Assalamualaikum. Selamat datang ke saluran Telegram Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, setiap minit kami cuba mendapatkan info yang Pantas dan Mutakhir. #SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin
SELAMAT HARI SARAWAK
Semoga Sarawak terus makmur, sejahtera dan sentiasa terkehadapan dalam pembangunan Islam, masyarakat, teknologi dan kebudayaan
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Ini Razan Abu Zahir, kanak-kanak yang hanya berusia 4 tahun di Gaza yang meninggal dunia akibat malnutrisi di Gaza, penyakit ancaman buat lebih 60,000 kanak-kanak di Gaza.
Lebih 70 kanak-kanak di Gaza terkorban akibat malnutrisi berikutan tindakan Isr4el laknatullah yang menyekat bantuan masuk ke Gaza.
Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Tentera isr4el laknatullah memperbanyakkan serangan mereka ke atas Deir Al balah dan kem Al-Bureij, tengah Gaza.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi, lebih daripada 86% daripada Semenanjung Gaza berada di bawah perintah perpindahan atau ditetapkan sebagai zon tentera, menyebabkan beratus-ratus ribu rakyat Palestin menghadapi pengusiran paksa, memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah teruk di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan.
Ilustrasi: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kita adalah saksi yang melihat anak yang berlari itu ketakutan. Satu hari nanti kita akan ditanya, bila kita lihat anak ini ketakutan, apa yang kita buat?
Wartawan Momen Sameer sempat merakam Tentera Isr4el laknatullah mengebom sekolah UNRWA di kem pelindungan Al-Bureij, tengah Gaza.
Sumber: Motaz Azaiza
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Samuel Zbogar, wakil Slovenia ke Majlis Keselamatan PBB, menggesa gencatan senjata di Gaza semasa taklimat mendesak mengenai situasi kemanusiaan yang semakin teruk.
Sumber: Middle East Eye
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Menteri Luar Turki, Hakan Fidan mengecam Israel kerana melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan memperluas kekejamannya di luar Palestin ke Lubnan, Syria, dan Iran.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan Israel mengancam keamanan rapuh di Syria dan memperdalam ketegangan etnik di seluruh Timur Tengah.
Fidan menekankan bahawa Israel tidak berhasrat untuk mencapai keamanan atau kestabilan dan mendesak masyarakat antarabangsa untuk bertindak bersama bagi mengelakkan lebih banyak keganasan di Syria dan di rantau itu.
Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Warga Shibuya, Tokyo terus berusaha menyuarakan solidariti mereka untuk rakyat Gaza dengan perarakan penyokong pro-Palestin beramai-ramai dan mengutuk tindakan pembunuhan beramai-ramai Isr4el laknatullah ke atas Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 SYRIA UNDER ATTACK 🚨
Dunia dikejutkan dengan serangan Isr4el laknatullah secara tiba-tiba ke atas kawasan Pejabat Kementerian Pertahanan Syria di Damsyik, Syria.
Ibu pejabat Kementerian Pertahanan Syria: Kompleks itu telah diserang beberapa kali, dengan dua serangan besar sekitar jam 3 petang (12:00 petang GMT), termasuk pintu masuknya, menyebabkan kerosakan struktur dan asap meningkat jelas di atas bandar.
Sumber: Al Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Dalam usaha solidariti, perkataan "Free Palestine" diukir di atas pasir di Doughmore Strand, yang menghadap langsung ke resort golf Donald Trump di barat Ireland.
Mesej tersebut, yang boleh dilihat dari kawasan itu berfungsi sebagai kenyataan tegas protes di tengah-tengah demonstrasi global yang sedang berlangsung yang menyeru agar genosid Israel di Gaza dihentikan.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
tentera Isr4el laknatullah menghalang penduduk tempatan Palestin daripada membaiki saluran paip dan jalan yang telah dibom oleh Isr4el laknatullah semalam berhampiran kampung Majdal Bani Fadel dan Aqraba, Nablus.
Pengeboman itu merosakkan saluran paip dan menghalang air daripada akses ke beberapa kampung sekitar.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Serangan artileri dilancarkan berhampiran dengan khemah perlindungan sementara penduduk Palestin di kejiranan Batn Al-Samin, selatan Khan Younis, menurut sumber wakil Quds News Network.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Wartawan AS dan penulis, Assal Rad menyatakan Isr4el laknatullah telah menyekat bantuan ke Gaza berbulan-bulan untuk memberikan ancaman kebuluran dalam populasi di sana, membuat perangkap kematian dan menembak warga Palestin yang menunggu bantuan berulang kali.
Beliau menekankan tindakan Isr4el laknatullah itu bukan kesilapan, tetapi ia adalah senarai jenayah perang yang mereka akan lakukan.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Amerika Syarikat sedang membina infrastruktur baharu untuk pesawat dan helikopter tentera penjajah Israel, termasuk bangunan ketenteraan lain, menurut rekod awam.
Projek semasa bernilai lebih daripada $250 juta, dan projek akan datang dijangka melebihi $1 bilion, menurut satu panggilan kepada kontraktor berminat yang pada asalnya dijadualkan pada bulan Jun tetapi ditangguhkan akibat konflik Israel-Iran. Laman berita Israel, Haaretz, melaporkan tentang dokumen awam itu pada Isnin.
Sumber: Middle East Eye
🚨 TERKINI | Kompleks Perubatan Nasser: Jenazah 52 rakyat Palestin yang syahid akibibat pengeboman Tentera Isr4el laknatullah di khemah perlindungan di Mawasi, Khan Younis telah tiba di kompleks kesihatan untuk diuruskan. Jenazah dihantar sejak petang Selasa.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
KEPERLUAN BUAT RAKYAT PALESTIN & UJIAN BUAT KITA
Firman Allah SWT: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" - Al-Baqarah : 155
Ujian di Gaza bukan sekadar ujian untuk mereka di sana, tetapi ujian juga untuk kita di sini sama ada kita berjuang atau tidak.
Semoga kita semua dapat menempuhi ujian berhadapan dengan musuh yang nyata dan menegakkan semula syiar Islam di seluruh dunia!
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kelihatan seorang warga emas pengsan samasa menunggu makanan di tempat bantuan dan dikhuatiri telah kelaparan sekian lamanya.
Sumber: TRT World
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
"Demi Allah, sesungguhnya kami benar-benar melihat kehinaan, penghinaan musuh terhadap umat kita, pencabulannya dan keganasannya di dalamnya. Dan hati kami berdarah kerana kami menyedari betapa penakut, lemah, dan hinanya musuh ini serta saiznya yang sebenar."
— Syeikh al-Mujahid Abu Ubaidah
Sumber: أمجاد الشهداء
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Gaza kini kelaparan.
Ilustrasi: Kamal Sharaf
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
APA SALAH ANAK-ANAK KECIL INI??
Angka korban kanak-kanak di Gaza meningkat kepada 5 orang berikutan serangan yang dilancarkan ke atas Khan Younis oleh Tentera Isr4el laknatullah.
Sumber: Abdallah Al-Attar
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Empat askar Israel dilaporkan membunuh diri dalam tempoh kurang dua minggu selepas terlibat dalam perang di Gaza, menurut laporan media tempatan.
Akhbar Haaretz melaporkan pada Rabu bahawa dua daripada mereka merupakan askar wajib yang masih bertugas, manakala dua lagi ialah askar simpanan yang baru sahaja dilepaskan selepas berminggu-minggu bertempur di Gaza.
Menurut data yang diterbitkan oleh Haaretz, sebanyak 43 askar telah membunuh diri sejak perang bermula, termasuk 14 orang sepanjang tahun ini sahaja.
Bagi tahun 2024 sahaja, 21 askar dilaporkan membunuh diri, menjadikannya angka tahunan tertinggi sejak tahun 2011.
Sumber : Middle East Eye
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Rakan penting dalam kerajaan Perdana Menteri Israel, Netanyahu — parti ultra-Ortodoks Shas — telah mengumumkan pengunduran mereka daripada kerajaan berikutan pertikaian berkenaan pengecualian wajib tentera, namun mereka masih membuka ruang untuk kembali sekiranya isu kerahan tentera itu diselesaikan.
Sebelum ini, satu lagi parti ultra-Ortodoks, United Torah Judaism (UTJ), telah meninggalkan kerajaan awal minggu ini atas sebab yang sama — menyebabkan Netanyahu kini hanya memiliki minoriti di parlimen.
“Wakil-wakil Shas... dengan berat hati mendapati mereka tidak dapat terus berada dalam kerajaan dan menjadi sebahagian daripadanya,” kata kenyataan parti itu.
Namun, tidak seperti UTJ, jurucakap Shas memaklumkan parti itu akan kekal sebagai sebahagian daripada gabungan parlimen, sekali gus mengekalkan majoriti tipis Netanyahu.
Sumber : TRT World
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Presiden Syria, Ahmad al-Sharaa:
Rakyat kami daripada komuniti Druze adalah sebahagian penting daripada struktur kebangsaan, dan melindungi mereka adalah keutamaan kami. Kami berdepan pilihan sama ada berperang dengan Israel atau memberi ruang kepada para syeikh Druze untuk mencapai persefahaman, dan kami memilih untuk melindungi tanah air.
Sumber: Al-Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Wartawan Fadi Khalifa syahid selepas menjadi sasaran serangan oleh tentera pengganas Israel ketika beliau sedang meninjau rumahnya di Hayy al-Zaytun, di tenggara Bandar Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Sebelum beredar, Tentera Isr4el laknatullah telah membakar khemah-khemah milik rakyat Palestin selepas mereka menceroboh tapak perkhemahan dan membuat kacau beberapa jam di kawasan Al-Maslakh, Khan Younis.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Semasa pencerobohan terbaru mereka di kawasan barat Khan Younis, tentera Israel telah menggali beberapa tanah perkuburan dan mengeluarkan mayat rakyat Palestin yang telah meninggal dunia.
Sumber : Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Jumlah angka rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan Tentera Isr4el laknatullah di Semenanjung Gaza sejak pagi tadi meningkat kepada 15 orang, 10 daripada mereka terkorban semasa menunggu bantuan di sekitar pusat agihan bantuan AS, menurut sumber perubatan.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Bulldozer milik Tentera Isr4el laknatullah meranapkan rumah milik rakyat Palestin di perkampungan Rujeib, timur Nablus, Tebing Barat.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Wartawan Palestin, Ibrahim Muhareb sempat merakam keadaan pasukan paramedik lakukan chest compression kepada seorang anak kecil semasa memandu bersama dengan warga Gaza yang cedera.
Wartawan tempatan melaporkan Isr4el laknatullah mempergiatkan lagi serangan udara ke atas Gaza pada Sabtu malam sehingga pagi Rabu yang menyasarkan kem pelarian Al-Bureij, tengah Gaza begitu juga dengan Mawasi.
Sumber: Middle East Eye
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Tentera Isr4el laknatullah meratakan dan meranapkan beberapa bangunan kediaman di kejiranan Al-Zaytoun, timur laut Bandar Gaza.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad