Pandangan dan perkongsian THTL Web Rasmi uito.org Channel rasmi @UiTO2017 @BicaraThtl
🔴
Adakah anjuran hadith mengatakan ketika bercakap-cakap sewaktu khotib berkhutbah itu akan luput pahala Jumaatnya?
✅
Ya, Bilal selalu bacakan hadith ini sebelum khatib memulakan khutbah.
Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الجُمُعَةِ: أَنْصِتْ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ
Terjemahan:“Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: "Diam" dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (melakukan perkara yang sia-sia)”.
(Riwayat al-Bukhari (934)
Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda:
وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا
Maksudnya: “Barangsiapa yang memegang (bermain) batu (sekarang main HP) maka sesungguhnya dia telah lagha”. (Riwayat Muslim (857)
@bicarathtl.
#bicaarathtl
🔴
Apakah maksud qasidah thuba?
✅
Dari segi lughawi atau bahasa arab.
Qasidah (قصيدة) bermaksud syair arab bertujuan untuk memuji dan memuja. Qasidah moden di Malaysia ialah irama nasyid. Jika di Indonesia, pula wasidah beriram dangdut seperti Rhoma Irama.
Thuba (طُوْبَى) ertinya berkat, bahagia.
Maksud qasidah thuba ialah nasyid yang berbahagia.
Qasidah thuba ialah qasidah karya Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi (meninggal 1998, Pakistani), ulama tareqat Chisti Qadiri daripada Pakistan, aliran Brelvi atau Sufi India pakistan dalam kitab qasidahnya Qasidah Tuba.
@bicarathtl.
#bicarasunnah.
🔴
Seorang guru yang mengajar ilmu tajwid tidak menentukan bayaran, tetapi muridnya yang memberi upah kepada guru tersebut. Adakah boleh guru itu menerimanya?
✅
Jumhur ulama' berkata boleh.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
إِنَّ أَحَقَّ مَا أَخَذْتُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا كِتَابُ اللَّهِ
Sesungguhnya upah yang paling berhak kalian ambil adalah upah kerana (mengajarkan) kitabullah."
(HR Bukhari 5296 daripada Ibn Abbas رضى الله عنه).
@bicarathtl
@bicarasunnah.
🔴
Adakah boleh diberikan nama Ar-Rahman kepada anak dan apakah hukumnya?
✅
Nama Rahman (tanpa al) dibolehkan kerana ia nakirah (umum)manakala Ar-Rahman tidak dibenarkan kerana ia adalah makrifah(khusus) hanya untuk Allah ﷻ sahaja.
Untuk Asmaul Husna jangan diletakkan "Al" tetapi yang sebaiknya diletakkan "Abdul" dihadapannya yang bermaksud hamba. Maka nama yang dibolehkan ialah Abdul Rahman.
🔽
Hukumnya haram kerana manusia dan hamba tidak boleh menyamai Khaliq (pencipta) ia dinamakan musyabbihah.
#Bicarasunnah
@bicarasunnah
🛑
Adakah boleh salat sambil menyusukan anak?
✅
Boleh, jika darurat dengan syarat, auratnya tidak terdedah.
@bicarathtl.
#fiqhsunnah
🔴
Adakah benar kita tidak boleh menyebut "Israel la'natullah" kerana Israel itu nama Nabi Ya'akob عليه السلام dan Bani Israel daripada keturunannya juga, di dalam Al-Quran ada menyatakan keturunan "Bani Israel" banyak membunuh para Nabi.
✅
Benar.
Dalil Firman Allah ﷻ:
لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسرَٰءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبنِ مَريَمَ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعتَدُونَ. كَانُواْ لَا يَتَنَاهَونَ عَن مُّنكَر فَعَلُوهُ لَبِئسَ مَا كَانُواْ يَفعَلُونَ.
“Telah dilaknat orang-orang kafir daripada Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu”
(Al-Maidah: 78-79).
Yang dilaknat Bani Israel yang kufur, derhaka dan extrime.
@bicarathtl.
#fiqhsunnah.
🔴
Apakah dalil bagi Mazhab yang mengamalkan bacaan qunut selepas rukuk, sebagaimana dalil yang sahih Nabi ﷺ melakukan bacaan qunut witir sebelum rukuk, sedangkan amalan yang dilakukan ialah selepas rukuk.
✅
Khilaf:
1. Qunut sebelum rukuk
Dalil hadith Nabi ﷺ:
عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ كَانَ يُوتِرُ فَيَقْنُتُ قَبْلَ الرُّكُوعِ. أخرجه النسائي وابن ماجه
Ditanya Ubay bin Kaab رضي الله عنه Rasulullah ﷺ bila berwitir membaca qunut sebelum rukuk
(HR Ibn Majah, Al-Albani sahih, Al- Irwa'.
