Pandangan dan perkongsian THTL Web Rasmi uito.org Channel rasmi @UiTO2017 @BicaraThtl
🔴
Apakah komentar Tuan Hasan Tuan Lah sekiranya imam mendapat jemputan salat hajat?
🟢
Perlu rai uruf mazhab lokal apabila dilantik imam memang perlu mengikuti mazhab lokal.
Untuk berdakwah kepada massa, isu salat hajat jamaiy dimaafkan Fi Fiqh Awlawiyaat.( في الفقه الأولاويات)
@bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin.
📍PENGUMUMAN
Kutipan Dana Gantirugi Mangsa 'Scammer' Penggodam Akaun Telegram Panelis Ukhuwah Sheikh THTL Al-Jazani
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ukhuwah melahirkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa Panelis THTL yang mengakibatkan akaun telegram beliau terpaksa dinyahaktif dan kuliah harian online beliau di semua bilik telegram UiTO diberhentikan sertamerta.
Sehubungan dengan itu atas rasa prihatin dan tanggungjawab, Ukhuwah dengan ini melancarkan kempen kutipan dana bagi tujuan meringankan beban serta membayar balik kerugian yang ditanggung oleh mangsa penggodam akaun THTL berjumlah sebanyak RM4,000.00.
Besarlah harapan Ukhuwah agar semua penuntut ilmu bilik telegram UiTO khasnya penuntut ilmu kuliah harian beliau agar dapat sama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas ke atas usaha tersebut. Kutipan dana akan dihentikan sebaik sahaja jumlah yang disasarkan diperolehi. Sumbangan tuan/puan boleh dibuat terus ke akaun Ukhuwah seperti berikut:
Maybank
562058070928
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Ruj: bantuthtl
atau klik pautan dibawah:
https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/infaqkebajikan02
🟢 Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran sila hubungi En Zahiri di https://www.wasap.my/60195662946/bantuTHTL
Jazakumullahu khayr. Baarakallahu fik.
AZLIZAN MOHD NAYAN
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
#Ilmu#Prihatin#Amal
KENAPA PARA NABI DAN RASUL DIANGKAT DARIPADA BANGSA ARAB
🔴 Apakah sebab Nabi dan Rasul terakhir dilahirkan di Arab Saudi? Dari segi keimanan kita wajib menerima sahaja apa yang dirancang oleh Allah ﷻ tetapi dalam masa yang sama adakah ada alasan yang kukuh dari segi logikal dalam hal ini?
✅ Antara dua sebab utama Nabi dan Rasul terakhir dilahirkan di Arab Saudi:
1⃣ Allah ﷻ mahu mengangkat darjat keturunan Nabi Ibrahim عليه السلام yang melahirkan Nabi Ismail عليه السلام hasil perkahwinan baginda dengan Siti Hajar. Daripada keturunan Nabi Ismail عليه السلام pula maka lahirlah Nabi Muhammad ﷺ.
2⃣ Menamatkan dominasi bani Israel kerana dosa-dosa mereka dan memberi tugas nubuwah kepada bangsa arab.
@bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Adakah perbuatan menjerit di pasar malam dilarang agama?
✅
Ya.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
Daripada Ibnu Mas’ud bahawa Nabi ﷺ bersabda:
وَإِيَّاكُمْ وَهَيْشَاتِ الْأَسْوَاقِ
"Jauhilah kamu daripada perbuatan hiruk pikuk di pasar-pasar."
( HR muslim)
@bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin.
🔴
Apakah hukum seseorang yang bermimpi melakukan persetubuhan sehingga keluar air maninya (dalam mimpi sahaja keluar) tetapi tidak ada tanda-tanda basahan pada seluar setelah sedar dari mimpi tersebut dalam keadaan dia berpuasa. Adakah perlu mandi junub?
✅
Tidak perlu mandi wajib (junub) sebab tidak keluar mani.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ غُسْلٌ إِذَا احْتَلَمَتْ قَالَ نَعَمْ إِذَا رَأَتِ الْمَاءَ
"Adakah seorang perempuan perlu mandi wajib apabila dia bermimpi? Maka Nabi ﷺ menjawab: Ya, sekiranya dia melihat air (mendapati keluarnya air mani)"
(HR Al-Bukhari (6091)
@bicarathtlfiqh
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Adakah hukumnya haram atau syubhah jika seseorang suka bermain game judi online, kemudian hasil duit pertaruhan itu dibelikan makanan dan sebagainya?
✅
Ini adalah asas halal dan haram.
Sama ada yang haram itu sedikit atau banyak pertaruhan tidak merubah hukum asalnya haram.
▶️Judi banyak atau banyak "betting" (pertaruhan) keduanya sama sahaja, tetap haram.
▶️Riba adalah interest (faedah) sedikit atau banyak keduanya haram.
🔴
Bagaimana pula jika duit itu diguna untuk baiki rumah, kereta dan membeli makanan haiwan dengan menggunakan duit tersebut?
✅
لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ
“Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi peduli dari mana mereka mendapatkan harta, apakah daripada usaha yang halal atau yang haram.”
(HR. Bukhari no. 2083, daripada Abu Hurairah رضى الله عنه).
