bicarathtl | Unsorted

Telegram-канал bicarathtl - UiTO Channel: Bicara THTL

917

Pandangan dan perkongsian THTL Web Rasmi uito.org Channel rasmi @UiTO2017 @BicaraThtl

Subscribe to a channel

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah menjadi bid'ah melakukan salat sunat rawatib di masjid?


Salat sunat dilakukan di masjid apakah termasuk bid'ah.

Pertama Takrifan:
Bid'ah adalah jalan yang direka dalam agama atau kaifiyat agama direka yang tidak ada contoh sebelumnya dan ia bertujuan lebih mendekatkan diri kepada Allah‎ ﷻ atau beranggapan Nabi ﷺ cuai dalam menyampaikan risalahnya.

Salat sunat di masjid ini bukanlah benda baru atau rekaan contohnya salat eid adha dan eid lfitri dilakukan di masjid, salat gerhana dan salat minta hujan di masjid, salat tahiyatul masjid, salat-salat sunat ketika i'tikaf, ketika hari Jumaat (orang datang awal ke masjid hari Jumaat dan banyak bersalat sunat mutlak). Maka ia bukan Bid'ah pada asalnya.
Ini perlu jelas, bid'ah adalah rekaan baru yang tidak ada asalnya, sedangkan salat sunat di masjid ada asalnya.

Maka salat sunat rawatib di masjid berlawanan di rumah, bukan isu bid'ah, tetapi isu keutamaan, fadilatnya mana lebih utama atau mana lebih banyak pahala. Adakah ia sama dengan salat berjamaah di rumah berlawan salat berjamaah di masjid, ia adalah isu keutamaan, di masjid adalah 27 kali ganda.

Kedua: Isu keutamaan bukan bid'ah atau makruh.
Maka sa
lat sunat di masjid adalah isu keutamaan sahaja, dan tidak makruh pun salat sunat rawatib di masjid.

Di antara ilat atau tujuan salat di rumah menurut Imam Al-Mubarakfuri, syarah sunan At-Termidzi:

1. Menjaga riak
2. Memakmurkan rumah setaraf masjid sebagai taman ibadah , rumah yang baik dalam Islam ialah rumah yang banyak didirikan salat sunat dan aktiviti agama, seperti tilawah, tadabbur Al-Quran dan siri kuliah ilmu.


@bicarasunnahthtl
#ilmu.
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

AMALAN BERSELAWAT KETIKA LUPA

🔴 Pertanyaan mengenai amalan ketika lupa.

Terdapat hadith yang mengatakan berselawatlah kepada Nabi ﷺ ketika kita terlupa walaupun berstatus dhaif tetapi ia diamalkan oleh ramai orang:

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

إِذَا نَسِيْتُمْ شَيْئًا فَصَلُّوْا عَلَيَّ تَذْكُرُوْهُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

“Apabila kamu lupa akan sesuatu, maka berselawatlah ke atasku nescaya kamu akan ingatkan akan ia insya-Allah.”

Manakala ada ayat Al-Qur'an mengatakan:

"Without adding, “if Allah so wills!” But if you forget, then remember your Lord, and say, “I trust my Lord will guide me to what is more right than this.”" [Al-Kahf: 24]

Ayat tersebut mengatakan ingatkanlah kepada Allah ‎ﷻ apabila kita terlupa.

Apa yang saya faham, hadith yang berstatus dhaif hanya boleh diamalkan dengan beberapa syarat dan kalau ia berkaitan dengan amalan, hadith dhaif tersebut perlulah diperkuatkan dengan hadith sahih yang lain, barulah ia diterima.

Persoalannya:

1⃣ Adakah hadith sahih yang menyebutkan tentang berselawat kepada Nabi ﷺ ketika kita terlupa?

2⃣ Jika hadith itu diterima, adakah ia bercanggah dengan ayat [Al Kahfi: 24] di atas?




1⃣ Hadith tersebut adalah amat dhaif. Ia dikeluarkan oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya, Jalaaul Afhaam (ذكره الحافظ ابن القيم في كتابه "جلاء الأفهام),

Saya rasa ini yang mengelirukan anda, sebab ia dijadikan dalil oleh Imam Ibn Qayyim رحمه الله. Bila Imam Ibn Qayyim menjadikannya dalil, maka sudah tentu golongan tareqat, habeeb, aswaja, asyairah akan menjadikan amalan berselawat sebagai dalil juga untuk mengingatkan kembali apabila terlupa.

✍ Ulasan:

Cara s
ebegini tidak benar. Apabila Imam Ibn Qayyim menjadikannya dalil, bukan bermaksud ia adalah hujah, sebab beliau adalah manusia dan bukannya maksum. Kita kena buat kajian terhadap hadith tersebut dan ternyata ia amat dhaif dan tidak boleh dijadikan dalil.

Ini adalah sanadnya dalam kitab Imam Ibn Qayyim رحمه الله:

ذكره أبو موسى المديني ، وروى فيه من طريق محمد بن عتّاب المروزي ، ثنا سعدان بن عبدة أبو سعيد المروزي ، ثنا عبد الله بن عبد الله العتكي ، أنبأنا أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إذا نسيتم شيئا فصلوا عليّ تذكروه إن شاء الله)

Sanad > Abu Musa Al Madini > Muhammad bin Uttab Al Arwazi> Abdullah bin Abdullah Al Atki > Anas bin Maalik

⚠️ Penyakit dalam sanad:

وهذا س
ند ضعيف ، فيه علتان :
1- عبيد الله بن عبد الله العتكي : جاء في ترجمته في "تهذيب التهذيب" (7/27) : " قال البخاري : عنده مناكير . وقال أبو جعفر العقيلي : لا يتابع على حديثه . وقال البيهقي : لا يحتج به " انتهى باختصار . وانظر بعض مناكيره في "الكامل" لابن عدي (4/332) .
2- سعدان بن عبدة القداحي : قال ابن عدي في "الكامل" (4/332) : " غير معروف " انتهى. ولذلك ضعف الحديث الحافظ السخاوي في "القول البديع" (ص/326)

Perawi 1: Abdullah Al Atki, dilemahkan oleh Imam Al Bukhari (perawi mungkar), Al Uqaili dan Al Baihaqi, Ibn Adi dalam Al Kaamil

Perawi 2: Sa'dan bin Abdah Al Qedahi komen Ibn Adi, tidak dikenali.

⚠️ Penyakit dalam matan:

Ia berlawanan
dengan Al-Qur'an. Al-Qur'an mengarahkan orang yang lupa ingat kepada Allah ‎ﷻ, hadith dhaif pula menyuruh berselawat.

👁‍🗨 Apakah alasan Imam Ibn Qayyim رحمه الله?

Imam Ibn Qayyim رحمه الله berkata, jika lupa ingatlah Allah ‎ﷻ dengan berzikir, diperkuat dengan berselawat, berselawat dan berzikir adalah satu pakej, Imam Ibn Qayyim menggunakan hadith Anas untuk menguatkan hujahnya; iaitu zikir disertai dengan selawat, maka akan mengingatkan benda yang anda lupa.
(Rujukan: Jalaul Afham tahqiq Syeikh Masyhur Alu Salman)

✴️ Kesimpulan:

Ini adalah di antara kesilapan Imam Ibn Qayyim رحمه الله dalam berdalil namun ia tidaklah mengurangkan kehebatan beliau.

#bicarathtl.
@bicarasunnah.
#ilmu
#amal.
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah mencium jenazah yang sudah dikapankan suatu tuntutan?



Dalil hadith Nabi ﷺ:

عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ، أَنَّ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ زَوْجَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَخْبَرَتْهُ قَالَتْ أَقْبَلَ أَبُو بَكْرٍ ـ رضى الله عنه ـ عَلَى فَرَسِهِ مِنْ مَسْكَنِهِ بِالسُّنْحِ حَتَّى نَزَلَ، فَدَخَلَ الْمَسْجِدَ، فَلَمْ يُكَلِّمِ النَّاسَ، حَتَّى نَزَلَ فَدَخَلَ عَلَى عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ فَتَيَمَّمَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ مُسَجًّى بِبُرْدِ حِبَرَةٍ، فَكَشَفَ عَنْ وَجْهِهِ، ثُمَّ أَكَبَّ عَلَيْهِ فَقَبَّلَهُ ثُمَّ بَكَى.

Daripada Aisyah رضى الله عنها berkata bahawa Abu Bakar رضى الله عنه tiba dari tempatnya dengan menunggang haiwan, dan masuk ke dalam masjid tanpa bercakap dengan sesiapa pun. Lalu dia menemui ‘Aisyah رضى الله عنها dan pergi kepada jenazah Rasulullah ﷺ yang ditutupi dengan kain, kemudian beliau membuka wajahnya, beliau melutut lalu mencium baginda kemudian menangis.
(Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Janaiz, hadis no: 1242)

Sekiranya jenazah itu belum dikapankan, maka boleh dibuat seperti Abu Bakar رضى الله عنه, jika sudah dikapan dengan sempurna dan diikat, maka boleh menciumnya di atas kain kapan sahaja.

🔴
Adakah boleh menciumnya di mana-mana tempat?


Ya, dibolehkan.

#bicarasunnah.
#Ilmu.
#amal.
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

TURUTAN MEMOTONG KUKU JARI TANGAN


🔴
Adakah ini anjuran daripada Rasullullah ﷺ memotong kuku mengikut urutan seperti foto di atas?


Tidak sahih. Ia hanya pendapat Imam Al- Ghazali dalam Ihya' Uluumiddin maka ia Khurafat.

#bicarathtl
#Ilmu.
#amal.
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah rosak iman seseorang apabila mengalami senario begini?

"Eh, engkau lebih baik membuat hibah kepada isteri engkau sekiranya engkau meninggal dunia di kemudian hari isteri engkau tidak dapat harta faraid".


Iman tidak rosak, cuma ia kerosakan kecil di dalam Fiqh Harta dan Pengurusannya kerana beramal dengan hawa nafsu bukannya dengan ilmu.

Pengurusan harta selepas mati ada empat bahagian.

1. Fiqh hibah.
Menyerahkan harta kepada ahli waris atau bukan semasa pemilik harta masih hidup hanya dipastikan pembahagian itu adil dan tidak menzalimi mana-mana pihak yang sepatutnya dapat.

2. Fiqh harta sepencarian.
Akta keluarga Islam Malaysia, ada "clause" harta sepencarian, harta yang bertambah selepas perkahwinan dan suami dan isteri ada perkongsian di dalam harta tersebut, contohnya mengikuti pinjaman rumah dan tanah.

3. Fiqh wasiat.
Pemilik harta boleh mewasiatkan kepada bukan ahli waris tidak melebihi 1/3 jumlah harta.

4. Isteri seharusnya ada bahagian dalam harta pusaka cuma pecahannya adalah kecil.

#fiqhsunnah.
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah sahih mengenai ungkapan Saidina Umar رضى الله عنه seperti foto di atas?



Dhaif ia merupakan athar tanpa sanad:

ونظر عمر رضي الله عنه إلى رجل بادن فقال: ما هذا؟قال: بركة الله. فقال: بل سخطه، ثم قال: إياكم والبطنة فإنها ثقل في الحياة ونتن في الممات.

Dikeluarkan oleh:
الكتاب : محاضرات الأدباء
المؤلف : الراغب الأصفهاني

Al-Raghib Al-ashfahani kita Muhaadharat Al-Adba'

#bicarathtl.
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

BERZIKIR KETIKA MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT

🔴 Adakah boleh memegang tasbih sambil berzikir ketika mendengar khutbah Jumaat?


✅ Terdapat dua kesalahan di sini:

1⃣ Khutbah adalah sejenis zikir

Kebiasaannya, orang Melayu memahami bahawa istilah zikir ini hanyalah merujuk kepada tasbih, tahmid dan tahlil sahaja. Yang sebenarnya, khutbah itu merupakan sejenis zikir (peringatan mingguan).

Maka, adalah satu kesalahan, jika kita berzikir dengan tasbih, tahmid dan tahlil untuk menggantikan zikir khutbah itu.

2⃣ Penggunaan biji tasbih untuk menghitung zikir

Tidak ada seorang sahabat pun yang menggunakan biji tasbih untuk berzikir. Sekiranya ada kebaikan, maka sudah tentu mereka akan mendahului kita. Kaedah emas yang seringkali kita ingatkan:

لَوْ كَانَ خَيرْاً لَسَبَقُوْنَا إِلَيْهِ

Seandainya amalan tersebut baik, tentu mereka (para sahabat) sudah mendahului kita untuk melakukannya.”

Maka, yang sunnahnya adalah menggunakan jari sahaja.


#fiqhsunnah
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

RENTETAN KRONOLOGI SEJARAH PUASA ASYURA

🔴 Berapa lamakah jarak masa di antara dua hadith di bawah ini? Dikatakan selepas Nabi ﷺ mengucapkan hadith pertama, baginda kemudiannya telah wafat. Namun bagaimana wujudnya pula riwayat hadith kedua yang mengatakan Nabi ﷺ tinggalkan Puasa Asyura?

