi Ceramah Dr Nizam Abd Kadir) Masjid an Nur USJ

Palsu,لا أصل له

Malam ini (26 julai) ada kuliah maghrib Dr Nizam bertajuk Fahaman Liberalism, beliau mengulas ajaran sesat yang sedang viral (ajaran Suhaini hulk).

Beliau menyampaikan sebuah hadith:

Teks hadith:
تخلقوا بأخلاق الله

"Hendaklah kamu berakhlak dengan akhlak Allah"

Matan seperti ini palsu, tiada asal usulnya. Ulas syaikhul Azhar:

فإذا جاء التعبير على لسان بعض رجال التصوُّف بلفظ ” أخلاق الله ” فلم يجئ هذا التعبير عن النبي صلى الله عليه وسلم . وإن كانت صفات الله سبحانه معروفة .

“الفتاوى من أحسن الكلام في الفتاوى والأحكام لفضيلة الشيخ عطية صقر (1/18-19) المكتبة التوفيقية ـ القاهرة

Kata-kata ini berasal dari tokoh-tokoh tasawwuf, bukan dari Nabi saw, yang harus ialah berakhlak dengan sifat-sifat Allah.
[ Fatawa Ahsanul Kalam Fi al Fatawa, Syaikh Athiyah Saqr, Pustaka at Taufiqiyah, Cairo.
Syaikh saudi, Syeikh Ahmad Syarif al Na'asan, Muhadith Buraydah, hadith " berakhlaklah dengan akhlak Allah" tiada asal dalam mana-mana kitab hadith, ianya palsu." Fatwa al Naasan, 5820.
ذكره بن أبى الدنيا فى كتابه قضاء الحوائج .

وأما قَولُ: تَخَلَّقوا بأخلاقِ الله، لا أَصلَ لَهُ في الأَحاديثِ الشَّريفَةِ، وهوَ حديثٌ موضوعٌ. (المجيب : الشيخ أحمد شريف النعسان)
رقم الفتوى : 5820

Disebut oleh ibn Abi Dunia, kitabnya Qadha' al Hawa'ij no.22, dari sanad:
هذا الاسناد ..

(22) قَالَ أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ: أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمَدَائِنِيُّ، عَنْ حَمْزَةَ الزَّيَّاتِ، عَنْ أَبِي سُفْيَانَ، عَنِ الْحَسَنِ، قَالَ:

Kata Abi Dunia dari Muhammad b Ja'far al Mada'ini > Hamzah az Ziyyat > Abi Sufyan > al Hasan
Ulasan:
فإذا بالحسن هنا هو (الحسن الكوفى). قال عنه بن حجر: مجهول.

و قال الذهبى: لايعرف.

فهذا يدل على جهل المتكلم فليس الحسن هنا , هو الحسن البصرى
Al Hasan dalam sanad adalah hasan al Kufi, ulas ibn Hajar, dia majhul, tidak dikenali,
Ulas az Zahabi, tidak dikenali.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Pemurnian Hadits Medsos: Jabat salam dengan wanita

Hadith mungkar;
HR al Ruyani, Musnad, 1283, at Thabrani, Mu'jam al Kabir, 486, 487, dari sanad: Syaddad bin Sa'ied al Raasibi, dari Abi al Alaa' Yazid bin Abdullah al Sakhir dari Ma'qal bin Yasar, dinilai dhaif oleh Abub Ishaq al Huwaini, Salman alAwdah, perawi dhaif Syaddad bin Said.
حديث منكر
أخرجه الروياني في مسنده (١٢٨٣) ، و الطبراني في المعجم الكبير (٤٨٦) و (٤٨٧) كلاهما من طريق شداد بن سعيد الراسبي عن أبي العلاء يزيد بن عبد الله بن الشخير عن معقل بن يسار مرفوعا بلفظ: "لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ، و في رواية" رجل "بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ"
قلت: و فيه أبو طلحة شداد بن سعيد الراسبي و هو صدوق يخطئ
ضعفه الشيخ الحويني - حفظه الله - كتاب الترياق رقم. ١٨١
سلمان العودة (وهذا الحديث معلول من وجهين:
لحال شداد بن سعيد، وليس بمتقن)

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Tanggal 6 Syawal 1444H, 27 April, wafatnya guru sunnahku, Syaikh Al-Kabir, Ansar Sunnah, Dato' Alim Setia Ustaz Ahmad Jusoh Aka Ustaz Ahmad Libya tarikh kelahiran pada 1942-2023. Beliau merupakan anak jati Padang Pauh, Perlis. Ketika saya menuntut di ITM Arau dalam kursus DPIM, ustaz Ahmad Libya adalah seorang Pensyarah Pendidikan Islam. Beliau menyukai saya dan saban minggu beliau akan menjemput saya di asrama ITM dan membawa saya ke kebunnya di Wang Kelian, sempadan Thailand. Saya menjadi "khadam" beliau selama 4 tahun. Berkhidmat membersih kebunnya dan membalut buah cempedak. Semasa berkebun bersama beliau, saya akan bertanyakan pelbagai isu fiqh sunnah. Bermulanya dari sini saya sudah bebas mazhab dan mendekati fiqh sunnah. Selepas saya berkerjaya, saya masih menghubungi beliau. Kebetulan anaknya membeli rumah di kota Warisan Dengkil. Kami kerap bertemu di situ. Cuma ketika saya hijrah ke Arab Saudi, saya terputus hubungan dengan beliau. Tapi saya tahu dia masih menjadi Ahli Majlis Fatwa Perlis. Beliau adalah tonggak sunnah Perlis hingga wafat pada 6 syawal. Sejak saya tamat kontrak dengan Saudi Arabia, saya belum sempat bertemu beliau. Semoga Allah tempatkan beliau bersama pejuang-pejuang sunnah sebelum beliau.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Paling sahih 4 + 2 (Hadis Riwayat Muslim 730) Perawi Abdullah bin Syaqiq رضى الله عنه

2+2 (Hadis Riwayat Bukhari, 1180, perawi Ibn Umar عنه رضى الله


Adakah boleh menggamalkan hadith daif ini?


Boleh, hadith ini disahihkan oleh Al- Albani.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SOALJAWAB SEPUTAR KARMA

🔴 Bagaimanakah caranya untuk saya terangkan kepada kawan saya yang kita tidak boleh menggunakan perkataan "karma". Saya kurang pasti apakah maksudnya ("man jadda wajada") atau setiap perbuatan akan dibalas. Bukankah tidak elok orang Islam menggunakan istilah "karma" sebagai filosofi hidup?



Karma merupakan akidah dalam agama Hindu. Maka soal akidah kita hendaklah rujuk kepada Islam sahaja.

Terdapat dua hukum karma:

1⃣ Hukum "cause and effect" yang berlaku di dunia.

‼️Segala perbuatan buruk mendapat balasan secara tunai di dunia.

Contohnya jika seseorang ditimpa sakit atau kemalangan disebabkan oleh perbuatannya yang buruk.


2⃣ Hukum reinkarnasi: Roh kembali semula dalam bentuk yang lain

⚠️ Oleh sebab itu, apa jua isu akidah, kita jangan cuba-cuba mencarinya dalam agama lain. Rosak nanti.


🔴 Sekiranya seseorang itu sedang menjalani pembedahan dan ada risiko kompilasi. Teori saya sama ada keberangkalian untuk mendapatkan kompilasi itu berkadar terus dengan amalan pahala dan dosa maksiat yang dilakukan di masa lalu. Jika lebih banyak pahala, maka kurang komplikasi dan jika lebih banyak dosa, maka tinggi keberangkalian komplikasi.

Benarkah pemikiran sebegini?


Ya sahih. Manhaj salaf berpendapat musibah ada kaitan dengan maksiat. Manakala dalam agama lain ia dinamakan Hukum Karma (orang yang melakukan dosa akan dikenakan komplikasi dalam bentuk azab di dunia).

Dalilnya banyak sekali, antaranya:

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ
[ Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka daripada (kesalahan) dirimu sendiri]. [An-Nisaa`/4:79].

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
[Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu). [Asy-Syuura/42:30].

