Nukilan ini sebagai coretan rasa bila mana bibir sukar melafazkan kata lantas diabadikan dalam bentuk tulisan semata-mata. Official bot : @Nukilanterpendam_bot 🌟 — 181117 —
:: MENCINTAI BAYANGMU ::
Kala hariku mendung,
Kala hariku dibadai,
Luluh sepi jiwa dan hati ini,
Aku mendakap tubuhku,
Mengalir permata ini,
Hingga ke alam mimpi.
Aku khuatir, siapakah kamu yang hadir setiap kali hancur hatiku ?
Sentiasa menghiburkan aku,
Sentiasa mendampingiku,
Sentiasa menceriakan aku,
Setiap baja yang kau taburkan, menyemarakakkan kuntuman bunga-bunga dalam hati ini,
Susukmu aku pasti,
Senyuman mu terukir indah,
Berbaju melayu putih keperakan,
Bayangmu tidak jelas,
Tetapi... Cukup membahagiakan aku dari realiti.
Jika kamu wujud...
Aku pasti menunggu cintamu
Akan ku sentiasa mendoakan kamu berjaya,
Sementara aku di sini memperbaiki diri.
Gila bukan ?
KunFayakun... Hanya Allah yang MAHA MENGETAHUI makna tersirat ini.Nukilan : lilttle sunflower
🌻
🌹💕
@nukilanterpendam
:: Aku Adalah Aku ::
Entah aku pun tidak tahu.
Bagaimanakah ingin mencungkil watak empunya.
Begitu banyak tanda soal bermain di kepala.
Terlalu leka hingga merumitkan jiwa.
Bertafakur sekejap kembali teringat.
Aku dahulu bukan yang sekarang.
Itu pada fikiran mereka.
Sedang diri masih lagi tertanya-tanya.
Siapa aku sebenarnya?
Watak diri acap kali bertukar ganti.
Entah - atas faktor keperempuanan barangkali.
Aku juga tidak pasti.
Namun andai dinilai secara kendiri.
Dapat juga aku menyimpulkan -
Bahawa aku tetap seorang aku.
Aku takkan sama dengan yang lain.
Kerana apa?
Ya, aku adalah aku.Nukilan : adikdiary
🌹💕
@nukilanterpendam
Terima kasih pengubat rindu,
Aku pulang dulu,
Moga saja di lain-lain waktu,
Tak lagi saling ketemu,
Bertatapan mata lagak selalu,
Agar kelak terbiasanya aku,
Menjalani hidup tiada kamu.
Biarkan saja hati ini merindu,
Terus menunggu tak kunjung jemu,
Setidaknya tak bersambutan palsu,
Nantikan pasti jua gugur melayu,
Terkubur sedalam-dalam kalbu,
Tanpa sebarang penanda mercu,
Moga lenyapnya bisa mengusir sendu.
Bukannya tak lagi setia —
Cuma belajar mengikhlaskan saja,
Kamu yang bukan kupunya.
🙂🍂
@nukilanterpendam
Andai kamu hilang selamanya,
Tak mungkin kuhapus jaya,
Cukup mereka maklum bahawa,
Hadirnya aku ke dunia,
Hanya kerana kamu ada.
Meskipun suatu saat nanti,
Rambutku telah memutih jadi,
Tak akan mungkin walau sekali,
Aku membuatmu merintih sepi,
Kerana kamu sang bidadari,
Sentiasa melekat dihati,
Tanpa harus dipaksa ganti.
Saat terindah bersamamu —
Selamat kupasak dalam kalbu,
Buat penawar dikala rindu.
Selamat Hari Ibu,
I love you.
🌹💕
@nukilanterpendam
Jika ada yang baik terhadapmu,
Jangan artikan itu sebagai tanda,
Jika dia menyukaimu.
Jika ada yang sayang terhadapmu,
Jangan artikan itu sebagai tanda,
Jika dia mencintaimu.
Belajar bersikap biasa-biasa saja,
Apa adanya;
Jangan berlebih-lebihan.
Belajar menerima,
Sikap seseorang dengan “sekadarnya”,
Agar penerimaan baikmu,
Tak menyakitimu,
Di titik akhir.Nukilan : Yusuffilasafa
🙃🍁
@nukilanterpendam
Biarlah rinduku berterbangan pergi,
Supaya aku tidak lagi menanti,
Menanti insan yang ku sayangi,
Tapi kini terkubur mati.
Resah aku menahan gelisah,
Dicuba benci tapi tak jadi,
Tidur tak lena mandi tak basah,
Teringat dia si pujaan hati.
Bertahun aku menunggu khabar,
Munculnya engkau dengan kekasih baru,
Kenapa aku masih bersabar ?
Mungkin aku masih mencintaimu.
Cukuplah hati jangan difikir lagi,
Padamlah dia dari kotak hati,
Mungkin susah untuk dilupai,
Tapi aku cuba untuk mengharungi,
Tabahlah hati.
:: Tabah ::Nukilan : Gadis Tisu🍃
2130 / 071216
🙂🍂
@nukilanterpendam
“Lelaki semua sama,
Dah dicuri hati tetapi dibuang merata.”
Itu kata kawan saya.
Tapi kata saya,
“Tak semua lelaki sama,
Hati perasaan pun dah berbeza,
Ini pula perangainya.”
Eh, belum kena lagi,
Dah kene tahulah kau nanti,
Bukan saya membela lelaki,
Tapi dia bukan awak punya suami,
Sekadar teman lelaki yang penuh dengan janji tak pasti.
Ni nak cerita,
Bukan awak je bercinta,
Saye pun pernah bercinta tapi dah lama.
Hahahahahahaha.
Pernah dulu jatuh,
Hati rapuh,
Jiwa hancur,
Jantung terluka,
Air mata toksah duk kira,
Habis basah kain baju yang ada.
Tapi saya bangkit,
Mungkin ada yang lebih baik,
Ya ya, perpisahan tu sakit.
InsyaAllah, Allah dah kirim jodoh yang terbaik.
Ni nak pesan lagi,
Jangan asik salahkan lelaki,
Ayah kita kan laki laki,
Tengok, macam mana dia layan isteri,
InsyaAllah, boleh kite contohi.
Tangan leka manaip ditemani angin bayu,
Pikir kenangan yang lalu,
Hai hati, dah dahla pikir nanti rindu,
Sedangkan dia bahagia dengan kekasih baru.
Dari tadi asyik laki laki,
Takut pulak kaum hawa terguris hati,
Awak awak, maaf ye kalau ada terasa hati,
Tak cukup sepuluh jari,
Akan saya tambah dengan jari kaki;
Saya mintak maaf sekali lagi.
Okay lari. 💕
:: Lelaki ::Nukilan : Gadis Tisu
🍃
💞✨
@nukilanterpendam
🍯
Madu...
Madukan...
Manis.
Semanis awak yang menghiasi kehidupan saya 😉
Hidup ...
Kalau dimadukan ni dah ibarat sebuah kewajipan seseorang insan..
Sebab realiti kehidupan !
Madukan cinta tuhan dengan mengejar keduniaan.
Betul, tak ?
Madukan hati dengan meletakkan insan yang tak pasti dimiliki,
Membuatkan madu tadi menjadi racun,
Menghancurkan diri,
tanpa disedari.Nukilan : Nur Iffah Irdina Nazaruddin
🙂🍂
@nukilanterpendam
Iya akhiri saja,
Setidaknya aku telah berjuang,
Meski pada akhirnya,
Aku yang ditendang,
Terdampar layu bongkang.
Izinkan aku untuk menyerah,
Biarkan aku melepaskan lelah,
Bahkan aku juga sudah kalah,
Dengan mimpi yang kian meratah,
Memalu hati diselubungi gundah.
Senja punya cara indah —
Untuk beransur perlahan pergi,
Namun kamunya sendiri ?
🙃🍁
@nukilanterpendam
Kamu sering membisu,
Tinggalkan aku sendirian kelu,
Tergapai-gapai mencari temu,
Ke mana harus kutuju,
Menggali usir tiap sendu.
Apakah aku yang bersalah ?
Menanti tiada lelah,
Tetap bertahan menepis helah,
Benarnya tak pernah indah,
Namun izinkan aku terus bermadah,
Merawat segala luka bernanah,
Angkara kamu yang kejam meratah.
Tidak mengapa aku ikhlaskannya —
Mungkin begini saja caranya,
Kamu bisa merasakan bahagia.
🙂🍂
@nukilanterpendam
Aku sendiri,
Terbiasa bertemankan sepi,
Hari-hariku yang kujalani,
Yang biasa saja melengkapi,
Kini sunyi sebagai penenang hati.
Aku masih di sini,
Berjalan sendiri memerhati,
Keramaian kota aku nikmati,
Ditemani secangkir kopi,
Usaha mengusir resahnya sanubari.
Aku yang menulis ini —
Ketika hujan dan airmata selari,
Turun bersama dek tertusuk duri.
🥀🍂
@nukilanterpendam
Aku nak sangat bagitau yang aku rindukan kau,
Aku nak sangat chat kau,
Aku nak sangat bagitau yang aku sayang sangat kat kau,
Tapi aku tahu kau akan endahkan aku,
kau akan bluetickkan aku,
kau jauhkan diri kau dari aku;
Kau tak pernah kisah pasal aku,
Sakit sangat.
~Luahan terpendamNukilan : Manusia tanpa nama
🥀🍂
@nukilanterpendam
Aku masih di sini,
Terpacak tegak berdiri,
Menanti kamu kembali,
Menyatukan hati kita lagi,
Kemaskan pautan kukuh pateri.
Tampak gayanya,
Diri ini sendirian saja,
Sabar meraih janji lama,
Menunggu tiada lelahnya,
Meski sudah genap berjuta,
Bicara kamu menegah rasa,
Katamu aku hanya menyiksa jiwa.
Apa sudah berlaku ? —
Kisah kita kian berakhir tuju,
Namun aku tetap jua merindu ?
🥀🍂
@nukilanterpendam
Aku tetap di sini,
Masih setia seperti ini,
Dengan segala visi dan misi,
Dek patahnya tunggak diri,
Yang selama ini kamu curi.
Mengertikah kamu rasa di hati ?
Lebih sakit dari alami,
Tertusuk sang belati,
Yang namanya rindu sendiri,
Tak bersambutan kembali,
Dan cuma maklum akan pergi,
Namun entah bila tergantung jadi.
Semalam itu hanya memori —
Yang aku jahit berkali-kali,
Dan kamu hanya memandang sepi.
🥀🍂
@nukilanterpendam
:: Dia, Si Ceria ::
Jatuh tersungkur menimpa batu.
Tajam menusuk kulit membuat aku meraung.
Tatkala orang lalu-lalang sekadar memerhati.
Tiada - biarpun seorang mahu memberi tangan.
Begitulah perasaan halus pada sudut terdalam batinku.
Apa yang manusia sekelilng tahu hanya zahirku.
Aku menangis meraung, tiada yang tahu.
Sekadar melihat aku seperti tiada sedikit pun masalah.
Ketawa, senyum tak lekang bahkan terlihat ceria sentiasa.
Sedang di hati pada saat itu.
Menahan, menahan dan terus menahan.
Kesakitan demi kesakitan yang tak pernah berhenti bertandang.
Mencabar tahap kesabaran.
Namun aku cuba juga.
Biar tiada siapa yang tahu kesakitan ini.
Biarlah sekadar Yang Esa mengerti.
Andai suatu saat empangan air mata tak tertahan lagi.
Di khalayak ramai bisa saja ia pecah melimpah.
Asbab hilang sudah rasa 'ketahanan'.
Kekuatan mula beransur hilang.
Orang yang kau lihat bahagia bertukar merana.
Percayalah, dia telah lama menyimpan.
Biar ditimpa ujian bertalu-talu, tapi dia tetap terus menyimpan.
Cuba mengatasi dengan sebaiknya.
Pergantungan pada Yang Esa.
Sahajalah tempat Dia mengadu rintih.
Dia tak kuat dia juga penat.
Tapi dia cuba untuk kelihatan ceria.
Agar tiada hati yang sedih tatkala melihatnya berduka.
Ya dialah - Si Ceria.
Nukilan : adikdiary,
🙂🍂
@nukilanterpendam
:: Takbur ::
Bangga mendabik dada
Punya kelebihan pada setiap segi
Ingin disebar biar semua tahu
Biar semua tunduk hormat padamu.
Adakah populariti itu kegilaanmu?
Ingin terlihat hebat pada mata dunia
Mungkinkah tiada lain yang kau mahu?
Mencari publisiti di merata-rata
Tiada lain selain mahu mengejar status
Malu - ke mana pergi?
Sedarlah diri.
Jangan berani mendongak langit
Sedang kau masih berpijak di muka tanah
Lupakah diri asalnya tanah?
Dan kembali juga kepada tanah?
Nukilan : HisSlave,
🥀😌
@nukilanterpendam
Entah kenapa dan mengapa,
Hati ini kosong-kosong saja,
Hampa gundah mencengkam jiwa,
Meski ku yakin masih ada cinta,
Namun aku tidak bisa,
Merasai akan kehangatan wujudnya,
Seakan-akan tak pernah ada.
Sunyi sendirian sepi,
Apakah ini yang disebut hati,
Yang sudah melayu mati ?
Tanpa arah tujuan pasti,
Hanya harapan yang tetap di sini,
Kekal tak kunjung lari,
Walau sudah berkali kuusir pergi.
Aku bingung mencari —
Jalan mana harus ku jejaki,
Dan rasa apa yang kini aku alami.
🥀😌
@nukilanterpendam
TEGUR atau HINA ?
- Teguran memberi kebaikan.
- Penghinaan memberi keburukan.
Kedua-dua ini memberi perbezaan ketara untuk individu.
Jelas berhadapan teguran dilontarkan,
Mungkin tampak insaf dek kematangan,
Hati berhubung mahu menerima perkataan,
Percaya dihadam itu keutamaan.
Hina manusia sedangkan diri terhina,
Khilaf insan didorong pembunuhan kata,
Mahu diterima dimuntah sebaliknya,
Tindakan mati sejurus hidangan gurisan.
Jadi, Pilihan di tangan anda.
TEGUR atau HINA ?Nukilan : AfizanAzhar
🍁
🙃🍁
@nukilanterpendam
Izinkan aku menyendiri seketika;
Mencuci rumah yang pernah disinggahi,
Namun akhirnya ditinggal sepi,
Bahkan kamu perlakukan lagak sendiri,
Dan kamu kotorinya sesuka hati.
Tenang - tenang saja,
Seusai ruang dibersih sita,
Maka ku akan siap menerima,
Datangnya tamu yang baru pula,
Dan percuma untuk dihuni sewa.
Dan kuharapkan —
Agar tamu itu tiada terniat,
Mengotori rumah itu kembali.
🙂🍂
@nukilanterpendam
Wahai lelaki,
Hati-hati dalam menabur janji,
Bukan takat nak jaga hati,
Haritu cakap nak beli coki coki pun tak tunai lagi.
Jangan dibuat main dengan perempuan,
Ya tahu, salah sikit dia akan ingat,
Dah tu kau lupa ke yang kau janjikan,
Nak setia sampai mati, ya tak ?
Perempuan hatinya tisu,
Mudah koyak,
Cepat sangat rabak,
Tapi dia comel tahu.
Bukan saja memuji,
Tapi nok kabo sungguhti,
Yang perempuan ni mudah terasa hati,
Jadi kau jaga hati-hati.
Eh tak sampai lagi,
Sebenarnya macam ni,
Nak cakap la ni,
Kau koyak rabak macam mana pun dia punya hati,
Dia tetap bangkit mengutip serpihan hati sendiri.
Tak sampai lagi ?
Adui macam mana ni,
Nak cakap perempuan ni,
Hatinya tabah tapi tak sekuat laki laki.
Tak faham lagi ?
Babai 😂
:: Perempuan ::Nukilan : Gadis Tisu
🍃
🌸🍃
@nukilanterpendam
Jiwa berparut angkaramu,
Hati tercalar keranamu,
Akan kuingat setiap bicaramu,
Walaupun telah lama kian berlaku.
Bisik hati kerana pedih,
Jiwa menangis kerana letih,
Bukan aku menagih kasih,
Tapi kerana dah lama aku bersedih.
Bertahun menahan luka ini,
Tidak pernah sekali kau peduli,
Hanya kau tahu maki dan caci,
Tapi hanya Allah yang membaca isi hatiku ini.
Bukan aku dendam,
Bukan aku pendam,
Tapi aku;
Menahan luka dalam diam.
:: Luka ::Nukilan : Gadis Tisu
🍃
🥀😌
@nukilanterpendam
Aku tahu kamu sakit,
Aku tahu semua itu pahit,
Aku tahu lukanya memerit,
Dirobek tanpa sebarang pamit,
Siapa saja bisa menahan jerit ?
Meski bukan aku yang alami,
Tetap aku terbayang pasti,
Betapa dalamnya ditikam lari,
Oleh insan yang disayangi,
Setulus ikhlas sanubari,
Dan mereka yang dipercayai,
Hingga tak terjangkau mati.
Moga-moga saja —
Jiwamu kuat kembali sedia,
Berjuang meraih setitis bahagia.
🌸🍃
@nukilanterpendam
📝 What is true love ?
Just describe it in one word, can you ?
icha: Him
Najwa Maisarah: Broken
aina: Perfection
aisyahhlaila: trust
zeeyaa: Allah
qih: loyalty
Nr. Shfk4__ Nr. Shfk4__: Trust❤️
Asfbtch: Honest
Nik: sacrifice
Natasya Azlan: Loyalty
Mrs Aulia 💕: ACCEPTED 💕
Husna: Sincerity
Natrah Assiyda: Love is lie
Nxfiz: Fight ..
Hadi: Honesty
itsaffa: Not fake
Dhamirah Hanis: Crying
Jue: Forever
Solehaaaahaha💃🏼: Man❤️
Donut 🍩: Coherent
Tyra 💕: Attention
NURUL NAZIHAH: communicatio 😊
Haiqal Farith: Allah SWT
melavender: Loving each others
tyqka: Honesty
amlnaqstnaa .: Have trust and loyal with each other ❤️
Safika Shawal: Understanding
LXXIX: Honesty
qih🐰: trusted
syra🌼: Trust❤️, attention🙆🏻♀️ , honesty🌸 & fight for the relay💪🏼😊
Syamimi Syahirah: Haschen
Ameerah: Love (itself) 💜
Zul Shah: When you and her understand each other
Nur Ain: Complete each other
Kopi campur 100 plus: Ngarut
farhain 🌹: Allah and Rasul ❤
hashaa,: Loyalty ❤
Fatin Nursyafiqah: Love with one person
ky: communication
min: truelove is no fake friends
hajaramirah: You and your partner understand each other
girl: us❤️
Sh4: Eternal love is not a "myth".
Icha Blank: Loyalty☺️❤️
All Ilhan: FAKE
mtyt: loyalty
`Aliaaaaaa: Lie
Ros Shahira: Trustness❤️
Annisa Hardy: COMPREHENSION
Anna: infinite
Jan: Matured in relationship
Nowal: Honesty 🍉
Aziem Harith: everything
🌿: Allah
Tqa: Family
PjeyNick💕: Trust each other
zaahanie: trust and the ways they accept❤
Puyie Azreza: Allah n our prophet nabi muhammad SAW
Afaa: Complete each other with married. Not couple.
ZDiya Kosmetik: love is something that u can feel but cannot touch ..
ذيدة الحسنى: Have trust each other and loyal
Ashzra Joshua: ALLAH SWT AND PARENTS
nurain 🍃❤: loyalty
Yaya Sarah: Love Allah S.W.T
🌻lover: Melengkapi. Perfect!
alfskndr: we have feeling to her, want take care of her.we comfortable when stay together n last interesting bout their lifestyle.
Amer Daus: Appreciate
👥 67 people have voted so far
Sempatkan waktu kembali,
Untuk mengingatku sekali,
Meski kita tiada lagi,
Utuh bersama menyemai janji,
Dan jiwa jua bercerai mati.
Jangan pernah kamu lupa,
Bahawa aku adalah juga,
Bahagian dari air mata,
Yang dulu pernah menyapa,
Hangatnya pipimu serasa,
Lalu tanpa sebarang bicara,
Kamu jatuhkan ke alas bumi nyata.
Kini tinggal hanya ada aku —
Sekarang menikmati kesendirian,
Dengan beberapa kepalsuan senyuman.
🥀🙂
@nukilanterpendam
Setiap harinya adalah minggu,
Tak pernah terlepas waktu,
Melangkah bersama rindu,
Tak terkira sudah beribu-ribu,
Titisan air mata mengalir laju,
Menghangatkan pipiku,
Saat aku hilang kamu.
Maafkan diri ini,
Mungkin aku saja hingga kini,
Yang masih punya hati,
Sedang jiwa kamu telah mati,
Berlalu pergi sendiri,
Tinggalkan memori di sini,
Tanpa aku sedari.
Sejujurnya —
Aku masih setia,
Menanti kamu tiada lelahnya.
🙃🍁
@nukilanterpendam
Apa khabar kamu ?
Insan yang aku rindu,
Rasa yang kian menggebu,
Hasrat yang tak kunjung temu,
Harapnya bahagia selalu,
Meski tiada lagi diriku,
Di samping kamu membisu.
Duhai jiwa,
Usah merintih lara,
Usah kamu tangisi semua,
Kisah kita telah lama,
Terkubur dek pahitnya dusta.
Doakan saja —
Terhapus segala derita,
Bersama insan pilihanNya.
🙂🍂
@nukilanterpendam
Cinta racun berbisa,
Membunuh jiwa ,
Menyemat dendam,
Cinta racun berbisa,
Membunuh tawa,
Hilang tenteram,
Cinta juga penawar,
Penghilang duka,
Penghilang resah,
Cinta juga penawar
Penghapus luka,
Pemadam amarah,
# pls noted : Semoga kita mencintai
orang yang layak untuk dicintai
Bukannya racun yang membunuh kita sehingga jadi benciNukilan : Shah
🌸🍃
@nukilanterpendam
Kali ini aku akan mengabaikanmu.
Bertahan sama dengan membodohi diri sendiri.
Pergi dan mengabaikanmu sama dengan membohongi isi hati.
Tak mudah untuk pergi darimu.
Tak mudah untuk mengabaikanmu.
Nyatanya hati ini masih tertuju padamu.
Namun kini menunggumu pun tak berguna.
Mencintaimu pun bukan lagi hakku.
Ku ingin pergi namun ku tak sanggup.
Mungkin doa lah kuncinya.
Jika kamu memang jodohku kamu akan kembali kepadaku.
Namun jika kamu bukan jodohku kamu akan pergi jauh dariku.
Dan moga Allah memudahkanku melupakanmu.Nukilan : kalamberhijrah
🥀😌
@nukilanterpendam