littleqowiy | Unsorted

Telegram-канал littleqowiy - The Little Qowiy

64

"Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat" sebaik-baik manusia adalah memberi manfaat kepada yang lain

Subscribe to a channel

The Little Qowiy

Kami menyeru kepada seluruh umat Islam untuk memanjatkan doa dan pengharapan kepada Allah demi kesejahteraan saudara kita di sana sebagai solidariti mempertahankan bumi Palestin.

Selaku umat Islam, kita umumnya mengetahui bahawa sesungguhNya doa adalah senjata orang mukmin. Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di Palestine ☝🏻

Читать полностью…

The Little Qowiy

sebaik-baik idola adalah junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W☝🏻🤍

اللهم صل على سيدنا محمد

Читать полностью…

The Little Qowiy

Mari perbanyakkan selawat pada Baginda Saw pada hari Jumaat ini.

Kita selawat tanda kita sedang belajar mencintainya melebihi dari diri sendiri. Orang yang cinta pada Nabi, takkan mungkin cakap pada mulut sahaja, tapi dibuktikan dengan selawat dan beramal dengan sunnahnya yang benar.

"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku."

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه وسلم❤️❤️

Читать полностью…

The Little Qowiy

semoga bermanfaat🍃
#qowiy

Читать полностью…

The Little Qowiy

Viral dekat tiktok saya baca, ada orang kata "Turkey dengan Syria banyak maksiat. Sebab tu Allah azab depa dengan gempa bumi!"

Astaghfirullah!!! Jangan cakap macam tu! KITA BUKAN TUHAN!!!!!

Jangan mudah-mudah melabel macam tu! Diri kita sendiri banyak dosa tak fikir pulak? Ya Allah..

Patutnya saat macam ni kita kena bersimpati. Dah lebih 20,000 kematian dilaporkan dan lebih 66,000 yang cedera. Mereka sedang diuji😭😭

Kalau tak mampu nak bantu pun, jagala mulut tu. Sensitif la sikit. Ya rabb..

Sahabat sekalian? sempena hari JUMAAT yang mulia ini, saya nak ajak untuk sama-sama kita buat SEDEKAH JUMAAT untuk beri bantuan kecemasan buat saudara kita di Turkey dan Syria yang diuji dengan gempa bumi.

Nak sedekah RM5, RM10, RM50, RM100, terpulang apa yang kita mampu. Mereka disana sangat perlukan bantuan dari kita.

InsyaAllah team @komunititarbiahsentap telahpun buat kerjasama dengan NGO di sana untuk disalurkan bantuan buat mereka.

TEKAN LINK DI BAWAH SEKARANG untuk beri sedekah bantuan kecemasan. Moga Allah balas dengan syurga🤲🥺❤️

👇👇

https://ezy.la/gempadibumiTurkiye

https://ezy.la/gempadibumiTurkiye

Читать полностью…

The Little Qowiy

اللهم صل على محمد (10x)

Читать полностью…

The Little Qowiy

Rasulullah s.a.w mengajarkan antara doa apabila keluar rumah:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

3. Barang siapa membaca doa di atas ketika keluar rumah dia akan mendapat petunjuk, dicukupkan keperluannya serta akan mendapat penjagaan (perlindungan), disamping syaitan akan menjauhi darinya. Jangan lupa amalkan ya ☺️📝

Читать полностью…

The Little Qowiy

semoga bermanfaat 📝

Читать полностью…

The Little Qowiy

📍 rasulullah ﷺ mengajarkan zikir ini pada Hari Arafah. jom amalkan.


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir

Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Читать полностью…

The Little Qowiy

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Читать полностью…

The Little Qowiy

Pada saat kita mula berhijrah, jangan pedulikan apa yang orang kata.

Didik hati untuk tidak bergembira bila dipuji dan tidak susah hati apabila dikeji.

Tenang sahaja. Yang penting Allah suka.

- Prof. Dr. Muhaya -

Читать полностью…

The Little Qowiy

jangan lupa selawat 🤍🥷🏻

Читать полностью…

The Little Qowiy

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا.

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Читать полностью…

The Little Qowiy

" Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa "

(Riwayat at-Tirmidzi)

Читать полностью…

The Little Qowiy

hidup memang penuh dengan ujian yang hebat-hebat belaka. selagi kita hidup selagi itulah Allah akan hadirkan ujian dekat kita. bukan tandanya Allah tak sayang, sebab Allah sayanglah Allah uji...

tapi,
percayalah, pertolongan Allah itu sangat dekat. yakin pada Allah. ada sebab mengapa Allah hadirkan ujian dekat kita. sangka baik pada Allah.


#kuatkeranaAllah💌

Читать полностью…

The Little Qowiy

"Orang yang menyebarkan selawat diantara umat manusia (mengingatkan orang untuk berselawat kepada Rasulullah ﷺ ) dia akan menjadi orang yang paling dekat dengan ﷺ." -Habib Umar bin Hafiz.

اللهم صل على سيدنا محمد

Читать полностью…

The Little Qowiy

salam jumaat 🌤

jangan lupa untuk perbanyakkan selawat keatas baginda nabi muhammad saw. semoga kita akan dihimpunkan bersama rasulullah saw di syurga kelak . aamiin 🤲🏻

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Читать полностью…

The Little Qowiy

Orang yang banyak berselawat ke atas Nabi Saw akan mendapat rahmat dari Allah.

Rahmat itu luas maksudnya. Boleh jadi keampunan. Boleh jadi dapat rezeki tak disangka-sangka. Keajaiban itu dirasai oleh orang yang benar-benar beramal.

