Salam Alayk ❤️ “Moga Allah Redha” 💞🌸 Instagram Official : theusrahmuslimah🌸 Kami juga ada group usrah tersendiri 😊 Jom sertai usrah kami ! 💪🏻✨ May Allah Ease 🎀
Kebahagiaan selain kepada-Nya hanyalah sementara dan bersifat hanya seketika kalau nak dibandingkan dengan kebahagiaan apabila bersama-Nya ❤️😊
Jom sama-sama kita tekadkan hati supaya kita rajin beribadah kepada-Nya agar nikmat kebahagiaan apabila bersama-Nya itu kita kecapi.
Ini semua adalah ujian. Ujian untuk kita lebih kuat tempuhi hari-hari mendatang.
Memang kalau ikut emosi, tekanan yang dirasa menggunung tinggi. Terperuk tak boleh pergi mana-mana. Lagi-lagi bila kena lanjutkan lagi tempoh #stayathome sampai 14 April.
Ada yang menangis, merengek macam anak kecil minta mainan. Sebab rasa sudah penat. Terkurung tak boleh pergi mana-mana.
Yang bekerja kais pagi, makan paginya. Diujinya dengan cara mereka.
Yang sedang belajar, berjuang dalam menuntut ilmu. Diuji dengan cara mereka.
Pemimpin kita diuji, rakyatnya juga diuji. Hakikatnya kita semua dalam fasa ujian.
Penat? Usah dikata. Para frontliner dan barisan hadapan bertungkus lumus dalam menangani wabak ini. Mereka lagi penat.
Yang duduk rumah, pun penat? Ya, penat juga. Tapi tidaklah sepenat barisan barisan hadapan yang berperang dengan ujian ini.
Tapi apa kita boleh buat ? Bersabar. Kita sabar sekejap saja agar keadaan bumi kita kembali pulih. Kita berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk sementara ini, demi kehidupan yang lebih sejahtera dan aman di masa akan datang.
Sungguh, wabak yang datang ini adalah ujian daripada Allah SWT, maka kepada Dialah kita berdoa dan berserah. Kita minta agar wabak ini akan pergi secepat mungkin.
Yang datang ini mungkin memberatkan beban di bahu, tapi pandanglah hikmah yang akan datang—tak kita nampak lagi sekarang. Tapi percayalah hikmah itu berbungkus dengan hadiah yang indah.
Semoga saja jiwa kita dipertinggikan lagi rasa sabarnya. Semoga kita terus kuat bersangka baik kepada Dia, dan pergantungan kita kepada Allah semakin kuat ikatannya.
Hati yang baik pasti akan mencuba dan sentiasa memandang dengan hikmah setiap sesuatu yang datang daripada Allah. In sha Allah, bumi kita akan kembali pulih seperti sediakala dan jauh lebih menenangkan. Aamiin. In sha Allah.
" Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya." [ 40:44 ]
Sabar bukan wujud semulajadi.
Ia dilatih dengan kesakitan, kehilangan dan penderitaan.
Orang yang sabar paling banyak terluka dan sakit. Allah mendatangkan ujian untuk menguatkan kita.
Bahkan sebenarnya jika kita berdosa. Ujian itulah kaffarah dosa-dosa kita.
Tidurlah sayang,
Tak elok lama-lama larut dalam kesedihan yang berpanjangan.
Kamu masih boleh tersenyum seperti mereka yang lain. Karna seorang kamu belum gagal lagi, cuma belum cukup sampai masa saja.
Rehat. Tenangkan diri. Hari esok bangkitlah dengan senyum manis dan kekuatan yang baru. Kamu tidak kalah, cuma kadang cepat sangat mengalah.
Berjalanlah selagimana hayat dikandung badan.
🎈
Kalau tak ada orang hargai usaha kita,
Tak mengapa.
Memang setengah sifatnya begitu.
Ada yang hargai, ada yang tak.
Itu bukan pointnya.
Pointnya adalah, kita nak orang hargai apa yang kita buat selama ini. Walaupun hargai itulah perkara senang tapi sukar nak buat.
Memang ada orang anggap ini remeh. Sebab lain orang tak sama ragamnya.
Kita tengok effort orang dekat kita. Gigih dia terlalu special dekat kita. Tapi kita balas dengan biasa.
Tiada perkataan terima kasih pun.
Hargai bukan setakat ucapkan terima kasih,
Tapi tindakan kita buat.
Bila orang dah susah payah bagi pendapat buat keputusan ke, tolong kita tanpa erti lelah. Reply lah balik tindakan juga. Doa ke? Belanja makan ke? As long effort kita ada untuk hargai.
Manusia ini sifat unik.
Orang puji kita dah kita senyum sampai ke telinga.
Orang ucap terima kasih kat kita sebab kita bantu dia. Balik je rumah dia happy, sebab ada orang hargai apa dia buat.
See?
Bila kita ada effort walaupun kecil. Sekurangnya kita ada effort nak menghargai orang😊 kalau tak dipandang pun, tak apa jangan penat. Allah ada untuk kita. Jangan risau ok? Effort tak dipandang manusia its okay. As long Allah nampak apa kita buat🤗
If you have the chance to make someone happy, just do it.
Sometimes people are struggling silently. Maybe your act of kindness can make their day😉
Siapa tahukan?
Disebalik tindakan kita, ada orang gembira dan syukur apa yang kita buat.
Jangan pernah berhenti jadi baik 🌸
Everything happens for a reason, and everything makes you lose or gain something.
If you gain something, good for you.
If you lose something, you still gain experience, learning and motivation to keep going on and achieve your goals.
So life never makes you lose anything.
☀️ PERINGATAN ASAR! ☀️
Telah masuk waktu solat fardhu asar (16:17) bagi kawasan Klang, Kuala Langat (Selangor) dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.
Selamat menunaikan solat fardhu Asar! ☺️
💕 Kelebihan Surah AS-SAJDAH:
1- Mendapat pahala seperti solat ketika Lailatul Qadar.
2- Dikuatkan keIslaman dan tauhidnya.
3- Mendapat ilmu yang benar.
Sabda Rasulullah (yang bermaksud) :“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.”
4- Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):
☘ “Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata;
“Tidak ada kesusahan bagimu.”"
5- Merupakan amalan Rasulullah setiap malam (di samping surah Al-Mulk).
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata (yang bermaksud):”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk”
6- Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) :
☘ “Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda.”
7- Dikurniakan nur (cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.
8- Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
9- Surah yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat Subuh pada hari Jumaat (di samping surah Al-Insaan).“Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” As-Sajdah dan “Hal Ata ‘Alal Insaan” Al-Insaan
(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
10- Merupakan salah satu surah Al-Munjiah.
Al-Darimi menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:
“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata:
Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman:
Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.
Sujud Tilawah
Apabila sampai membaca ayat 15 (Surah As-Sajdah), kita disunatkan sujud Tilawah.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum sujud Tilawah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.
Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, baginda (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud.
Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah baginda berkata: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah.
Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Kita mungkin kuat sekarang, tapi hari esok boleh jadi kita jatuh kecundang.
Masa ini kita ada dua pilihan.
Untuk terus jatuh atau kembali bangun.
Melayani rasa saat jatuh tidak akan mengundang apa-apa, malah ia lebih menyakitkan.
Sedangkan jika kita mula mengorak langkah baru, itu menjadikan kita supaya fokus tentang perjalanan kita yang sebenar.
Mana ada kehidupan yang lurus tanpa ujian. Mana ada kanvas kehidupan yang sunyi dari ujian.
Ujian akan ada. Sentiasa!
Jatuh itu bukan berarti kita tak boleh menangis. Boleh! Tapi jangan jadikan itu satu alasan untuk kita rapuh dan tidak ada jalan penyelesaian.
Kan Allah sudah kata,
Setiap kesusahan disertakan bersama kemudahan.
Jelas disitu bahawa, kita jatuh dan sakit, pasti ada senang dan bahgia.
Jalannya pasti tak mudah. Tapi kita redah.
Jangan selalu lemah, tapi bangun dengan rasa gagah.
Walau rasa tak berdaya, yang pasti kena cuba.
Ya, cuba!
Kau pasti boleh. Aku yakin! 🌹
Dalam hidup, kalau kita tidak rasa kehilangan kita tidak akan tahu erti menghargai.
Dan, kalau kita tidak pernah jatuh tersungkur, kita tidak akan tahu yang kita perlu kuat untuk bangun kembali.
Belajarlah bersangka baik dengan Allah. ❤️
Setiap inci jalan hidup kita, Allah sudah susun sebaik mungkin tanpa adanya cacat cela.
Belajar berpuas hati meskipun tidak cukup.
Belajar memahami walaupun tidak sehati.
Belajar untuk ikhlas meskipun belum rela.
Belajar untuk bersabar walaupun rasa terbeban.
Belajar untuk setia meskipun ada godaan.
Belajar untuk memaafkan walaupun pernah disakiti.
Hidup adalah Belajar.
Siapa tahu. Gadis itu yang sentiasa tersenyum riang di khalayak ramai. Suka dan gembira dihadapan rakannya. Namun, kadangkala dia menangis
ketika bersendirian. Kelihatan sentiasa bersemangat.
Namun. hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan sangat kuat. Namun, hakikatnya dia lemah dan hanya memberikan senyuman palsu untuk menceriakan dirinya. Siapa tahu, gadis itu yang sentiasa mempunyai masalahnya sendiri. Namun, dalam masa yang sama dia masih boleh menyelesaikan masalah orang lain. Sedangkan gadis itu masih punyai masalah yang jauh lebih besar
yang belum diselesaikan.
_
Gadis itu juga sentiasa meyakinkan orang lain. Hakikatnya dia yang sedang mencari keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri. Gadis itu sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sering sakit. Sentiasa menjaga hati manusia lain walau hakikatnya dia sering memendam rasa. Sering gadis itu mengadu masalahnya pada Sang Pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan gadis itu menangis tanpa sedar. Gadis itu memerlukan insan untuk mengadu.
Tetapi aduan itu disalah ertikan. Lalu, gadis itu terus menyimpan perasaan itu sehingga dipendam
di dalam dasar hatinya sendiri.
_
Siapa sahaja yang mahu mendengar masalah gadis itu? Tiada siapa hanya Allah yang setia mendengar rintihan gadis itu. Kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik baik Pendengar. Adakah sampai saat ini, ceritera kalian masih sama dengan gadis itu? Teruskan. Bertabahlah. Pasti ada manisnya dikemudian waktu.
Kadang, Allah menyapa kita dengan ujian.
Mungkin kita dah terlalu jauh, terlalu leka, terlalu lena dengan kesenangan dunia.
Dan ujian itu tanda Allah masih pandang dan sayang. 💕
“Wahai muslimah, Jangan pernah lelah menjadi hamba Allah yang solehah. Solehah sebagai anak, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai saudara, sebagai tetangga, sebagai sahabat, sebagai kawan. Jangan lelah untuk menjadi hamba Allah di dunia ini.
Di saat susah mahupun senang. Saat sihat ataupun sakit, hingga kelak Allah muliakan kita menjadi hamba yang solehah saat hari perjumpaan kita denganNya. Mati dalam husnul khotimah.”
•• Ustazah Halimah Alaydrus ••
Pernahkan rasa lemah tak terdaya ?
YA! Masa tu kita rasa kitalah manusia yang segunung yang sebeban tekanan. Rupanya disebalik masalah kita Allah nak kirimkan “rindu”Nya pada kita.
—
Menangis kita kerana penat untuk teruskan menghadapi ujian ini. Namun Allah Maha Mengetahui tahap kemampuan hambaNya. Menangislah jika itu dapat mengurangkan beban yang tertanggung. Menangislah sehingga sedar bahawa kita tanpa pautan kasih sayang Allah, akan rebah. 😢 Sehingga kita sedar kelemahan kita sebagai hambaNya.
—
Namun, setelah itu bangkitlah bersama semangat baru. Moga selepas ini, masalah datang engkau mampu hadapinya dengan tenang.
—
Manusia tak selalu ada untuk kita, namun Allah itu sentiasa ada. Justeru, bergantung pada kita mahu mencariNya atau tidak. 🙂
@theusrahmuslimah
Salam Ramadhan Al Mubarak semua. 💕
Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna. Yang mana diberi peluang untuk berpuasa bersama keluarga, manfaatkan. Yang mana berjauhan, jangan bersedih.
Allah turunkan sesuatu benda ada hikmahnya. Allah sayang kita. 💕
Selamat berpuasa.
Ada kenyataan yang kau kena terima dengan rela. Meskipun bukan itu yang dihendakkan, tetapi itulah yang telah terjadi.
Apa kau bisa lagi menidakkan? Tidak! Hal itu adalah satu kenyataan yang terpampang jelas bahawa kau kena redha dan lepaskan.
Penerimaan ini mungkin mengambil masa yang lama. Tidak mengapa.
Jalanilah hari yang kau kecapi itu untuk sentiasa belajar menerima dan percaya.
Percaya bahawa kenyataan itu bukan tertakdir buat kau.
Sabar.
Redha.
Bukan suatu hal yang mudah. Atleast kau cuba sampai boleh.
Selama mana pun masa yang kau nak untuk sebuah kenyataan ini, jangan berputus asa dalam kehidupan.
Ini hanyalah secebis kepahitan saja, sedangkan banyak lagi kemanisan yang ada.
Di belakang, tepi, kiri dan kanan kau sendiri. Banyak, kan ?
Jangan terlalu menghitung yang keruh. Keluar dan carilah yang jernih.
Kalau nak redha, kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.
Kena tanam sifat berbaik sangka pada Allah.
InsyaAllah apa yang datang semua boleh ditangani dengan redha.
@theusrahmuslimah
Hidup siapa saja yang tiada ujian mahupun cabaran. Selurus mana pun kita rasa jalan yang dilalui, duri pasti hadir buat kita tertangis sendiri. Adapun duri itu bukanlah untuk menjadikan kita lemah, tetapi itulah 'alat' untuk kita semakin utuh berjalan ke depan.
Hidup harus sentiasa positif dan bersangka baik. In sya Allah, kita semua boleh! 🌹
Doa. Tiada senjata seampuhnya, cuma kita yang sering lupa menggunakannya.
Putus doa, putuslah nyawa.
—
Selamat Hari Indah semua 🌸
—
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 🕊
Nak jadi pelajar cemerlang , result cemerlang , Kau kena usaha . 🚶🏻♀ Hebatnya seseorang itu bukan kerna hebatnya diri mereka , tapi hebatnya seseorang itu kerna " usaha" nya . 😌
Nak jadi pelajar cemerlang? , tapi study last minute 💁🏻
Nak jadi pelajar cemerlang? , tapi mulut duk kutuk orang sana sini 💁🏻
Nak jadi pelajar cemerlang ? Tapi waktu kelas , tiru orang sana sini . 💁🏻
Nak jadi pelajar cemerlang? , Tapi lawan cakap guru 💁🏻
Nak jadi pelajar cemerlang ,? Dalam kelas asyik tidur . 💁🏻
Nak jadi pelajar cemerlang ? , Tapi kerja kau asyik melepak ! 💁🏻
Mana usaha kau ? 😌
Macam mana Allah nak tolong kau , kalau kau sendiri tak tolong diri kau ? 🥰🌹
Allah ni Dia tengok usaha kita , barulah dia akan beri apa yang kita mahukan . 🥺
Tapi kau ? Takdak usaha then nak berjaya . Confirm tak dapat lah kan . 😪
Nak berjaya ? Kena paksa diri untuk belajar . Bukannya usaha sikit dah mengalah . 🥰🌈
Kau ingat , hidup ni senang yang kau sangkakan ke ? 🙇🏻♀
Tak! 🙅🏻 .
Usaha sehabis mungkin . Seandainya kata kau dah usaha sehabis baik , then result kau tak gempak , hah ! Ada lah tu salah kau 🙇🏻♀ .
Mungkin waktu tu bukan rezeki kau , mana tahu kan ? Kalau kau masuk kolej nanti , kau dapat kejayaan yang kau sendiri tak jangka ? Kan ? 💁🏻 .
Percaya pada Allah . Sentiasa ingat pada Allah . Allah je yang mampu tolong kita . Manusia ? 😲 Memang taklah ! Nak tolong kita . 😅🌿
Kipidap dongibab 😋🌹
@pengemiskata✒💬
When people misunderstand & reject you, don’t feel miserable. It’s bound to happen sooner or later. It’s part of the Almighty’s plan to make you realize that you shouldn’t rely on His Creation but only on the One who created you. People will let you down but He will lift you!
Читать полностью…People come and go.
But they came for the very purpose that Allah had arranged.
Even though he or she is offended, there is still wisdom in us. We gain experience as well as teaching.
In the future, teach yourself not to repeat the same things you did before.
Goodnight everyone. Have a good sleep ya! ❤️
🎯ILMU, SEBUAH PENYELAMAT 🎯
Dalam setiap keadaan, yang akan menyelamatkan seseorang pada tindakannya ialah ilmu.
Semangat tak cukup. Emosi tak cukup. Perasaan tak cukup.
Tetapi ilmu selalu mengajak kepada tindakan yang betul.
Terkadang antara ilmu dan perasaan bertelagah. Perasaan akan ikut emosi, tetapi ilmu akan berpandukan wahyu.
(Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid)
Keep in mind that progress takes time.
Changes are happening, but you may not be able to notice from one day to the next.
Stay strong, keep persistent, and have faith that your actions are paying off one cent at a time.
Be happy. Smile always. Trust Allah.
You will be okay😊
Kau rasa kau sempurna , sebab kau tak keluar dengan lelaki , kau tak bertemu dengan lelaki . Mungkin kau berjaya menjaga ikhtilat , tetapi kau bukan beerti kau berhak menghukum orang lain . Bukan beerti kau lebih baik dari si dia .
.
Kau rasa kau lebih baik dan sempurna saat kau memakai niqab & menutup aurat tapi hakikatnya di dalam hati kau penuh dengan ujub dan kibir , bangga dengan apa kau buat . Kau silap , menutup aurat ialah perintah bukan titik tolak kau sempurna atau baik .
.
Kau rasa kau hebat kerana kau tidak banyak mempunyai kisah silam , tetapi kau lupa satu hal amalan boleh dihapuskan dengan riak , ujub dan kibir manakala dosa boleh dihapuskan dengan taubat .
.
Jangan pernah rasa diri baik atau sempurna kerana di situ permulaan talbis iblis . Talbis iblis ni sangat halus sampai kau tak rasa .
Berhati-hatilah dengan talbis iblis .
.
Jadikan pengajaran akan apa yang berlaku . Jangan pernah persoal siapa seseorang dimasa lampau tapi lihat apa perubahan yang telah dia lakukan sekarang .
.
Kau aku kita adalah sama , kita semua hamba yang hina , hamba pendosa yang hanya hidup merintih & memerlukan rahmat dari Yang Maha Kuasa , beza antara kita adalah taqwa bukan rupa atau harta .
.
Ingat , bahawa ada seorang ahli ibadah 100 tahun masuk neraka dan ada juga pembunuh yang kejam dilemparkan ke dalam syurga pada akhir hayatnya ✨👌🏻 Berwaspada dengan talbis iblis , kelak yang kau sangka kau telah beramal tapi hakikatnya kau sebaliknya .
.
Banyakkan istighfar dan berdoa agar Allah tidak mencabut hidayah yang telah dia lemparkan pada kau . Ingat talbis iblis tu bahaya & dahsyat . Jadi jangan tertipu .
.
Pesanan aku , teruskan buat amalan kebaikan dan cegah kemungkaran semahu-mahunya kerana kita tidak tahu amalan mana yang akan diterima ✨ Ignore what people talk , enough . Manusia tahu bicara , dia tak rasa apa engkau rasa . As long apa kau uat tak langgar syiar & syariat agama , teruskan walaupon orang keji . Cukuplah hanya Allah tahu apa kau buat dan apa usaha kau . ✨💞 Stay qowwiy wahai syabab dan mujahadah , syurga menantimu di sana 💜
Sampai hari ini, tanpa kita sedar banyak ujian yang telah kita lalui dan mampu kita hadapi. So, jangan takut menghadapi masalah. Sebab masalah dan kesukaran yang kita hadapi akan menguatkan hati, dan meningkatkan kesabaran kita. Jangan rasa takut untuk hadap masalah dan kesukaran. Yang perlu kita buat adalah tidak takut dengan kesulitan, menghadapi masalah dengan penuh keyakinan, berserah diri kepada Allah dan jangan pernah berhenti berusaha, berharap dan berdoa.
Jangan pilih menjadi lemah.
_
Yakinlah bahawa kita mampu kerana kita memiliki hati yang kuat.
Bersabarlah meski masalah datang dari berbagai arah.
Bersabarlah meski luka menganga penuh nanah.
Bersabarlah ada Allah maka tidak ada masalah.
Percayalah semua masalah dan kesulitan yang ada merupakan sebuah harga yang harus kita bayar untuk suatu kemenangan.
_
Kata Imam Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad, “Bila Allah mengujimu, bersabarlah. Kerana itu Hak-Nya atas dirimu. Dan bila Ia memberimu nikmat, bersyukurlah. Siapa pun mengenal dunia, pasti akan yakin bahawa dunia tak lain adalah tempat kesengsaraan dan kesulitan." Wallahualam.
Apa sahaja yang dilalui dalam hidup ini, kuncinya adalah sabar, redha dan bersyukur. Meskipun hati terluka, jiwa terseksa, berendam air mata, terasa hidup bagaikan tiada makna bila diuji. Namun kuatkan kesabaran, redha dengan ketentuan dariNya dan bersyukurlah pada Allah. Allah sentiasa ada di sisi kita.
Tunduklah pada Nya dan merayulah dalam doa. Allah menguji untuk mendengar rintihan kita.
_
“Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,..” (Furqan : 75).
_
Bila kita sabar dan redha, Allah akan gantikan yang lebih baik. Allah sayang kita sebab itu Allah uji. Mulanya pahit tetapi akhirnya manis. Bersyukurlah.
Sabar itu kunci bahagia. Sabar itu jalan ke syurga.
Sabarlah atas setiap musibah dan dugaan yang menimpa. Kerana disebaliknya ada hikmah yang tak diduga. Sabarlah dalam melaksana ketaatan dan kebaikan. Kerana pasti akan diberi ganjaran yang terbayangkan. Sabarlah. Dunia ini sekejap saja. Tak lama lagi kita pasti meninggalkannya. Percayalah. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
Bergembiralah pada setiap hari dengan pertambahan umurmu kerana kamu dapat bersolat padanya, dapat membaca al-Quran dan dapat bertasbih kepada Tuhanmu serta dapat beristighfar terhadap dosa dosamu .
{Sebaik baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik pula amalannya}
Kita semua sedang mencuba.
Mencuba untuk jadi lebih baik dari diri sebelum ini.
Bukan untuk dipandang tinggi manusia, cukup kita tahu yang kita sedang lalui perubahan ke arah kebaikan.
Jangan berhenti mencuba okay?
@theusrahmuslimah