tarbiyyahhatiaawok | Unsorted

Telegram-канал tarbiyyahhatiaawok - Tarbiyyah Your Heart's

403

"Bila kita buat maksiat, hati kita akan jadi keras". "Keras untuk menangis, keras untuk menerima teguran. "Bila kita banyak ketawa, gelaplah hati kita.." "So..banyakkan tarbiyyahHATIaawok tu yupp.."

Subscribe to a channel

Tarbiyyah Your Heart's

*SELAWAT PEMBUKA PINTU REZEKI*

يَارَبِّ صَلِّ عَلَی مُحَمَّدْ وَافْتَحْ مِنَ الخَيْرِ کُلَّ مُغْلَقْ

Ya Robbi Sholli ‘Ala Muhammad, Waftah Minal Khoiri Kulla Mughlaq

Maksudnya : “Ya Robbi, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad SAW, Bukalah segala kebaikan yang Terkunci.”

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Ijazah Amalan Do'a Ketika Cuaca Sangat Panas
Dari Al-Habib Abu Bakar Al-Masyhur Al-’Adniy.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ،
اَللَّهُمَّ أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ،
اَللَّهُمَّ قِنِي مِنْ حَرِّ نَارِ جَهَنَّمَ

​
​“Ya Alloh, haturkanlah sholawat atas Sayyidina Muhammad dan kepada keluarga Sayyidina Muhammad.
Ya Alloh, cuaca hari ini sangat panas, lindungilah aku dari panasnya neraka jahanam.”

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

*"HUBUNGAN DENGAN ORANG TUA ADALAH TOLAK UKUR BAIK TIDAKNYA SESEORANG"*

• Nasihat: Sebelum kamu berteman dengan seseorang, lihatlah terlebih dahulu bagaimana hubungannya dengan kedua orang tuanya.

• Perkataan Umar bin Abdul Aziz: "Janganlah kamu berteman dengan orang yang durhaka. Bagaimana mungkin dia akan berbuat baik (setia) kepadamu, sedangkan dia telah durhaka kepada kedua orang tuanya?"

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

دعاء الرّطب
Doa ar-Ruthab

اللَّهُمَّ إِنَّي أَسْأَلُكَ صِحَّةً فِي تَقْوَى، وَطُولَ عُمُرٍ فِي حُسِّنِ عَمَلٍ،
وَرِزْقًا وَاسِعًا لَا تُعَذِّبُنِي عَلَيْهِ.

Artinya…"Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kesehatan yang disertai ketakwaan,
umur panjang yang diisi dengan amal kebaikan,
dan rezeki yang luas yang karenanya Engkau tidak mengazabku."

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

*"Amalan bagi penderita DEMAM"*

Faidah ini dinukil oleh Habib Abdul Qadir bin Abdurrahman bin Umar Al-Junaid dalam kitabnya yang berjudul (Al-Uqud Al-Jahizah).
Beliau menceritakan bahwa gurunya, Habib Alwi bin Abdullah bin Syihabuddin, telah memberikan ijazah ini kepada dirinya dan juga kepada Habib Hasan bin Abdullah Asy-Syathiri ; *sebagai faidah (obat/ikhtiar penyembuhan) untuk penyakit demam atau panas* ;

*لا إله إلا الله الحَنَّانُ الحَنَّانُ*
*مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله السُّلْطَانُ السُّلْطَانُ*

( Lā ilāha illallāh Al-Hannānu Al-Hannānu,
Muhammadur Rasūlullāh As-Sulthānu As-Sulthānu )

*Dibaca berulang-ulang oleh orang yang sedang sakit demam, maka ia akan sembuh dengan izin Allah Ta'ala*

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Malam ini fikiran saya terganggu apabila membaca berita seorang pelajar tingkatan 3 dir*g** , bahkan guard perempuan pula yang bersubahat

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Apabila membaca Ta'likan kitab Mùkhtàsàr Syu'abul Iman oleh guru di Mekah Kiyai Abdul Rahim Hafizhohullah menyebutkan kata-kata Imam Al-Halimi Rahimahullah

▶️ Menyokong perbuatan keji ini adalah sifat orang munafik berdasarkan firman Allah Ta'ala:

{ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ بَعۡضُهُم مِّنۢ بَعۡضࣲۚ یَأۡمُرُونَ بِٱلۡمُنكَرِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمَعۡرُوفِ

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik"

▶️ Zaman yang perlu beringat

Disebutkan bahawa Malik bin Dinar apabila membaca ayat ini:

{ وَكَانَ فِی ٱلۡمَدِینَةِ تِسۡعَةُ رَهۡطࣲ یُفۡسِدُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَلَا یُصۡلِحُونَ }

"Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun."[Surah An-Naml: 48]

Kata beliau: Adapun Harini, pada setiap qabilah dan tempat itu terdapat mereka yang membuka kerosakan dibumi, bukan lagi berbuat kebaikan.

Bukan buruk sangka, namun untuk berjaga-jaga

▶️ Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pula mensyarahkan maksud kalam Baginda Nabi ﷺ apabila soalan ini diajukan kepada Baginda ﷺ:

يا رسولَ اللَّهِ أنَهْلِكُ وفينا الصَّالحونَ ؟ قالَ : نعَم إذا كثُرَ الخَبثُ

"Ya Rasulullah, adakah kita akan dihancurkan sedangkan terdapat orang Soleh? jawab Baginda: ((Ya, jika banyak keburukan))

Beliau menyebutkan maksud الخبث
disini ialah zina, anak-anak zina, fasiq dan kezaliman.

Bila benda keji ini banyak, maka bala akan mengena semua, yang baik mahupun yang buruk

▶️ Zina itu hutang

وللعلامة المقري: إن الزنا دين إذا أقرضته كان الوَفَا من أهل بيتك فاعلم. [العجلوني ,كشف الخفاء ط القدسي ,2/61]

Syeikh Al-‘Allamah al-Muqriy : “Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah hutang, ketika kamu melakukannya maka tebusannya adalah dari ahli keluargamu, maka ketahuilah.”

Jangan main-main benda terkutuk ini. Semoga Allah pelihara kita dan seluruh keturunan kita dari zina, maksiat dan kezaliman. Amin Ya Rabb

والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Godaan wanita paling berbahaya

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Terkadang kefahaman yang di beri oleh Allah bukan sahaja melalui lisan para Guru akan tetapi melalui wajah para Guru. Dengan hanya melihat wajah mereka maka dicampakkan kefahaman tersebut oleh Allah SWT. sepertimana Allah ta'ala mampu memberikan kemampuan berbicara (nutuq) pada lisan begitu juga Allah juga mampu memberi kemampuan berbicara (nutuq) melalui wajah.

( Jalsah Habib Jailani Al-Habsyi)

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Dua perkara yang menyelamatkan daripada penyakit (Ain-sumpahan mata):

[Faedah dari Habib Hussain Al-Haddar hafizhohullah]

1-Pertama banyakkan berkata MASYAALLAH

* kerana itu kebanyakkan di tanah arab ketika pembinaan bangunan, mereka akan meletakkan kalimah ini bagi mengelakkan penyakit ain atau seumpamanya seperti hasad dengki terhadap proses pembinaan bangunan tersebut

Ini boleh diaplikasikan kepada mereka yang sedang melakukan proses pembinaan sekolah dan sebagainya.

2-Memperbanyakkan berselawat kepada baginda Rasulullah ﷺ

*Ini untuk umum..diantara penyakit kaum yang ada pada sebahagian masyarakat sekarang, hasad dan dengki apabila melihat kejayaan atau keuntungan seseorang

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله

Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Tadabbur Isnin.

Pernah tak terfikir, kenapa Allah temukan kita dengan orang yang suka menguji kesabaran? 😅

Bos yang garang, rakan kerja toxic, jiran kepochi, atau netizen yang suka cari pasal—semua tu rupanya bukan kebetulan!

Jawapannya ada dalam Surah Al-Furqan, ayat 20:
وَجَعَلۡنَا بَعۡضَكُمۡ لِبَعۡضٍ فِتۡنَةً أَتَصۡبِرُونَۗ

"Dan Kami jadikan sebahagian kamu sebagai ujian bagi sebahagian yang lain; adakah kamu mahu bersabar?"

3 Poin Penting Daripada Tafsir Al-Qurtubi:
* Ujian Berpasangan: Orang kaya diuji dengan yang miskin, yang sihat diuji dengan yang sakit, bos diuji dengan pekerja. Watak-watak di sekeliling kita memang dihantar untuk 'test' kualiti hati kita.

* Sabar Bukan Untuk Orang Susah Je: Orang kaya/berpangkat kena bersabar tahan diri daripada sombong. Orang yang diuji kesusahan kena bersabar tahan diri daripada dengki dan keluh-kesah.

* Soalan dari Dari Allah: Setiap kali kita rasa nak melenting, Al-Quran tanya terus kat dada kita: "أتصبرون... Korang nak pilih untuk bersabar tak?"

Ayat ni ditutup dengan kalimat: وَكَانَ رَبُّكَ بَصِیرً ("dan adalah Tuhanmu Maha Melihat").

Allah nampak setiap hela nafas sabar kita, dan setiap kali kita tahan emosi demi Dia.

Jadi, bila ada orang buat hal hari ni, sengih sekejap dan bisik pada diri: "Sabar... ni 'test' dari Allah." 😉

Dr. Ikram al-Lahari

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Doa Pagi

> اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

"Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadah kepada-Mu."

Sunan Abi Dawud

Ayuh amalkan pada waktu pagi sebagai permohonan pertolongan kepada Allah agar dipermudahkan urusan ibadah dan kesyukuran sepanjang hari.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Dan dinamakan emas itu zahab (pergi), adalah kerana ia akan pergi dan tidak akan berbaki, dan dinamakan perak itu fiddah (akhir) kerana ia akan berakhir dan tidak akan tersisa....

dan dinamakan mata wang daripada emas dan perak itu dinar dan dirham kerana dinar (mata wang emas) hujungnya ada perkataan nar (api) dan dirham(mata wang perak) hujungnya ada perkataan hamm (kesedihan)...

Dan seseorang itu jika mencintai keduanya maka ia akan diazab didunia dengan kesedihan dan kesusahan (hamm) dan diazab di akhirat dengan api neraka (nar) dengan sebab menghasilkan keduanya melalui jalan yang haram (riba) atau ketiadaan menyempurnakan zakatnya...

Semoga Allah lindungi kita semua daripada mencintai dunia dan isinya🤲🏻

Kitab I'anatut Tolibin

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

https://whatsapp.com/channel/0029VaLmilcKAwEjDqXE2Y3i/6585

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Silakan bergabung ya semoga bermanfaat🤲

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Hairan mereka yang kerap Umrah kunjungi Baitullah di Mekah tetapi tidak mengunjungi Baitullah Mekah dalam dirinya iaitu Qalbu.

Dalam Qalbu ada pelbagai haiwanyg bahaya lebih ganas dari haiwan di bumi.

Haiwan dibumi hanya merobek tubuh mu tetapi haiwan dalam diri mu merobek Iman dalam diri mu.

Sesiapa yang berjalan kepada ALLAH SWT tidak melihat dalam dirinya adalah musuh utama maka ia belum benar berjalan.

Tiada siapa boleh membawa kita kufur kpd ALLAH melainkan diri sendiri.

Musuh paling besar Keegoan yg ada dalam diri.

Siapa yg melakukan kemaksiatan tanpa ada Keegoan hingga dirinya cepat memohon Keampunan, maka dirinya Kekasih ALLAH.

Siapa yg melakukan ketaatan penuh Keegoan hingga merasai dirinya Suci, maka dirinya adalah musuh ALLAH SWT.

#walid ibrahim Al Malik

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

ORANG YANG TIDAK PERNAH MEMINTA MAAF

Pak Salleh sudah berusia 67 tahun.

Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah menganggap dirinya seorang yang zalim.

Dia bekerja keras. Membesarkan anak-anak. Menyediakan rumah. Membayar segala keperluan keluarga.

Tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dilakukannya.

Meminta maaf.

Apabila isterinya menangis, dia menganggap isterinya terlalu sensitif.

Apabila anaknya menjauh, dia mengatakan anak-anak zaman sekarang tidak mengenang budi.

Apabila adiknya tidak lagi datang berkunjung, dia menuduh adiknya sudah berubah.

Baginya, dialah yang paling banyak berkorban.

Sehinggalah suatu petang, ketika duduk bersendirian di rumah, dia menemui sekeping gambar lama.

Gambar keluarganya.

Wajah isterinya masih muda. Anak-anaknya masih kecil. Mereka semua tersenyum.

Pak Salleh memandang gambar itu lama.

Kemudian dia bertanya kepada dirinya sendiri:

"Ke manakah perginya semua manusia yang pernah menyayangiku?"

Dia mempunyai rumah.

Tetapi tidak lagi mempunyai kemesraan.

Dia mempunyai anak-anak.

Tetapi mereka jarang pulang.

Dia mempunyai isteri.

Tetapi sudah bertahun-tahun mereka tidak berbicara dari hati ke hati.

Barangkali selama ini Pak Salleh terlalu sibuk membuktikan bahawa dirinya seorang ketua keluarga yang baik, sehingga terlupa bahawa orang yang dipimpinnya juga mempunyai perasaan.

Ada manusia yang tidak kehilangan keluarganya kerana kemiskinan.

Ada yang kehilangan mereka kerana ego yang tidak pernah mahu mengalah.

Kita sering menyangka bahawa menjadi orang tua bererti kita sentiasa betul.

Menjadi suami bererti kita sentiasa berhak.

Menjadi ibu bapa bererti anak-anak wajib menerima segala kekurangan kita tanpa sebarang bantahan.

Sedangkan usia tidak semestinya mendewasakan jiwa.

Dan kedudukan tidak semestinya memuliakan akhlak.

Sahabat sekalian,

Jangan tunggu seseorang meninggal dunia untuk kita menyedari bahawa kita pernah menyakitinya.

Jangan tunggu kerusi di meja makan menjadi kosong untuk kita merindui suaranya.

Selagi Allah memberikan kesempatan, rendahkanlah ego.

Mintalah maaf.

Bukan kerana kita kalah.

Tetapi kerana kita akhirnya memahami bahawa mempertahankan ego tidak pernah lebih berharga daripada menyelamatkan sebuah hubungan.

Di hadapan Allah kelak, kita bukan sekadar ditanya tentang apa yang telah kita berikan. Kita juga perlu bertanggungjawab atas luka yang pernah kita tinggalkan.

Wallahua'lam

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Jika anda mempunyai seorang sahabat atau kenalan yang sentiasa bersama anda ketika mula berniaga, kemudian apabila perniagaan anda semakin meningkat naik dan berjaya, dia meninggalkan anda, itu bermakna mungkin dia berada pada tingkatan seorang wali Allah.

Namun, anda akan mendengar daripada orang lain bahawa wali tersebut hidup dalam kesusahan, tetapi keadaannya tidak kelihatan seperti orang yang susah. Hal ini kerana beliau mendapat pertolongan sepenuhnya daripada Allah SWT.

Beruntunglah sesiapa yang dipertemukan dengan insan seperti ini. Dia akan meninggalkan anda apabila tugasnya telah selesai.

Berhati-hatilah juga apabila anda menghina mereka. Kerana anda bakal didatangi pelbagai kifarah dan penyakit selagi mana anda tidak bertemu semula dengan mereka untuk memohon maaf dan menyantuni mereka.

Di akhir zaman ini, ramai wali Allah SWT yang muncul. Hanya jauhari mengenal manikam.

Sheikh Abdullah

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

https://whatsapp.com/channel/0029VaLmilcKAwEjDqXE2Y3i/7240

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

“ Apabila ada berita hujung-hujung tahun ni
makanan kurang, susah nak cari makan
maka kita pun standby makanan simpan dekat rumah.

Beli sardine,beli beras banyak-banyak
siap vaccum lagi.

Beli freezer sampai 3,4 biji
punya takut tak ada makanan.

Sedangkan HAKIKATNYA
MAKAN atau TAK MAKAN
KITA TETAP AKAN MATI.

Dan SELEPAS MATI ITULAH
SEBENAR-BENAR KEHIDUPAN.

Kenapa dikatakan sebenar-benar kehidupan?
Kerana selepas itu tak ada mati lagi dah.

APA YANG KITA BAWA DARI DUNIA
itulah yang KITA AKAN RASA DI SANA .

Sediakanlah bekalan
dan sebaik-baik bekalan itu ialah TAQWA.

Tapi kenapa kita tak sediakan bekal ?
Kerana hati kita buta.
Kita memilih jalan-jalan buta.

Kita tak mahu cari orang-orang soleh
untuk membimbing kita kepada Allah.

Kita ni sudah tua
tapi taqwa pun belum ada lagi
kalau mati macam manalah esok?
Inilah yang patut kita fikirkan.

Bagaimana nasib aku dibarzakh,
bagaimana nasib aku dipadang mahsyar,
bagaimana nasib aku di dalam perhimpunan,
nasib aku ditelaga Nabi,
boleh masuk ke tak boleh masuk.
Nasib aku di mahkamah padang mahsyar
boleh masuk ke tak boleh masuk.
Nasib aku di titian sirat
boleh sampai ke tak boleh sampai.
Ini semua kita kena fikirkan.

Jauh lagi perjalanan kita selepas kita mati.
Kita hidup di dunia umur kita ada penghujungnya .
dan kita tak tahu bila penghujung kehidupan kita.

Jadi kalau kita tak tahu
kenapa tak nak sediakan bekalan? “

TUAN GURU USTAZ ANWAR HELMY

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Kalau ada bajet RM240K, daripada beli tanah kosong, apa kata cari tanah yang dah ada hasil?
Dekat Sri Medan, Batu Pahat ni ada satu kebun sawit seluas 2.25 ekar.

Pokok sawit dah matang, hasil masih berjalan. Tanah Freehold, tepi jalan kampung pula tu. Nak masuk kebun pun mudah.
Tak perlu mula dari kosong, cuma sambung urus dan jaga kebun yang dah tersedia.

RM240K sahaja untuk 2.25 ekar.
Yang tengah cari aset tanah pertanian dekat Batu Pahat, boleh pertimbangkan yang ni.

019-7774662

https://www.facebook.com/share/r/1DZaDmDCzN/

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

🌸 Kebaikan Berselawat ke atas Nabi ﷺ
Selawat bukan sekadar amalan di bibir, tetapi tanda cinta dan penghormatan kita kepada Rasulullah ﷺ.
Antara kebaikannya:
🤍 Mendapat rahmat daripada Allah
Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” — Riwayat Muslim.
🌿 Menghapuskan dosa dan mengangkat darjat
Selawat termasuk amalan yang sangat besar pahalanya.
🕊️ Menenangkan hati
Membaca selawat dengan penuh penghayatan dapat menjadi zikir yang menenangkan jiwa.
🌹 Mendapat syafaat Rasulullah ﷺ
Memperbanyakkan selawat merupakan antara amalan yang dianjurkan untuk mendekatkan diri kepada Rasulullah ﷺ.
✨ Mendapat keberkatan dalam kehidupan
Selawat boleh diamalkan pada bila-bila masa—ketika lapang, sedih, sebelum tidur atau selepas solat.
Amalan mudah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
Allahumma salli ‘ala Muhammad
“Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad.”
🌷 Jangan tunggu hati tenang untuk berselawat. Berselawatlah, semoga Allah menenangkan hati kita.

#ukhuwahfillah

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

*TAREKAT KITA ADALAH MELALUI ZIKRULLAH*

Orang-orang bertanya, “Bagaimana kita melanjutkan perjalanan dalam *ṭarīqah* ini?” Zikir. Jalan kita adalah zikir. Jalan orang lain mungkin melalui apa yang mereka sebut *asy-syahādāt wal-waẓā’if*. Apa itu, Syekh? Diploma; dan apa itu *waẓā’if*? Pekerjaan.

Mereka masuk ke sekolah agama—katakanlah sekolah Alkitab, sekolah Al-Qur’an, madrasah—berulang kali untuk memperoleh pekerjaan, untuk memperoleh posisi atau jabatan. Mereka menempuh jalan itu, menuju *waẓā’if*. Tetapi melalui zikir kepada Allah, kalian tidak mencari diploma. Kalian tidak mencari *waẓīfah* atau pekerjaan. Melalui *żikrullāh*, kalian langsung mencapai Samudra Cinta Allah.

Ada banyak orang yang tidak berpendidikan secara formal. Saya tidak ingin menyebut mereka buta huruf, tetapi mereka adalah orang-orang yang tidak belajar membaca atau menulis. Kalian telah berkali-kali memberitahu saya tentang mereka. Mereka tidak pernah membuka buku. Mereka bahkan mungkin tidak pernah menulis satu kalimat, bahkan satu kata pun. Tetapi mereka memiliki pengetahuan yang tidak dapat kalian temukan di dalam buku. Bukankah itu benar?

Mereka memiliki akses kepada segala sesuatu yang telah Allah (swt) tetapkan dalam syariat. Mereka memiliki akses kepada segala sesuatu yang telah ditunjukkan Rasulullah (saw), mencakup adab, akhlak, *khuluq*, dan ihsan. Mereka memiliki akses kepada semua itu dan dapat mengambil apa yang mereka butuhkan tanpa membaca buku apa pun, tanpa menulis satu kata pun. Mereka menemukan jalan mereka melalui *żikrullāh*.

Dan sebenarnya, salah seorang Awliyā’ Allāh yang besar—saya kira itu adalah Imam al-Syibli—ketika beliau sampai pada tujuan, orang-orang melihat beliau mencuci buku-bukunya, menghapus semua tulisan dan tinta yang pernah beliau tulis. Semua buku yang beliau miliki ditinggalkannya. Mereka bertanya kepadanya, “Mengapa?” Beliau menjawab, “Ketika aku telah sampai pada tujuan, mengapa aku masih membutuhkan peta?” Jadi, peta seharusnya tidak hanya membawa kalian kepada suatu kedudukan, jabatan, atau pekerjaan di suatu tempat. Peta harus membuat kalian mencapai Hadirat Allah. Ketika kalian telah mencapai Hadirat itu, ketika kalian telah sampai, mengapa kalian masih perlu mengetahui arah mana yang harus ditempuh? Kalian telah melihat semuanya. Kalian tidak membutuhkan petunjuk lagi. Kalian sudah berada di sana. Kalian telah menjadi bagian dari *Ahl al-A‘yān*, orang-orang yang menyaksikan. Kalian tidak lagi membutuhkan ilmu tentang bagaimana cara sampai ke sana, karena kalian sudah berada di sana.

Jadi, jalan kita adalah melalui *żikrullāh*. *Ṭarīqah* adalah jalan untuk mencapai keridaan Allah dan Hadirat Allah melalui mengingat-Nya—semakin banyak, semakin banyak—hingga tidak ada apa pun di dalam hati kalian selain Dia. Tidak ada lagi pekerjaan, tidak ada lagi urusan, tidak ada lagi penampilan, tidak ada lagi pengarsipan. Bukan itu. Semuanya selesai. Ya, kalian tetap melakukan pekerjaan kalian, tetapi sekarang Allah yang membimbing kalian.

Dengan-Nya kalian berbicara. Dengan-Nya kalian melihat. Dengan-Nya kalian mendengar. Bersama Dia kalian berjalan. Bersama Dia kalian bergerak. Dengan pertolongan-Nya kalian melakukan segala sesuatu. Bukankah itu yang disebutkan dalam hadis? Ketika Allah mencintai kalian, Dia menjadi pendengaran yang dengannya kalian mendengar, penglihatan yang dengannya kalian melihat, tangan yang dengannya kalian memegang, dan kaki yang dengannya kalian berjalan.

Maka kalian tetap berada di *dunyā*, tetapi bersama Allah. Itu adalah *Maqām al-Qayyūmiyyah*, seperti yang mereka katakan, yakni berdiri dan tegak di sisi Allah dengan keberkahan dan dukungan-Nya. Seorang *Quṭb* memilikinya. *Quṭb* dari zaman ini berada di *Maqām al-Qayyūmiyyah*, sebagaimana yang saya dengar dari Mawlana Syekh Hisham. Semoga Allah mengumpulkan kita bersama mereka.

Mawlana Shaykh Nour Kabbani
Zawiyah Fenton, MI
6 September 2026

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Politik bukanlah sesuatu yang terpisah daripada ajaran Islam. Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT, menjadi khalifah dan menegakkan al-Din, termasuk mentadbir urusan negara dengan keadilan. Para nabi sendiri bukan sahaja berdakwah, bahkan berdepan dengan pemerintahan yang zalim dalam usaha menegakkan kebenaran.

Dalam perjuangan politik, matlamat utama ialah menyatukan umat. Orang Melayu menjadi teras kepada penyatuan ini, manakala kerjasama turut boleh dibina bersama kaum bukan Islam yang tidak ekstrem dan bersedia untuk hidup serta berbincang secara aman. Pendekatan ini mengambil teladan daripada pembinaan masyarakat Madinah oleh Rasulullah SAW.

Strategi politik pula hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan realiti setempat. Pendekatan yang digunakan tidak semestinya sama di setiap negeri. Apa yang penting ialah matlamat perjuangan terus dipelihara, termasuk usaha memastikan kepimpinan Melayu-Islam dan menyatukan kekuatan umat.

Dalam melaksanakan strategi yang telah diputuskan, kepatuhan kepada keputusan kepimpinan yang dibuat melalui mesyuarat amat penting. Perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada tindakan yang memecahbelahkan jamaah, sebaliknya keputusan bersama hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi mencapai matlamat perjuangan.

[Majlis Makan Malam Amal PAS Negeri Melaka 2026, 23 Ogos 2026, Mudzaffar Hotel Ayer Keroh]

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

https://whatsapp.com/channel/0029VaLmilcKAwEjDqXE2Y3i/6917

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Pemimpin Janganlah Berlakon-lakon
===========
1. Dalam keadaan rakyat ditimpa kesusahan, para pemimpin seharusnya turut menghayati dan menunjukkan simpati terhadap musibah yang melanda. Pemimpin wajib menunaikan hak dan keperluan rakyat. Jangan pula bantuan yang dijanjikan tidak sampai atau bersikap olok-olok sahaja. Ingatlah pesanan Rasulullah:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ»

"Tidak ada seorang hamba yang diberikan tanggungjawab untuk memelihara rakyat sedangkan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan baginya syurga." (Sahih Muslim)

2. Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang amaran Rasulullah SAW kepada pemimpin muslim yang menipu rakyatnya. Menurut al-Qadi Iyyad, yang dimaksudkan dengan larangan menipu kaum muslimin ini adalah larangan mengkhianati hak-hak yang seharusnya ditunaikan ke atas mereka. Kata al-Qadi Iyyad:

إِهْمَالِ حُدُودِهِمْ أَوْ تَضْيِيعِ حُقُوقِهِمْ أَوْ تَرْكِ حِمَايَةِ حَوْزَتِهِمْ وَمُجَاهَدَةِ عَدُوِّهِمْ أَوْ تَرْكِ سِيرَةِ الْعَدْلِ فِيهِمْ فَقَدْ غَشَّهُمْ

“(Iaitu mereka) tidak mengambil berat tentang perundangan Islam, atau mengabaikan hak-hak orang Islam, atau tidak memelihara keselamatan mereka, dan tidak bersungguh menentang musuh Islam, atau meninggalkan kepimpinan yang adil; lalu ini semua termasuk dalam apa yang dikatakan sebagai pemimpin yang menipu kaum muslimin. (al-Nawawi, Syarh Muslim)

3. Malah apa yang lebih membimbangkan lagi, al-Imam al-Nawawi dan al-Imam al-San’ani melihat kesalahan pemimpin muslim yang menipu rakyatnya ini dikategorikan sebagai dosa besar. Kata al-Imam al-San’ani:

وَأَنَّهُ مِنْ الْكَبَائِرِ لِوُرُودِ الْوَعِيدِ عَلَيْهِ بِعَيْنِهِ، فَإِنَّ تَحْرِيمَ الْجَنَّةِ هُوَ وَعِيدُ الْكَافِرِينَ فِي الْقُرْآنِ

“Dan sesungguhnya ia (iaitu perbuatan menipu kaum muslimin ini) adalah termasuk dalam dosa-dosa besar. Ini disebabkan kerana ancaman yang diberikan (buat mereka yang melakukan dosa ini) adalah diharamkan ke atas mereka syurga. Ancaman ini seakan disamakan dengan ancaman yang dikenakan ke atas orang kafir iaitu mereka diharamkan dari masuk ke dalam syurga Allah seperti yang disampaikan di dalam al-Quran.” (Subul al-Salam)

4. Lebih menakutkan lagi, dalam riwayat al-Hakim pula, Rasulullah mengancam bahawa pemimpin yang menipu kaum muslimin ini akan dilaknat Allah. Sabda Rasulullah:

مَنْ وُلِّيَ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ شَيْئًا فَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ أَحَدًا مُحَابَاةً فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُ صَرْفًا وَلَا عَدْلًا حَتَّى يُدْخِلَهُ جَهَنَّمَ

“Barangsiapa yang dilantik untuk menjadi pemerintah kaum muslim, kemudian dia memerintah dalam keadaan sambil lewa, maka dia akan dilaknat oleh Allah. Allah tidak menerima pengurusan dan pengadilan ke atasnya sehinggalah dia dimasukkan ke dalam neraka jahanam. (Mustadrak al-Hakim - dinilai Sahih oleh al-Hakim."

5. Perhatikan betapa dahsyat ancaman yang berikan oleh Rasulullah terhadap pemimpin yang menipu rakyatnya. Ini semua bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

6. Apa yang membimbangkan pada hari ini, perbuatan menipu atau berlakon di hadapan rakyat terkadang menjadi perkara biasa buat sebahagian politikus. Mereka mengambil kesempatan atas kesusahan yang menimpa rakyat.

(Artikel ini adalah petikan dari buku 40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

🔴 SIARAN LANGSUNG! LIVE TOWNHALL BERSAMA USTAZ ZAMANI IBRAHIM

📌 Pelancaran rasmi "TAWARAN BERJASA UNTUK NILAI"

✅ Tawaran khusus BERJASA untuk warga Nilai
✅ Jawapan kepada isu-isu setempat yang lama terbiar
✅ Sesi soal jawab terbuka; Anda tanya, Ustaz jawab

🗓️ Malam ini (Sabtu, 25 Julai 2026)
🕣 8.30 malam
📍 Facebook Live: Page BERJASA MALAYSIA (https://www.facebook.com/share/v/1ByypfTRvH/)

Jemput ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan untuk sama-sama menonton. Tekan SHARE supaya lebih ramai warga Nilai tidak terlepas sesi bersejarah ini.

Nilai layak dapat yang terbaik. Malam ini, dengar sendiri tawarannya.

🗳️ Pangkah No. 1 | 1 Ogos

#OghangKitoPulak #BERJASA #DUNNilai #CalonNo1 #PRNNS16 #NegeriSembilanMajuDanBeradat

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Bismillah.. Jemput masuk ya channel ini syukron lillah❤

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

لَيْسَتِ العِبْرَةُ بِوُجُودِ الغِطَاءِ، بَلْ بِقَدْرِ مَا يُحَقِّقُ مِنَ السَّتْرِ.
"Bukan sekadar adanya penutup (pakaian) yang menjadi tolak ukur, tetapi sejauh mana penutup itu benar-benar mewujudkan fungsi menutup aurat."
فَمَا كَانَ يُظْهِرُ التَّفَاصِيلَ أَوْ يَلْفِتُ الْأَنْظَارَ، فَقَدِ ابْتَعَدَ عَنِ الْحِكْمَةِ الَّتِي شُرِعَ السَّتْرُ لِأَجْلِهَا.
"Maka pakaian yang menampakkan lekuk-lekuk tubuh atau menarik perhatian, berarti telah menjauh dari hikmah yang karenanya syariat memerintahkan menutup aurat."
وَالْقَلِيلُ مَنْ سَيَفْهَمُ أَنَّ الرِّسَالَةَ أَعْمَقُ مِنْ مُجَرَّدِ قِطْعَةِ قُمَاشٍ.
"Dan hanya sedikit orang yang akan memahami bahwa pesan ini lebih dalam daripada sekadar selembar kain."

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Follow the Jubah Hitam Koyak channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VaLmilcKAwEjDqXE2Y3i

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

*كراهة النظر إلى أفواه الآكلين*



*👈🏻 وظاهرة التصوير 📷 عند الأكل .*

Peringatan untuk kita semua khususnya para photographer, Jangan ambil gambar orang ketika waktu makan, lagi2 bila tiada izin. hukumnya berdosa, melihat mulut org ketika dia makan pun dah makruh.

Читать полностью…
Subscribe to a channel