Hadith Ka’ab رضى الله عنه:
يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لاَ يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلاَّ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ
“Wahai Ka’ab bin ‘Ujroh, sesungguhnya daging badan yang tumbuh daripada sesuatu yang haram akan berhak dibakar dalam api neraka.”
(HR. Tirmidzi, no. 614. Albani: Sahih ).
☝️Dua hadith itu sudah cukup keras amaran daripada Nabi ﷺ.
@bicarathtl
#fiqhsunnah
#ilmu
#amal
#prihatin.
🔴
Adakah boleh menerima hadiah jika seseorang menghadiahkan kita sejumlah wang tetapi wang itu syubhah ?
✅
Boleh, dengan syarat:
1. Kita kena tahu dengan pasti kenapa ia syubhah.
2. Jika memang jelas syubhah, maka boleh guna tetapi ada risiko.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
عَنْ اَلنُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا- قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقُولُ- وَأَهْوَى اَلنُّعْمَانُ بِإِصْبَعَيْهِ إِلَى أُذُنَيْهِ: – إِنَّ اَلْحَلَالَ بَيِّنٌ, وَإِنَّ اَلْحَرَامَ بَيِّنٌ, وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ, لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنْ اَلنَّاسِ, فَمَنِ اتَّقَى اَلشُّبُهَاتِ, فَقَدِ اِسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ.
Daripada An-Nu’man bin Basyir رضى الله عنه telah berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda dan Nu’man memasukkan jarinya ke dalam dua telinganya, ‘Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat yang masih samar dan yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat, maka ia boleh terjatuh kepada perkara haram."
(Matan Arba'in. No 6)
3. Jika takut terjerumus dalam perkara yang haram, maka ambil duit itu dan dermalah kepada rumah anak yatim, Pusat Tahfiz.
Kaedah Usyul:
Duit haram atau syubhah ianya haram untuk individu tetapi halal untuk orang ramai. Asalnya duit itu suci, diperbuat daripada kertas dan dakwat sahaja.
@bicarathtl
#fiqhsunnah
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Adakah dibolehkan jika seseorang yang mengerjakan umrah untuk dirinya itu melaksanakan dua badal haji untuk orang yang sudah meninggal dunia?
Contoh seseorang selesai mengerjakan ibadah umrah kemudian dia laksanakan badal haji untuk si A dan keesokan harinya melaksanakan lagi badal haji untuk si B.
✅
Ada dua isu hukum yang anda jadikan dua dalam satu:
1. Hukum badal Umrah
Maksudnya, ada orang yang tidak sempat mengerjakan umrah (dan haji), sehinggalah dia meninggal dunia maka, apakah anaknya boleh melakukan badal umrah untuk ibubapanya yang sudah meninggal dunia.
Ia adalah isu khilaf, sebab penggunaan hukum Qias dalam ibadah. Asalnya badal Haji, maka diqiaskan juga dengan Umrah, maksudnya, jika haji pun boleh badal, maka umrah juga boleh.
Pendapat empat Mazhab:
1. Mazhab Imam Hanafi:
Jika si mati ada mewasiatkan untuk umrahnya daripada harta pusaka, maka barulah boleh badal umrah.
2. Mazhab Imam Maliki:
Hukumnya makruh (sebab tidak diamalkan oleh salaf)
3. As-Syafi'iy dan Hanbali, hukumnya boleh.
4. Isu melakukan tiga umrah dalam satu perjalanan KLIA ke Jeddah atau Madinah.
Ia adalah khilaf:
1. Makruh.
Pendapat Imam Maliki, Hanafi dan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, juga Ibn Qayim Al-Jauziah dan Lajnah Daimah KSA.
2. Harus.
Pendapat Jumhur: As- Syafi'iy dan Hanbali mengerjakan umrah setiap hari kerana tiada larangan daripada Nabi ﷺ benda baik apa salahnya
Menjawab soalan anda:
Jika anda mengikut As-Syafi'iyah.
1. Boleh badal umrah.
2. Boleh melakukan beberapa umrah dalam satu perjalanan.
Jika mengikut fiqh sunnah:
Tidak boleh badal umrah dan tidak boleh mengerjakan umrah banyak kali dalam satu trip ke Mekah.
@bicarathtl
#bicarasunahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Adakah benar kenyataan ini daripada Saidina Ali رضى الله عنه?
Saidina Ali Ibn Abi Thalib رضى الله عنه berkata : “Sebahagian golongan daripada umat Islam ini ketika kiamat telah dekat akan kembali menjadi orang-orang kafir (kufur dalam i’tiqad)”. Seseorang bertanya kepadanya: “Wahai Amirul Mukminin apakah sebab kekufuran mereka? Adakah kerana membuat ajaran baru atau kerana pengingkaran?” Saidina Ali Ibn Abi Thalib رضى الله عنه menjawab.“Mereka menjadi kafir (kufur dalam i’tiqad) kerana pengingkaran. Mereka mengingkari Pencipta mereka (Allah ﷻ) dan mensifati-Nya dengan sifat-sifat benda dan anggota-anggota badan.” (Imam Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi(w. 725 H) dalam Kitab Najm Al-Muhtadi Wa Rajm Al-Mu’tadi).
