Perasaan 💖 C.I.N.T.A Itu Fitrah Anugerah Allah SWT Kepada Semua Insan. Jangan Sia²kan 😊 Since : April, 2016
Dari deretan kisah duka yang dilalui, ada hikmah yang indah Tuhan sedang persiapkan. Allah tarik sesuatu kerana ingin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Yakinlah !
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Perkataan "suka" yang dilontarkan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita itu terlalu mudah namun adakah mudah juga untuk bertemu dengan walimu?
Bezakan di situ wanita yang cerdik pandai. ♥️
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
الحب دعاء، والدعاء حب
فمن أحبك دعا لك، ومن دعا لك فقد أبلغ في محبتك
Cinta itu doa, dan doa itu cinta
Maka siapapun yang mencintaimu pasti akan mendoakanmu, dan sesiapa yang sedang atau telah mendoakanmu, maka ia telah mencintaimu seutuhnya
Dan terkadang, doa dan cinta itu sunyi.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Buat Engkau yang telah mencampakkan ketenangan dalam hatiku. Segala puji hanya untuk-Mu.
Biarpun betapa derhakanya seorang aku, biarpun sudah bergunung dosa-dosaku, Engkau tidak pernah jemu; melamar taubatku, menawarkan keampunan itu.
Segala puji buat-Mu, Tuhanku. Hanya buat-Mu!
Buat Engkau yang sering memandang dengan penuh kasih sayang, yang sering murka dengan si pendosa ini tetapi sentiasa sudi melorongkan jalan kembali.
Untuk Mu segala puji. Kerana sifat-Mu yang Maha Mengasihani, maka hari ini aku masih mampu berdiri. Masih mampu tersenyum dan ketawa lagi.
Kerana sifat-Mu yang Maha Penyayang, maka aku tidak kehabisan asa untuk terus berjuang.
Jatuh dan bangkit sekali. Jatuh dan bangkit berkali-kali. Kadang mampu berlari. Kadang cuma merangkak. Kadang terbaring tanpa gerak.
Namun, nafas juang itu tidak pernah terputus. Lalu, hidupku masih terus meski ujian-Mu juga masih bertali arus.
Buat-Mu yang mengirimkan aroma kekuatan, buat-Mu yang mengirimkan asbab kebahagiaan, untuk-Mu segala puji-pujian. Untuk-Mu kuserahkan segala ketaatan. Kepada-Mu kupasrahkan segala ketentuan.
[BondaNor]
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
“Apabila seseorang begitu menikmati kesendiriannya, ketahuilah dia menyimpan rahsia yang indah. Dan apabila dia mempersilakanmu masuk, berarti kau lebih indah dari rahsia itu.”
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Selembut bisikan angin bayu
Seindah suria yang menyinar
Begitulah kasihku pada dirimu oh ibu .
Dikaulah ratu sanubariku .
Wajahmu menghiasi duniaku
Tanganmu erat mendakapiku
Namun segalanya adalah kenangan
Kekal bersemi di dalam hatiku .
Sayangilah Ibu kalian semasa ibu masih ada .
Jika tiada doalah untuk ibu kalian .
Jadilah anak yang soleh wa solehah .
Moga bertemu di Syurga kelak ☺️
In shaa Allah 💚
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Semoga pagi ini membawa sejuta keberkatan pada kita semua. Dan semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah kita hari ini…serta mencurahkan rahmat dan hidayahNya kepada kita semua.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Pilihlah jadi perempuan yang beragama.
1. Dunia selamat, akhirat terjamin.
2. Dunia menjaga, akhirat terjaga.
3. Dunia disenangi, akhirat disanjungi.
Ketika kamu terpaksa memilih mahu jadi perempuan yang cantik pada mata atau hati. Pilihlah yang mencantikkan hati, kerana yang cantik hati akan cantik juga dimata.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Perempuan sederhana itu menenangkan.
1. Bila bercakap, dia bukan mempertahankan pendapat tetapi meraikan perbezaan.
2. Bila berkawan, dia memuji kelebihan tanpa mempermainkan kelemahan.
3. Bila ada impian, dia bergantung sepenuhnya pada Tuhan.
Hidupnya sederhana keran yang dikejar itu redha Tuhannya.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Tatkala aku sudah mema'afkan, sehingga tidak ada lagi rasa benciku kepada siapapun, maka disitulah jiwaku dapat beristirahat dari segala kegelisahan rasa pemusuhan.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Sabar tak semudah melafazkan.
Redha tak semudah merelakan.
Ikhlas tak semudah merasakan.
Tapi hikmah-Nya pasti ada.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Kesan bila perempuan bahagia.
