Assalamualaikum. Selamat datang ke saluran Telegram Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, setiap minit kami cuba mendapatkan info yang Pantas dan Mutakhir. #SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin
🚨 TERKINI | Tentera Isr4el laknatullah memperbaharui serangan mereka dengan tembakan artileri di kawasan Al-Shujaiyya, timur Bandar Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Jumlah angka rakyat Palestin yang terkorban ketika berada berhampiran pusat agihan bantuan AS di Khan Younis untuk mendapatkan bantuan makanan dan bekalan asas meningkat kepada 751 orang dan sekurang-kurangnya 4,931 cedera sejak serangan dilancarkan ke atas kawasan itu.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Bilik Operasi Bersama mujahidin Palestin telah mengisytiharkan Yasser Abu Shabab yang disokong Israel laknatullah dan kumpulannya sebagai pengkhianat," dengan menyatakan bahawa "darah mereka tidak berharga" kerana kerjasama mereka dengan tentera Israel menentang rakyat Gaza.
"Beroperasi dengan senjata tentera Israel, di bawah perlindungan dan pengawasan mereka, kumpulan Abu Shabab dibentuk oleh tentera musuh sendiri, dengan kepimpinan politiknya secara terbuka mengakui mempersenjatai dan mengerahkan mereka untuk melayani kepentingannya dan melindungi tenteranya," kata mereka dalam satu kenyataan pada hari Ahad.
"Mereka telah kehilangan identiti Palestin mereka, dan darah mereka dianggap dilucuthakkan oleh semua mujahidin Palestin dan pasukan patriotik."
Minggu lalu, Mahkamah Revolusi di bawah Badan Kehakiman Tentera di Gaza memberi Yasser Abu Shabab yang disokong Israel sepuluh hari untuk menyerah diri, bermula Rabu, 2 Julai 2025. Mahkamah berusaha untuk mendakwanya atas tuduhan serius di bawah undang-undang Palestin.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Ahli Knesset Israel, Zvika Fogel menyatakan bahawa menjelang tamatnya "perang", tidak sepatutnya ada seorang pun rakyat Palestin yang tinggal di Gaza:
“Hentikan semua bantuan kemanusiaan, potong bekalan elektrik dan air, mulakan pemusnahan dan pengusiran... Tiada seorang pun yang tidak bersalah di sana.”
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Tentera Israel laknatullah mengumumkan rancangan untuk meneruskan pemusnahan rumah di kem pelarian Tulkarm, sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan yang berterusan di Tebing Barat utara yang sedang mengubah struktur dan watak beberapa kem.
Sebagai sebahagian daripada rancangan, 54 keluarga telah diberikan permit untuk kembali ke rumah mereka secara sementara dan mengumpulkan barang-barang sebelum pemusnahan bermula dalam beberapa hari akan datang.
Namun, banyak penduduk ditolak di sekatan jalan kerana kekurangan permit yang diperlukan. Tentera telah membuat sekatan di pintu masuk kem yang ditetapkan sebagai laluan terkawal untuk penduduk dan mereka dikenakan pemeriksaan fizikal yang teliti.
Sumber: Middle East Eye
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Tentera Isr4el laknatullah telah membunuh sekurang-kurangnya 6 orang warga Palestin termasuk kanak-kanak, dan mencederakan 15 orang yang lain selepas menyasarkan serangan ke atas Klinik Al-Rimal, Bandar Gaza.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Penjajah haram isr4el mencabut pokok-pokok zaitun daripada tanah yang pemilik asalnya warga asli Palestin di selatan Nablus, Tebing Barat.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Sebuah dron Israel laknatullah dengan sengaja menjatuhkan bom ke atas sebuah ambulans yang sedang mengangkut orang awam yang cedera dalam serangan Isr4el laknatullah di Jabalia al-Nazla, Gaza utara.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Majlis Perbandaran Gaza memberi amaran:
▪️ Kekurangan bahan bakar dan bekalan telah memaksa penangguhan beberapa perkhidmatan penting.