Juga hadith:

- كلُّ ذنوبٍ يؤخِرُ اللهُ منها ما شاءَ إلى يومِ القيامةِ إلَّا البَغيَ وعقوقَ الوالدَينِ ، أو قطيعةَ الرَّحمِ ، يُعجِلُ لصاحبِها في الدُّنيا قبلَ المَوتِ
الراوي : أبو بكرة نفيع بن الحارث | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الأدب المفرد

الصفحة أو الرقم: 459 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

"Setiap dosa akan diakhirkan (seksanya) oleh Allah ‎ﷻ sesuai dengan kehendak-Nya sampai hari kiamat kecuali perbuatan aniaya derhaka terhadap kedua orang tua atau memutuskan tali silaturrahim, maka Allah ‎ﷻ menyegerakan (seksaan-Nya) kepada pelakunya di dunia sebelum meninggal." (Al-Albani, sahih Adab Al Mufrod 459)

Orang Hindu menamakan ia Hukum Karma. Orang Islam tidak bolehlah memanggil hukum karma, sebab ia dinamakan dosa yang disegerakan pembalasannya sebelum dia meninggal supaya dia ada kesempatan untuk bertaubat.

Walaupun begitu, tugas seorang doktor pakar adalah mengurangkan komplikasi pesakit, jangan pula anda bertindak sebagai penghukum dengan berkata, "Padan dengan muka kamu." Atau berkata, "Kamu mampus pun lagi baik!"

Cuma kita sebagai muslim percaya hikmah musibah atau komplikasi yang menimpa pesakit muslim adalah sebagai kafarah ke atasnya iaitu proses mencuci dosa.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI 1:
Usul dakwah (Enam (6) jenis fiqih baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 6)

Kata Syaikh Mustafa Malaikah (murid senior Dr Yusof Al-Qardhawi), "aku mengenali satu aliran baru yang menyeru kepada berpegang kepada satu pendapat sahaja, kebenaran hanya satu, tak ada khilafiah dalam agama dengan harapan semua mazhab-mazhab sedia ada dan khilafiah akan terhapus secara total. Yang sebenarnya, mereka cuba membenteras taqlid kepada mazhab-mazhab yang lain, akan tetapi sebenarnya mereka mengajak manusia bertaqlid kepada mazhab baru ciptaan mereka." Sikap tiada khilaf dan kebenaran hanya satu adalah suatu sikap yang ghuluw (melampau/ekstrim) yang bertentangan dengan apa yang dirintis oleh semua ulama sepanjang zaman, bahawa di sana ada perselisihan dalam banyak isu cabang agama dan ia semua dibenarkan syarak.

Rumusan: dakwaan aliran baru dengan slogan: kebenaran hanya satu, khilafiah boleh dihapuskan secara total dan hanya kami yang berada di atas landasan salaf adalah ciri-ciri pelampau agama.

Ref: Mustafa Malaikah, fiqh usul dakwah DYQ, maktabah wahbah, cairo)

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#DYQ
#fiqhikhtilaf

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI 1:
Usyul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 4)

Kata Dr Yusof Al-Qardhawi, berlaku khilaf (perselisihan) dalam perkara cabang adalah pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Sebab Allah telah design syariatnya, ada yang qat'iy (tiada ruang untuk khilaf) vs ada hukum yang zanni (pasti berlaku khilaf).

Ahli fiqih dan muhaqqiqin (penganalisa) yang unggul seperti Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, muridnya Ibn Qayyim, Ibn Hajar, an Nawawi, al Syun'ani, al Syaukani, Waliyullah al Dihlavi, Ben Baz, Ben Othaimin dan Allamah al Albani sendiri tidak mampu menghilangkan khilaf.

Contoh: Sambutan Maulidul Rasul, pesta kelahiran Nabi saw. Ia menjadi khilaf yang besar dan kesemua mereka tidak mampu menghilangkan khilaf dalam Hukum Maulid ar Rasul.

*Ref:
في أصول الدعوة مقتبسة من كتوب القرضاوى
(الشيخ مسطفي ملائكة ) مكتبة وهبة القاهرة، مصر

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI (DYQ) 1
Usul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 2)

Kesalahan fatal bagi pendakwah/ahli ilmu ialah menetapkan hukum hukum syarak hanya pada satu level sahaja dan menutup semua ruang khilaf. Slogan keramat mereka ialah kebenaran cuma satu sahaja, atau apa yang ditetapkan di sisi manhaj salafiyah. Sedangkan di dalam agama ada hukum hakam yang bersifat dzanni (yang masih samar) dan terbuka kepada perselisihan. Perselisihan dalam hukum hakam dzanni tidak memudharatkan agama dan ukhuwwah. Yang memudharatkan agama ialah perselisihan dalam hukum hakam yang qat'iyah (yang bersifat pasti dan tetap).
(Fiqh Dr. Yusof al Qardhawi, Mustafa Malaikah, Maktabah Wahbah , Kaherah)

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Risalah untuk sdarex77: Siri 2 ('Promised Land' untuk siapa)

Aliran keras sdarex percaya, Palestin adalah "promised land" untuk palestin sahaja. For ever milik Palestina.

Tak betul akidah ni, sebab Palestina adalah promised land untuk 4 grup: Palestina, Yahudi, Kristian, Muslim. Sejak 4000 tahun, ia silih berganti. Semuanya legit.

1. Palestin memang penduduk asal tapi mereka dikalahkan oleh yahudi pimpinan Thalut (Saul) dan Raja Daud (King David) dan kemudian anaknya Sulaiman (King Solomon) as. Maka ia menjadi promised land untuk bani israel pula selama 600 tahun. Kubur-kubur Nabi Bani Israel kebanyakan di Palestina. ALLAH memang beri Palestina kepada Moses selepas mereka keluar dari Egypt.

2. Kemudian tamadun Israel musnah ditangan Babylon, kemudian ditakluk Persian, kemudian Rome, hingga tahun 16 hijrah, ia jatuh ke tangan Islam.

Maka ia menjadi promised land untuk muslim.

3. Selepas itu kuasa Crusade pulo yang tawan Palestina, Tentera Salib anggap ia juga promised land mereka kerana Jesus adalah anak jati Nazareth di Bethlehem. Virgin Mary juga asal Bethlehem.

4. Kemudian Dinasti Ayyubiah menawan semula Palestina, jadi kembali milik Islam, cuma Crusade kembali gah menakluk Palestina.

5. 1516, tentera Othmaniah kalahkan Crusade dan memerintah selama 500 tahun.

6. Crusade kembali lagi, 1917, British Empire menakluk Palestina

7. Tahun 1948, British Empire dan PBB memecahkan Palestina kpd Israel dan Palestina.

Dari fakta sejarah, Palestina bukan milik mutlak sesiapa. Siapa kuat dia dapat, sebab Palestina adalah bumi yang panas dan rebutan antara etnik Palestina, Yahudi, Crusade/Salibiah atau Muslims.

* flem Exodus: God's n Kings, kisah Musa a.s membawa Bani isratel ke Promised Land.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Kenapa sekarang orang minta dalil/nas. Period 1-300 H, kebenaran pada tokoh-tokoh. Sebab itu zaman keemasan Islam, era salaf, tidak ada orang menipu.
Dari 301H - sekarang, era khalaf, sudah ada penipu agama, maka Ibn Sireen wafat 110H berkata bawa sanad atau maksudnya mana dalil atau nas?

Allamah Mujtahid Dr Yusof Abdullah al Qaradhawi رحمه الله, w.2023 Qatar  menyebut, sekarang semua ilmuan kena kuasa enam jenis fiqh baru:

1. Fiqh an Nusus atau fiqh dalil (fiqh hujah mesti ada dalil)
2. Fiqh Ikhtilaf (seni berbeza dan perpecah)
3. Fiqh Muwazanah (balancing, keseimbangan)
4. Fiqh Awlawiyat (fiqh keutamaan, setting priorities)
5. Fiqh al Waqe' (fiqh perubahan realiti)
6. Fiqh Taghyir (perubahan, change management)

* Dalil atau nas adalah bukti-bukti dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam bentuk asal, tanpa syarah, pure form, ia menjadi asas kepada hukum hakam syara'.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Pemurnian Hadith Medsos: Telaga Ghars Medina:

Dhaif...hadith syiah. Al albani , silsilah al dhaifah 1237
HR ibn majah no 1468 dari sanad syiah rafidhah: 'Ibad bin Yaakob, dari Ali ra, Nabi saw bersabda kepada Ali, " jika aku wafat, mandikan daku dengan 7 gayung dari telagaku, telaga Ghars (غرس).

1237 - " إذا أنا مت، فاغسلوني بسبع قرب، من بئري بئر غرس ".
قال الألباني في سلسلة الأحاديث الضعيفة والموضوعة وأثرها السيئ في الأمة:
ضعيف
أخرجه ابن ماجه ( 1468 ) : حدثنا عباد بن يعقوب : حدثنا الحسين بن زيد بن علي
ابن الحسين بن علي عن إسماعيل بن عبد الله بن جعفر عن أبيه عن علي قال :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فذكره.
ومن هذا الوجه أخرجه ابن النجار أيضا في " التاريخ " ( 10/129/1 ).
قال البوصيري في " الزوائد " ( ق 92/1 ) :
" هذا إسناد ضعيف، عباد بن يعقوب الرواجني أبو سعيد قال فيه ابن حبان :
" كان رافضيا داعية

* Telaga Ghars, 3.5 km dari Madinah, 1 km dari Masjid Quba'.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Siri Pemurnian Hadith 78/1000 (Siapa Mati Tanpa Niat Jihad, Mati Jahiliyah)

Matan hadith:

مَن ماتَ ولَمْ يَغْزُ، ولَمْ يُحَدِّثْ به نَفْسَهُ، ماتَ علَى شُعْبَةٍ مِن نِفاقٍ.
الراوي : أبو هريرة (مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1910

Dari Abu Hurairah ra secara marfu', "Siapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak pernah berperang (di jalan Allah), dan tidak pernah berniat untuk berperang, maka ia mati di atas salah satu cabang kemunafikan." HR Muslim 1910. Sahih.

Ulasan:
Mungkin kita rasa kita semua akan mati dalam munafik kerana tidak mahu ke Palestina berperang bersama pejuang Hamas. Apakah bener?

Ulas Imam Nawawi:

قال عبد الله بن المبارك : فنرى أن ذلك كان على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ) قوله : ( نرى ) بضم النون ، أي : نظن ، وهذا الذي قاله ابن المبارك محتمل ، وقد قال غيره : إنه عام ، والمراد أن من فعل هذا فقد أشبه المنافقين المتخلفين عن الجهاد في هذا الوصف ، فإن ترك الجهاد أحد شعب النفاق
[شرح النووي على مسلم ١٣/٥٠]

Berkata Imam Ibn Mubarak (w.181H, Iraqi era monarki Abbasiah), ini hukum yang berlaku untuk zaman Nabi saw, dimana ada dua komuniti muslim di madinah: muslim vs munafiq, maka maksud khas hadith ditujukan kepada kaum munafiq zaman tersebut yang sentiasa berpaling dari seruan perang. ( Syarah an Nawawi atas Sahih Muslim 13/50, hadith no. 1910)

Maksud umum balik kepada fiqh jihad: berjihad ikut kemampuan dan lokaliti semasa, ada jihad ilmu, dakwah, politik, jihad harta dan akhir sekali jihad perang.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Jurusalem, kota rebutan sepanjang zaman, 20 kali bertukar milik sejak tahun 5000 BC:

1. Penduduk asal, tribe Kanaan, كنعان. Bangsa asal Philistines

2. Ditawan oleh Raja dan Nabi Yahudi, King David, kemudian King Solomon AS

3. Kemudian Raja Assyrian takluk, Yahudi lari.

4. Giliran Raja Babylon takluk Philistines

5. Kemudian empayar Persian pula

6. Kemudian Raja Yahudi takluk semula

7. Giliran King Alexander empayar Macedonia.

8. Giliran Yahudi Maccabeans kembali menguasai Jurusalem.

9. Pompey, Raja Rome pula tawan al Quds

10. Kemudian giliran empayar Parsi

11. Giliran Kerajaan Rome Timur, Constantine

12. Khalifah Omar pula yang tawan, 637M.

13. Tentera salib, Crusade tawan semula

14. Salahuddin takluk Palestine, 1187M

15. Crusade kembali menawan Jurusalem

16. Ottoman kembali menawan Jurusalem 1517M

17. 1917M, jatuh ketangan British empire. Ottoman dimusnahkan 1924.

18. 1948, PBB/UK beri separuh Israel kepada Yahudi

19. 1967M, seluruh Jurusalem dan East Bank milik Israel

20. Perang Hamas vs Israel.

Rumusan. Itu nasib Kota Suci Jurusalem, rebutan tiga agama semitik, 20 kali bertukar tangan, setiap kali dijajah, yang dijajah akan lari.
Salah kefahaman, jika yakin baitul maqdis milik kekal Palestine, ikut sejarah Jurusalem, ia milik siapa yang kuat. Kita takluk 3 kali (Umar, Saladin, Ottoman) sahaja.

Kita hilang Jurusalem sejak 1917M lagi.
Dunia amalkan survival of the fittest, superpower, bila dia takluk, dia jadikan jajahan takluknya jadi hina. Dalil:

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

"Dia berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat" Al-Quran, an Naml:34

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Khawarij adalah puak minoriti yang mengangkat senjata kepada penguasa.

Dinasti al Saud pemerintah Hijaz, Khadam Dua Tanah Suci. Bagaimana penguasa yang legit jadi minoriti dan menentang penguasa kerana merekalah penguasa yang legal.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Siri Pemurnian Hadith Musafir Waktu Malam Bumi Dilipat (Hadith Anas)

DHAIF

Takhrij:

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ الرَّازِيُّ عَنْ الرَّبِيعِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُمْ بِالدُّلْجَةِ فَإِنَّ الْأَرْضَ تُطْوَى بِاللَّيْلِ

Haddatsana 'Amr bin Ali > Khalid bin Yazid > Abu Ja'far Ar Razi > Ar Rabi' bin Anas > Anas, ia berkata, Rasulullah saw bersabda, "Hendaknya kalian kembara pada malam hari, karena sesungguhnya bumi dilipat pada malam hari." HR abu Daud, 2568

Tahqiq:
Dhaif
Imam ibn Abi Hatim, al Ilal no 2256, الراجح فيه perawi Jaafar ar Radziا الإرسال راجع: علل ابن أبي حاتم : 2256
Syaikh Muqbil, Ahaadith al Mu'allat no 78 راجع: أحاديث المعلة للشيخ مقبل الوادعي: برقم 78.

Muhaddith Saudi, Dr Abdul Aziz al Rais,

https://youtu.be/kjBEK16_h_s
--------------
* al Albani, sahih. الألباني : السلسلة الصحيحة ; الرقم : 681
** maksud bumi dilipat waktu malam= di tanah arab , travel malam lebih baik untuk unta, cuaca pun sejuk, perjalanan terasa pendek, itu maksud bumi dilipat.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Pecahkan Mitos Sunnah Kawin Bulan Syawal;
Kata Imam Nawawi (w.676H): " disukai/sunnah bernikah pada bulan syawal" Syarah Sahih Muslim, 9/209.

قَالَ أَصْحَابُنَا: وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَتَزَوَّجَ فِي شَوَّالٍ، لِلْحَدِيثِ الصَّحِيحِ عَنْ عَائِشَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا -

"Berkata para ulama kami (Syafi'iyyah), disunahkan menikah di bulan Syawal, dengan alasan hadis sahih dari Aisyah raa." [Roudhotut Thōlibin]

Hadith dalil:

عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ. قَالَتْ: تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَوَّالٍ. وَبَنَى بِي فِي شَوَّالٍ. فَأَيُّ نِسَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ أَحْظَى عَنْدَهُ مِنِّي؟ قَالَ: وَكَانَتْ عَائِشَةُ تَسْتَحِبُّ أَنْ تُدْخِلَ نِسَاءَهَا فِي شوال

Daripada Urwah daripada Aisyah رضى الله عنها berkata, "Rasulullah ﷺ menikahiku di bulan Syawal. Demikian juga ketika tinggal serumah denganku. Maka siapakah wanita yang lebih dekat dengan beliau ﷺ melebihi diriku?" Dan Aisyah suka menikahkan wanita-wanita di bulan Syawal." (HR Muslim, 1423)

Hukum sebenar:

Menikah di bulan Syawal bukan sunat, sunnah, ia cuma Nabi ﷺ mahu menghapuskan kepercayaan karut arab jahiliyah sial kawin bulan Syawal. Macam adat melayu, sialnya kawin bulan safar. Buktinya Nabi ﷺ pernah berkawin di bulan Muharam, Syaaban, Zulqaedah. Juga perkahwin Ali dan Fatimah pada bulan Safar.

Ref: Syaikh Atiyah Saqr, Syaikhul Azhar, islam online, https://fiqh.islamonline.net/%D8%AD%D9%83%D9%85-%D8%A7%D9%84%D8%B2%D9%88%D8%A7%D8%AC-%D9%81%D9%8A-%D8%B4%D9%88%D8%A7%D9%84/

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Siri Pemurnian Athar Medsos:

TUTUP MATA JIKA PEREMPUAN LEWAT

Hukum athar (kata-kata sahabat) daripada Anas: Amat dhaif

حكم الأثر: ضعيف جدًا

حبر الإسلام
الرئيسية أنس بن مالك مدى صحة
مدى صحة قال أنس بن مالك إذا لقيت المرأة فغضَّ عينيك حتى تمضي
Takhrij/tahqiq:

HR Ibn Abi Dunya (kitab al Wara' ms 66), daripada sanad: Abd Rahman bin Soleh, daripada Abu Usamah, daripada Abu Ruh, daripada Anas:

Perawi amat dhaif ialah Abu Ruh al Waasithi iaitu Khalid bin Mahduj, dhaif dan dituduh pendusta.

Rujukan:
1. Al Uqaili, al Dhu'afa al Kabir, 2/15

2. Abu Hatim al Razi, Jarah wa Ta'dil, 3/354

3. Imam an Nasaiy

4. Ibn Ady, al Kaamil, 3/419

Juga dikeluarkan oleh Imam Abu Bakar Ibn Abi Syaibah, al Mushannaf, 9/361
‐------------------------------
وأخرجه ابن أبي الدنيا في (ص66) حدثنا عبد الرحمن بن صالح، عن أبي أسامة، عن أبي روح، عن أنس قال: إذا مرت بك امرأة، فغمض عينيك حتى تجاوزك.

إسناده هالك ضعيف جدًا خالد بن محدوج هو أبو روح الواسطي ومجدوع بالعين المهملة تصحيفٌ وهو واهٍ متهم بالكذب قال الحسن بن علي الهذلي الحافظ سمعت يزيد بن هارون يقول: حلفت أن لا أروي عن خالد بن محدوج، وكان يرميه بالكذب (الضعفاء الكبير للعقيلي ج2/ص15) وقال أبو حاتم الرازي ليس بشيء ضعيف الحديث منكر الحديث جدًا (الجرح والتعديل لابن أبي حاتم ج3/ص354) وقال النسائي متروك الحديث وقال ابن عدي وعامة ما يرويه مناكير (الكامل لابن عدي ج3/ص419)
أخرجه أبو بكر بن أبي شيبة في المصنف ت عوامة (ج9/ص361)

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Rancangan realiti tv, Saudi Idol musim pertama.
Arab Saudi terus mengorak langkah ke arus pemodenan kapitalis 2030.
Hams Fikri mencipta sejarah selepas dinobat juara Saudi Idol musim pertama, yang disiarkan Syarikat Televisyen berbayar MBC milik Prince MBS.

* Saudi Idol, rancangan realiti televisyen mencukil bakat nyanyian, diadaptasi dari siri American Idol, FOX Cable TV, USA, sejak 2002.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

Pemurnian hadith: Qabliah Zuhur 4 rakaat, Ba'diah Zuhur 4 rakaat

Hadith salat qabliyah Zuhur 4 rakaat, 4 rakaat ba'diyah, status dhaif kerana perawi Al-Qassim bin Abdul Rahman, menurut Syaikh Muhaddith Abdullah Abd Rahman Al-Saad, ulama besar hadith dari Riyadh.

قال الشيخ عبد الله بن عبد الرحمن السعد

وجاء حديث آخر " من صلى قبل الظهر أربعا وبعدها أربعا حرم الله جسده على النار" .. رواه الترمذي وقال " حسن صحيح " وتكلم فيه أبو داود الطيالسي, وساق النسائي روايات هذا الحديث , وبين الاختلاف! والأقرب أنه معلول وأصله حديث أم حبيبة " من حافظ على ثنتي عشرة ركعة في اليوم والليلة بنى الله له بيتا في الجنة

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF AL-QARDHAWI 1:
Usul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 7)

Kata Syaikh Mustafa Malaikah (murid senior DYQ), ada seorang pelajar IPTA memberi satu syor, Kenapa umat Islam seluruh dunia tidak berpegang dengan pendapat yang disokong oleh nas sahaja. jawabnya: impossible (tidak mungkin) sebab: 1. Nas tersebut mesti sahih dan diterima secara ijmak
2. Penjelasan atau fiqihnya mesti membawa satu makna sahaja
3. Ia selamat dari sebarang perselisihan pendapat.
4. Ada nas dalam bentuk kulli vs juz'iy;
5. Ada nas yang sahih di sisi mazhab A, dhaif di sisi mazhab B;
6. Ada nas yang bersifat khusus vs umum
7. Ada nas bersifat mutlaq (umum) vs muqayyad (terikat)
8. Ada nas yang bermaksud wajib vs sunat
9. Ada nas yang bermaksud haram vs cuma makruh tanzih atau tahrim
10. Ada nas yang bermaksud muhkamat vs mansukh