Mengenai kedudukan Qunut, mazhab Hanafi dan Maliki memilih sebelum rukuk. Hal ini diriwayatkan daripada Umar, Ali, Ubay Ibn Ka‘ab, Ibn Mas‘ud, Ibn ‘Abbas, Abu Musa al-Ash‘ari, al-Barra’ Ibn ‘Azib, Anas Ibn Malik, Umar Ibn Abd al-‘Aziz, Ubaydah Al-Salman, Humayd Al-Tuwayl, Ibn Sirin, Al-Rabi Ibn Hathim, Abu Abd Al-Rahman Al-Salmi, Ishaq dan Abd Al-Rahman Ibn Abu Layla (Al-Albani, Al-Irwa'. 2/166)
2. Qunut selepas rukuk.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
عن العَوَّامِ بنِ حمزةَ، قال: سألتُ أبا عثمانَ عن القُنوتِ، فقال: بعدَ الركوعِ، فقلتُ: عمَّن؟ فقال: عن أبي بكرٍ وعمرَ وعثمانَ.
Daripada Al-Awwam bin Hamza, aku bertanya Abu Uthman Al-Hind, dia berkata selepas rukuk, ia diamalkan oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman, (Al-Albani, Hasan, Al-Irwa/146)
Manakala Mazhab Shafi’iy, Hanbali dan Zahiri mengatakan Qunut dilakukan selepas rukuk. Ini merupakan pandangan Abu Bakar Al-Siddiq, Umar, Uthman dan Ali yang diriwayatkan daripada Abu Qilabah, Abu al-Mutawakil, Ayub al-Sakhtiani dan Sa‘id Ibn Jabir. Pandangan ini turut disokong oleh Ibn Mundhir, Al-Nawawi, Ibn Habib dan Ibn Qudamah.
Rumusan:
Al-Bakistani, boleh diamalkan salah satu qaul, sebelum dan selepas, keduanya adalah sahih belaka.
Rujukan:
Al-Bakistani, Ma Sah Min Athar Al-Sahabah Fi Al-Fiqh, 1: 310.
@bicarathtl.
#bicarasunnah.
🔴
Adakah boleh seorang suami merujuk kembali isterinya yang telah diceraikan talak satu selepas bersalin anak pertama dan apakah status isterinya disisi Fiqh Sunnah?
✅
Inilah sebabnya penting sebelum perkahwinan perlu mengikuti kursus kahwin dan mendapatkan sijil.
Terdapat dua jenis talak iaitu talak sunni dan talak bid'iy.
Talak semasa nifas ini dinamakan talak bid'iy (bid'ah), talak yang haram dan dosa besar. Mengikut Fiqh Sunnah, talak semasa nifas adalah terbatal dan tidak sah. Mengikut hukum di Malaysia, sah sahaja, cuma haram. Ia juga talak bid'ah sebab zalim kerana membiarkan isteri berpantang dengan kesedihan dan tanpa bantuan suaminya. Isteri juga susah untuk hadir ke mahkamah kerana berpantang dan menyusu. Jika dia seorang surirumah, maka dia akan menghadapi masalah nafkah kerana diceraikan.
@bicarathtl
#bicarasunnah
MAAHAD TAHFIZ LAYAK TERIMA ZAKAT?
🔴
Adakah Madrasah, Sekolah Agama Maahad dan selainnya itu tersenarai asnaf?
✅
Asnaf yang dimaksudkan ialah "fi sabilillah" pada jalan Allah ﷻ.
Di zaman salaf ia dimaksudkan apa juga pembiayaan peperangan contohnya seorang mujahid, pejuang berada di Madinah, seseorang yang ingin menyertai peperangan di India. Maka segala kelengkapan perang, kuda, pedang, baju besi adalah maksud fi sabilillah. Pada masa zaman salaf, fi sabilillah fokus kepada peperangan. Sekarang peperangan semua dibiayai oleh Kementerian Pertahanan, bajet datang daripada bajet federal bukan lagi zakat, sebab sekarang sudah ada angkatan tentera yang profesional.
Maka mujtahid zaman moden meluaskan skop fi sabilillah apa juga usaha baik individu dan organisasi, NGO yang terlibat dalam usaha menegakkan agama, mengukuhkan Islam baik dakwah, Pusat Dakwah, Maahad Tahfiz, Institusi Pendidikan, Kemahiran dan Percetakan.
Oleh itu sekolah agama swasta dan Maahad swasta yang tidak mendapat dana daripada Kementerian Pendidikan, sewajarnya layak untuk mendapat zakat.
(Yusuf Qardhawi, Fiqh Zakat, Cairo, Maktabah Wahbah, 2:700)
@bicarathtl
#fiqhsunnah
PERLUKAH MEMBOIKOT PRODUK YAHUDI?
🔴 Baru-baru ini tersebar kempen memboikot produk yang dikatakan menyokong dan juga ada yang menjadi hakmilik Israel; antaranya jenama Nestle, Pizza Hut, Garnier, serta banyak lagi. Adakah perlu kita memboikot sama kerana sebahagian besar produk-produk tersebut selalu digunakan dalam kehidupan seharian dan dalam masa yang sama produk tersebut adalah halal dari segi syari'at?
✅
Kempen memboikot mestilah datang daripada Penguasa negara (i.e. Perdana Menteri), sebab ia adalah seperti isytihar perang perdagangan terhadap Israel. Contohnya kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan boikot barangan dari Turki. Ini kerana perang dingin yang terjadi antara Saudi dan Turki dalam isu pembunuhan Kashoggi di Kedutaan Saudi di Istanbul. Ia telah berkesan secara serta merta.
Terdapat 2 jenis bangsa Yahudi iaitu:
1⃣ Yahudi yang menetap di USA (4 juta Yahudi di USA), juga Yahudi di Germany, Canada, UK, Perancis.
2⃣ Yahudi yang menetap di negara Israel (9 juta).
Dari segi kelakuan Yahudi kepada bangsa lain pun ada dua jenis:
1⃣ Yahudi ahlil kitab yang baik dengan manusia lain
2⃣ Yahudi zionis yang berusaha kembali ke Palestine dan mendirikan kerajaan Taurat yang asal yang dimiliki oleh King Solomon dan King David.
Maka kempen yang betul ialah memboikot produk "Made In Israel". Barangan Made in Israel memang tidak sampai ke Malaysia pun sebab Malaysia - Israel tidak ada hubungan perdagangan dan diplomatik. Yang banyak mengimport barangan Israel ialah negara yang ada hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Mesir, Bahrain, UAE, Abu Dhabi, Sudan, Oman, Bahrain, Morocco. Malaysia memang tidak mengimport barangan "Made in Israel".
Manakala kempen syarikat yang disyaki milik Yahudi yang beroperasi di Malaysia sememangnya memerlukan kepada maklumat lengkap daripada kerajaan yang memerintah untuk menyenaraikan syarikat milik Yahudi. Rasanya ini adalah mustahil untuk kerajaan akan memberikan kerjasama. Maka sebab itulah kempen jenis ini adalah tidak sah di sisi syarak, kerana akan menzalimi komuniti bisnes tanpa dalil yang kukuh.
#fiqhsunnah
🔴
Mohon pencerahan dan ulasan mengenai isu ini di sisi empat Mazhab dan Fiqh berserta dalil.
✅
Ia merupakan Fiqh yang baharu dan Malaysia belum mempunyai SOP lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan juga belum membincangkan lagi mengenai isu ini. Ia hanya terdapat di Mesir sahaja.
Di Mesir, perempuan musykil jantina akan melalui proses seperti berikut:
1. Pengesahan sekumpulan pakar bahawa si fulan khunsa musykil dan layak ditukar kepada jantina perempuan.
2. Keputusan analisa klinikal akan diserahkan kepada pejabat Mufti Mesir.
3. Jika pejabat Mufti lulus, maka khunsa musykil akan boleh melakukan operasi menjadikan dia seorang perempuan, cuma rahimnya sahaja yang tidak boleh diubah. Faraj atau kemaluan perempuan juga tidak dapat dibuat lagi setakat hari ini, hanya untuk lubang buang air sahaja. Melalui proses pengawalan hormon, hanya payudara sahaja yang akan tumbuh seperti perempuan.
4. Oleh itu statusnya dalam Kad Pengenalan adalah perempuan jika semua SOP hospital, pejabat Mufti dan pendaftaran negara dipenuhi.
5. Jika dia ingin berkahwin statusnya mesti dimaklumkan kepada bakal suami, bahawa:
a. Perempuan itu tidak boleh disetubuhi kerana tidak ada faraj/vagina.
b. Tidak ada kemungkinan akan hamil.
Sekiranya lelaki itu sanggup, maka bolehlah berkahwin, tetapi apa gunanya perkahwinan tersebut?
⏺ Buat masa ini di Malaysia belum ada SOP seperti di Mesir.
@bicarathtl
#bicarasunnah
🔴
Benarkah zakat online, zakat menggunakan wang ringgit dan adakah salat jarak semeter itu merupakan bidaah hasanah atau maslahah?
✅
1. Zakat online dibolehkan, ia sudah diluluskan oleh semua PPZ, ianya Maslahah bukan bid'ah Hasanah (cuma dalam mazhab syafi'iy mmg bid'ah hasanah) ini kerana Fiqh Islam tidak akan bercanggah dengan IT, malah IT akan membantu perkembangan Fiqh Islam.
2. Zakat menggunakan wang adalah ketetapan atau qarar dalam Fiqh Hanafi. Ia sudah lama dilaksanakan di Malaysia seperti Zakat Fitrah RM7.00 satu kepala.
3. Salat jarak satu meter adalah bidaah tetapi ia adalah ijtihad kolektif seluruh Majlis Fatwa negara-negara OIC. Ia dinamakan S.O.P masjid ketika pandemik. Fiqhnya ialah jika tidak dapat buat semua, maka buat sekadar yang terdaya.
فَاتَّقُوا اللَّـهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ
“Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu"
[Surah At-Taghabun, 64:16]
@bicarathtl
#bicarasunnah.
🔴
Puasa Nabi Daud عليه السلام adalah selang sehari, oleh itu adakah dibolehkan berpuasa hari Jumaat tanpa pengapit hari Sabtu atau hari Khamis?.
✅
Sekiranya puasa Nabi Daud عليه السلام itu jatuh pada hari Jumaat maka tidak mengapa kerana ia bersebab.
❌
Ia tidak boleh apabila sengaja memilih atau mengkhususkan pada hari Jumaat itu untuk berpuasa.
@bicarathtl.
#bicarasunnah
CARA MERAIKAN MANHAJ BERBEZA
🔴 Adakah dibenarkan untuk meraikan kedua-dua manhaj salaf dan aswaja tetapi untuk diri sendiri lebih cenderung kepada manhaj salaf?
✅
Di Malaysia sememangnya kita harus meraikan kedua-dua manhaj, sebab ibubapa kita, adik-beradik, sanak saudara kebanyakannya bermanhaj aswaja. Sahabat handai, teman kejiranan, kampung yang kita menetap majoriti masih bermanhaj aswaja.
Meraikan di sini bermaksud kita toleran dengan amalan mereka selagi tidak terlalu bid'ah.
Contohnya seperti salat berjama'ah. Kita tetap salat di masjid aswaja, salat tarawih, walaupun salat tarawih aswaja banyak bid'ahnya, namun kita tetap pergi juga. I'tikaf 10 terakhir Ramadhan, kita bersama aswaja, cuma mereka salat sunat berjama'ah, kita salat sendirian sahaja.
🔴
Bagaimana pula kalau sudah belajar amalan sunnah sebenar ini tetapi dalam masa yang sama kita belajar juga daripada mereka yang bermanhaj aswaja dan mengambil nasihat-nasihat yang baik daripada mereka?
✅
Sememangnya dalam mencari ilmu dan berguru kenalah sebanyak mungkin. Kutip kesemua hikmah yang anda temui baik dalam aswaja, sufi, habeeb sekalipun.
Apabila foundasi sunnah atau salaf sudah kuat, maka boleh sahaja belajar daripada mana-mana guru sekalipun.
@bicarathtl
#fiqhsunnah
🔴
"Seorang wanita berusia 50-an telah bercerai dan sekarang dalam tempoh iddah (dah dua kali haid atau quru'). Tetapi sejak haid kedua, wanita itu sudah dua bulan tidak keluar haid. Sedangkan jarak haid pertama dan kedua adalah normal (hanya satu bulan)".
Apakah status wanita itu sekarang, adakah quru' ketiga masih perlu menunggu sehingga haid datang atau hendak dikira mengikut kebiasaan waktu datang haid?
Sebelum bercerai pernah terjadi beberapa bulan tidak datang haid berkemungkinan faktor usia.
✅
Dalil firman Allah ﷻ:
وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ
Terjemahan:
“Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi di antara perempuan-perempuanmu, jika kamu ragu-ragu (tentang masa idahnya), maka masa idah mereka adalah tiga bulan, dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid.”
( At-Thalaq:4)
@bicarathtl.
#fiqhsunnah.
🔴
Adakah pernyataan ini benar daripada kata-kata Syiekh Ibnu Taymiyah?
Maksudnya:
“Allah ﷻ akan mempertahankan negara yang pemerintahnya adil walaupun rakyatnya kafir dan Allah ﷻ tidak akan mempertahankan negara yang pemerintahnya zalim walaupun rakyatnya Muslim.”
Pandangan ini disebut oleh Hujjatul Islam ini ketika membahas mengenai konsep amar makruf nahi munkar dalam urusan politik dan kenegaraan.
Beliau menyebut di banyak tempat seperti Majmu Fatwa (juz 28/146) dan Al-Hisbah fil Islam (Darul Kutub Ilmiyyah/7).
✅
Ya, pernyataan ini benar.
Oleh sebab itu Syaikhul Islam ini dimusuhi oleh penguasa dan sultan dan dijel. Salah satu sebab dia dijel kerana menulis kenyataan ini.
شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله في رسالة الحسبة، والمدرجة في مجموع الفتاوى: " ج28/ 146 "، وهذا نصها:
(إن الله يقيم الدولة العادلة وإن كانت كافرة، ولا يقيم الظالمة وإن كانت مسلمة، )
Di antara rujukan ini ada di dalam majmu' fatwa jilid 28/146 dan Risalah Al-Hisbah.
Ia adalah kenyataan balaghah untuk menyatakan prinsip utama dalam fiqh Politik ialah keadilan. Apabila hijrah pertama dahulu, Rasulullah ﷺ
memilih kerajaan Najasyi di Habsyah kerana keadilan Raja Najasyi walaupun ia sebuah negara Kristian.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا فَإِنَّهُ لَيْسَ دُونَهَا حِجَابٌ
"Hati-hatilah daripada doa orang yang terzalimi, meskipun dia kafir. Kerana tidak ada hijab.
(H.R Ahmad, dihasankan Al-Albaniy dalam Silsilah As-Shahihah).
Ibn Taymiyah hendak tekankan keadilan. Maka hari ini umat Islam sanggup melarikan diri daripada negara sendiri dan mencari suaka politik di negara maju dan adil seperti Germany, France, USA, United Kingdom.
Di antara ulama'- ulama' salafi seperti Lajnah Daimah KSA dan Syaikh Al- Albani membantah pendapat Ibn Taymiyah. Malah Albani menolaknya kerana ia bercanggah dengan Al-Quran.
