penadakwah | Unsorted

Telegram-канал penadakwah - 🕊PenaDakwah✒ツ

4465

🦋Berdakwahlah walau kau pendosa, semoga ia menjadi asbab untuk kau berubah menjadi lebih baik🕷️🕸️ 🦋Channel Created On 22 April 2019🕷️🕸️ 🦋Any requests or problems contact us at admin @oneloveprincessnur

Subscribe to a channel

🕊PenaDakwah✒ツ

Hidup tanpa isteri, ibarat hilang pandu arah.

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

“Mengharapkan cinta manusia dari cinta Allah maka bersiap sedia lah betapa pedihnya menanggung perasaan, bagaikan luka yang tidak berdarah”

-M
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Kenapa suami boleh berhenti cintakan isteri?
.
Jawapan ni mungkin pahit, tapi… memang kena telan.
.
Sebab kalau baca dengan hati terbuka, mungkin… awak akan jatuh cinta balik dengan isteri awak. Dan lebih cepat dari yang awak sangka.
.
Seorang suami pernah cerita:
.
Dulu, aku tak sabar nak balik rumah.
Rindu suara dia, ketawa dia… bau rambut dia pun aku rindu.
.
Tapi sekarang? Aku sengaja balik lambat.
Rasa lagi seronok duduk dengan kawan-kawan.
Nak sembang dengan dia pun… malas.
Bila dia call, aku tak angkat.
Dia mesej… aku buat tak tahu.
.
Malam-malam bila dia baring dekat aku, aku cakap:
‘Penat… nak tidur je.’
.
Tapi… hakikatnya aku tak penat pun.
Aku cuma rasa… aku dah tak sayang dia.
.
Dia cuba cari jawapan.
Tanya kawan-kawan lelaki…
Kebanyakannya jawab, “Biasa lah tu. Cinta memang akan pudar.”
.
Tapi jawapan tu tak tenangkan hati dia.
Dia mula fikir…
Kenapa isteri masih sayang kita macam dulu?
Kenapa cinta dia tak mudah luntur macam kita?
Mungkin salahnya bukan pada dia… tapi pada aku sendiri.
.
Jadi dia jumpa pakar.
.
Pakar tu tenang je dengar cerita dia, kemudian tanya:
.
“Awak percaya pada Tuhan?”
“Ya…”
.
“Kalau macam tu, ikut satu je perintah Dia. Awak akan rasa berubah, walau tanpa ubat.”
.
“Apa dia?”
.
Lalu dia bacakan ayat ni:
.
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, supaya mereka tundukkan pandangan mereka…”
(Surah An-Nur: 30)
.
Dan doktor tu cakap,
“Awak cuba tundukkan pandangan selama sebulan. Ikut betul-betul.”
.
Masa dia keluar dari klinik tu, seorang wanita cantik lalu.
Macam biasa, dia rasa nak tengok. Tapi dia ingat balik pesan doktor.
Dia tunduk… dan terus jalan.
.
Hari-hari lepas tu, berat sangat.
Kat jalan, kat media sosial, kat TV… semua penuh godaan.
Mata dia dah biasa tengok yang tak sepatutnya.
.
Tapi dia lawan. Dia cuba jaga.
Masuk hari ke-15… tiba-tiba hati dia rasa tenang.
Dia pandang isteri dia… rasa lain sangat.
.
Dia balik rumah awal.
Cari isteri dia. Nampak dia tengah sibuk kat dapur.
Tiba-tiba… hati dia cair.
Dia peluk isteri dia, kuat.
Dan dia bisik perlahan:
.
“Saya masih cintakan awak.
Saya cuma… tersesat sekejap.”
.
Dia pergi semula jumpa doktor tu dan ucap terima kasih.
Doktor senyum dan cakap,
.
“Bulan belum habis lagi.”
.
Dia jawab,
“Tapi saya dah dapat semula apa yang saya hilang.
Hati saya… dah kembali.”
.
Dia pandang ke langit dan ucap:
.
“Alhamdulillah… syukur Ya Allah atas nikmat ni.”
.
Sahabat lelaki, ingat…
Kadang, masalah rumahtangga bukan sebab isteri dah berubah…
Tapi sebab hati kita sendiri dah jauh dari Allah.
Bila kita tak jaga pandangan, tak jaga hati, tak jaga iman—
Kita mula rasa hambar dengan yang halal…
Dan mula rasa seronok dengan yang haram.
.
Nak bahagia semula? Islam dah ajar caranya:
• Tundukkan pandangan.
• Belajar syukur, tengok kebaikan isteri.
• Tingkatkan taqwa, jaga hubungan dengan Allah.
.
Nabi ﷺ pernah bersabda:
.
“Dunia ni penuh dengan nikmat. Tapi nikmat paling indah… isteri yang solehah.”
(Hadis Muslim)
.
Doa pendek tapi sangat bermakna:
اللَّهُمَّ اجعلني قنوعًا بِمَا رَزَقْتَنِي، وَبَارِكْ لِي فِيهِ، وَارْزُقْنِي حُبَّ أَهْلِي وَرِضَاهُمْ
“Ya Allah, jadikan aku reda dengan rezeki yang Engkau beri, berkati ia, dan kurniakan aku cinta terhadap keluargaku, serta cinta mereka kepadaku.”
.
Dan ya…
Kalau awak ada dua, tiga, atau empat isteri pun, doa & pengajaran ni tetap kena pada tempatnya..