Rujukan: Mustafa Malaikah, في أصول دعوة للقرضاوى، Maktabah Wahbah, Kaherah

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#DYQ
#fiqhikhtilaf

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI 1:
Usul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 5)

Fiqh Ikhtilaf bermula di kampung bani Quraizah. Selepas perang khandak berakhir, Nabi saw dan tentera madinah bergerak ke kampung bani quraizah, suku yahudi Madinah yang melanggar piagam Madinah dan menyokong tentera bersekutu Quraish. Nabi saw berpesan kepada tenteranya "jangan solat kecuali di perkampungan Bani quraizah."
Akan tetapi, semasa diperjalanan, sebahagian sahabat berhenti solat asar di perjalanan dan sebahagian lagi solat di kampung bani quraizah sebagaimana yang nabi perintahkan. Bila Nabi mendapat tahu akan hal ini, beliau tidak berkata apa-apa, 'no comment'.

Ulasan Dr Yusof Al-Qardhawi:
Fiqh Ikhtilaf yang pertama kali tercipta di kampung bani quraizah, dengan lahirnya ahli zahir (yang ikut perintah Nabi secara zahir atau literal) vs ahli maqosyid (yang tersirat). Maka dari sini tercetusnya dua aliran besar dalam fiqh: aliran literal, zahir, VS aliran maqosyid atau ahli ra'yi vs ahli atsari.

Ref: syaikh Mustafa Malaikah, usul fiqh DYQ مقتبسة, maktabah wahbah, Cairo)

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI 1:
Usyul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 3)

Fiqh Ikhtilaf bukan sahaja berlaku antara mazhab fiqih, malah berlaku dalam satu mazhab itu sendiri. Sebagai contoh dalam mazhab syafi'iy ada qaul Qadim vs qaul jadid (pendapat imam syafi'iy yg lama dan baru), ada khilaf antara imam al ghazali, imam al Nawawi, kemudian di kalangan fiqh syafi'iy Egypt, Jordan, Nusantara dan Malabari, India. Sama juga dalam fiqh Hanafi, fiqh Maliki dan Hanabilah, ada khilaf dalam mazhab itu sendiri dalam menentukan apa qaul yang paling kuat.
(Ref: Fiqh Dr. Yusof Al-Qardhawi, Mustafa Malaikah, Maktabah Wahbah Kaherah)
في أصول الدعوة مقتبسة من كتوب القرضاوى
(الشيخ مسطفي ملائكة ) مكتبة وهبة القاهرة، مصر

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI (DYQ)

Pengenalan

Terdapat enam (6) jenis fiqh baru yang diperkenalkan oleh Syeikh Ad Dr Al Imam Yuouf Abdullah Al Qardhawi رحمه الله, (DYQ), warga Qatar, wafat 26 Sept, 2022, Doha, Qatar.

Murid senior beliau, iaitu Syeikh Mustafa Malaikah (مصطفى ملائكة) dalam kitabnya "Fi Usyul Dakwah Muqtasabat Min Kutub Ad Doktor Yusof Al Qardhawi atau memahami pokok-pokok seni dakwah yang disaring daripada penulisan Dr Yusof Al Qardhawi (في أصول الدعوة- مقتبسات من كتب الدكتور يوسف القرضاوي) terbitan Maktabah Wahbah, Cairo.

1️⃣ Usul Pertama: Fiqh al Ikhtilaf (Seni dan Sains berbeza pendapat) dalam Islam.

Fiqh pertama yang kalian perlu miliki ialah fiqh perselisihan, harus menyelisihi orang lain dalam masalah rantingan agama kerana Kaum Salaf As Soleh amat memahami dan beramal dengan fiqh ikhtilaf yang tidak pernah memudaratkan mereka. Generasi akhir zaman pula ramai yang lupa atau jahil dengan fiqh perselisihan, ikhtilaf, maka tidak hairanlah berlaku permusuhan sesama kita sehingga ada yang dituduh kufur atau dilabel sebagai wahabi.

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…
Subscribe to a channel