✅
Ini adalah rujukan untuk ulama' Ahli Sunah Wal Jamah (Aswaja). Allah ﷻ wujud tanpa tempat.
Mereka hendak membuktikan Ali bin Abu Thalib رضى الله عنه adalah Asyairah.
@bicarathtl
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Bolehkah qadha' salat dilakukan secara berjama'ah?
✅
Boleh, asalkan jangan dijadikan rutin.
@bicarathtl
#bicarafiqhsunnah.
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Sekiranya kita mengatakan yang kita tidak menyukai makanan dari gerai A, bukan kerana tidak sedap atau apapun, cuma tidak kena dengan selera kita, adakah ini dikira sebagai ghibah?
✅
Ini adalah hak pengguna dan pengguna ada hak untuk memilih, manakala gerai hendaklah bersaing dengan sihat sesama gerai untuk menarik pelanggan dan mengekalkan pelanggan di gerainya (customer loyalty).
@bicarathtl.
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Adakah kematian seseorang disebabkan santau, sihir dan dukun ini wujud, sedangkan Allah ﷻ yang mengambil nyawa kita?
✅
Sihir, dukun, santau ini perlu dilihat kepada tujuan objektifnya.
Dalil firman Allah ﷻ:
وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَٰنَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦ ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنْ خَلَٰقٍ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ ﴿١٠٢﴾
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan, "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kafir." Maka mereka mempelajari daripada keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barangsiapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu.
(Al-Baqarah ayat 102)
Dalam pada itu ada juga seseorang yang mempelajari daripada mereka berdua: Ilmu sihir ini boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang boleh jadi mudarat dengan izin Allah ﷻ.
Salah satu tujuan sihir ialah memisahkan pasangan. Jika seseorang berhajat kepada perempuan tersebut, maka dia mencari dukun pasangan tersebut bercerai, dan dapat memperisterikan perempuan itu. Oleh yang demikian Allah ﷻ memberitahu di dalam ayat ini, dengan izin Dia juga.
Sekiranya seseorang berjumpa dukun mahukan si fulan itu mati, dengan santau, maka ia berlaku juga dengan izin Allah ﷻ.
@bicarasunnahC
#ilmu.
#beramal.
#prihatin
ISU SEPUTAR BAB NAZAR
🔴 Benarkah tidak boleh bernazar dengan amal ibadat? Contohnya bernazar kalau anak cemerlang SPM maka dia akan berpuasa setiap hari Khamis selama sebulan. Bernazar seperti itu seolah-olah seseorang itu ingin beribadah hanya setelah dia mendapat apa yang dia hajati.
✅ Jawapan:
Pertama: Anda harus memahami dengan jelas terlebih dahulu hukum nazar secara umum merentasi semua mazhab.
Kedua: Nazar adalah ibadah sebelum kemunculan Islam lagi, ia diamalkan oleh semua agama, termasuk agama Hindu (nazar membawa kavadi)
Ketiga: Apabila Islam datang, maka nazar dibahagi kepada dua:
1⃣ Nazar Mu'allaq
Nazar untuk meraih manfaat daripada Tuhan dengan menawarkan ibadah rasuah; iaitu merasuah Tuhan. Jika Tuhan beri apa yang dipinta, maka barulah hamba itu melakukan ketaatan.
Contoh: "Jika aku dapat 10A dalam SPM, maka wajiblah aku bernazar puasa 5 hari."
Di sini maksudnya dia merasuah Tuhan; di mana dia hanya akan berpuasa, hanya jika Tuhan menunaikan hajatnya.
🔏 Kaedah memahami hukum dalam fiqh:
Larangan daripada Nabi ﷺ hukumnya adalah makruh.
Manakala larangan daripada Allah ﷻ hukumnya adalah haram.
Ini merupakan kaedah emas yang mesti kita pegang.
✳️ Dalil Jumhur yang mengatakan nazar terlarang adalah makruh:
نَهَى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – عَنِ النَّذْرِ قَالَ « إِنَّهُ لاَ يَرُدُّ شَيْئًا ، وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ »
“Nabi ﷺ melarang untuk bernazar, baginda bersabda: ‘Nazar sama sekali tidak mampu menolak sesuatu. Nazar hanyalah dikeluarkan daripada orang yang bakhil’.” (HR. Bukhari No. 6693 dan Muslim No. 1639 dari sanad Ibn Umar رضي الله عنه)
2⃣ Nazar Mutlaq (Nazar tanpa syarat)
Nazar tanpa mengenakan syarat kepada Tuhan.
Untuk sebahagian mazhab Maliki dan Syafi'iy, hukum nazar adalah sunnah.
Maksud sunnah ialah nazar mutlaq, iaitu tanpa mengenakan sebarang syarat kepada Tuhan.
Contoh: "Aku ikhlas bernazar bulan Rejab untuk berpuasa 10 hari".
Ia adalah sunnah kerana tidak diikat dengan apa-apa syarat. Dalilnya adalah:
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ نَفَقَةٍ أَوْ نَذَرْتُمْ مِنْ نَذْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُهُ
“Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” [ Al-Baqarah: 270 ]
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@bicarathtl
ISU TASYABBUH
🔴 Adakah perbuatan menggantung "passcard" pejabat di leher dianggap sebagai tasyabbuh?