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Suami Kena Faham Isteri Yang Dah Masuk Usia 40-an.

“Abang, Saya Penat Tapi Saya Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana.”

“Abang, saya rasa saya dah tak macam dulu. Mudah marah, cepat letih, kadang tiba-tiba rasa sedih sangat tanpa sebab”

Kalau isteri mengadu macam ni, mesti suami diam. Tak tahu nak respon macam mana.

Mungkin si suami keliru. Mungkin pelik. Sebab isteri yang dulu ceria, sekarang mudah muram.
Yang dulu lembut, sekarang keras suara. Yang dulu aktif, kini asyik nak baring je.

Inilah realitinya bila wanita mula memasuki usia 40-an. Tanpa sedar, tubuh sedang bersiap ke fasa baru kehidupan, Pre-Menopause.

---
Apa Sebenarnya Jadi Dengan Isteri Bila Masuk Fasa Ini?

Bukan dia yang berubah. Bukan dia sengaja nak jadi pemarah. Bukan dia sengaja nak menjauh.

Tapi hormon dalam badan wanita umur 40-an mula turun naik macam roller coaster.

🔥 Kadang panas tiba-tiba.
😭 Kadang sebak tanpa sebab.
🛏️ Kadang lesu sepanjang hari.
😔 Kadang rasa diri tak berguna, tak disayangi.

Dan malangnya, ramai suami tak tahu, atau tak faham.

Bila isteri mula dingin, disangka merajuk. Bila isteri marah, disangka mengada-ngada. Bila isteri tak layan, disangka tak cinta lagi.

---
Suami, Ini Masa Untuk Tunjuk Sayang.

Fasa pre-menopause bukan mudah. Tapi ia boleh jadi indah jika suami berada di sisi sebagai penyokong, bukan penghakim.

✅ Ambil tahu pasal perubahan hormon wanita.
✅ Tenangkan dia bila emosinya naik turun.
✅ Jangan ambil hati bila dia marah. Kadang dia pun tak faham kenapa.
✅ Peluk dia. Tak perlu kata apa.
✅ Dengar luahan dia walau berulang-ulang.
✅ Tawarkan bantuan, walau sekadar angkat baju atau bancuh air.

Isteri bukan perlukan hadiah mahal. Dia cuma nak difahami.

Dia nak tahu, “Kalau aku lemah hari ni, suami aku tetap sayang aku…”

---
Suka Kakcida Nak Pesan Pada Semua Suami,

Wanita yang awak kahwini dulu, dia bukan sekadar teman tidur.

Dia adalah wanita yang pernah korbankan tubuhnya untuk lahirkan anak-anak. Pernah tolong bina rumah tangga ini dari kosong. Pernah jadi tulang belakang saat suami hampir tersungkur.

Hari ni, bila dia lemah dengan hormon, tolong jangan tambah beban dengan salah faham.

Tapi jadilah tempat dia berlindung.

Sebab bila dia tenang, satu rumah akan kembali bahagia.