Dalil firman Allah ﷻ:
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ
"Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan."
[Hud :117]
Walau bagaimanapun Ibn Taymiyah menjawab dengan ayat lain:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ.
Dalil firman Allah ﷻ:
"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya."
[Al-Anfal: 25.]
@bicarathtl.
#bicarasunnah
🔴
Apakah hukum seseorang yang membela kucing memohon sumbangan atas alasan **kucing kesayangan Nabi ﷺ?**
✅
Hukumnya harus memohon sumbangan sedekah dan haram hukumnya jika dia seorang yang kaya.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ وَلاَ لِذِي مِرَّةٍ سَوِيٍّ
“Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).”
(HR Al-Nasaei (2597) Ibn Majah No, (1839) dan Abu Daud, No (1634), Al- Albani, Al-Arnaout, hadith hasan.
Isu kedua:
Ia mendakwa bahawa alasan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi ﷺ ini dakwaan yang tidak berasas dan
tidak ada riwayat Nabi ﷺ yang mengatakan baginda membela kucing.
@bicarathtl.
#bicarasunnah
🔴
Apakah maksud "meninggalkan yang tidak berkaitan dengannya" seperti foto di atas?
✅
Kata Syaikh Muqbil , hadithnya mursal/dhaif.
ما صحة حديث : من حسن إسلام المرء تركه مالا يعنيه ؟
الزيارات:
1809 زائراً .
تاريخ إضافته:
6 محرم 1436هـ
نص السؤال:
ما صحة حديث : من حسن إسلام المرء تركه مالا يعنيه ؟
مِن حُسْنِ إسلامِ المرءِ تَرْكُه ما لا يَعْنِيه .
نص الإجابة:
الصحيح أنه مرسل .
Kata Al-Hafidz Ibn Rajab Al-Hanbali, Jami Al-Uloom Wa Hikam 1/287, mursal/dhaif.
الراوي : أبو هريرة | المحدث : ابن رجب | المصدر : جامع العلوم والحكم
الصفحة أو الرقم: 1/287 | خلاصة حكم المحدث : مرسل
توضيح حكم المحدث: إسناده ضعيف
Tetapi ia hadith no 12 matan arbain An-Nawawi, hadith hasan menurut Imam Nawawi, Al-Albani dan Al-Hilali.
Ia termasuk hadith yang sarih atau muhkam, jelas akan maksudnya.
"Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya"
Fiqh hadith, ini termasuk usyul adab dan akhlak, meninggalkan apa yang tidak berfaedah apa yang bermanfaat dan tidak bermanfaat, menjaga lisan, isu gosip dan membawang.
@bicarathtl.
#bicarasunnah.
🔴
Adakah boleh pahala puasa enam itu dihadiahkan kepada kedua ibubapa yang sudah meniggal dunia?
✅
Ini adalah isu manhajiah atau sistem beragama.
Jika bagi mereka yang bermanhaj atau aliran tradisional, (Aswaja) kesemua pahala ibadah boleh dikirim kepada si mati. Maksudnya mati bukan pemutus amalan, mereka percaya jika seseorang sudah mati orang yang hidup boleh mengirimkan semua pahala ibadah.
🔽
Manakala kita berbeza pendapat di dalam Fiqh Sunnah atau Fiqh Dalil di mana kita percaya kematian memutuskan amalan seseorang. Kita beribadah semasa kita hidup sahaja. Apabila sudah mati maka putuslah amalan.
Dalil firman Allah ﷻ:
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,"
[ An Najm 39]
Dalil hadith Nabi ﷺ:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
(HR Muslim No, 1631)
@bicarathtl
#fiqhsunnah
🔴
Adakah sahih kenyataan foto di atas berkaitan "perjalanan" Nabi ﷺ semasa peristiwa Israk dan Mikraj?
✅
Ini adalah sahih.
🔴
Adakah Peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku pada malam 27 Rejab, dan siapakah meriwayatkannya?
✅
Pembetulan.
Mengenai pilihan 27 Rejab sebagai hari Israk dan Mikraj menurut Syaikh Safi' Urehman Al-Mubarakfuri dalam Al-Rahiq Al-Makhtum salah satunya bersumber pada tulisan Al-Qadhi Muhammad Sulaiman Salman Al-Mansurfuri (1867-1930) yang berjudul Rahmatan Lil ‘Alamin (3 jilid)
*Allamah Al-Mansurfuri dari Wilayah Patiala, India, wafat pada tahun 1930.
Maka 27 Rejab adalah pendapat Ulama' Seerah India.
✅
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj itu, Rasulullah ﷺ yang melihat Malaikat Jibril dalam keadaan rupanya yang sebenar lantas memuji Malaikat Jibril akan kehebatannya. Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap, apabila dibuka satu sayap maka gelaplah seluruh bumi ini.
Ini juga sahih, dinilai sahih oleh Syaikh Ibn Othaimin, Majmu' Fatawa 3/162.