🟢 JAWAPAN:
1⃣ Pertama: kena fahami istilah fiqh sunnah: "tasyabbuh" dengan jelas:
✳️ Definisi tasyabbuh menurut fiqh sunnah adalah meniru gaya orang kafir yang khusus buat mereka. Jika perbuatan tersebut telah menjadi global dan hilang sifat khusus itu, maka tiada lagi tasyabbuh.
Oleh itu, terdapat dua kefahaman mengenai tasyabbuh:
🅰 Secara literal
Apabila disebut tasyabbuh, maka apa sahaja yang diamalkan oleh orang bukan Islam, maka ia adalah tasyabbuh.
🅱 Secara maqosyid
Mengamalkan apa yang khusus untuk sesuatu kaum orang kafir.
🔴
Apakah tindakan suami yang sewajarnya?
Zaman sekarang zaman fitnah Tik Tok, WeChat, Facebook ada kes isteri terjatuh cinta dengan warga Indonesia atau dari negara lain. Contohnya kes di Lombok.
Sekiranya suami pasti dan ada bukti isteri terjerat dengan cinta warganegara asing ini.
Berapa fasa baru, dia patut menceraikan isterinya walaupun isteri lazimnya keliru untuk pilih siapa yg patut menjadi teman hidup.
Ni adalah kes yang menjadi trend zaman sekarang.
🟢
Curang dan nusyuz.
Isteri tidak boleh lagi bercinta sekiranya masih berstatus isteri.
1. Nasihat dan berbincang dari hati ke hati.
2. Jika enggan, boleh berpisah tempat tidur.
3. Jika gagal perlu berunding tara, hakam.
4. Jika semua gagal, maka talaq.
@bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin
🔊🔊 PENGUMUMAN RASMI UITO
HARAP MAKLUM UNTUK SEMUA AHLI UITO.
AKAUN TELEGRAM SHEIKH THTL TELAH DI HACK. MOHON JANGAN TERPEDAYA JIKA DAPAT PM DARI AKAUN BELIAU.
KAMI DALAM USAHA UNTUK RECOVER AKAUN SHEIKH THTL.
DOAKAN AGAR SEMUA URUSAN DAPAT DISELESAIKAN SEGERA.
TERIMA KASIH.
HUKUM MENYERTAI KONSERT
🔴 Apakah hukum pergi konsert?
✅ Rumusan untuk fiqh muzik dan nyanyian:
1⃣ Hukumnya adalah haram mutlak menurut empat mazhab utama suni kerana menghadiri konsert merupakan perbuatan yang lagha dan ia adalah amalan golongan fasiq dan non muslim untuk semua konsert termasuk konsert pop, balada, dangdut ataupun nasyid.
2⃣ Manakala menurut golongan mujtahid seperti Ibn Hazam, Al Ghazali, Mahmud Syaltut, Al Qardhawi pula berpendapat harus menghadiri konsert dengan empat syarat:
✴️ Perlu dilihat kepada "content" atau intipati konsert itu, apakah motif konsert dan genrenya. Sekiranya konsert berkonsep nasyid seperti Maher Zain, Raihan, Rabbani atau The Brothers, maka hukumnya adalah harus, kerana ia adalah muzikal alternatif.
✴️ Bagaimanakah penampilan penyanyi dan "band boys" di dalamnya?
✴️ Adakah terdapat pencampuran di antara lelaki dan wanita di dalamnya?
✴️ Adakah ada unsur haram di dalamnya seperti merokok, alkohol dan sebagainya?
✅ Isu muzik, nyanyian dan konsert
Ketika zaman klasik, empat mazhab telah menghukum muzik sebagai haram mutlak.
Apabila Islam menakluki Egypt, Iran, India, Eropah (Sepanyol, Balkan), amalan muzik dan nyanyian sudah sebati dengan negara-negara baru Islam ini. Mereka tidak boleh meninggalkan muzik dan nyanyian. Negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Borneo juga tidak dapat dipisahkan dengan muzik dan nyanyian.
Sementara negara-negara ortodoks seperti Arab Saudi sejak 2018 telah menghapuskan hukum haram muzik dan nyanyian di bawah pemerintahan Prince Muhammad bin Salman MBS, maka sekarang konsert dibenarkan di Arab Saudi.
✅ Hukum muzik, nyanyian dan konsert di Malaysia
Hukumnya adalah harus dan diperkuatkan pula oleh pihak pemerintah. Pihak pemerintah juga menyanjungi ahli muzik dan penyanyi dengan mengurniakan pelbagai gelaran anugerah kebesaran seperti Tan Sri dan Datuk. Artis dijaga kebajikan mereka dan masyarakat mencintai artis dan mengikuti perkembangan mereka dengan tekun. Artis menjadi ikon dan idola. Kekayaan dan kemasyhuran mereka menjadi idaman manusia. Media penyiaran sentiasa mengeluarkan program-program mencungkil bakat penyanyi serrta pertandingan menyanyi juga sentiasa menjanjikan hadiah yang lumayan. Begitu juga dengan industri lawak.
Oleh hal yang demikian, fatwa empat mazhab yang mengatakan muzik dan nyanyian adalah haram semuanya sudah dibakulsampahkan oleh penguasa dan majoriti manusia di atas muka bumi ini.
‼️ Inilah realiti yang anda harus fahami.
Apabila penguasa, budaya bangsa dan majoriti penduduk sesebuah negara telah menerima industri muzik dan artis sebagai suatu industri yang penting, maka orang yang tegar berpegang dengan sunnah tidak lagi mampu mengulangi fatwa empat mazhab bahawa muzik, nyanyian dan konsert adalah Haram. Anda tidak lagi mampu merubahnya. Arab Saudi sebagai benteng terakhir menghalang konsert pun sudah dirobohkan, apatah lagi Malaysia yang sudah lama mencintai dunia muzik hiburan. Tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Ia ibarat kanser tahap empat dan ini sudah menjadi tanda-tanda kecil kiamat.
#fiqhwanita101
#fiqhsunnah01
#Amal
#Ilmu
#Prihatin
@bicarathtl
🔴
Wajibkah seorang anak lelaki yang sudah berkahwin patuhi pada arahan ibunya supaya tinggal bersama padahal ibunya sihat walafiat dan masih mempunyai suami dan ramai anak lelaki yang belum berkahwin.
✅
Hukum ibu meminta anak lelaki yang berkahwin menetap di rumah ibu.
Hukum asal: Wajib taat kepada ibu dalam semua perkara kecuali yang berlawanan dengan hak asasi manusia.
Hak asasi manusia yang berkahwin ialah mereka sepatutnya duduk di rumah sendiri (rumah sewa atau beli) untuk lebih kebebasan, dapat melepaskan aurat (isteri) dan pendidikan anak anak.
Dalam kes ibu yang mahukan anaknya berkahwin, boleh jika rumah adalah saiz Villa dan mempunyai dapur sendiri, di mana isterinya boleh memasak.
Jika rumah biasa, perlu bersemuka dengan ibu, perlu berbincang dari hati ke hati, anak dengan ibu.
Paling penting usaha maksima supaya ibu boleh merima keadannya, atau jika tidak boleh cuba dahulu menetap setahun dua dirumahnya.
@bicarathtlfiqh.
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Apakah keputusan muktamad tanpa khilaf apabila seseorang terbuka puasa atas sebab kelalaian orang lain contohnya, stesen radio tersilap siarkan azan awal 5 minit, ramai pendengar telah berbuka puasa.
Wajibkah diqadha' atau masih sah hukumnya?
✅
Di dalam Islam, sekiranya tersilap maka ia dimaafkan, puasa adalah sah.
Dalil firman Allah ﷻ:
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah”
[Al-Baqarah: 286].
Begitu juga firman Allah ﷻ:
وَلَيسَ عَلَيكم جُنَاحٌ فِيمَا أَخطَأتُم بِهِۦ وَلَـٰكِن مَّا تَعَمَّدَت قُلُوبُكُم
“Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya"
[Al-Ahzab: 5].
Dalil Hadith Nabi ﷺ:
Dalam hadith riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban & lain-lain:
إِنَّ اللَّهَ قَدْ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
“Sesungguhnya Allah tidak mengambil kira pada umatku kesilapan, keterlupaan, dan apa yang mereka dipaksakan”.
@bicarathtlfiqh
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Anak saya merupakan anak yatim dan mewarisi duit faraid, bahagiannya saya simpan di dalam bank anak sendiri setiap tahun akan mendapat dividen.
Adakah boleh duit dividen itu saya ambil dan membeli emas untuk simpanannya sebagai aset akan datang?
✅
Boleh.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
عن جابر بن عبد الله أن رجلا قال يا رسول الله إن لي مالا وولدا. وإن أبي يريد أن يجتاح مالي. فقال: ( أنت ومالك لأبيك )
Daripada Jabir bin Abdillah, ada seorang berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak namun ayahku ingin mengambil habis hartaku.” Rasulullah bersabda, “Engkau dan semua hartamu adalah milik ayahmu.”
(HR. Ibnu Majah, no. 2291, dinilai sahih oleh Al-Albani)
@bicarasunnahthtl
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Adakah berdosa jika seorang isteri menolak ajakan seorang suami untuk bersalat berjemaah kerana merasakan salat bersendirian lebih khusyuk?
✅
Tidak berdosa sebab seorang suami salatnya adalah di masjid dan wanita salatnya sendirian.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
خَيْرُ مَسَاجِدِ النِّسَاءِ قَعْرُ بُيُوتِهِنَّ
“Sebaik-baik masjid bagi para wanita adalah di bahagian dalam rumah mereka.”
(HR. Ahmad, 6: 297. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahawa hadith ini hasan dengan berbagai penguatnya).
Lagi tersembunyi bilik salatnya lagi bagus.
@bicarathtl
#fiqhsunnah
#Ilmu
#amal
#prihatin
HUKUM MEMILIKI DAN MENYIMPAN PATUNG REPLIKA DALAM RUMAH
🔴
Adakah boleh seseorang itu memiliki dan menyimpan replika seseorang watak sebagai contoh kartun Jepun kerana minat?
✅
Ia di bawah hukum halal dan haram menyimpan arca atau ukiran dalam Islam.
Isu pertama: Kenapa Islam melarang pepatung, replika watak.
Tujuan Islam melarangnya adalah kerana mengikut Al-Qardhawi, umat Islam salaf baru sahaja keluar daripada agama pagan atau agama menyembah berhala di mana orang arab Quraisy menyimpan banyak berhala di dalam rumah dan banyak berhala di dalam masjidil haram. Maka Nabi ﷺ mengharamkan apa juga bentuk ukiran dan pepatungan kerana dikhuatiri umat akan kembali menyembah berhala itu adalah tujuan asal atau maqosyid.
Kemudian isu kedua ialah isu fanni atau seni pahat, seni ukir yang popular di Barat, khususnya di Perancis, Itali, India ialah seni membuat ukiran khususnya patung manusia dan haiwan. Sejak larangan Nabi ﷺ, kesenian ukiran dalam Islam tidak ada unsur replika manusia dan haiwan, semuanya tema tumbuhan berdasarkan hadith:
لاَ تَدَعْ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ
“Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk.”
(HR Muslim (969)
Kemudian ada pengecualian atau dalam istilah fiqh: Istisna'iyah (pengecualian):
Apa yang dinamakan sebagai patung atau mainan atau tujuannya adalah permainan kanak kanak, daripada Aisyah ر ضى الله عنها.
كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ لِي صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِي فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَيَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِي
“Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi ﷺ, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah ﷺ masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi daripada Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.”
(HR al-Bukhari (6130)
Mengenai kisah Aisyah رضى الله عنها yang memiliki anak patung (kerana beliau masih remaja ketika berkahwin dengan Nabi ﷺ), maka beliau ada memiliki anak patung mainan, maka Nabi ﷺ tidak mencegah, jika untuk permainan.
Maka kembali kepada maqosyid, tujuan seseorang menyimpan replika atau patungan, sama ada untuk dimuliakan atau untuk bermain.
Sekiranya untuk dimuliakan, disanjung, maka ia tidak boleh, kalau untuk mainan, maka ia dibolehkan.
Sekarang isu apakah orang dewasa dibolehkan bermain dengan patung, seperti Gundam, Power Rangers, Ultraman, Transformers.
Ini adalah hukum baru dan benda ini tidak wujud di zaman silam, orang dewasa tidak ada hobi begini sebab ia produk zaman moden. Maka ia dikembalikan kepada:
1. Hukum asal, ia tidak wujud di zaman silam, maka dikembalikan kepada harus, maka kaedah, asal dalam muamalat dan adat adalah harus.
2. Dikembalikan kepada maqosyid dan tujuan seseorang menyimpan, samada untuk pemujaan, penghormatan atau hobi.
3. Apakah ada unsur pembaziran kewangan dan mengabaikan nafkah jika menanggung keluarga.
4. Ada unsur pembaziran masa.
Rujukan:
Jika anda ingin fatwa yang lengkap: fatwa Muasirat, halal & haram, Fiqh Lahwun oleh Al-Qardhawi.
@bicarathtl.
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin.
🔴
Adakah puasa enam Syawal bid'ah di sisi Imam Malik dan Imam Abu Hanifah?
✅ Dalil hadith puasa enam Syawal :
عَنْ أبِي أَيُّوْبَ اْلأَنْصَارِيِّ – رضي الله عنه – أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ – صلى الله عليه و سلّم- قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَ أَْتبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَهْرِ.
Daripada Abu Ayub Al-Anshari رضى الله عنه bahwasanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (HR Muslim dalam Sahihnya 1164, Ahmad dalam Musnadnya, 419, Tirmizi, 759, Abu Daud, 2433, Nasai dalam Sunan Al-Kubro 2862-2864, Ibnu Majah 1716) komen Imam Abu Isa hadith hasan sahih (حَدِيثُ أَبِي أَيُّوبَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ).
Namun hadith ini menjadi kontroversi walaupun berada dalam sahih Muslim, ia didhaifkan oleh Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam An-Nasa'iy, Ibn Ma'in.
Hukum puasa Enam syawal:
1. Makruh, bid'ah di sisi Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi. 2. Sunnah di sisi Mazhab Syafi'i, Hanbali, Ibn Taimiah, Zahiri dan Ibn Qayyim, Al-Bani, lajnah daimah arab saudi.
Makruh di sisi imam malik dan mazhab hanafi kerana ditakuti orang awam tersalah faham, bahawa puasa Ramadhan masih cacat dan mesti disambung enam hari lagi di bulan Syawal.
Isu kedua, amalan menyambung puasa pada 2 Syawal secara mutaba'ah atau terus menerus sehingga enam hari ia adalah bid'ah di sisi mazhab tersebut. Manakala di sisi Mazhab Syafi'i, ia tidak makruh, bahkan boleh mulai puasa enam pada 2 Syawal, hingga sampai tamat pada 7 Syawal. Yang jelas bid'ah ialah merayakan Eid kedua kerana selesai puasa enam. Ini adalah bid'ah kerana perayaan Eid hanya sekali sahaja iaitu 1 Syawal.
Bagaimanakah cara kita untuk tajammu' (mendamaikan) dua pendapat yang saling bertentangan? Makruh di sisi dua mazhab, manakala sunat di sisi dua mazhab yang lain?
Caranya adalah berpuasa pada Isnin Khamis bulan Syawal ditambah puasa hari putih (ايام البيض) 13,14,15 Syawal. Maka anda memenuhi puasa enam Syawal tanpa memberi nama puasa enam. Itu adalah cara untuk menghilangkan kemakruhanya di sisi Imam Malik dan Mazhab Imam Abu Hanifah.
@bicarathtl
#bicarasunnahSnj
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Adakah sahih kisah para sahabat bertemu Raja Herucules dan melihat koleksi gambar-gambar 14 Nabi dan Rasul?
✅
Dhaif.
Fatwa Syaikh Muqbil رحمه الله salafi Yamani.
ما مدى صحة الحديث الوارد في ( تفسير ابن كثير ) في سورة الأعراف عند قوله تعالى : " الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ " [ الأعراف : 157 ] الآية هذا الحديث الطويل الذي عزاه إلى الحاكم في مستدركة عن قصة هشام بن العاص الأموي عند هرقل الروم وفي آخر القصة ذكر أن هرقل أراهم صوراً للأنبياء واحداً واحداً فنود التوضيح ؟
Ia dinukil oleh Imam Ibn Katsir dalam tafsirnya pada surah Al-A'raf ayat 157 di mana Ibn Katsir memaparkan sebuah hadith panjang (berasal daripada Al-Haakim, Al-Mustadrak Al- Hakim) akan kisah Hisham bin Al-Asy Al-Umawi yang mengadap Heraqil (Heraclius, maharaja Rome Timur di Constantinople (Istanbul) di mana Heraclius menunjukkan koleksi baginda akan poster-poster para Nabi.
Berkata Syaikh Muqbil:
لحديث لا يثبت ، وقد حققه أخوان وقد قاما بتحقيق جزء من < تفسير ابن كثير > فهو لا يثبت ، والغالب على ما يتفرد به الحاكم رحمه الله الضعف ، والحافظ ابن كثير كما ذكره في < تفسيره > فقد ذكره في < البداية والنهاية > أيضاً ، لكنه لا يثبت
Hadith atau athar ini tidak tsabit , sudah ditahqiq dalam tafsir Ibn Kathir, Al-Haakim menyendiri dalam meriwayatkan kisah ini, juga ada dalam Al-Bidayah Wal Nihayah Ibn Kathir, juga tidak thabit sahih.
@bicarathtl
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Seorang penjual pisang goreng tepi jalan merasuah pegawai majlis perbandaran supaya perniagaannya dapat diteruskan.
Apakah hukum pembeli yang membeli jualan si pelaku?
✅
Pembeli tidak memikul dosa penjual.
@bicarathtl
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin
🔴
Jika ada sesuatu yang tidak baik berlaku pada kita dan kita menganggapnya sebagai musibah di atas perbuatan dosa kita, maka adakah kita dianggap telah bersangka buruk kepada Allah ﷻ?
✅
Tidak, Ditimpa bala atau musibah tidaklah dianggap sebagai buruk sangka dengan Allah ﷻ. Ini kerana orang mukmin apabila terkena musibah, dia harus melihatnya dari segi dua aspek:
1⃣ Sebagai ujian atau cubaan.
2⃣ Sebagai kafarah dosanya
Objektif musibah yang melanda adalah:
أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ • أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ
“Maka apakah penduduk negeri itu merasa aman ketika ditimpa ke atas mereka seksaan kami, sedangkan mereka sedang tidur. Atau apakah penduduk negeri itu merasa aman ketika ditimpa ke atas mereka seksaan pada waktu pagi, sedangkan mereka sedang lalai bermain”
[Al-A’raf 97-98]
وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Tetapi mereka mendustakan ajaran Allah, maka kami timpakan ke atas mereka seksaan, sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan”
([Al-A’raf 96]
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ
“Munculnya kerosakan di daratan dan di lautan, kesan daripada apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia”
[Al-Rum 41]
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَاب
“Dan takutlah terhadap ujian yang tidak menimpa ke atas golongan yang zalim di kalangan kamu secara spesifik. Dan ketahuilah, Allah Maha Dahsyat balasanNya”
[Al-Anfal 25]
⏩Renungi firman-firman Allah ﷻ di atas, maka kita akan faham musibah ada manfaatnya kepada orang Muslim, dan bukanlah bermakna bersangka buruk kepada Allah ﷻ.
@bicarasunnah
#bicarathtlSnJC
#ilmu.
#amal.
#prihatin
Berdasarkan foto di atas benarkah golongan ini layak menerima zakat ?
✅
Ya, layak berdasarkan perluasan istilah Ar-Riqab: Pembebasan daripada semua jenis belenggu perhambaan.
Ini merupakan ijtihad Syeikh Al-Qardhawi dalam Fiqhu-Zakat dan Syeikh Mustafa Al-Zarqa'.
Manakala ijtihad daripada Mesir pula adalah Syaikh Mahmood Syaltut dan Syed Rashid Ridhaa.
@SnJbicarasunnahC
#bicarathtl
#Ilmu
#beramal.
#prihatin
2⃣ Kedua: isu zaman
Islam dan bukan Islam sejak zaman Nabi ﷺ sehingga Ottoman adalah zaman "hostility" iaitu zaman peperangan atau "survival of the fittest"; di mana yang kuat akan menghina yang lemah, zaman penaklukan dan perhambaan.
Pada era moden pula iaitu di zaman "post World War II", (pasca Perang Dunia Ke II) dan sejak tertubuhnya PBB, maka sudah ada perdamaian global, tiada lagi kuasa penjajah kecuali sebahagian kecil wilayah seperti Kashmir, Palestine, Syria, Iraq, Kurdistan, Uighur, Mindanao dan selatan Thai. Selain itu telah tertubuhnya banyak blok ekonomi, seperti Negara-negara Berkecuali, APEX, G20, ASEAN dan sebagainya.
Malaysia dan ASEAN mempunyai hubungan kuat dengan EC (European Community). Maka, sejak merdeka, Malaysia tiada lagi ancaman penjajahan. Disebabkan itu apabila adanya hubungan baik melalui blok-blok ekonomi, maka akan berlakunya "Free Trade" atau Perdagangan Bebas. Oleh hal yang demikian di sinilah akan menyebabkan berlakunya pertukaran budaya dari segi makanan, pakaian, gaya hidup kerana adanya suasana keamanan.
Ini berbeza senarionya ketika di zaman "hostility" dan peperangan pada 1-1200 hijrah, di mana sudah tentu kebencian antara negara amat tinggi. Misalnya pada zaman Nabi ﷺ, Islam diancam oleh Rom Timur di Constantinapole dan Persian yang berpusat di Tehran. Maka sudah tentu Nabi ﷺ telah melarang keras umatnya ketika memakai dan meniru gaya hidup orang Romawi dan Farsi. Mana mungkin seorang nabi membenarkan rakyatnya mengikut gaya hidup Romawi dan Persian yang memusuhi Islam ketika itu.
Namun begitu, untuk zaman sekarang, di era "global village effect", cara hidup manusia baik Islam dan kafir sama sahaja di mana mereka bertali leher ke tempat kerja, memakai jeans Levi's, memakai kasut Nike, Adidas, memakai business suit dan sebagainya.
Walau bagaimanapun untuk mereka yang berfikiran literal, ia tidak dapat diterima, kerana bagi mereka orang kafir sama sahaja. Maka mereka memilih berjubah Arab dan berserban di atas alasan mahu mentaati Rasulullah ﷺ.
Maka, bagi menjawab soalan anda adakah tasyabbuh jika memakai "passcard" di leher itu? Jawapannya pemakaian "passcard" adalah budaya global dengan tujuan "security" (keselamatan) untuk memasuki premis pejabat. Ia bukanlah bertujuan tasyabbuh (menyerupai mana-mana orang kafir).
Oleh sebab itu, sebelum kita beramal dengan fiqh tasyabbuh, kenalah fahami dulu istilah tersebut dan bagaimana konsep tasyabbuh telah berubah sesuai dengan perubahan politik dunia, daripada era penjajahan dan permusuhan kepada dunia yang lebih aman dan ujudnya blok-blok ekonomi di mana dunia Islam dapat berdagang dengan bebas. Apabila wujudnya perdagangan dan kemajuan IT dan media, maka "sharing" atau perkongsian budaya telah melenyapkan apa yang khusus kepada sesuatu bangsa.
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@BicaraThtl
BOLEHKAH REKA SELAWAT?
🔴 Adakah kita dibenarkan merekacipta selawat sendiri untuk Nabi ﷺ? Ini kerana terdapat riwayat sahabat seperti Sayidina Ali dengan Ibnu Mas'ud yang mencipta selawat sendiri. Apakah benar?
🟢 Jawapan:
Selawat adalah ibadah, dan syarat ibadah adalah:
i) ikhlas
ii) mencontohi atau ittiba' ar-Rasul
Maka, jika anda berselawat, dan ingin menjadikan ia ibadah, mestilah mengikut syarat:
i) kena ikhlas
ii) kena berselawat dengan selawat yang baginda ajarkan
⚠️ Maka di sini, isunya sebenar yang anda harus jawab:
Kenapakah anda tidak suka dengan selawat yang baginda sendiri telah ajarkan?
Persoalan kedua merupakan tuduhan yang berat apabila anda telah menuduh para sahabat ahli bid'ah, sedangkan zaman sahabat bersih daripada sebarang bid'ah, begitu juga zaman tabi'in. Versi selawat seperti Selawat Ali, Selawat Kaab, Selawat Aisyah adalah dari sanad sahabat, yang merupakan versi pendek dan versi panjang telah diajar oleh baginda nabi ﷺ kepada beberapa sahabat tetapi bukanlah maksud para sahabat mencipta selawat. Maka bab yang betul adalah seperti berikut:
1⃣ Selawat paling utama (Selawat Ibrahimiyah)
2⃣ Selawat-selawat yang pelbagai dari sanad sahabat, ada versi pendek dan sederhana.
Kesemua versi selawat sahabat itu bebas daripad unsur tareqat, Pooja dan ghuluw dari segi bahasa dan iramanya.
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@bicarathtl