Isteri yang dihargai takkan biarkan suaminya kecewa.

Tapi, isteri yang tak difahami, boleh hilang dalam dirinya sendiri.

.
#Kakcida
Pre-Menopause Bukan Drama

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Perempuan yang cantik rupa wajahnya. Dia takut apabila mukanya terkena dari panasnya cahaya matahari. Berbeza pula dengan perempuan yang cantik akhlaknya. Dia lebih takut diri nya panas dari api neraka...

نعوذ بالله من ذلك

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Berzikir Mengingati Allah Setiap Aktiviti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَن قَعَدَ مَقْعَدًا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَّةٌ، وَمَن اضْطَجَعَ مُضْجَعًا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ، كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَّةٌ. وَمَا مَشَى أَحَدٌ مَمْشًى لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ، إِلَّا كَانَ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَّةٌ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang duduk di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia akan mendapat kebencian daripada Allah. Begitu juga, jika seseorang berbaring di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia akan mendapat kebencian daripada Allah. Dan sesiapa yang berjalan di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia juga akan mendapat kebencian daripada Allah. (HR Abu Daud No 4856) Status Hasan Sahih

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Tersenyum, di hadapan banyak
orang, tertawa seakan tak punyai beban dan menangis disaat sendiri.

Begitu kuatnya aku, yang
dituntut harus kuat dalam semua keadaan. Padahal aku sendiri pun rapuh.

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَالتَّفَحُّشَ وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّهُ دَعَا مَنْ قَبْلَكُمْ فَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ وَسَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَقَطَّعُوا أَرْحَامَهُمْ

Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak suka kekejian dan perbutan keji, janganlah berbuat kikir, kerana itu yang menyebabkan kerosakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan kehormatan, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim mereka."  (HR Ahmad No: 9202) Status: Hadis Sahih

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

P E L U K L A H
T A K D I R   D E N G A N
T A B A H

Mereka sendiri tidak tahu. Inilah makanan dan minuman terakhirnya malam tadi.

Mereka baru sahaja pulang dari cuti Hari Raya Aidiladha yang lalu. Dihantar oleh ibu dan ayah dengan lambaian kasih sayang, disulami doa yang tak pernah putus.

Wajah-wajah itu bersinar dengan semangat, kembali ke kampus demi meneruskan perjuangan sebagai bakal pendidik bangsa.

Namun takdir mendahului harapan. Bas yang membawa impian dan cita-cita itu tidak pernah sampai ke destinasi. Dalam remang malam, jeritan bertukar sepi. Segala tawa, segala rindu, kini tinggal kenangan di lantai bas yang porak-peranda.

Snek separuh dimakan, air yang tertumpah, dan cermin mata yang terjatuh. Semuanya bisu, namun bercerita tentang peristiwa yang mengubah segalanya.

Mereka pelajar UPSI, wira dan wirawati masa depan. Perginya mereka bukan kerana berhenti berjuang, tetapi kerana telah selesai bahagian mereka di dunia.

Berapa pun mangsa yang telah pergi, namun kita mengharapkan semoga setiap nyawa yang terkorban menjadi syahid fi sabilillah, pencetus doa-doa kebaikan dari seluruh pelosok negara, dan menjadi titik tolak muhasabah buat kita semua.

Buat yang terselamat, luka itu bukan sekadar di tubuh tapi di hati. Buat ayah bonda dan keluarga di kampung halaman, peluklah takdir dengan tabah, walau yang pulang kini hanya nama dan kenangan.

Semoga Allah merahmati mereka yang telah pergi, dan memberi kekuatan luar biasa kepada yang masih di sini.

Tiada apa lagi yang kita harapkan melainkan Allah hadiahkan syurga buat mereka yang telah pergi. 

Al-Faatihah

Kongsian,
Marfuza Zainal Abidin

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Kita tak tahu apa 'Rahsia Tuhan'
yang telah Dia siapkan untuk kita pada
hari ini, esok dan seterusnya.

Tapi apa pun ceritanya nanti,
kita usahakan untuk menjalani setiap
halaman dengan hati yang tenang
dan fikiran yang lebih matang.


🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Kita ni
takda apa-apa pun

Semua
Allah bagi pinjam

Kita ni cuma
musafir sekejap di dunia

Harta, nyawa bahkan
orang yang kita sayang

Semua
cuma pinjaman dari Allah

Bila-bila masa
boleh diambil semula

Jadi jangan terlalu
bangga bila diberi,

Jangan terlalu hancur
bila diambil.

Segalanya milik ALLAH

Bukan milik kita.


#admin

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

“Sebenci apapun manusia kepadamu, jika engkau berada dalam ketaatan, maka lambat laun kebencian itu akan berubah menjadi kecintaan.”

- Al-Habib Umar bin Hafidz -
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Kadang kita ni tertanya dengan diri sendiri...

"apakah aku mampu bertahan untuk lalui semua ni? Sedangkan semangatku dah semakin menghilang".

Ternyata jadi kuat untuk diri sendiri bukanlah semudah yang dikata. Banyak yang harus ditelan, dipendam meskipun ianya menyakitkan.

Ingatlah apapun yang bakal terjadi, apapun yang harus kita jalani, kita tetap yakin dengan ketentuanNya. Kita harus percaya, sampai waktunya nanti semuanya akan baik-baik saja.

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

"

tolong perluaskan lagi rasa sabarku YaAllah. Ujianmu sungguh indah tetapi sedikit diluar kemampuanku
"

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Kita tak sempurna,
Takkan sempurna.
Sebab itu Allah hadirkan bermacam
jenis ragam manusia untuk ajar kita.
Ada yang tegur, ada yang kutuk.
Ada yang sayang dan ada yang benci.
Inilah kehidupan duniawi.

-Uztaz Azhar Idrus-
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

📢 *SEMINAR ARAB UPKK KHAS UNTUK GURU-GURU*
🌟 Menjana Teknik Pengajaran Efektif & Menyantuni Keperluan Murid Abad Ke-21

Persatuan Misi Mumtaz UPKK menjemput semua guru-guru KAFA & UPKK untuk menyertai seminar istimewa ini bagi memperkasa pendekatan pengajaran Bahasa Arab menjelang peperiksaan UPKK 2025.

🎓 Butiran Program:
📆 Tarikh: Sabtu, 19 Julai 2025
🕗 Masa: 8.00 - 10.00 malam
💻 Platform: Google Meet (atas talian)

🎯 Apa yang bakal guru perolehi:
✅ Strategi pengajaran Bahasa Arab UPKK yang lebih menarik dan berkesan
✅ Pendedahan format terkini & analisa soalan
✅Modul pdf seminar
✅ Sesi interaktif bersama penceramah berpengalaman

✍️ Daftar sekarang & sebarkan kepada guru-guru lain ➡️
http://www.wasap.my/60145406056/SeminarArabGuruOnlineUpkk2025

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Setiap kali bergaduh, isteri yang salah…
Setiap kali marah, isteri juga salah…
Apa-apa pun yang jadi, isteri je yang salah…
Memang jahat sangatlah isteri kita ni…
.
Asyik buat silap je… tak pernah buat benda baik, semua benda jadi sebab dia…
Kita suami ni kononnya sempurna… hubungan kekal lama sebab kita… takde masalah sebab kita hebat sangat…
.
Tapi pernah tak kita fikir… mungkin sebenarnya kita yang salah…
Kita yang tak faham, kita yang mula semua ni…
Isteri jadi muram, sedih, marah sebab sikap dan perbuatan kita…
.
Tapi nak mengaku ke?
Nak minta maaf ke dekat isteri?
"Alah, aku ni suami… kenapa aku pulak nak minta maaf?
Dia yang kena minta maaf kat aku…
Walaupun aku yang salah, aku yang buat dia terluka, buat dia sedih…"
.
Suami yang bijak takkan fokus pada salah isteri je…
Suami yang adil takkan asyik salahkan isteri…
Kalau sampai bila-bila isteri je yang salah, maka betullah isteri kita sangat jahat…
Dan itu maknanya kita gagal sebagai suami sebab kita gagal nak didik, bimbing dan ajar dia untuk jadi baik…
.
Fikir-fikirkanlah…
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Jangan Penat Berdoa. Bila Rasa Hidup Kita Berat, Doakan Orang Lain

Kadang-kadang, doa yang kita kirim untuk orang lain, itulah yang paling cepat Allah makbulkan dan dalam diam, hidup kita pun mula berubah.

Pernah tak kita rasa macam ni?

Bila kita terlalu sedih, bila hidup terasa berat, bila kita pun tak tahu nak minta apa lagi dari Allah,

Tapi dalam semua itu, ada satu perkara yang luar biasa kuasanya,

Doakan orang lain.

---
Doa Dalam Kesedihan Bukan Tanda Lemah, Tapi Tanda Masih Berharap

Ada satu masa dalam hidup Kakcida, diuji bertubi-tubi.

Hati kecewa, kewangan sempit, kerja tak jalan, orang sekeliling pun tak nampak struggle kita.

Masa tu, nak berdoa untuk diri sendiri pun terasa berat.

Air mata pun dah tak keluar. Hanya mampu duduk diam, tunduk, termenung.

Tapi entah kenapa, Kakcida tergerak untuk sebut,

“Ya Allah, tenangkan hati orang yang sedang diuji hari ini. Lindungi mereka yang sedang rasa down.
Lapang rezeki sahabat-sahabatku yang sedang berjuang.”

Lepas tu, rasa dada jadi ringan sikit.

---
Kita Tak Tahu, Mungkin Doa Itu Patah Balik Kepada Kita

Bila kita mendoakan orang lain, tanpa kita sedar, malaikat pula mendoakan benda yang sama untuk kita.

Itulah janji Rasulullah ﷺ:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang tidak hadir akan dimakbulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang ditugaskan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan buat saudaranya,
malaikat itu akan berkata: ‘Amin, dan engkau juga akan dapat yang sama.’”
(HR. Muslim)

Tak mustahil,

Doa yang kita kirim untuk orang yang tengah sakit, Allah sembuhkan hati kita.

Doa kita untuk orang lain murah rezeki, Allah cukupkan keperluan kita.

Doa kita untuk orang lain bahagia, Allah tenangkan jiwa kita.

---
Doa Itu Senjata Paling Sunyi, Tapi Paling Ampuh

Jangan pernah rasa sia-sia bila berdoa.

Mungkin belum sampai waktu Allah nak makbulkan.

Mungkin ada halangan yang Allah nak buang dulu.

Mungkin kita sedang ditapis, supaya bila sampai waktunya, kita bersedia menyambut rezeki besar dengan jiwa yang lebih matang.

Tapi satu perkara yang pasti, doa tak pernah sia-sia.

---
Kalau hari ini awak penat,
Kalau hati awak penuh luka dan kecewa,
Kalau awak dah tak tahu nak minta apa lagi,

Cuba berhenti sekejap, dan doakan orang lain.

Doakan mak ayah. Doakan sahabat yang jauh.
Doakan orang yang pernah sakiti kita.
Doakan orang yang pernah kita cemburui.

Kerana kadang-kadang, bila kita tak tahu nak ubatkan diri sendiri, kita sedang sembuh dalam diam dengan mendoakan orang lain.

Jangan penat berdoa. Jangan putus berharap.
Kerana doa, walau satu patah, tetap sampai kepada Tuhan yang Maha Mendengar.

#Kakcida
Doa itu senjata mukmin. Gunakan senjata sebaiknya.

🤲

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Di saat kita tahu sesuatu yang membuat hati kita sakit. Berhentilah mencari tahu..

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Terimalah setiap apa yang Allah berikan. Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk mu.

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Asas Kehidupan Muslim

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رضي الله عنه، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَوْصِنِي. قَالَ: أُوصِيكَ بِتَقْوَى اللَّهِ، فَإِنَّهُ رَأْسُ الْأَمْرِ كُلِّهِ. قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، زِدْنِي. قَالَ: عَلَيْكَ بِتِلَاوَةِ الْقُرْآنِ، وَذِكْرِ اللَّهِ، فَإِنَّهُ نُورٌ لَكَ فِي الْأَرْضِ، وَذُخْرٌ لَكَ فِي السَّمَاءِ

Daripada Abu Dzar al-Ghifari RA berkata, Aku berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat." Baginda bersabda: “Aku wasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia adalah pokok segala urusan.” Aku berkata lagi: “Tambahkan lagi untukku.” Baginda bersabda: “Hendaklah kamu sentiasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah. Sesungguhnya ia adalah cahaya untukmu di bumi, dan simpanan untukmu di langit.” (HR Ibn Ḥibbān No: 361) Status: Hadis Sahih

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Amalan Asas Masuk Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الجَنَّةَ، قَالَ: «تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ المَكْتُوبَةَ، وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ المَفْرُوضَةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ» قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ أَزِيدُ عَلَى هَذَا، فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا

Daripada Abu Hurairah RA bahawa seorang Arab Badwi telah datang menemui Nabi SAW lalu bertanya: "Tunjukkan aku kepada suatu amalan yang jika aku melakukannya, aku akan masuk syurga." Nabi SAW menjawab: "Kamu menyembah Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat yang difardukan, menunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadan." Lelaki itu berkata: "Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, aku tidak akan menambah apa-apa (di luar amalan ini)."Setelah lelaki itu pergi, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin melihat seorang lelaki daripada ahli syurga, maka lihatlah kepada lelaki ini."  (HR Bukhari No: 1397) Status: Hadis Sahih

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

. اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematian mereka ya Allah.. lapangkanlah kubur mereka , jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal mereka dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga mereka , semoga kesemua arwah yang terlibat di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

🤲🏻آمِّيـنَ آمِيْنَ يَارَبَّ الْعَالَآمِيْنَ

بِسْــــــــــــــــــــــمِاللّهِالرَّحْمَنِالرَّحِيْمِ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Sebab tu orang tua selalu pesan…
Waktu tengah marah, jangan cepat melatah.
Jangan terus keluar rumah. Jangan tinggalkan pasangan dalam keadaan tergantung. Sebab kita tak tahu… adakah itu kali terakhir kita lihat wajahnya?

Kadang kita terlalu penat, sampai tak nampak pasangan kita pun sama letih.
Suami keluar pagi balik malam, redah hujan panas demi sesuap rezeki.
Isteri di rumah, peluk anak sambil pendam luka di dada.
Dua-dua letih. Tapi bila marah mula berbicara, kata-kata jadi senjata…
Dan bila yang kita sayang pergi tanpa sempat minta maaf…
Hati kita takkan pernah sama lagi.

Bertengkar itu normal. Tapi jangan biar ego jadi punca kehilangan.
Kadang, bukan rezeki yang tak cukup…
Tapi sabar kita yang terlalu nipis.

🤍 Peluk pasangan kuat-kuat malam ni.
Kalau penat, rehat. Kalau kecewa, bincang.
Tapi jangan tinggalkan… dalam keadaan marah.
Sebab nanti, yang tinggal cuma rindu dan ‘kalau’ yang menyakitkan.

Kredit : Irdina Hanif

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

📌

Sebutlah yang baik-baik ,
agar yang baik-baik datang pada kita .

Fikirlah benda yang baik-baik ,
agar yang baik-baik datang pada kita .

Doalah yang baik-baik ,
agar yang baik-baik datang pada kita .

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Mensyukuri Nikmat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.” (HR Muslim No: 2963) Status: Hadis Sahih.

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Takdir Allah selalu baik Dan Manis. Walaupun perlu menangis dulu..

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Setiap hal buruk yang orang buat pada kita, bila kita sabar & redha, cepat atau lambat. Allah sendiri yang akan tunjukkan.. Tak perlu gigih nak buktikan yang kita ni baik dan tak salah, ada rezeki Allah bagi kita "tonton" semuanya, berlapang dada. Allah ada.

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Amalan Paling Afdhal

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ ‏"‏ الصَّلاَةُ لِوَقْتِهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَىٌّ قَالَ ‏"‏ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَىٌّ قَالَ ‏"‏ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏"‏

Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan amalan apakah yang paling afdhal, lalu Baginda menjawab: “Solat pada waktunya.” Kemudian aku bertanya lagi, apakah amalan yang seterusnya? Jawab Baginda: “Berbakti kepada kedua ibubapa.” Kemudian aku bertanya, apakah lagi seterusnya? Jawab Baginda: “Berjihad di jalan Allah.” (HR Bukhari No: 85) Status Hadis Sahih

Читать полностью…
Subscribe to a channel