أنه رأى جبريلَ على صورتِه التي خلقه اللهُ عليها وله ستمائةُ جناحٍ قد سدَّ الأفقَ
الراوي : - | المحدث : ابن عثيمين | المصدر : مجموع فتاوى ابن عثيمين
الصفحة أو الرقم: 162/3
Namun begitu, Malaikat Jibril mengatakan kepada Rasulullah ﷺ bahawa jangan memujinya kerana Rasulullah ﷺ masih belum melihat Malaikat lain yang lebih hebat kejadiannya. Lalu Rasulullah ﷺ bertanya kepada Malaikat Jibril, siapa malaikat yang ada lebih hebat daripadanya?" Malaikat Jibril menjawab,
"Ya, ada. Malaikat Israfil mempunyai 1,200 sayap, yang satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril."
Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya lagi," Adakah Malaikat Israfil paling hebat?" Jawab Malaikat Jibril.
◀️Tahqiq:▶️
Di dalam KitabTafsir Qurtubi ada dinyatakan tetapi ia merupakan kisah Israeliyat.
وعن الزهري أن جبريل عليه السلام قال له : ( يا محمد ، لو رأيت إسرافيل إن له لاثني عشر ألف جناح منها جناح بالمشرق وجناح بالمغرب
Tafsir Qurthubi, Tafsir Surah Faathir ayat 1, dari Al-Zuhri (w. 124H). Ia cuma athar daripada Al-Zuhri sahaja.
@bicarathtl.
#bicarasunnah
🔴
Apakah status hadith ini sahih "Apabila kita memaafkan manusia maka Allah ﷻ memaafkan kita dan apabila Allah ﷻ memaafkan kita maka syurgalah milik kita".
✅
Sahih.
Dalil firman Allah ﷻ:
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ ﴿١٣٤﴾
"(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang- orang yang berbuat kebajikan".
[ Al-Imran:134]
@bicarathtl
#bicarasunnah
🔴
Apakah pandangan di sisi
ulama' Muhaqqiqin dan Mutaakhirin berkenaan isu berdoa dalam bahasa ibunda ketika di dalam salat ( waktu rukuk, sujud dan selepas tasyahhud berserta dalil).
✅
1⃣. Mazhab Hanafi.
Makruh tahrim (lebih kepada haram).
Fatwa Khalifah Umar Al-Khattab رضى الله عنه yang melarangnya.
Athar ini ada di sisi Mazhab Hanafi.
2⃣. Mazhab Maliki.
Haram secara mutlak.
Dalil firman Allah ﷻ:
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ ۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ ﴿٤﴾
"Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
[Al-Quran Ibrahim: 4]
3⃣. Mazhab Syafi'iy dan Mazhab Hanbali:
Jika benar tidak tahu berbahasa arab, tidak mampu belajar Bahasa Arab, tidak mampu menghafaz doa, maka boleh sahaja.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
الطوافُ بالبيتِ صلاةٌ
“Tawaf di Baitullah itu seperti salat”
(HR. Ibnu Hibban No. 3836, disahihkan Al Albani dalam Irwaul Ghalil no.121).
Maksudnya ketika tawaf ada yang berbahasa dalam Bahasa Ajam dan ada pula yang berdoa dalam Bahasa Ajam.
4⃣. Pilihan Muhaqqiqin Syaikhul Islam dan Lajnah Daimah Saudi, orang yang tidak mampu berbahasa Arab maka boleh berdoa dengan Bahasa Ajam dan di waktu yang sama dia kena belajar juga menghafal dan mempelajari Fiqh doa atau Bahasa Arab.
والدعاء يجوز بالعربية ، وبغير العربية ، والله سبحانه يعلم قصد الداعي ومراده ، وإن لم يقوِّم لسانه ، فإنَّه يعلم ضجيج الأصوات ، باختلاف اللغات على تنوع الحاجات
“Berdoa itu boleh dengan Bahasa Arab juga boleh dengan selain Bahasa Arab. Allah ﷻ mengetahui maksud daripada orang yang berdoa dan mengetahui apa keinginannya, walaupun ia tidak boleh mengucapkan dengan baik. Allah ﷻ mengetahui suara-suara yang tidak fasih, dengan berbagai macam bahasa mereka dan berbagai macam keinginan mereka”
(Majmu’ Al Fatawa, 22/488 – 489).
#Bicarathtl
@bicarasunnah
🔴
Adakah jatuh talak isteri kedua yang sudah dinikahi, jika suaminya berkata di hadapan isteri pertamanya dengan lafaz "Demi Allah ﷻ sesungguhnya perempuan yang dimaksudkan itu bukan isteri saya?"
✅
Tidak jatuh talak, itu adalah berdusta. Sama ada ia dusta yang dibenarkan atau tidak bergantung kepada kenapa dia perlu berbohong.
Dalil hadith Nabi ﷺ:
لَا أَعُدُّهُ كَاذِبًا، الرَّجُلُ يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ، يَقُولُ: الْقَوْلَ وَلَا يُرِيدُ بِهِ إِلَّا الْإِصْلَاحَ، وَالرَّجُلُ يَقُولُ: فِي الْحَرْبِ، وَالرَّجُلُ يُحَدِّثُ امْرَأَتَهُ، وَالْمَرْأَةُ تُحَدِّثُ زَوْجَهَا
“Tidaklah termasuk berdusta: (1) Jika seseorang (berbohong) untuk mendamaikan di antara manusia, dia mengatakan suatu perkataan yang tidaklah dia maksudkan kecuali hanya untuk mengadakan perdamaian (perbaikan); (2) Seseorang yang berkata (bohong) ketika dalam peperangan; dan (3) Seorang suami yang berkata kepada isteri dan isteri yang berkata kepada suami.”
(HR. Abu Dawud No. 4921, dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)
Menurut pepatah Melayu ia adalah bohong sunat.
😊Almarhum Tan Sri P. Ramlee pernah berkata "Poligami mesti pandai temberang tapi jangan sampai pecah tembelang".
@bicarathtl
#fiqhsunnah
TIPS MENGHAFAZ QUR'AN
🔴 Ayat-ayat Al-Qur'an manakah yang elok untuk dihafal dan yang ada banyak manfaatnya?
Adakah buku-buku kompilasi ayat-ayat hafazan khusus untuk kanak-kanak?
✅
Untuk menghafaz Al-Qur'an secara intensif bagi kanak-kanak, adalah disarankan menghantar mereka ke ma'ahad tahfiz ketika cuti sekolah.
Untuk permulaan, boleh cuba menghafaz surah-surah dalam Juzuk 30 atau surah-surah yang menjadi kebiasaan bacaan harian seperti surah As-Sajadah, Al-Insan, Al-Mulk, Yaasin, 10 ayat awal dan akhir surah Al-Kahfi, Ayat Kursi serta 2 ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah.
Menghafaz surah-surah terpilih dalam Juz Amma berikut amat banyak fadhilatnya:
1. Al-Ikhlas
2. An-Naas
3. Al-Falaq
4. Al-Kaafirun
5. Al-Kauthar
6. Al-Zalzalah
7. Al-Qadr
8. Adh-Dhuha
9. Al-Insyirah
10. Al-A'laa
@bicarasunnahthtl
🛑
Adakah berdosa orang luar negara hendak menggunakan akaun (media sosial Facebook) anak saya untuk perniagaan baju-bajunya yang tidak menutup aurat?
✅
Di dalam kaedah Fiqh Sunnah hukumnya adalah untuk apa sahaja yang haram, maka harga dan muamalatnya jatuh haram. Oleh itu untuk pakaian haram dipakai oleh muslimah, maka haramlah bermuamalat dengan mereka.
( إنَّ الله إِذَا حَرَّمَ شَيْئاً حَرَّمَ ثَمَنَهُ ) رواه أبو داود ( 3488 ) وصححه الألباني
"Bila Allah ﷻ haramkan sesuatu, maka haram juga harganya (urusniaganya)"
Contoh:
1.Jika Allah ﷻ haramkan babi, maka semua urusan perniagaan babi, adalah haram.
2.Jika Allah ﷻ haramkan arak, maka semua urusan perniagaan arak adalah haram.
3.Maka jika Allah ﷻ haramkan pakaian yang tidak menutup aurat, maka haramlah urusniaganya.
@bicarathtl
#bicarasunnah.
DEFINISI ASNAF FI SABILILLAH
🔴 Mohon penjelasan mengenai Asnaf Fi Sabilillah dalam bab zakat.
1⃣ Siapakah yang mentafsirkan kepada penuntut ilmu?
✅ Asnaf yang dimaksudkan ialah "fi sabilillah" pada jalan Allahﷻ.
Pada zaman salaf ia dimaksudkan apa jua pembiayaan peperangan. Contohnya seorang mujahid, pejuang berada di Madinah, dia ingin menyertai peperangan di India. Maka segala kelengkapan perang, kuda, pedang, baju besi adalah maksud fi sabilillah.
Pada zaman salaf, fi sabilillah lebih fokus kepada perang. Sekarang peperangan semua dibiayai oleh Kementerian Pertahanan, bajet datang daripada belanjawan Persekutuan dan bukan lagi zakat, kerana sekarang sudah ada angkatan tentera yang profesional.
Maka Mujtahid zaman moden meluaskan skop fi sabilillah iaitu apa jua usaha baik individu dan organisasi, NGO yang terlibat dalam usaha menegakkan agama, mengukuhkan Islam baik untuk kerja dakwah, pusat dakwah, maahad tahfiz, institusi pendidikan, kemahiran, percetakan dan sebagainya.
Maka sekolah agama swasta, maahad swasta yang tidak mendapat dana daripada Kementerian Pendidikan, memang layak mendapat zakat.
(Qardhawi, fiqh zakat, Cairo, Maktabah Wahbah, 2:700)
2⃣ Untuk maksud meninggikan dan memperkasakan agama,
adakah orang yang didefinasikan sebagai kaya boleh juga menerima zakat?
Sebagai contoh Zaid berkhidmat di madrasah tanpa gaji. Setiap malam dia mengajar di masjid
(Setiap kali mengajar dia mendapat saguhati RM50)
Secara keseluruhan bulanan dia memperolehi RM1500 dan amaun itu cukup untuk semua keperluannya.