▪️ Sokongan antarabangsa yang mendesak diperlukan untuk mencegah bencana selanjutnya dan mengawal penyebaran penyakit.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Yedioth Ahronoth: Institusi keselamatan Israel percaya bahawa perjanjian menyeluruh untuk memulangkan semua tebusan dan menamatkan perang di Gaza adalah pilihan terbaik.
Sumber: Al Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Hospital Gaza dipenuhi dengan jasad rakyat Palestin berikutan pengeboman besar-besaran yang dilakukan Isr4el laknatullah ke atas beberapa kawasan di Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Seorang anak kecil Palestin, Mohammad al-Mashharawi berusia 12 tahun meninggal dunia selepas cedera beberapa hari lalu di Jalan Wahda, Gaza akibat serangan Rejim Isr4el laknatullah.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Tentera Isr4el laknatullah telah melancarkan bom MK-82 buatan AS seberat 230kg ke atas kafe berhadapan dengan pantai di Gaza pada Isnin lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang warga Palestin dan puluhan yang lain cedera, menurut siasatan The Guardian.
Dalam jumlah terkorban itu termasuk kanak-kanak, juru filem, jurnalis dan artis.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menunjukkan sikap berat sebelahnya apabila mempertimbangkan penjualan senjata bernilai AS$510 juta (sekitar RM2.4 bilion) kepada rejim haram Israel.
Perkara itu diumumkan oleh Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA) AS semalam, sebagai reaksi kepada permintaan Israel untuk memperoleh ribuan kit panduan bom canggih.
Antara senjata yang diminta termasuk 3,845 kit panduan JDAM (Joint Direct Attack Munition) untuk bom penembus BLU-109 serta 3,280 kit panduan KMU-572 F/B JDAM bagi bom MK 82.
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Rakyat Palestin di Gaza terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan makanan di kejiranan Syeikh Radwan, Bandar Gaza berikutan sekatan bantuan makanan yang dilaksanakan oleh Isr4el laknatullah.
Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kanak-kanak Palestin, Jouri Al-Masri merupakan seorang lagi mangsa kekurangan zat makanan serta ketiadaan makanan dan ubat-ubatan di Gaza, akibat kepungan berterusan yang dikenakan oleh pengganas Israel.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Seorang lelaki Palestin cedera dan dalam keadaan kritikal di bahagian kepada selepas Tentera Isr4el laknatullah melepaskan tembakan ke arah warga Palestin yang menunggu bantuan berhampiran pusat agihan bantuan AS di Khan Younis, menurut Pertahanan Awam Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Hamas: Operasi pejuang masih diteruskan dan penjajah gagal mematahkan kehendak kami. Kami juga menegaskan komitmen kami untuk terus berinteraksi secara positif dengan usaha para perantara bagi mencapai perjanjian menyeluruh yang dapat menghentikan pencerobohan dan perang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat kami.
Sumber: Al-Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Beribu-ribu orang melaungkan sokongan padu terhadap Palestin hanya beberapa saat sebelum mercun Chupinazo dinyalakan bagi menandakan permulaan rasmi festival San Fermín yang berlangsung selama seminggu di bandar Pamplona, Sepanyol.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Sebuah pagar logam setinggi lima meter membelah bahagian timur Sinjil, sebuah bandar Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel. Pintu pagar keluli berat dan sekatan jalan menutup semua laluan keluar masuk kecuali satu yang diawasi oleh tentera Israel di menara kawalan.
“Sinjil kini menjadi penjara besar,” kata Mousa Shabaneh, 52, bapa kepada tujuh anak, dengan nada pasrah ketika dia memerhati pekerja mendirikan pagar melalui tapak semaian di pinggir bandar yang menjadi tempatnya mencari rezeki.
“Sudah tentu, kami kini dilarang pergi ke tapak semaian itu. Semua pokok yang saya tanam dibakar dan musnah. Mereka menutup pintu rezeki kami,” katanya.