Hadith 1:
Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما: "Rasulullah ﷺ bersabda: 'Seandainya aku masih hidup tahun depan, sungguh aku akan berpuasa pada tanggal sembilan (Muharram)." (HR. Muslim: 1253)

Hadith 2:
Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, berkata: “Nabi ﷺ berpuasa pada hari Asyura’ dan Nabi memerintahkan untuk (sahabat² madinah) berpuasa padanya. Apabila difardhukan berpuasa Ramadan, Baginda SAW tinggalkannya (tidak berpuasa pada hari Asyura’).
” (HR Bukhari (1892))


Berikut merupakan penjelasan lengkap mengenai Puasa Asyura;

✴️ Fasa 1: Puasa Asyura dilaksanakan di Mekah kerana ia adalah puasa orang Quraisy yang masih mengikuti syariat Ibrahim dan Ismail.

Puasa Asyura diamalkan Nabi ﷺ ketika di Mekah sebab ia adalah ajaran Ibrahim yang masih diikuti oleh orang Quraisy, sama seperti manasik haji. Dalilnya:

عن عائشة ، رضي الله عنها ، أن قريشا كانت تصوم يوم عاشوراء في الجاهلية ثم أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصيامه حتى فرض رمضان وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من شاء فليصمه ، ومن شاء أفطر

Daripada Aisyah رضي الله عنها, Sesungguhnya orang-orang Quraisy dulu pada masa jahiliyah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah ﷺ pun memerintahkan untuk berpuasa pada hari itu hingga turunnya perintah wajib puasa Ramadan." (Muttafaq alaih)

Maka, para sahabat sudah berpuasa Asyura ketika berada di Mekah.

✴️ Fasa 2: Hijrah dan status Puasa Asyura

Apabila Nabi ﷺ tiba di Madinah, (1 Hijrah), Puasa Asyura masih diteruskan tanpa baginda mengetahui ia juga adalah puasa "Yom Kippur" dalam taurat. Maksudnya 10 Muharam bersamaan dengan kalendar Yahudi Madinah, iaitu 10 Tisyri.

✴️ Fasa 3: Persyariatan Puasa Ramadan satu bulan pada 2 hijrah

Apa bila turunnya ayat kewajipan Ramadan sebagai bulan puasa (Al Baqarah: 183), maka hukum wajib kepada nabi ﷺ untuk berpuasa Asyura sudah hapus, tetapi ia cuma menjadi puasa sunat sahaja. Dalilnya:

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, berkata:

صَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تُرِكَ

Nabi ﷺ berpuasa pada hari Asyura’ dan baginda memerintahkan untuk (sahabat² madinah) berpuasa padanya. Apabila difardhukan berpuasa Ramadan, Baginda ﷺ tinggalkannya (tidak berpuasa pada hari Asyura’).” (HR al-Bukhari (1892))

✴️ Fasa 4: Tahun ke 9 Hjirah

Pada tahun ke 9 hijrah, setahun sebelum Nabi ﷺwafat, baginda baru mendapat maklumat mengenai Yahudi Madinah berpuasa Yom Kippur untuk kesyukuran Musa عليه السلام berjaya membawa keluar Yahudi Mesir daripada kezaliman Fir'aun. Ia berlaku ketika Nabi Musa عليه السلام selesai menyeberangi Laut Merah.

Apabila Nabi ﷺ mendapat tahu ilat puasa Yahudi Madinah berpuasa kerana sebab yang berlainan daripada syariat Ibrahim, maka baginda mahu sahabat menyelisihi Yahudi Madinah. Ini kerana Nabi ﷺ berpuasa mengikut millah Ibrahim, iaitu Puasa Asyura adalah syariat Ibrahim, maka Nabi ﷺ ingin menyelisihi puasa Yom Kippur tersebut dengan berpuasa dua hari. Oleh kerana ia berlaku pada tahun 9 Hijrah, maka Nabi ﷺ tidak sempat melakukan Puasa 9 Asyura kerana wafat pada tahun berikutnya.

Ini adalah maksud hadith Ibn Abbas:
"Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, ia berkata: "Rasulullah ﷺ bersabda: 'Seandainya aku masih hidup tahun depan, sungguh aku akan berpuasa pada tanggal sembilan (Muharram)." (HR. Muslim: 1253) .

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

MIMPI MELIHAT ALLAH ADALAH BENAR?

🔴
Adakah benar atau layakkah jika seseorang bermimpi berjumpa dan berkomunikasi secara langsung dengan Allah ﷻ?


Adapun melihat Allah ﷻ dalam mimpi adalah mungkin menurut kesepakatan Ahli Sunnah Wal Jama'ah. (Syarah Sunnah, 12/227/280).

Ibn Hajar رحمه الله telah berkata:
Tidak ada perselisihan dalam kalangan ulama' atas kemungkinan melihat Allah ‎ﷻ dalam mimpinya. (Al--Fath (14/416, edisi Darul Fikr).

Teks Ibn Hajar:

وَلَمْ يَخْتَلِفِ الْعُلَمَاءُ فِي جَوَازِ رُؤْيَةِ الله تَعَالَى فِي الْمَنَامِ

"Dan tiada perbezaan pendapat antara ulama' dalam keharusan melihat Allah ‎ﷻ ketika tidur. (Fathul Bari (12/387))


Terdapat perincian pendapat para ulama'.

1. Ia merupakan makam yang tertinggi bagi para wali Allah ﷻ.
2. Ia bukanlah zat Allah‎ﷻ dan hanya dalam bentuk abstrak.
3. Tiada syari'at baru yang dibawa hasil daripada mimpi tersebut sebab Islam adalah agama yang sempurna.

Dalil firman Allah ﷻ:

ۚ ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًا ۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غفورالرحيم(٣)

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Al-Maidah: 3]

#bicarathtlfiqh
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴 Apakah hukuman bagi pelaku sihir dalam Islam?

🔵 Hukuman jenayah sihir adalah khilaf di sisi Islam. Mengikut Mazhab Syafi'iy, jenayah sihir diletakkan di bawah 2 jenis hukuman. Selepas dibicarakan, hakim akan menentukan jenis hukuman itu dan ia bergantung kepada amalan sihir tersebut:

1⃣ Jika amalan sihir yang membawa kepada murtad; maka Hukuman Hudud dijatuhkan kepadanya.

2⃣ Jika amalan sihir yang tidak membawa kepada murtad; maka Hukuman Takzir dijatuhkan kepadanya (kesalahan di bawah kuasa sivil dan kehakiman)

Jumhur biasanya meletakkannya di bawah hukum hudud, dan jika ahli sihir tersebut disabitkan kesalahan, maka ia boleh membawa hukuman mati mandatori.

#bicarathtl.
#ilmu.
#amal.
#prihatin
.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴

Adakah nafsu dan bisikan syaitan itu berbeza ataupun sama? Boleh sertakan dalilnya sekali?




1. Nafsu.
Nafs adalah kuasa pendorong dalam jiwa manusia, Ibn Qayyim telah berkata:

الهوى ميل الطبع إلى ما يلائمه

“Hawa nafsu adalah kecondongan jiwa kepada sesuatu yang selaras dengan keinginannya.”
(Kitab Asbabul Takhallusy, 10)

Nafsu itu perlu wujud dalam badan manusia untuk kelangsungan hidup, makan minum, sihat, berkelamin dan membina tamaddun.

Tetapi sifat nafsu adalah mendorong kepada kejahatan.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.”
[SurahYusuf: 53].

2. Bisikan Syaitan.
Itu adalah sumpah Iblis semenjak azali.

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ ( ) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka daripada jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).
[Al-A’raf: 16-17]


Maka nafsu manusia dan bisikan syaitan adalah dua gabungan yang kuat untuk menyesatkan manusia.

Dalil firman Allah ﷻ:

اللَّهمَّ فاطرَ السَّمواتِ والأرضِ، عالِمَ الغيبِ والشَّهادةِ، رَبَّ كلِّ شيءٍ ومَلِيكَهُ، أشهَدُ أن لا إلهَ إلَّا أنتَ، أعُوذُ بكَ مِن شرِّ نَفْسي، وشرِّ الشَّيطانِ وشِرْكِهِ

Maksudnya: “Ya Allah, Yang Menjadikan langit dan bumi, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Tuhan bagi setiap sesuatu dan pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung pada-Mu dari kejahatan diriku sendiri dan dari kejahatan syaitan dan teman sekutunya.”
( HR Abu Daud (5067), al-Tirmizi (3392), al-Nasa'ie (7699) dan Ahmad (7961).
Disahihkan oleh syaikh al Albani.

Hadith ini membuktikan nafsu jahat dalam badan manusia dan bisikan dan godaan syaitan wujud secara berasingan dan komplimentari.

#bicarasunnah
#ilmu
#amal.
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah dalil berkenaan "bidadari cemburu dengan wanita solehah"


Cemburu itu sifat di dunia, di syurga sudah terhapus.

Dalil firman Allah ﷻ:

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ.

“Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.”
[Al-Hijr: 47]


Hadith Rasullullah ﷺ:

Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه Rasulullah ﷺ bersabda:

وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ، يُرَى مُخُّ سُوقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ مِنَ الحُسْنِ، لاَ اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ وَلاَ تَبَاغُضَ، قُلُوبُهُمْ قَلْبٌ وَاحِدٌ، يُسَبِّحُونَ اللَّهَ بُكْرَةً وَعَشِيًّا
“Masing-masing mereka memiliki dua isteri. Sum-sum tulang betisnya kelihatan di balik daging kerana terlalu indahnya. Tidak ada perselisihan dan permusuhan di antara mereka. Mereka sehati, sentiasa bertasbih mensucikan Allah, pagi dan petang.”
(HR. Bukhari. No 3245, Muslim 2843).

Wanita penghuni syurga sibuk dengan permata, emas, berlian, pinggan mangkuk, cadar, tilam, kerusi makan, kerusi sofa, tirai tidak ada perasaan cemburu kepada suami mereka yang sibuk dengan madu yang tidak terhad, dengan bidadari masing masing-masing dalam dunia mereka.

@bicarathtl.
#bicarasunnah
#ilmu
#amal.
#perihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

HUKUM MENJUMPAI DUIT DI ATAS JALAN


🔴
Adakah boleh kita mengambil duit yang terjumpa di atas jalanan, bertaburan dan berterbangan sebanyak 5 hingga 6 keping kemudian menganggapnya sebagai rezeki pagi Hari Raya Aidil Adha?


Ini fiqh luqatah (barang temuan).

Perlu diberitahu berapa amaun yang dijumpai, sekiranya banyak ianya perlu diserahkan kepada pihak berwajib atau diiklankan selama 1 tahun. Apabila sudah berlalu selama setahun dan tidak mempunyai pemiliknya, maka perlu diberikan kepada golongan fi sabilillah iaitu rumah anak yatim tabung Syria, Palestina atau tabung bencana alam.

Kaedah adalah:
Ia haram untuk orang yang menemuinya dan halal untuk kebajikan orang awam.

@bicarathtl
#fiqhsunnah
#ilmu
#prihatin
#amal

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah perlu seseorang yang melazimi salat Dhuha itu qhada' sekiranya tertinggal salat tersebut?


Qadha salat Dhuha:

1⃣Khilaf.
Untuk Mazhab Syafi'iy.
Salat sunat muakkad semua boleh qadha' sekiranya seseorang itu merutinkan salat Dhuha, iaitu setiap hari mengerjakan salat Dhuha tanpa ditinggalkan.

2⃣Boleh qadha' jika tidak rutin.

❎Tidak perlu qadha' menurut fatwa Saudi Arabia.

@bicarathtl.
#bicarasunnah.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah masih boleh mendirikan salat Dhuha pada pukul 12.50 tengahari, manakala waktu Zuhur masuk pada pukul 1:15 petang?


1.Waktu haram salat Dhuha 15-20 minit sebelum Zuhur itu sudah masuk waktu terlarang sebab waktu Duha mengikut Ijmak Ulama':

ما بين ارتفاع الشمش الى زوالها
Waktu ketika matahari mulai meninggi sampai datangnya zawal( tergelincirnya matahari).
(Al-Mausu'ah Al-Fiqiah) Al,-Kuwaitiyah, No 27/221).

@Bicarathtl
#bicarasunnah

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah berselawat yang tidak berhenti-henti itu merupakan suatu bid'ah walaupun tidak menyebut nama Nabi ﷺ ?
Contoh ustaz Zainul Asri tidak henti-henti berselawat semasa berceramah.


▶️ Bid'ah adalah sesuatu yang baru dalam ibadah yang tiada dalil.

▶️ Selawat adalah yang disyariatkan, maka selawat bukan bid'ah.

Apakah ada maksima dan minima berselawat?
Tidak ada. Sekiranya seseorang sentiasa berselawat, tidaklah dikatakan bid'ah.

▶️ Dalil hadith Nabi ﷺ:

Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah ‎ﷻ akan berselawat kepadanya sepuluh kali.”
(HR. Muslim no. 408)

🔽
Jika seseorang berselawat sebanyak 100 kali di dalam satu ceramah, maka seseorang itu mendapat 100X10: 1,000 kali.

@bicarathtl.
#bicarasunnah
#ilmu.
#amal.
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah benar jika harta si mati yang tidak diurus rohnya akan tergantung, kerana si mati dipenjarakan sehingga tidak mampu untuk berurusan dengan ahli keluarganya?


1. Jika si mati tidak menguruskan hartanya, maka rohnya tidak tergantung. Berkenaan roh tergantung itu hanya berlaku sekiranya si mati sewaktu hayatnya meninggalkan hutang yang belum berbayar.

2. Banduan boleh menguruskan hartanya melalui wali atau ahli warisnya.


@bicarathtl.
#bicarasunnah.
#ilmu.
#amal .
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah hadith ini bercanggah dengan ayat Al-Quran [surah Fatir: 22] mengenai orang mati boleh mendengar dan apakah statusnya?

“Sesiapa yang berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku daripada jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan dia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.”
(Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)


وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَن يَشَاءُ وَمَا أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ

Dan (Demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar (ajaran-ajaran Kitab Allah serta menerimanya), dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya).
[Surah Fatir:22]


هذا نص ما قاله العلاّمة الألباني في ((السلسلة الضعيفة)) (1/ 366): #203

" من صلى علي عند قبري سمعته , و من صلى علي نائيا وكل بها ملك يبلغني , و كفي بها أمر دنياه و آخرته , و كنت له شهيدا أو شفيعا ".

موضوع بهذا التمام.

أخرجه ابن سمعون في " الأمالي " (2/ 193 / 2) و الخطيب في " تاريخه " (3/ 291 - 292) و ابن عساكر (16/ 70 / 2) ; و العقيلي في " الضعفاء " (4/ 136 ـ 137) و البيهقي في " الشعب " (2/ 218) و قال العقيلي: لا أصل له من طريق محمد بن مروان عن الأعمش عن أبي صالح عن أبي هريرة مرفوعًا.

Syarah Al-Albani, silsilah Al-Dhaifah no 203, hadith palsu (maudhu')
HR Ibn Sam'un (Baghdad, w.387H), Al- Amali 2/193; Sl-Khatib Al-Baghdadi, tarikh Baghdad 3/292; Ibn Asaakir, tarikh Dimasyq, Al-Uqaili dalam Al- Dhu'afa', Al-Baihaqi dalam Al-Syu'ab 2/218' ulasan Al- Uqaili, tiada asalnya daripada jalur Muhammad bin Marwan daripada Al-Masy daripada Abi Soleh daripada Abu Hurairah; Muhammad bin Marwan adalah dituduh kazzab atau pendusta.

#fiqhsunah
#ilmu.
#amal.
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

PAKAIAN MENGGANGGU KHUSYUK SALAT.

Adakah dengan memakai pakaian seperti foto di atas boleh mengganggu kekhusyukan makmum yang lain?


Dilarang dengan hukuman makruh:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبًا مِثْلَهُ
“Barangsiapa memakai pakaian syuhroh (menarik perhatian), nescaya Allah‎ ﷻ akan memakaikan kepadanya pakaian seperti ini pada hari kiamat”.
(HR. Abu Daud No (4029) dan Ibnu Majah No. (360).

⚠️Kemudian mengganggu khusyuk pesalat yang berjiran dengannya.

#bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah sahih riwayat daripada Ibnu Abbas رضى الله عنه memberi minum air zam-zam kepada Nabi ﷺ untuk berkumur- kumur kemudian Nabi ﷺ meludah ke dalam bekas dan mengarahkan Ibnu Abbas رضى الله عنه menuangkan ke dalam perigi zam-zam


Ia bukan daripada Ibn Abbas رضى الله عنه tetapi daripada Wa'il bin Hujur.

77 - حديث وائل بن حُجْر قال: أُتي رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بِدَلو من ماء فشرب منه، ثم مَجَّ في الدلو، ثم في البئر، ففاح منه مثل ريح المسك"
Takhrij:
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا مِسْعَرٌ عَنْ عَبْدِ الْجَبَّارِ بْنِ وَائِلٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَهْلِي عَنْ أَبِي قَالَ أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَشَرِبَ مِنْهُ ثُمَّ مَجَّ فِي الدَّلْوِ ثُمَّ صَبَّ فِي الْبِئْرِ أَوْ شَرِبَ مِنْ الدَّلْوِ ثُمَّ مَجَّ فِي الْبِئْرِ فَفَاحَ مِنْهَا مِثْلُ رِيحِ الْمِسْكِ

Telah menceritakan kepada kami [Abu Nu'aim]. Telah menceritakan kepada kami [Mis'ar] daripada [Abdul Jabbar bin Wa`il] ia berkata: "Telah menceritakan kepadaku [keluargaku] daripada [bapakku, yakni Wa'il bun Hujur رضى الله عنه] Nabi ﷺ dibawakan baldi berisi air, dan beliau pun minum daripadanya kemudian memuntahkannya kembali ke dalam baldi. Setelah itu, beliau menuangkannya ke dalam telaga (zam-zam) atau minum air daripada baldi kemudian memuntahkannya kembali ke dalam telaga, hingga daripada telaga itu keluar bau wangi seperti wanginya kasturi.
No, 77 berkata Al-Hafiz Ibn Hajar, hadith Wa'il bin Hujur dikeluarkan oleh Imam Ahmad.

قال الحافظ: وفي حديث وائل بن حجر عند أحمد: فذكره" (1)
يرويه مِسْعَر بن كِدام عن عبد الجبار بن وائل بن حجر واختلف عنه
Nama kitab:
Unis aL-Saari Fi-Takhrij wa-Tahqiq Al- Ahaadith Allati Zkaraha Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani Fi-Fathul Baari. (kitab meneliti semula hadith-hadith yang dimuatkan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari)

Pengarang:
Abu huzaifah, Nabil bin Manshur bin Yaakub bin Sulthan Al-Basharah al kuwaiti.

Peneliti:
Orang yang sama.

الكتاب: أنِيسُ السَّاري في تخريج وَتحقيق الأحاديث التي ذكرها الحَافظ ابن حَجر العسقلاني في فَتح البَاري
المؤلف: أبو حذيفة، نبيل بن منصور بن يعقوب بن سلطان البصارة الكويتي
المحقق: نبيل بن مَنصور بن يَعقوب البصارة

Menurut pendapat Nabil bin Manshur Muhaqqiq Fathul Bari, Atsar ini dhaif menurut Imam Bukhari dan An- Nasa'iy kerana perawi Suwaid bin said Al-harawi.

سويد بن سعيد الهروي: ثنا سفيان عن مسعر عن عبد الجبار بن وائل عن أبيه.وسويد قال البخاري: فيه نظر، وقال النسائي: ليس بثقة.

Di sisi Mutaakhirin, antaranya Al- Arnaout, ianya hasan, juga Syaikh Ahmad Syakir yang mentahqiq kitab Al-Musnad. No. 18858.

تعليق شعيب الأرنؤوط : حديث حسن
Hadith no (18858 - حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا أبو نعيم ثنا مسعر عن عبد الجبار بن وائل قال حدثني أهلي عن أبي قال)

#bicathtl.
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

DUIT FIDYAH UNTUK KEPERLUAN ASAS


🔴 Ada orang membayar fidyah kepada saya dengan tujuan untuk pelajar miskin di tahfiz. Duit fidyah tersebut saya gunakan untuk me beli makanan. Adakah dibolehkan duit fidyah itu saya gunakan juga untuk membayar yuran tertunggak atau membeli pakaian baju sekolah untuk pelajar?



Fidyah asalnya adalah di dalam bentuk beras bagi Mazhab Syafi'iy, iaitu bersamaan 1 cupak makanan.

Manakala, menurut Mazhab Hanafi pula fidyah adalah di dalam bentuk matawang, iaitu RM 5.00 untuk satu fidyah.

Maka jika diberikan fidyah di dalam bentuk wang, sememangnya ia boleh digunakan untuk membeli keperluan yang awlawiyaat (lebih utama) iaitu seperti beras, pakaian atau membayar yuran pengajian.

#bicarathtl
#ilmu
#prihatin
#amal

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

👁‍🗨 RENTETAN SECARA KRONOLOGI:

1⃣ Ketika 10 tahun di Mekah, Nabi ﷺ dan sahabat mengamalkan Puasa Asyura kerana ia merupakan puasa orang Quraish Musyrikin yang masih mengikut Millah Ibrahim.

2⃣ Apabila tiba di Madinah; 1 Hijrah, amalan Puasa Asyura diteruskan.

3⃣ Pada tahun ke-2 Hijrah, Puasa Ramadan difardhukan, maka status Puasa Asyura menjadi puasa yang dikekalkan iaitu syariat atau millah Ibrahim sebagai puasa sunat.

4⃣ Pada tahun ke 9 Hijrah, Nabi ﷺ mendapat tahu bahawa orang Yahudi Madinah, Bani Qainuqa, Nadir dan Quraizah berpuasa Yom Kippur yang kebetulan sama dengan tarikh dengan 10 Muharram juga; iaitu 10hb bulan Tisyri dalam kalendar Yahudi adalah bersamaan dengan 10 Muharram. Ini kerana orang Islam berpuasa mengikut puasa Ibrahim, manakala puasa Yahudi Madinah ialah puasa Yom Kippur.

5⃣ Oleh kerana Nabi ﷺ tidak suka ibadah umat Islam sama dengan Yahudi, maka Nabi ﷺ memerintahkan sesiapa yang ingin berpuasa Asyura, hendaklah dia berpuasa satu hari ekstra; iaitu puasa hari ke 9.

#bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

KAITAN PUASA ASYURA DENGAN YAHUDI

🔴 Boleh jelaskan pendapat yang mengatakan Puasa Asyura adalah untuk keselamatan Yahudi?


Asal Puasa Asyura (10 Muharram) dilakukan sempena keselamatan Bani Israel menyeberangi Laut Merah ketika dikejar tentera Fir'aun. Maka, peristiwa tersebutlah merupakan illat atau maqosyid Puasa Asyura. Dalilnya:

Daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما, berkata:
 
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا، يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ؟ فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ، أَنْجَى اللهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ، وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ، فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا، فَنَحْنُ نَصُومُهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Sesungguhnya Rasulullah ﷺ datang ke Madinah dan mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’. Lalu Nabi ﷺ berkata kepada mereka: Mengapakah kamu berpuasa pada hari ini? Mereka menjawab: Hari ini adalah hari yang agung di mana Allah ‎ﷻ telah menyelamatkan Nabi Musa عليه السلام dan kaumnya serta Allah ‎ﷻ menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Nabi Musa عليه السلام berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur. Disebabkan itu kami pun turut berpuasa. Maka Nabi ﷺ bersabda: Kami lebih berhak dan utama mengikut Nabi Musa عليه السلام berbanding kamu. Dengan itu, Rasulullah ﷺ berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.” (HR Muslim (1130))

Akan tetapi selepas itu, Nabi ﷺ tidak lagi memberatkan Puasa Asyura, berdasarkan dalil:

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, berkata:

 
صَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تُرِكَ

Nabi ﷺ berpuasa pada hari Asyura’ dan baginda memerintahkan untuk (para sahabat Madinah) berpuasa padanya. Apabila difardhukan berpuasa Ramadan, Baginda ﷺ tinggalkannya (tidak berpuasa pada hari Asyura’).” (HR Bukhari (1892))



🔴 Adakah ini bermaksud kita tidak perlu berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran Puasa Asyura tersebut; termasuk puasa pada 9 atau 11 Muharram sekali?


✅ Kena fahami terlebih dahulu Fiqh Puasa Muharram:

1⃣ Bulan Muharram sememangnya dianjurkan untuk berpuasa keseluruhan bulannya.

2⃣ Keutamaan hanya pada 9 dan 10 Muharram.

3⃣ Maqosyid Puasa Asyura adalah kerana mensyukuri keselamatan Bani Israel yang berjaya diselamatkan oleh Nabi Musa عليه السلام.

4⃣ Puasa Tasu'a (9 Muharram) adalah untuk membezakan puasa Yahudi.

5⃣ Sesiapa yang ingin meneruskan puasa 9 dan 10 memang dibolehkan sebab ia tidak dimansukhkan oleh Nabi ﷺ, cuma apabila diwajibkan puasa Ramadan, Nabi ﷺ telah membuat proklamasi, iaitu sesiapa yang ingin meneruskan puasa 9 dan 10 silakan, tetapi sesiapa yang ingin meninggalkannya juga dibolehka, kerana kita sudah mempunyai puasa Ramadan.

6⃣ Puasa Asyura adalah syariat Nabi Musa عليه السلام dan bukannya syariat Muhammad ﷺ. Nabi ﷺ tidak memberatkan lagi Puasa Asyura. Ini merupakan kaedah di bawah bab Syar'un Man Qablana iaitu syariat nabi-nabi terdahulu. Contoh syariat Yahudi adalah puasa King David atau Nabi Daud عليه السلام: Puasa satu hari dan tidak puasa satu hari, iaitu berpuasa selang seli. Ini juga ada Nabi ﷺ menyebutnya sahaja, tetapi baginda tidak mengamalkannya.

✳️ Oleh kerana sekarang Zionis di negara haram Israel terlalu kejam, maka saya secara peribadi tidak akan berpuasa 10 Muharram kerana bersimpati dengan nasib bangsa Palestine. Walau bagaimanapun ia merupakan pilihan peribadi masing-masing.


#bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

BOLEHKAH BELAJAR ILMU SIHIR?

🔴
Adakah mengamalkan atau belajar sihir itu termasuk di dalam perbuatan syirik?



Bagi Manhaj Salafiyah, ia adalah haram dan kufur (syirik ini termasuk dalam kelompok haram dan kufur).

Mengikut pendapat Al-Hafiz Ibn Hajar Hajar Asqolani dalam Al-Fath (10/225), perbuatan mengamalkan sihir adalah haram dan kufur.

Dalil firman Allah ﷻ:
إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ

"Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu), kerana itu janganlah kamu kufur.” [Al-Baqarah: 102]



Dalam Mazhab Hanbali juga hukumnya adalah kufur.

Ibnu Qudamah رضى الله عنه mengatakan: “Belajar dan mengajarkan sihir adalah haram. Dalam hal itu kami tidak melihat adanya perbezaan pendapat di antara para ulama. Para sahabat kami [Mazhab Hanbali] mengatakan, ‘Dikafirkan bagi tukang sihir untuk mempelajari dan mengerjakannya, baik dia yakin keharamannya atau kebolehannya.” (Al-Mughni,10/106)

⏩ Mengikut kaedah fiqh sunnah.

Untuk mengamalkan sihir seseorang harus mempelajarinya terlebih dahulu, sama ada berguru atau belajar di sekolah sihir. Mengamalkan sihir adalah haram di sisi fiqh sunnah, maka untuk mempelajarinya hukumnya adalah haram juga.



#bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴

Apakah hukum menerima sumbangan daripada Mak nyah seperti Sajat?


Hukumnya adalah syubhah, maka hasil sumbangan itu lebih baik diberikan sahaja kepada pihak masjid, pusat anak yatim, Palestine dan Syria kerana mereka kaum yang dilaknat Rasullullah ﷺ.


#bicarathtl
#bicarasunnah.
#ilmu.
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

ADAKAH BENAR TIDAK PERLU MEMBASUH TUALA WANITA?

🔴
Adakah benar dengan mempercayai jin yang memakan darah itu boleh membawa manusia kepada syirik?


Masih ramai rakyat kita percaya jin akan memakan darah haid atau nifas. Amalan rakyat mencuci tuala wanita menjadi "taboo" dalam masyarakat kita. 80% wanita yang komen pasal isu ini tidak bersetuju dan mempertahankan amalan mereka tanpa dalil yang tepat.

Terdapat beberapa isu di sini:

1⃣ Apakah makanan jin?
Makanan jin adalah sama dengan manusia.

Dalilnya hadith:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ أَنْ لَا يُذْكَرَ اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ

"Sesungguhnya syaitan akan memakan makanan yang tidak diawali menyebut nama Allah (بسم الله الرحمن الرحيم)"
(HR. Muslim No.5378, hadith Huzaifah Ibn Al Yaman رضي الله عنه)

2⃣ Bagaimanakah cara pengurusan pad (tuala wanita) pada zaman salaf ? Kaum wanita pada zaman salaf membuang pad ke dalam perigi budha'ah tanpa membasuhnya:

أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

"Adakah boleh kami mengambil wudhu' dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan bangkai anjing. Sabda Nabi ﷺ : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu,”
( HR al-Tirmizi No (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya.
Dinilai sahih oleh Al-Albani, sahih Al- Tirmizi.

Ada satu telaga di tepi Masjid Nabawi (sekarang telaga ini sudah berada di bawah Masjid Nabawi kerana pembesaran masjid) di mana ada orang membuang kain bekas haid dan najis ke dalamnya. Tidak ada disebut, sebelum buang kepada wanita pada zaman tersebut untuk membasuhnya.

3. Mengenai jin yang makan darah haid adalah mitos sahaja. Di zaman moden semua wanita menggunakan pad haid pakai buang atau disposable. Maka jika seseorang perempuan membasuh pad pakai buang bermakna dia kurang memahami fungsinya sebab sains telah memudahkan semua wanita, jika dia menentang sains dan teknologi dengan membersihkannya, sedangkan ia dicipta untuk disposable. Konsep disposable ialah "pakai dan buang"

4. Peranan akal dalam melaksanakan fiqh amali adalah apa jua kenyataan, pendapat yang bercanggah dengan akal, maka hendaklah ditolak. Pad moden haid keluaran Kotex, Libresse, dan sebagainya, adalah jenis saintifik pakai dan buang. Jika produk disposable dibasuh, bererti mereka tidak memahami solusi pad pakai buang tersebut.

#bicarathtl
#SnJFiqhWanita.
#Ilmu.
#Amal.
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Apakah hukum seseorang berniaga durian yang dimakan hanya isi dan bukan kulitnya, zalimkah dengan penetapan harga sedemikian?


Ia adalah penetapan uruf. Sebagaimana manggis, laici dan semua buah-buahan bersama kulit. Namun pelanggan perlu ada kemahiran untuk mengenal durian pilihan terkini, durian boleh dibeli isinya sahaja, kebanyakan tempat sudah ada pilihan membeli isinya sahaja dan mereka juga menyediakan bekas plastik.

Pada zaman PKP dan PKPD ini durian dijual secara atas talian(online), isinya sahaja dijual dan menepati syariah, jika pembeli atau pelanggan berpuas hati maka itulah yang terbaik. Syarak tidak mengetatkan isu durian kerana ia bukan barangan keperluan manusia, maka durian termasuk dalam tahsiniat atau kemewahan dalam kehidupan. Bermaksud rakyat B40 yang tidak mampu makan durian, tidaklah akan merosakkan kehidupan mereka, banyak lagi alternatif lain.

Contohnya:
Kita tidak berpuas hati kenapa Mercedes Benz berharga RM390,000 apakah ia menyalahi syarak?. Bukan sebab ia hanya barangan mewah. Banyak lagi jenama kenderaan lain dan juga Mercedes second hand(barangan terpakai) yang murah harganya.

Durian ada dua pilihan, sama ada bersama kulitnya keseluruhan harga buah atau isi sahaja yang berharga lebih mahal. Namun agar lebih berpuas hati semenjak 2 hingga 3 tahun ini boleh sahaja kita membuat pilihan sama ada isi sahaja atau kita membawa bekas supaya penjual durian itu mengopek dan menimbangnya.

@bicarasunnah
#bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

KISAH TIPUDAYA SYAITAN SAAT IBRAHIM MENYEMBELIH ISMAIL

🔴
Adakah sahih kisah ini?

Dalam peristiwa Nabi Ibrahim عليه السلام sewaktu baginda hendak menyembelih Nabi Ismail عليه السلام ada syaitan mencuba untuk memperdayanya agar tidak terlaksana sembelihan tersebut.



Sahih, kisah ini ada dalam tafsir Ibn Kathir, surah Asy-syafaat ayat 103 (Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya) {فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ}.

وقال الإمام أحمد : حدثنا سريج ويونس قالا حدثنا حماد بن سلمة ، عن أبي عاصم الغنوي ، عن أبي الطفيل ، عن ابن عباس أنه قال : لما أمر إبراهيم بالمناسك عرض له الشيطان عند السعي ، فسابقه فسبقه إبراهيم ، ثم ذهب به جبريل إلى جمرة العقبة ، فعرض له الشيطان ، فرماه بسبع حصيات حتى ذهب ، ثم عرض له عند الجمرة الوسطى فرماه بسبع حصيات ، وثم تله للجبين ،

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Syuraih dan Yunus. Keduanya mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hammad Ibnu Salamah, daripada Abu Asim Al-Ganawi, daripada Abut Tufail, daripada Ibnu Abbas رضى الله عنه yang mengatakan bahawa ketika Ibrahim عليه السلام diperintahkan untuk mengerjakan manasik, syaitan menghadangnya di tempat sa'i, lalu syaitan menyusulnya, maka Ibrahim menyusulnya. Kemudian Jibril عليه السلام membawa Ibrahim ke jumrah 'aqabah, dan syaitan kembali menghadangnya; maka Ibrahim melemparnya dengan tujuh biji batu kerikil hingga syaitan itu pergi. Kemudian syaitan menghadangnya lagi di jumrah wusta, maka Ibrahim melemparnya dengan tujuh biji batu kerikil. Kemudian Ibrahim merebahkan Ismail dan menelungkupkan dahinya.
Dinilai sahih oleh al Albani, sahih at Targhib 1156
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترغيب

الصفحة أو الرقم: 1156 | خلاصة حكم المحدث : صحيح..


#bicarathtl.
#bicarafiqh
#ilmu
#prihatin
#amal.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah dikira rakaatnya jika makmum sertai salat semasa dia sudah takbir, kemudian imam bangun daripada rukuk untuk iktidal tetapi baru separuh salatnya?




Makmum masbuk.
Jika makmum menyertai imam ketika imam sudah bangun daripada rukuk maka tidak dapat rakaat kerana syarat Imam adalah perlu rukuk dengan thumakninah.

#bicarathth
@bicarasunnah

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah benar pernyataan ini berkenaan dengan Mizab seperti foto di atas?

Mizab iaitu Pancuran emas yang terdapat di bangunan Kaabah yang dihalakan ke arah Hijr Ismail mempunyai keistimewaan, tempat mustajabnya berdoa.


Mizab ini dibuat daripada emas oleh kerajaan Uthmaniah, kemudian diperbaiki oleh King Fahad Abdul Aziz Al-Saud yang meletakkan jeriji supaya tidak dihinggapi oleh burung merpati.
Ukiran بسم الله itu kerajaan Uthmaniah yang menulisnya.

Keistimewaan mustajab berdoa di bawah mizab emas itu tidak ada satu pun yang sahih, sebagaimana komentar Syaikh Al-Albani dalam Irwa Al-Ghalil, hadith No 21.

🔴
Apakah pandangan sebahagian ulama' yang menyarankan mengambil barakah daripada air hujan yang turun melalui mizab ini?


Air Zam-Zam sudah pasti barakahnya.

Air hujan yang lalu dari atap dan turun ikut mizab ini berkemungkinan bercampur dengan najis burung yang duduk di atas Kaabah itu. Seeloknya air hujan terus dari langit.


1. Kefahaman mengenai fiqh tabaruk.
Tabarruk berasal daripada perkataan berkat, berkat adalah kebaikan yang banyak, lama dan tidak akan hilang, yang ada berkat ini ialah manusia dan benda. Tabarruk iaitu mengambil kebaikan daripada sesuatu yang ada berkat (manusia dan benda) yang telah diizinkan ‎Allah ﷻsemua ada kebaikannya.

Oleh itu benda berkat adalah manusia dan benda yang telah ditetapkan melaluil Nas.
Contoh-contoh benda yang diberkahi melalui nas:
1. Al-Qur'an
2. Amal sunnah
3. Malam lailatul qadar
4. Masjidil Haram
5. Masjidil Nabawi
6. Masjidil Aqsa
7. Air zam zam

1. Keberkahan Al-Qur'an.

كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ مُبَٰرَكٞ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ٢٩
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran.”
[Al-Shad: 29]

Kitab Allah ‎ﷻ (Al-Qur'an) sentiasa di hadapan mata kita, maka tidak perlu ke Mekah mencari air pancuran mizab emas itu.

2. Keberkatan amalan sunnah.
Amalan sunnah ketika berjimak dengan isteri:



Dalil hadith Nabi ﷺ:
لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ حِيْنَ يَأْتِي أَهْلَهُ قَالَ: بِسْمِ اللهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا؛ فَوُلِدَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ لَمْ يَضُرَّهُ الشَّيْطَانُ أَبَدً.

Seandainya salah seorang kalian ketika hendak menggauli isterinya berdoa, “Dengan menyebut nama Allah subhanahu wa ta’ala, ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak yang Engkau rezekikan kepada kami,” kemudian dikurniai anak untuk keduanya, maka syaitan tidak akan memudaratkannya selamanya"
(Muttafaq Alaih)

Jika kita membaca doa ketika berjimak dan isteri mengandung, anak tersebut akan diberkati sepanjang hayat.
Tidak perlu mencari air mizab kerana di dalam rumah kita sudah ada keberkatannya.

Berkat dalam jualbeli harian

Dalil hadith Nabi ﷺ:

الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا–أَوْ قَالَ حَتَّى يَتَفَرَّقَا–فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُورِكَ لَهُمَا فِى بَيْعِهِمَا، وَإِنْ كَتَمَا وَكَذَبَا مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا

“Penjual dan pembeli memiliki hak memilih selama belum berpisah (dalam majlis akad). Apabila keduanya jujur dan ingin menerangkan (keadaan barang, jual belinya akan diberkahi Allah‎ ﷻ. Seandainya mereka menyembunyikan (kecacatan barangan) dan berdusta, maka keberkahan jual beli akan dicabut keduanya.
(Muttafaqun ‘alaihi)

Jual beli yang baik adalah jujur antara pembeli dan pengguna serta diberkati keduanya. Maka amalan sunnah dalam bermuamalat juga diberkati.

@bicarathtl.
#bicarasunnah

Читать полностью…
Subscribe to a channel