1. Dia akan bahagiakan keluarga.
2. Dia bahagiakan orang sekeliling. Orang suka dan selesa dengan dia.
3. Dia akan bahagiakan sahabat dia. Meraikan kekurangan dan lapang dengan kelebihan.
Berjuanglah menjadi bahagia dengan diri sendiri, kerana yang bahagia akan membahagiakan.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Jangan disesali apa yang hilang, tapi syukurilah apa yang masih tersisa.
Kerana Allah boleh saja mengambil semuanya darimu, hingga tiada satu pun yang tertinggal.
Namun itu bukan petanda Dia kejam, hanya saja— begitulah makna titipan. 🍂
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Kata Tok Abah:
"Orang yang senyum belum tentu bahagia, tetapi yang bahagia mesti akan senyum."
Bahagia setiap orang itu berbeza. Kita yang menterjemah sendiri rasa bahagia kita.
Apapun, jangan lupa senyum ya.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Sehari kita sakit, kita mengeluh sehingga lupa hari semalam yang kita 'sehat'.
Sehari kita ditimpa ujian, kita membentak terasa susah sehingga lupa ada hari yang kita pernah lapang.
Sehari kita ditimpa gelisah, kita mempersoalkan Tuhan sehingga kita lupa kita pernah rasa tenang.
Kita terlalu ingat apa susah, gelisah dan sakit yang kita ada sehingga kita lupa kita pernah sehat, tenang dan lapang.
Biasalah kita manusia, yang lupa tentang Maha Baiknya Tuhan kita, hanya menguji 1 hari daripada 364 hari bahagia kita.
Begitulah.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Tetaplah terbang tinggi walaupun dengan sayap yang pernah patah. Tetaplah melangkah walaupun telah berkali-kali jatuh - Tuhan pasti membantu dirimu :)
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Terima diri kita seadanya. Cintai dan syukuri.
1. Terima rupa kita.
2. Terima siapa mak ayah kita.
3. Terima 'nasib' kita.
Tidak semua soalan 'kenapa' perlukan jawapan kan? Terima dulu sebab kita takkan boleh berubah tanpa kita mula belajar menerima. Sungguh.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Kita akan mudah terasa dan sakit hati bilamana prasangka buruk memenuhi ruang cahaya dalam hati.
Hati-hati dengan hati🤍
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Lelaki baik adalah yang baik dengan ahli keluarganya.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Setiap apa yang terjadi itu datang dari aturan Allah SWT. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. ❤️🙌
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Yakin pada Allah
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Hati sakit sebab rapuhnya hati terima ujian Allah.
Hati gelisah sebab kurang faham 'indahnya' aturan Allah.
Kepala serabut sebab kurang mengerti bahasa cinta Allah.
Bukan ujian yang berat, tetapi kita yang memberatkan ujian dengan sangkaaan kita.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Berjalan ke depan jangan pernah berpaling kebelakang yang sudah berlalu biarlah berlalu..
Hadapilah yg akan datang.
Jika kamu merasa sedih..
Pejamkan mata mu dan katakan didalam hatimu..
"Inilah perjalanan hidupku."
Allah ta'ala yg letakkan aku disini...
Semua ini perancangan dari-NYA...
jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya dan aku terima Qada' dan Qadar diriku".
Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada ada hikmah-Nya. Terima kasih Ya Allah kerana mengasihi ku.
Ingatlah Disaat manusia tidak memandang kita, ketahuilah Allah tidak pernah melepaskan pandangan kasih sayang dan belas kasihan-Nya pada kita. Balaslah pandangan itu walau hanya dengan istighfar, atau dengan rintihan, Ya Allah..
Ya Allah, bantulah aku ya Allah, aku lemah, aku tak berdaya.
Walaupun ketika merintih itu kita dalam keadaan berdosa, belum bertaubat, belum solat, belum tutup aurat. Allah itu Maha Memahami, Dia tahu kita lemah dan lelah dengan hidup. Sebab itu Dia tunggu kita minta, kerana Allah ya Wahhab Yang Maha Memberi. Allah akan Memberi tanpa syarat.
Pulanglah kepada pencipta kita ketika HIDUP, sebelum kita dipaksa pulang apabila MATI. Allahu..
Biar nafas menjadi lelah pastikan hijrah mu kerana Allah
Biar kaki mu terasa lemah demi Menyusuri kekasih-Mu ya Allah.
Walau banyak ujian yang Di lalui, jgn lelah, kerana Allah sentiasa ada bersama kita.
Senyumlah walau hatimu sedang terluka.
Senyumlah walau matamu ingin menangis sepi.
Senyumlah walau dirimu ditolak tepi.
kerana selagi kita mengingatinya, Allah juga takkan melepaskan kita dan Allah sesekali takkan tinggalkan kita.
Janji Tuhan dalam kalam agung-Nya.. tidak beriman seseorang muslim itu sehingga ia di uji. Dan setelah di uji, dia bersyukur dan bersabar.
Jadi, wahai sahabat2 yang ku kasihi kerana Allah, fahamilah Allah nak melihat siapa di antara kita yang paling sabar hatinya, siapa yang paling tabah jiwanya, siapa yang paling taqwa bila di campak ujian.
Dia nak tengok siapa yang berpaling pada Dia atau berbalik pada Dia setelah di timpa ujian bertubi-tubi.
Syukur alhamdulilah Kita masih ada ruang dan peluang.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Pentingnya bersederhana dalam rasa.
1. Kita akan tenang jika sangkaan jauh daripada realiti.
2. Kita akan memaafkan walaupun sukar melupakan, kita manusia yang ada emosi dan memori, memang akan ingat tapi hati sudah memaafkan. Logik saja.
3. Kita akan belajar melepaskan perkara dan sesuatu yang memang tak ditakdirkan untuk kita.
Sederhanalah, ia akan menyelamatkan.
Sungguh.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Ramai yang terkandas dalam hubungan toksik sebab risau bersendirian.
Hakikatnya kita takkan pernah sendiri sebab ada Allah yang memerhati.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Jangan sesekali berfikir untuk berhenti dari apa yang telah kamu usahakan selama ini, kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah kalah.
Harus percaya dan berusahalah sehabis mungkin untuk meraih cita-cita dan tawakal padaNya.
Orang bersikap positif mempunyai keyakinan diri yang tinggi, dapat melihat orang lain secara positif, fokus kepada solusi bukan masalah, sifat memberi yang tinggi, sentiasa melihat peluang dalam setiap keadaan dan tidak berputus asa dalam menghadapi ujian dan cabaran.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Tanda kita wanita bahagia.
1. Kita suka raikan kejayaan orang lain tanpa rasa dengki.
2. Kita berterima kasih untuk setiap kebaikan dan kasih sayang.
3. Kita tidak berlawan dengan sesiapa untuk terkedepan. Orang lain terkedepan kita tepuk tangan, kita terkedepan kita syukur.
4. Kita tak mengharap pujian orang.
5. Kita tak takut dengan 'komentar' orang tentang kita.
Yang bahagia itu suka menjadi diri sendiri, kerana dia tahu yang bahagia sahaja akan membahagikan.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Sakittt....
Bila kisah hidup kita tak seindah yang kita impikan
Pedih...
Bila hidup kita tak seperti yang kita sangkakan
Peritt...
Menjalani semua dugaan dan ujian yang menimpa
Namun...
Percayalah...
Yakinlah...
Allah SWT tu maha mengetahui
Allah SWT tu sebaik-baik perancang
Jangan...
Jangan kita sesekali buruk sangka dengan Allah SWT
Allah SWT hadirkan rasa sakit...luka... kecewa...sedihh
Hanya disebabkan Allah SWT sayangg..
Allah SWT rinduuu...
Allah SWT cinta akan hamba nyaa...
Allah SWT rinduuu nak dengar suara kita.. merintih..merayu... memohon.. meminta kepada nyaa...
Cuba kita ingat...
Bila kali terakhir kita bersyukur terhadap semua nikmat yang Allah SWT berikan...
Kadang-kadang kita rasa nikmat.. rezeki yang Allah SWT berii tu tak cukuppp
Sedangkan nafas yang Allah SWT pinjamkan untuk kita pon..
Kita masih lagi tak bersyukur
Ingatlah
Allah telah sediakan pelangi
Untuk kita
Setelah Allah SWT turunkan hujan yang lebat
Allah SWT tahu apa yang terbaik
Allah SWT lebih kenal dengan kita berbanding dengan diri kita sendiri
Allah SWT tahu kemampuan kita
Jadi
Bersangka baik lah dengan Allah SWT
Yakinlah
Percayalah
Teruskan perjuangan
Teruskan berjalan
Teruskan melangkah
Kerana ada sinar bahagia menanti 🌹
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Nak hidup tenang dengan cara ni.
1. Berhenti ambil tahu semua kisah tentang orang yang tiada kaitan tentang diri kita. Hidup mereka pilihan mereka.
2. Maafkan orang. Bila memaafkan bukan manfaatnya pada yang dimaafkan semata, tapi manfaat utamanya pada pemaaf.
3. Berhenti cari silap orang. Semua orang ada silap termasuk kita. Hati-hati.
Begitulah.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞
Bicaralah dari hati dan dengan hati, karena hati bisa mendengar lebih tajam daripada telinga.
R I S A L A H C I N T A
#CintaHakikiCintaSejati
@RisalahCinta 💞