🔴 Adakah dia layak dan boleh menerima zakat?
✅ Asnaf yang fokus kepada orang miskin ada dua iaitu asnaf miskin dan asnaf fakir.
Pertanyaan anda sekarang ialah asnaf fi sabilillah. Ini bukan isu fakir miskin lagi. Walaupun dia kaya, dia layak menerima zakat asalkan dia memang bekerja dalam sektor fi sabilillah.
#SnJbicarasunnahC
🔴
Adakah dibolehkan puasa qadha' pada hari Jumaat sahaja?
✅
Dalil hadith larangan Abu Hurairah رضي الله عنه:
لا يَصُومَنَّ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ
“Janganlah salah seorang di antara kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali jika ia berpuasa pula pada hari sebelum atau sesudahnya.”
(HR. Bukhari no.1849 dan Muslim no. 1929).
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه:
لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ
“Janganlah khususkan malam Jumaat dengan salat malam tertentu yang tidak dilakukan pada malam-malam lainnya. Janganlah pula khususkan hari Jumaat dengan puasa tertentu yang tidak dilakukan pada hari-hari lainnya kecuali jika ada puasa yang dilakukan kerana sebab ketika itu.”
(HR. Muslim no. 1144)
Hadith matan arbain No 9:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ . [رواه البخاري ومسلم]
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه dia berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Apa yang aku larang hendaklah kalian menghindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian. Sesungguhnya kehancuran orang-orang sebelum kalian adalah kerana banyaknya pertanyaan mereka (yang tidak berguna) dan penentangan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.
(Bukhari dan Muslim)
@bicarathtl.
#bicarasunnah
🛑
Bagaimanakah cara untuk menguruskan jenazah seorang pondan yang sudah menukar kemaluannya?
1-Mengafankan mengikut jenazah lelaki atau perempuan.
2-Siapa yang akan memandikannya.
3-Salat jenazah lelaki atau perempuan
✅
Ia bergantung kepada status terkini jantina si mati. Jika si mati telah diluluskan oleh KKM dan pejabat Mufti boleh menukar jantina, maka dia akan diuruskan menurut SOP perempuan.
Jika dia membuat peroses menukar jantina secara haram, maka ia dikendalikan secara asalnya sebagai lelaki.
@bicarathtl.
#bicarasunnah
🔴
Apakah hikmah di sebalik ketaatan isteri kepada suami dengan kelayakan untuk mendapat syurga?
Adakah ketaatan suami ini sama seperti analogi beriman kepada Allah ﷻ sebab wanita ini sentiasa dipengaruhi dengan rasa was-was. Apabila dia tidak mentaati suami, seolah-olah dia tidak yakin kepada suaminya. Namun ketaatan memerlukan keyakinan. Bagaimanakah seseorang itu dapat taat kepada perintah Allah ﷻ apabila dia tidak yakin padanya?
✅
Ini adalah sistem Al-Qur'an:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ.
“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya.”
[An-Nisa' 4:34]
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan mereka (para wanita) memiliki hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang pantas. Tetapi para suami mempunyai kelebihan di atas mereka. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”
[Al-Baqarah : 228]
Ini bukanlah rukun Iman,
rukun iman ada 6 perkara:
1. Beriman kepada Allah ﷻ.
2. Beriman kepada Malaikat.
3. Beriman kepada Kitab
4. Beeiman kepada Rasul
5. Berimn kepada Hari akhirat
6. Beriman kepada Qadha dan qadar
Tidak boleh ada rukun ke 7: Beriman dengan suami.
Taat kepada suami ini berada dalam Fiqh Huquq atau hak-hak ketaatan ke atas wanita:
1. Taat kepada Allah ﷻ.
2. Taat kepada Rasul
3. Taat kepada suami.
Dalil:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ
“Apabila seorang isteri mengerjakan salat yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga daripada pintu mana saja yang dikehendakinya.”
Sahih Ibn Hibban no, 1296, Al-Albani, Sahih Al-Jaami' no, 661.
Tetapi ia taat bersyarat, taat dalam urusan yang maa'ruf sahaja. Jika suami memerintahkan untuk mengerjakan yang haram, maka tidak ada ketaatan.
@bicarathtl.
#bicarasunnah
🔴
Seorang balu mempunyai anak (hasil perkahwinan pertama) kemudian berkahwin buat kali kedua namun akhirnya bercerai.
Bagaimanakah status aurat anak tersebut dengan bekas suami kedua (bekas ayah tiri)?
✅
Ia dinamakan mahram melalui perkahwinan, ia juga kekal jika berlaku persetubuhan antara mereka.
Dalil firman Allah ﷻ:
وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
Maksudnya: “Dan (juga perempuan-perempuan yang diharamkan kamu berkahwin dengan mereka ialah) anak-anak perempuan tiri kamu yang telah kami setubuhi ibu-ibu mereka."
(Surah al-Nisa: 23)
✅Maka mahram kekal
@bicarathtl
#fiqhsunnah.