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Barisan Hadapan Israel laknatullah: Pelancaran misil dari Yemen telah dikesan memasuki ruang udara kawasan Palestin yang dijajah (Isr4el).
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Sumber tempatan: Pesawat penjajah melancarkan serangan tali api (fire belts) di selatan-timur kawasan Jabalya, utara Semenanjung Gaza.
Sumber: Al Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Bekalan elektrik terputus di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Nasser, Khan Younis, ketika pasukan perubatan sedang merawat pesakit yang cedera parah akibat serangan Israel.
Sekatan sengaja oleh Israel ke atas bekalan penting termasuk bahan api telah menyebabkan hospital-hospital lumpuh dan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. Sistem kesihatan kini berada di ambang kehancuran.
Sumber : Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Tentera Isr4el laknatullah membunuh dua rakyat Palestin berhampiran dengan pusat agihan bantuan kemanusiaan US-Isr4el di utara Rafah.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Agensi UNRWA:
▪️ Kelaparan sedang digunakan sebagai senjata di Gaza dan orang ramai pengsan di jalanan akibat kelaparan yang melampau.
▪️ Bantuan kemanusiaan mesti disalurkan dengan selamat di Gaza di bawah pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk UNRWA dan ia perlu dilakukan dengan segera.
▪️ Tiada bekalan air minuman yang mencukupi di Gaza dan sekatan ke atas wilayah itu mesti ditamatkan.
Sumber: TV Al-Aqsa
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti beberapa cadangan baharu untuk gencatan senjata di Gaza, namun menegaskan sebarang persetujuan mestilah membawa kepada penamatan penuh terhadap perang zalim yang dilancarkan rejim pengganas Israel.
Dalam kenyataan rasmi pada Rabu, Hamas berkata, mereka telah menerima cadangan daripada beberapa pihak perantara dan kini sedang menjalankan rundingan untuk “merapatkan jurang”, demi kembali ke meja rundingan dan mencapai satu persetujuan yang adil serta menyeluruh.
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Dalam satu malam saja, Isr4el laknatullah telah melakukan kemusnahan malapetaka ke atas Gaza termasuk:
🚨Menyasarkan Sekolah Mustafa Hafeth, sekolah yang menempatkan pelarian sementara Palestin
🚨Serangan udara Tentera Isr4el laknatullah yang menyasarkan khemah pelarian sementara di kawasan Mawasi, Khan Younis
🚨Pengeboman di kem pelarian Nuseirat
🚨Menyerang penduduk Palestin yang sedang menunggu bantuan
🚨Meratakan rumah-rumah kediaman rakyat Palestin di timur Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Sheikh Al-Azhar, Ahmed Al-Tayyib: Apa yang berlaku di Gaza adalah satu pembunuhan beramai-ramai, dan mereka yang berada di belakangnya sedang mempromosikan falsafah penjajahan.
Sumber: Al-Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Sejak Oktober 2023, bidang sukan di Gaza berhadapan dengan impak terburuk akibat serangan tanpa henti Isr4el laknatullah, menurut Susan Shalabi, Timbalan Presiden Palestinian Football Association.
437 pemain bola sepak di Gaza syahid dalam serangan sejak Oktober 2023 termasuk 15 orang dari Tebing Barat. 288 fasiliti sukan telah dimusnahkan dan tidak lagi boleh digunakan.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Seramai 72 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara berterusan oleh tentera Israel sejak awal pagi Ahad, termasuk mereka yang sedang beratur menunggu bantuan makanan di pusat pengagihan di Gaza.
Sumber perubatan memaklumkan kepada Al Jazeera bahawa sekurang-kurangnya 47 daripada mangsa terkorban di bandar Gaza dan kawasan utara wilayah tersebut.
Wartawan Al Jazeera di Gaza, Moath al-Kahlout, melaporkan keadaan “malapetaka” di Hospital al-Ahli susulan kemasukan puluhan mangsa yang cedera akibat serangan di kawasan Zeitoun, Sabra, dan pasar al-Zawiya.
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad