simplyadoreliciouss | Unsorted

Telegram-канал simplyadoreliciouss - SimplyAdorelicious

31

Selamat datang. Jom singgah ke channel SimplyAdorelicious (SA). SA merupakan agen berdaftar Public Gold 🥰🥰🥰 Sebarang pertanyaan untuk membeli emas, boleh hubungi https://t.me/EverlyMe

Subscribe to a channel

SimplyAdorelicious

Walaupun harga emas semakin mahal, hari ini semua orang tetap masih dapat menabung emas.

Sebab dengan akaun emas Gap Public Gold anda boleh bermula menabung emas serendah RM100 sahaja.

Selepas terkumpul gram emas sehingga banyak anda boleh keluarkan dan pegang sendiri.

Nak simpan emas?
Klik link bawah ini untuk saya bantu:

https://www.publicgoldofficial.com/norrizahas/cara-bermula
 
http://www.wasap.my/60122489056/nakmulasimpananemas

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

[ FAKTA DUIT vs EMAS ]

Selama bertahun-tahun kita simpan kekayaan dalam bentuk duit tunai, tapi apa hasilnya?

1️⃣ Duit sentiasa bocor — mudah dibelanjakan tanpa sedar.

2️⃣ Nilai duit semakin menyusut setiap tahun akibat inflasi.

3️⃣ Sukar nak bina dana kecemasan, sebab duit tak pernah cukup.
Sekarang, bandingkan dengan simpanan emas 👇

1️⃣ Simpanan tak bocor — susah nak belanja sesuka hati.

2️⃣ Nilai emas semakin meningkat dalam jangka panjang.

3️⃣ Lebih mudah capai dana kecemasan dan bertahan waktu gawat.

💬 Ingat!
Orang yang ada duit belum tentu ada emas,

Tapi orang yang ada emas pasti ada duit.

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Seluruh dunia sedang agresif menambah aset emas

Sebab apa?

Sebab emas penyimpan nilai terbaik! sedangkan wang fiat susut nilainya

Teruskan menabung dgn konsisten!

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Apabila mula menyimpan emas, penyimpan emas mesti ada 3 mindset ini.

1. Beli emas sebagai simpanan

Apabila kita menyimpan emas, kita sebenarnya telah selamatkan duit daripada terbelanja. Jadi dari situ kita dah pupuk dalam diri kita tabiat menyimpan. Kita juga akan pandai menilai mana kemahuan dan kehendak.

2. Beli emas untuk kegunaan jangka panjang atau kecemasan

Anggap simpanan ini adalah satu bentuk simpanan yang langsung tak boleh diusik. Hanya gunakan ia jika berlaku kecemasan atau capai matlamat dalam jangka panjang sahaja.

Bukan beli harini, guna esok.

3. Beli emas bila ada duit dan kemampuan

Ketika ramai orang beli emas kita pun nak beli emas, kadang-kadang beli emas ni pun kena cerdik kawan-kawan. Bukan masa murah, beli juga sekilo walau rasa tak mampu. Jangan begitu.

Tetapkan kemampuan dan bajet, jika mampu 1 atau 2 gram, itu sahaja pun dah memadai. Jangan risau, yang penting simpan. Bukan kita pinjam duit orang.

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

💣 Dunia Tanpa Dolar: Siapa Yang Akan Kaya Bila USD Jatuh?

Bayangkan satu hari nanti anda baca berita:

“US Dollar bukan lagi mata wang rizab dunia.”

Bunyi macam kecil, tapi kesannya… menggegarkan dunia! 🌍

💥 Bila Dolar Jatuh, Apa Akan Jadi?

✅ Nilai USD akan merudum.
✅ Amerika tak lagi boleh “cetak duit” sesuka hati.
✅ Negara lain akan mula berdagang guna emas, yuan atau mata wang sendiri.
✅ Sistem kewangan global akan berubah 180 darjah.

Dan yang paling penting…

👉 Mereka yang simpan nilai sebenar akan menang besar.

💎 Kenapa Emas Akan Jadi Raja Dunia Semula

Apabila manusia hilang kepercayaan pada wang kertas, mereka akan kembali kepada emas – satu-satunya aset yang bertahan selama ribuan tahun.

✨ Emas tak boleh dicetak.
✨ Emas diiktiraf di seluruh dunia.
✨ Emas kekal bernilai walau kerajaan tumbang.

Tak hairanlah bank-bank pusat dunia kini membeli emas paling banyak sejak 60 tahun lepas!

📈 Apa Yang Pelabur Bijak Patut Buat Sekarang

1️⃣ Simpan emas fizikal secara konsisten.
Beli ikut kemampuan setiap bulan — jangan tunggu harga “sempurna”.
(Dollar Cost Averaging adalah kunci.)
2️⃣ Kurangkan simpanan dalam USD.
Bila dolar jatuh, simpanan berasaskan dolar (e.g. saham dan bonds) juga jatuh.
3️⃣ Pegang aset sebenar: tanah, emas.
Dunia baru menghargai benda yang boleh disentuh — bukan angka di skrin.
4️⃣ Bangunkan pendapatan nyata.
Perniagaan produktif lebih selamat daripada pelaburan atas angin.

⚡ Kesimpulan Forward-Thinking

Kejatuhan USD bukan tanda kiamat.

Ia tanda lahirnya sistem kewangan dunia yang baru.

Dan mereka yang bersedia lebih awal…

💰 Akan jadi antara yang terkaya dalam dunia post-dollar.

“Dalam dunia tanpa dolar, kekayaan akan berpindah dari mereka yang simpan kertas kepada mereka yang simpan nilai sebenar.”

🔥 Masa untuk bertindak sekarang.

Bina perlindungan. Tambahkan simpanan emas.

Dan bersedia menyambut dunia baru di mana emas kembali jadi raja. 👑

#PublicGold #AziziAli #PelaburanEmas #KebebasanKewangan #DuniaTanpaDolar

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

🔥 INFLASI – API DALAM SEKAM DI POKET ANDA! 🔥

Ramai tak sedar — inflasi ni sebenarnya pencuri senyap. Nilai duit anda menyusut sedikit demi sedikit setiap tahun. Apa yang boleh dibeli dengan RM100 dulu, hari ni mungkin perlukan RM150. Itu lah inflasi — kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan kuasa beli duit jatuh.

💣 Tapi kenapa saya panggil inflasi “api dalam sekam”?

Sebab inflasi ni bakar nilai sebenar pelaburan anda secara senyap dan di belakang tabir:

1. Kos meningkat, untung mengecil. Bila syarikat kena bayar lebih untuk bahan mentah dan gaji, keuntungan susut — nilai saham pun jatuh.
2. Nilai duit pelabur terhakis. Walau pelaburan nampak naik, sebenarnya nilai sebenar (kuasa beli) mungkin tak bertambah.
3. Pasaran jadi tak stabil. Inflasi tinggi buat pelabur panik — mereka tarik duit keluar dari pasaran saham.

💪 Jadi, bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia boleh mempertahankan diri daripada ‘api’ ini?

1. Simpan dalam aset sebenar. Emas dan hartanah kekal bernilai walau inflasi menggila.
2. Tambah pendapatan aktif & pasif. Jangan harap satu sumber — inflasi tak tunggu gaji naik.
3. Kurangkan hutang. Hutang jangka panjang menjerut bila kadar faedah naik.
4. Melabur dengan bijak. Pilih aset yang kalis inflasi – contohnya emas dan hartanah.

💬 Kesimpulan:

Inflasi tak dapat dielak, tapi anda boleh kalahkan inflasi dengan strategi bijak.

Jangan biar duit anda hangus perlahan-lahan — tukar ia jadi aset yang kekal bernilai! 🔥💰

Kredit Pakar Kewangan Tn Azizi Ali

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

“Setiap kali gaji masuk, kita ada dua pilihan — simpan dulu atau belanja dulu.”

Saya dulu selalu pilih belanja dulu.
Logiknya mudah: bayar bil, beli barang dapur, isi minyak, makan luar sikit.
Hujung bulan kalau ada baki, baru simpan.

Tapi masalahnya, baki tu jarang sekali wujud.
Sebab duit memang cepat habis.

Sampai satu masa saya ubah cara.
Setiap kali gaji masuk, saya terus asingkan RM200 – RM300, dan tukar kepada emas.

Benda kecil ni ubah hidup saya.
✅ Duit tak bocor ke belanja kecil
✅ Simpanan mula terkumpul walaupun perlahan
✅ Saya lebih tenang sebab tahu ada simpanan ‘keras’ yang tak mudah cair

Saya ingat lagi kali pertama saya berjaya simpan 12g selepas setahun.
Nilainya tak besar, tapi perasaan puas tu luar biasa.

Dari situlah saya belajar, simpan emas bukan soal kaya atau miskin.
Ia soal disiplin.

Tuan Puan,
kalau hari ini gaji masuk tapi kita tak asingkan untuk simpanan,
besar kemungkinan hujung bulan duit itu akan hilang begitu saja.

🌱 Alihkan duit kepada emas, walaupun sedikit. Yang penting, ia selamat daripada bocor.

— Hafiz Shafie

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

💸 5 Kesilapan Kewangan Yang Ramai Rakyat Malaysia Masih Ulang Lagi & Lagi 💸

Berikut adalah 5 kesilapan kewangan besar yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam 10 tahun kebelakangan - beserta langkah praktikal untuk mengelakkannya.

💥 1. Terlalu bergantung pada gaji semata-mata

Kesilapan:

Ramai hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan - gaji bulanan. Bila berlaku krisis (seperti COVID-19), mereka terperangkap tanpa simpanan atau aliran tunai.

Langkah elak:

• Bina sekurang-kurangnya 1–2 sumber pendapatan tambahan seperti pelaburan emas, bisnes kecil, atau hartanah yang boleh disewakan.
• Gunakan 10–20% daripada gaji untuk bina aset produktif.

💳 2. Hidup melebihi kemampuan (overspending)

Kesilapan:

Ramai berbelanja untuk gaya hidup - bukan keperluan. Hutang kad kredit, personal loan dan “buy now pay later” menjadi punca utama tekanan kewangan.

Langkah elak:

• Gunakan prinsip “Bayar diri dulu” – simpan dulu, baru belanja baki.
• Hadkan perbelanjaan gaya hidup kepada maksimum 30% daripada pendapatan.

🏦 3. Tak cukup simpanan kecemasan

Kesilapan:

Lebih 70% rakyat Malaysia tidak mampu menanggung kecemasan RM1,000! Bila berlaku masalah kesihatan atau kehilangan kerja, mereka terpaksa berhutang.

Langkah elak:

• Wujudkan tabung kecemasan 3–6 bulan gaji dalam emas dan ASB.
• Simpan dalam akaun berbeza atau dalam bentuk emas untuk elak godaan belanja.

📉 4. Tidak melabur atau takut melabur

Kesilapan:

Ramai hanya menyimpan duit dalam akaun bank yang hasilnya tidak mampu kalahkan inflasi. Nilai duit susut setiap tahun.

Langkah elak:

• Faham beza antara simpan duit dan bina kekayaan.
• Mula melabur secara kecil - dalam emas, ASB, atau hartanah.
• Fokus kepada pelaburan jangka panjang, bukan skim cepat kaya.

🧓 5. Tiada perancangan persaraan

Kesilapan:

Ramai hanya bergantung kepada KWSP — sedangkan purata simpanan persaraan bawah RM100,000, jauh dari cukup untuk hidup selesa selepas umur 55 tahun.

Langkah elak:

• Buat pelan persaraan peribadi (on top of KWSP/pencen).
• Tambah aset pasif seperti emas, hartanah atau perniagaan kecil.
• Mula seawal mungkin — kerana masa adalah kuasa dalam pelaburan.

🌟 Kesimpulan:

Kunci utama untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama ialah kesedaran dan tindakan awal.

Mulakan dengan disiplin kecil hari ini - kerana 10 tahun dari sekarang, keputusan kewangan anda hari ini akan menentukan sama ada anda bebas kewangan atau terbelenggu hutang.

Apa pendapat anda?

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Bismillah ﷺ ﷴ

KENAPA HARGA EMAS MASIH BOLEH NAIK?

Saya percaya harga emas masih akan naik kerana penurunan US Fed rate.

Emas tidak memberi dividen atau faedah. Jadi, pada asalnya, bila Fed menaikkan interest rate, instrumen seperti bon kerajaan US (Treasury) menawarkan pulangan lebih tinggi dan dianggap selamat.

Hasilnya, pelabur lebih cenderung pindahkan dana ke aset berfaedah berbanding emas.

Tetapi, sebaliknya, apabila Fed menurunkan rate, pulangan bon menurun, kos memegang emas jadi lebih rendah, dan harga emas cenderung naik.

Kenapa Interest Rate Turun Gold Naik?

1️⃣. Kos peluang (opportunity cost) berkurang.

Bila interest rate tinggi, pelabur lebih suka simpan duit dalam bon atau deposit yang beri pulangan. Tapi bila rate rendah, simpan emas jadi lebih menarik sebab perbezaan pulangan semakin kecil.

2️⃣. USD biasanya melemah.

Interest rate rendah menjadikan aset dalam USD kurang menarik. Bila USD lemah, harga emas (yang diniagakan dalam USD) akan automatik nampak lebih rendah bagi pelabur antarabangsa, jadi permintaan naik.

3️⃣. Permintaan lindung nilai meningkat.

Dalam suasana interest rendah, pelabur risau wang tunai terhakis oleh inflasi. Jadi emas dipilih sebagai penyimpan nilai (store of value).

Fakta & Statistik.

1️⃣. Kenaikan Fed Rate 2022 – 2023.

Pada Mac 2022, Fed mula menaikkan rate dari paras sifar ke ~5.25% dalam tempoh ~15 bulan. Hasilnya, harga emas yang mencecah ~USD 2,050 pada awal 2022 turun ke ~USD 1,630 pada hujung 2022.

2️⃣. Kitaran Penurunan 2008 – Krisis Kewangan.

Ketika Fed memangkas rate hampir ke sifar (0.25%) pada 2008, emas melonjak daripada ~USD 700 pada hujung 2008 ke sekitar USD 1,900 pada 2011.

Pelabur yang membeli emas ketika puncak kadar faedah (misalnya selepas Fed menaikkan secara agresif) mungkin mengalami kerugian sebaik Fed mula beralih kepada penurunan rate. Tetapi mereka yang memasuki pasaran emas ketika mula ada indikasi potongan rate berpotensi memperoleh keuntungan baik, terutama jika kadar terus diturunkan.

Outlook Jika Fed Terus Menurunkan Interest Rate.

Jika Fed meneruskan cycle penurunan interest rate pada 2025 ~ 2026, prospek emas adalah bullish. Sebab utamanya:

* Kos peluang makin rendah
* USD berpotensi melemah
* Permintaan lindung nilai meningkat

Sebaliknya Bila Harga Emas Akan Turun?

Emas akan menghadapi tekanan turun apabila:

1. Fed mulakan semula kenaikan interest rate

2. Inflasi terkawal dan ekonomi global kukuh

3. USD menguat secara signifikan

4. Permintaan bank pusat terhadap emas berkurang

5. Pelabur mengalihkan dana ke aset berisiko seperti saham apabila keyakinan pasaran tinggi

Jangkaan Goldman Sachs Terkini Terhadap Emas.

Menurut laporan dan analisis terkini:

1️⃣. Target tahun 2025.
 
Goldman Sachs menaikkan ramalan harga emas tahun akhir 2025 kepada USD 3,700 per ounce (dari ~USD 3,300) berdasarkan permintaan kuat dari bank pusat dan aliran masuk ke ETF.

Dalam senario ekstrem (risk case) apabila berlaku tekanan geopolitik atau gangguan dasar monetari, harga emas boleh naik ke USD 4,500 menjelang hujung 2025.

2️⃣. Outlook pertengahan 2026.

Goldman Sachs meletakkan sasaran asas ~USD 4,000 per ounce menjelang pertengahan 2026.

Namun, dalam senario tail risk — jika tekanan terhadap Fed meningkat, keyakinan terhadap dolar surut, dan peralihan dana besar dari pasaran bon ke emas berlaku — mereka menyebut bahawa harga emas boleh mendekati USD 5,000 per ounce.

Catalyst utama menurut mereka.

1. Pembelian bank pusat secara konsisten tinggi.
 
2. Aliran masuk ke ETF emas.

3. Potongan interest rate yang bakal berlaku.

4. Risiko terhadap kebebasan dasar monetari US yang boleh melemahkan keyakinan kepada dolar dan pasaran bon US.

Remisier Coach Naji.

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Adakah emas sentiasa naik?

Pertama apa yang kita kena faham.

Untuk jangka pendek, emas memang ada turun naik ( 2 tahun ke bawah).

Ia disebabkan oleh salah satunya ialah faktor sentimen ekonomi dunia atau ekonomi negara kita sendiri.

Yang kedua,
Dalam jangka panjang, emas comfirm sentiasa naik.

Ini disebabkan nilai duit kertas sentiasa menyusut dalam jangka panjang disebabkan inflasi dan kejatuhan nilai ringgit dari tahun ke tahun.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun. 

Selagi mana harga barangan keperluan naik (disebabkan nilai duit semakin menurun), emas, hartanah dan aset-aset fizikal yang lain pun sama.

Jadi, menabung emas untuk selamatkan duit kita dari dimamah inflasi secara senyap setiap tahun.

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

𝗚𝗢𝗟𝗗 𝗕𝗔𝗥 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗥? 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

Masih keliru nak pilih yang mana?

Pilih saja yang mana anda suka. Keduanya mempunyai potensi keuntungan yang sama.

Jika anda minat jenis petak, pilih gold bar. Jika minat bulat maka pilih lah dinar.

Di Public Gold ada sangat banyak pilihan item emas yang sangat sesuai untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

Kalau gold bar ada sekecil 1 gram sehinggalah sebesar 12.5kg.

Dinar pula ada 1 Dinar (4.25g), 5 Dinar (21.25g) dan paling besar 10 Dinar (42.5g).

Harga semasa anda boleh semak bila-bila masa di website rasmi www.publicgold.com.my dan ianya disemak setiap 20 minit mengikut pasaran antarabangsa.

Kadar spread untuk semua item emas ini pula hanya 6% hingga 9% sahaja.

Jika anda bercadang mahu alihkan sebahagian wang simpanan dalam bentuk emas fizikal boleh hubungi saya.

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Bermula sekarang. Buka akaun emas dan mulakan sedikit-sedikit. 1g sebulan pun ok

At least setahun dah ada 12g emas di tangan yang bernilai lebih RM6,800+

Anda nak mulakan tabungan emas di Public Gold serendah RM100 ?

Jom daftar percuma di sini 👇🏻.
Saya akan bantu anda dengan sebaiknya.

https://www.publicgoldofficial.com/norrizahas/cara-bermula
 
http://www.wasap.my/60122489056/nakmulasimpananemas

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗲𝗺𝗮𝘀 999 𝗻𝗶 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗚𝗼𝗹𝗱, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗥𝗠100.

✅𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 RM100.
🤍
✅ 𝗜𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻.

Tahniah semua 👏🏼👏🏼

Anda nak mulakan tabungan emas di Public Gold serendah RM100 ?
Jom daftar percuma di sini 👇🏻.
Saya akan bantu anda dengan sebaiknya.

https://www.publicgoldofficial.com/norrizahas/cara-bermula
 
http://www.wasap.my/60122489056/nakmulasimpananemas

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

5gm gold bar edisi Bungamas, Majestic Peacock dan Tai Fook 😍

Boleh beli direct di website atau withdraw dari akaun GAP masing-masing bila dah cukup 5gm.

Jom kumpul semua color!
Jika ada 3 keping bermaksud kita dah ada simpanan bernilai RM8850 🥳 ketika ini malah nilai ini semakin naik seiring kenaikan harga emas.

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Bila menabung emas fizikal, tak perlu bimbang tentang harga. Yang penting kena pastikan kepingan-kepingan emas kita sentiasa bertambah.

Asalkan menabung untuk jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Nanti lepas beberapa setahun, setiap kita pasti akan menyesal kenapa tak beli emas lebih banyak hari ni. Yang dah lama menabung emas pasti ada pengalaman ni.

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

✨ WOW! Naik Macam Roket! 🚀
Siapa sangka, dari Januari ke November 2025, harga emas dah melonjak gila-gila!

💰 1kg emas: RM413,000 ➜ RM576,815
💰 250g emas: RM103,500 ➜ RM144,204
💰 100g emas: RM41,500 ➜ RM57,870
💰 10 Dinar: RM17,850 ➜ RM24,882
💰 5 Dinar: RM8,900 ➜ RM12,441
💰 50g emas: RM20,850 ➜ RM29,070

🔥 Dalam masa 11 bulan je, siapa simpan emas — untung besar!
Kalau dulu rasa emas mahal, tengok sekarang… makin mahal! 😱

💎 Moralnya:
Jangan tunggu harga turun, sebab emas jarang tunggu kita!
Yang bertindak awal — dia yang senyum lebar sekarang!

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

#TabungDuit

DUIT BANYAK TAK KAYA?

Ya, gaji besar tanpa pengurusan kewangan yang baik boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin.

Jika pendapatan digunakan tanpa perancangan, walaupun jumlahnya besar, seseorang boleh terjerumus ke dalam masalah hutang, pembaziran, atau kekurangan simpanan untuk kecemasan atau masa depan.

Untuk mengurus gaji dengan betul, walaupun kecil, berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh diikuti:

1. Buat Bajet Bulanan: Tentukan perbelanjaan bulanan untuk keperluan asas (makanan, sewa, bil, dan lain-lain). Pastikan anda tahu ke mana setiap ringgit anda dibelanjakan.

2. Utamakan Simpanan: Sebaik sahaja menerima gaji, asingkan sekurang-kurangnya 10-20% untuk simpanan. Ini adalah "bayar diri sendiri dahulu."

3. Kurangkan Hutang: Jika ada hutang, buat pelan untuk membayar hutang dengan konsisten. Fokus pada hutang dengan kadar faedah tinggi terlebih dahulu.

4. Elakkan Pembaziran: Elakkan perbelanjaan yang tidak perlu seperti membeli barang yang jarang digunakan atau mengikuti gaya hidup mewah yang tidak setara dengan pendapatan.

5. Patuhi Prinsip 50/30/20: Asingkan 50% daripada pendapatan untuk keperluan, 30% untuk kehendak, dan 20% untuk simpanan atau pelaburan.

6. Simpan Dana Kecemasan: Simpan wang untuk kecemasan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan selama 3 hingga 6 bulan.

7. Pelaburan Bijak: Cari cara untuk melaburkan simpanan anda, walaupun kecil, seperti dalam ASB, emas, atau saham untuk mendapatkan pulangan.

Kawan kawan,

Dengan disiplin dalam pengurusan kewangan, walaupun gaji kecil, seseorang masih boleh mencapai kestabilan kewangan.

Banyak kereta mewah kena lelong baru baru ini, semua bermula dengan gaji atau duit yang banyak.

Bila kita salah urus, akan masuk lelong akhirnya.

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

💥 Harga emas dah tembus USD$ 4,341 per ounce!

Ramai tanya — kenapa boleh naik sampai macam tu?

Ini 3 sebab utama 👇

1️⃣ Orang takut, lari cari selamat.

Bila dunia tak tentu arah — perang, ekonomi goyah, atau kerajaan AS “shutdown” — pelabur akan lari cari tempat selamat. Dan tempat paling selamat? Emas lah! 🪙

2️⃣ Bank Fed Reserve (di AS) nak turunkan kadar faedah.

Bila kadar faedah turun, simpan duit dalam bank atau bon tak berbaloi. Jadi pelabur lebih suka simpan emas sebab nilainya kekal dan boleh naik bila inflasi datang. 💰

3️⃣ Bank-bank pusat tengah borong emas.

Negara-negara besar dan sederhana beli emas untuk kurangkan kebergantungan pada dolar AS (malah Poland beli 67 tan emas tahun ini sahaja!). Bila permintaan tinggi, harga pun melambung! 🌍

💡 Moral cerita:

Harga emas naik sebab dunia tak stabil.

Yang simpan emas — tersenyum.
Yang tak ada emas — mula rasa risau. 😅

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

🌟 7 Sebab Kukuh Kenapa Anak Muda Mesti Mula Melabur Sekarang

Ramai anak muda fikir, “Aku muda lagi… nanti umur 35 baru mula melabur.”

Tapi hakikatnya, kalau tunggu sampai “stabil”, masa dah hilang — dan masa itulah aset paling mahal dalam pelaburan.

Berikut 7 sebab kukuh kenapa anak muda umur 25 tahun perlu mula melabur sekarang juga ⤵️

🥇 1. Masa adalah kuasa terbesar pelabur

Kalau mula melabur RM500 sebulan pada umur 25 dengan pulangan 8% setahun, hasilnya lebih RM1 juta bila umur 60.

Kalau mula pada umur 35, hasilnya jatuh separuh!

💡 Kuasa kompaun hanya berkesan jika anda beri masa untuk ia bekerja.

💰 2. Biar duit bekerja untuk anda

Orang biasa kerja untuk duit. Tapi pelabur bijak biar duit kerja untuk mereka.

Pelaburan dalam emas, saham, atau hartanah menjadikan wang terus berkembang walaupun anda sedang tidur.

🧠 3. Melatih disiplin dan minda kewangan

Pelaburan memaksa kita belajar sabar, berfikir jangka panjang dan kawal nafsu berbelanja.

Ia bukan sekadar tentang duit — ia tentang membina karakter dan disiplin hidup.

⚙️ 4. Kurangkan risiko bergantung pada satu sumber pendapatan

Ekonomi sekarang tak menentu. Kerjaya boleh berubah bila-bila masa.

Pelaburan memberi anda pelan B dan C — supaya tak panik kalau sesuatu terjadi pada kerja utama.

🏦 5. Lindungi diri daripada inflasi

RM1 hari ini takkan sama nilainya 10 tahun akan datang.

Pelaburan dalam aset sebenar seperti emas, saham dan hartanah membantu anda kekalkan kuasa beli.

🚀 6. Kebebasan memilih gaya hidup

Bila pelaburan berkembang, anda tak perlu terperangkap dalam kerja yang anda benci hanya kerana gaji.

Pelaburan memberi kebebasan — untuk hidup ikut nilai, bukan ikut tekanan.

🌳 7. Membina legasi

Mereka yang melabur awal bukan sekadar kaya untuk diri sendiri, tapi mencipta warisan kewangan untuk keluarga.

Mereka bukan hanya fikir hari ini — mereka rancang untuk generasi seterusnya.

💬 Kesimpulan:

“Kalau mula melabur awal, masa jadi kawan. Tapi kalau tunggu terlalu lama, masa jadi musuh.”

Jadi anak muda, jangan tunggu “nanti bila stabil” — sebab stabil itu ilusi.

Mula walau kecil, tapi mula hari ini. 🔥

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

*Kos tunai haji 2026 diumum Rabu ini*

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1277298/kos-tunai-haji-2026-diumum-rabu-ini?utm_source=WA-HM&utm_medium=social&utm_campaign=WATraffic

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Siapa yang ada goldbar 50g sebenarnya dia dah ada lebih kurang RM29,000 dalam simpanan

Best kan?

Sebab tu saya suka ajak orang simpan emas. Emas buat kita senang menyimpan. Bila kita tukar duit jadi emas, terus jadi ‘liat’ nak belanja

Lain dengan duit dalam bank. Nampak nombor banyak sikit terus rasa kaya. Scroll sana, scroll sini. Sedar-sedar lesap macam tu saja duit.

Tapi bila simpan emas kita lebih hati-hati. Sebab nak guna emas tu fikir dua tiga kali.

Kalau nak mula simpan emas, mula dengan minimum 10% daripada duit gaji. Di peringkat permulaan, memang kena paksa. Selepas tu inshaAllah akan konsisten.

Perlahan-lahan lama-lama jadi habit. Bermula dengan 1 gram pertama lama-lama kita akan ada 50 gram ni, InsyaAllah

Untuk lebih faham dan start menyimpan emas, in shaa Allah saya dan team sudi bantu

Anda nak mulakan tabungan emas di Public Gold serendah RM100 ?
Jom daftar percuma di sini 👇🏻.
Saya akan bantu anda dengan sebaiknya.

https://www.publicgoldofficial.com/norrizahas/cara-bermula
 
http://www.wasap.my/60122489056/nakmulasimpananemas

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Dari Hutang Keliling Pinggang ke Bebas Kewangan - From Zero To Hero!

(Hayati pengalaman sebenar saya membantu seorang staf keluar dari jerat hutang - dari ZERO ke HERO.)

•••

“Boss, boleh pinjam 10 ringgit nak beli lunch?”

Itu ayat yang saya dah dengar entah berapa kali dari seorang staf, dalam sebulan saya dah tak larat nak kira.

Setiap kali lepas gaji, dia bayar balik semua pinjaman kecil itu.

Masalahnya?

Bukan saya saja dia pinjam tetapi satu pejabat dia pinjam keliling!

Padahal gaji dia RM7,500 sebulan, cukup besar untuk seorang lelaki muda dengan keluarga kecil.

Tapi kerak nasi dia, sangat besar.

Satu hari, saya panggil dia masuk bilik.

“Saya nak bantu awak urus kewangan. Tapi awak kena jujur, declare semua masalah" kata saya.

Dia tunduk, dan dengan nada tersekat dia jawab,

“Tolong saya Boss, saya dah terlalu stress dengan hutang. Blood Pressure saya pun dah naik.”

Lama dia luahkan segalanya.

Saya dengar sahaja, dan saya simpulkan masalah sebenar dia:

1. 4 kad kredit, setiap satu hutang RM50,000.

2. Hidup dengan gaya “gali sini kambus sana.”

3. Personal loan bank ada RM100,000 kononnya untuk renovate dapur.

4. Dua kereta, dua beban.

5. Makan besar setiap hujung minggu.

6. Isteri tak bekerja.

7. Rugi besar dalam skim cepat kaya.

Saya kata padanya dengan tegas tapi tenang,

“Kalau betul nak berubah, keluarkan semua kad kredit sekarang dan gunting depan saya.”

Dia terdiam.

Saya keluarkan gunting yang saya dah siap letak di atas meja.

Dengan berat hati, dia gunting satu per satu kad itu.

Dari situ, bermulalah perjalanan “Zero to Hero”-nya.

Langkah Demi Langkah Saya Arahkan Dia:

1. Pergi ke AKPK (Bank Negara) untuk minta mereka bantu restructure hutang & hentikan faedah tinggi.

2. Jual satu kereta. Kos RM1,000 sebulan tu menjerut leher dia perlahan-lahan.

3. Stop makan luar. Masak di rumah dan belajar berjimat.

4. Isteri mula bekerja kerana beliau ada degree profesional. Alhamdulillah, akhirnya dapat kerja bergaji RM10,000 sebulan.

5. Setiap bonus tahunan bayar hutang, jangan joli!

Setiap bulan saya semak tahap kewangan beliau dan 'adjust' mana perlu.

Dan saya sentiasa tiupkan semangat pada beliau untuk lepaskan diri dari belenggu hutang.

Akhirnya, 3 Tahun Kemudian…

Semua hutang habis dibayar. Tiada lagi panggilan dari bank dan tiada lagi stress darah tinggi.

Saya nasihatkan dia pula bina 'net worth' dengan membeli flat murah di Puncak Alam kemudian jual untuk untung, dan pusing modal beli 2 lagi unit.

Hari ini...

Dia ada 4 buah rumah, dengan aset bersih melebihi hutang.

Dari hidup dikejar bank, kini hidup bebas, tenang dan bermaruah. Dia dah boleh bawa famili bercuti ke luar negara. 

Pengajaran Buat Kita Semua:

•   Disiplin diri adalah kunci.
•   Jangan berhutang untuk gaya hidup.
•   Belajar kawal cash flow sebelum ia kawal hidup anda.
•   Kad kredit bukan kawan tetapi ialah Ah Long moden.
•   Dan yang paling penting, berani buat keputusan pertama iaitu GUNTING KAD KREDIT ANDA.

Kalau anda rasa kisah ini beri inspirasi, tekan Share supaya lebih ramai boleh keluar dari perangkap hutang kad kredit.

Jangan biar hutang jadi tuan dalam hidup kita.

Wallahu a‘lam.

Catatan oleh:
Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar
FB: Zainuddin Omar

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Peratusan emas yang dipegang oleh bank-bank pusat dunia dah melebihi Dollar

Bagi sesiapa yang heran mengapa harga emas melonjak seperti di kebelakangan ini, di antara sebabnya ialah pembelian emas yang banyak oleh bank-bank pusat dunia.

Apabila Amerika merampas bon-bon Russia kerana berperang dengan Ukraine, satu dunia sedar bahaya memegang bon Amerika tidak selamat. Semenjak itu pelbagai negara mula membeli emas fizikal. Mereka juga tidak percayakan emas-emas yang disimpan di London dan New York. Dua-dua sekepala bila nak kacau orang.

Apabila bekalan fizikal berkurangan, harga emas naiklah.

Di dalam masa yang sama, ramai pelabur institusi global mula memegang emas sebagai sebahagian dari potfolio pelaburan mereka. Ini menambahkan permintaan ke atas emas.

Bagi orang tua yang tak pandai seperti saya, saya pilih emas dari matawang kripto yang saya pun tak tahu dari mana datang nilainya melainkan hanya kerana ada orang nak beli sahaja.

Foto diambil dari Visual Capitalist

Kredit Tn Nik Hasyudeen

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

5 TIPS EMAS UNTUK PELABUR BARU

1. Ilmu SPREAD ialah ilmu pelaburan emas paling penting yang membezakan kita dengan pelabur-pelabur emas yang lain.

2. Pelabur yang tidak memahami SPREAD bakal terlepas peluang untung mengaut untung maksimum dalam pelaburan.

3. Lebih teruk lagi, pelabur tersebut mudah ditipu oleh penjual emas.

4. SPREAD merujuk kepada peratus perbezaan harga jualan emas (sell) dan harga belian semula (buyback).

5. Nilai SPREAD inilah yang menentukan berapa banyak untung yang kita dapat hasilkan bila kita jual balik emas.

Public Gold International Bhd. adalah syarikat pengeluar emas berSPREAD rendah. Hanya sekitar 6% - 9% sahaja.

Jika simpan emas untuk jangka panjang susut nilai tu dah cover balik bila kita jual semula nanti dan masih ada untung.

Anda nak mulakan tabungan emas di Public Gold serendah RM100 ?
Jom daftar percuma di sini 👇🏻.


https://www.publicgoldofficial.com/norrizahas/cara-bermula
 
http://www.wasap.my/60122489056/nakmulasimpananemas

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Pengurus dana besar pun dah mula cadang emas dalam portfolio.

🔹 Morgan Stanley: Tukar portfolio klasik 60/40 kepada 60/20/20 → 20% emas, ambil dari bon US Treasury.
🔹 Bank of America: Lagi berani → cadang portfolio 25/25/25/25, siap ada 25% emas.

Kenapa tiba-tiba emas naik darjat?
👉 Sebab emas ada nilai tersendiri, tak boleh dimanipulasi politik, dan jadi pelindung masa dunia tak menentu.

Bukti jelas: lepas US rampas aset Russia, bank-bank pusat dunia berpusu-pusu kumpul emas.
Kesannya → harga emas melambung, bagi pulangan sekitar 27% tahun lepas, 27% tahun ni.

📌 Ringkasnya: Kalau pengurus dana global pun dah serius letak emas dalam portfolio, kita yang orang biasa ni nak tunggu apa lagi?

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

“Jika emas itu amat bagus, mengapa jual emas tersebut? Bukankah ianya lebih bagus jika kita simpan semua emas nya?”

Ohh, ini soalan yang selalu timbul bila orang tak nampak the bigger picture 😅

Jawapannya: kerana jual emas tidak melemahkan nilainya, malah membuka peluang yang lebih besar.

Jom saya bagi 5 sebab kenapa argumen “lebih baik simpan semua emas” itu silap, dan kenapa kita patut bukan sahaja melabur emas, tapi juga berniaga emas:

1️⃣ Nilai emas hidup bila ada pasaran

Kalau semua orang hanya simpan emas tanpa menjual, emas jadi macam barang pameran dalam muzium — cantik, tapi tak ada guna dalam ekonomi. Nilai emas hanya hidup bila ada pasaran: orang membeli, orang menjual. Peniaga emas sebenarnya memainkan peranan penting menghidupkan ecosystem emas.

2️⃣ Untung dua kali ganda

Simpan dapat untung harga naik, berniaga dapat untung margin.

Kalau hanya simpan emas, untung datang dari kenaikan harga sahaja. Tapi bila berniaga emas, anda dapat dua sumber keuntungan serentak: (a) kenaikan harga emas, dan (b) untung jual beli (margin). Itu macam makan nasi tambah lauk sekali — lebih kenyang, lebih sedap! 🍛✨

3️⃣ Kita sebarkan manfaat

Lagi ramai orang dapat selamatkan harta dari inflasi.

Kalau kita seorang sahaja simpan emas, siapa yang untung? Diri kita seorang. Tapi bila kita berniaga emas, kita sebarkan manfaat emas kepada orang lain. Mereka juga dapat lindungi harta daripada inflasi, sambil kita pun mendapat keuntungan. Itu win-win situation.

4️⃣ Boleh simpan + niaga serentak

Tak payah pilih satu.

Berniaga emas bukan bermaksud kena lepaskan semua stok. Peniaga bijak akan ada stok pusingan (untuk jual beli), tapi dalam masa sama dia tetap simpan emas sebagai tabungan jangka panjang. Jadi, kita sebenarnya dapat dua dalam satu: simpan & berniaga.

5️⃣ Bisnes evergreen

Emas sudah jadi duit sejak ribuan tahun. Tak pernah bankrap, tak pernah gagal. Masa krisis ekonomi, emas makin dicari.

Jadi berniaga emas bukan sekadar jual barang, tapi masuk ke dalam industri yang stabil, berterusan, dan tahan zaman.

👉 Jadi, bila orang kata “kalau emas bagus kenapa dijual?”, jawapan ringkasnya: jual emas bukan tanda emas tak bagus, tapi tanda emas itu bernilai tinggi sampai ada pasaran yang hidup!

Lagi pula, dengan berniaga emas, kita bukan saja lindung harta, tapi gandakan pendapatan dan sebarkan manfaat emas kepada orang ramai. 🌟

Dapat sesuatu?

Kredit :  Tuan Azizi Ali.

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

🔥 “Harga emas dah tinggi… takut nak beli?”

Sebenarnya alasan ni tak tepat. Ni 5 sebab kenapa kita tetap kena simpan emas walaupun nampak mahal:

1️⃣ Harga emas sentiasa nampak tinggi berbanding masa lalu. Tunggu murah = takkan mula.
2️⃣ Emas lindung inflasi – duit makin jatuh kalau biar saja.
3️⃣ Consistent buying (DCA) – beli sikit-sikit, purata harga jadi stabil.
4️⃣ Harga tinggi tanda permintaan kuat & nilai makin dipercayai.
5️⃣ Emas untuk jangka panjang – 5-10 tahun lagi, harga sekarang nampak murah.

👉 Jadi jangan tunggu “harga murah”. Inflasi tak tunggu kita. Lagi cepat mula, lagi cepat selamatkan harta! 🚀💰

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

“Harga emas dah tinggi… takut nak beli.”

Ahh, ini ayat yang selalu keluar dari mulut orang yang masih ragu-ragu 😅:

Sebenarnya, alasan ni nampak logik, tapi hakikatnya kalau difikir dalam-dalam, ianya tak tepat.

Mari saya bagi 5 sebab kukuh kenapa kita tetap kena beli emas secara konsisten walaupun rasa harga dah tinggi:

1. Harga emas sentiasa nampak tinggi berbanding masa lalu.

Kalau anda tengok sejarah, harga emas sentiasa lebih mahal dari tahun-tahun sebelumnya. Tahun 2000, 1 gram bawah RM40. Hari ni, harganya lebih RM560 per gm! Kalau tunggu “harga murah”, sampai bila pun takkan mula.

2. Emas lindung inflasi, bukan ikut mood.

Inflasi tak pernah tunggu kita. Duit makin jatuh nilainya setiap hari. Kalau kita tangguh beli emas sebab nampak “mahal”, hakikatnya kita biarkan duit kita terus dibaham inflasi.


3. Strategi terbaik adalah consistent buying (DCA).

Tak perlu jadi nujum Pak Belalang ramal harga. Belilah sedikit demi sedikit secara konsisten. Ada masa beli mahal sikit, ada masa murah sikit — purata harga jadi stabil. Itu cara paling bijak.


4. Harga emas tinggi bermakna permintaan & nilainya makin kuat.

Orang takut harga tinggi padahal itu tanda emas semakin dicari! Bila ada “fear” dan harga naik, itu bukti emas dipercayai seluruh dunia. Lagi lambat mula, lagi terlepas peluang.

5. Fikir jangka panjang, bukan jangka pendek.

Emas bukan beli hari ni, jual esok. Ia pelaburan & perlindungan jangka panjang. 5–10 tahun ke depan, harga sekarang yang “tinggi” ni akan nampak murah sangat.

👉 Jadi kalau ada orang cakap takut beli sebab harga emas tinggi, jawapan mudah: jangan tunggu harga murah, tunggu apa? Inflasi tak tunggu kita. Lagi cepat mula, lagi cepat selamatkan harta. 🚀💰

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Harga Emas Public Gold GAP
RM563 = 1gram
RM282 = 0.5gram
RM100 = 0.1776gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM571/g (SEPT 2025)

Kemaskini: 03-10-2025

Читать полностью…

SimplyAdorelicious

Jangan tunggu untuk beli emas;

Beli emas dan tunggu!

Читать полностью…
Subscribe to a channel