Читать полностью…

The Little Qowiy

Jom kita bantu sebarkan ☺️

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Читать полностью…

The Little Qowiy

Amalan Sunat Hari Jumaat 🤍💌

- Sedekah
- Mandi Sunat
- Bersugi/ memberus gigi
- Memotong kuku
- Pakai pakaian yang bersih ( digalakkan memakai warna putih )
- Berwangi-wangian
- Datang awal ke Masjid
- Memperbanyakkan selawat
- Solat sunat , Doa dan Zikir
- Baca Surah Al-Kahfi

ما لا يدرك كله، لا يترك كله"
Jika tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

Читать полностью…

The Little Qowiy

walaupun kita bukan orang baik, banyak buat silap, kita KENA TETAP SOLAT juga.

#SolatItuWajib
#slowlybutsurely👐🏻

Читать полностью…

The Little Qowiy

Bismillah,

Kita hidup didunia ini jangan mudah terkesan sangat dengan apa yang manusia katakan atau apa yang mereka lakukan pada kita, sebab tujuan kita hidup semata untuk cari redha Allah, bukannya nak cari redha manusia...Jadi kena bangkit!!! kena semangat balik hiraukan apa yang manusia katakan sebab hanya Allah ja tahu akan kehidupan kita bagaimana 🫶🏻🥹🥰 Wallahi Allah sentiasa bersama dengan kita dan Allah Maha Mengetahui🤲🏻

#KuatKeranaAllah❤️
#Bangkit!!!

Читать полностью…

The Little Qowiy

" Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab bagi seseorang hamba pada Hari Kiamat ialah solatnya.
Jika solatnya baik,maka dia akan menang dan berjaya.
Sekiranya solatnya itu rosak,maka dia akan binasa dan rugi. "


(Riwayat at-Tirmizi)

Читать полностью…

The Little Qowiy

jom esok puasa sama-sama🫶🏻

Читать полностью…

The Little Qowiy

Masa depan itu rahsia Allah.

Masa sekarang ini ujian dari Allah.

Apa yang kita ada sekarang itulah yang paling terbaik untuk diri kita. Hargai nikmat susah dan senang.

Tiada kenikmatan yang lebih nikmat selain memandang kepada sang pemberi nikmat.
‎
‎لا إله إلا الله

Salam Jumaat Barakah!

Читать полностью…

The Little Qowiy

[ROAD TO RAMADAN 1443H]

Malam Nisfu Syaaban

‎عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:"يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ"

Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2. Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan sesama mereka.

3. Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana Nabi SAW bersabda:

‎عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ

Daripada 'Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi', baginda bersabda: " Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?" saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670) Status: Hadis Daif

4. Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).

5. Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus. Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam juga mempelbagaikan doa dan zikir.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa. Khususnya di waktu musibah Covid 19 yang masih belum reda ini kita mohon agar dijauhkan dan diangkat musibah ini.


- Akademi Darul Iftak -

Читать полностью…

The Little Qowiy

Mana Lebih Utama

Membeli buku berharga RM 25.00 terasa mahal. Tapi pergi café atau restoran sekali duduk makan RM 30.00 seorang dianggap murah! Sedihnya, keperluan membesarkan perut lebih utama daripada urusan menajamkan minda!

Membaca al-Quran setengah jam terasa lama. Membaca WhatsApp, melayari internet berjam-jam mengadap HP atau computer, macam sekejap je! Sedihnya, keperluan memuaskan nafsu dan hiburan lebih utama daripada membersihkan hati yang berkarat.

عَنِ ابن عُمَرَ رَضَيِ اللٌهُ عَنهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللٌهِ صَلَيِ عَلَيهِ وَسَلٌمَ اِنٌ هذِهِ القُلُوبَ تَصدَأ الحَدِيدُ اِذَا أصَابَهُ المَاءُ قِيلَ يَارَسُولَ اللٌهِ وَمَا جِلآوُهَا قَالَ كَثُرَةُ ذِكرِ الَموتِ وَتلآوَةُ القُرانِ. (رواه البيهقي في شعب الإيمان)

Daripada Abdullah bin Umar RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya hati ini berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air." Baginda ditanya "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya?" Rasulullah SAW bersabda, "Perbanyakkan mengingati mati dan membaca Al-Quran ." (HR. Al-Baihaqi)

Pergi ke masjid solat berjamaah, sepuluh minit terasa panjangnya imam membaca surah dan wirid. Lepak ngopi di warung sejam dua sambil bersembang dan mengumpat, rasa tak puas. Sedihnya, berada di warung yang tidak dijanjikan syurga lebih utama daripada rumah Allah yang dijanjikan naungan kepada pengunjungnya di hari Kiamat.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ …..وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ ….

Daripada Abu Sa'id RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh (golongan) yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya; … orang yang hatinya terikat dengan masjid bila ia keluar meninggalkannya hingga ia kembali lagi… (Sunan Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih

Sedekah seringgitpun berkira, beli topup RM 40.00 biasa je. Sedihnya, beli topup tidak menjanjikan penambahan rezeki berbanding sedekah yang mendapat doa malaikat agar diganti dengan yang lebih baik.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَامِن يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ, إِلاَّ مَلَكَانِ يَنزِلاَنِ, فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اَللهُمَّ أَعْطِ مُنفِقًا خَلَفًا. وَيَقُولُ الآخَرُ: اللهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; "Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya lagi berdoa; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil) ".(HR Bukhari No: 1351) Status: Hadis Sahih

- ustazwadiannuar -

#muhasabahdiri
#selfreminder

Читать полностью…

The Little Qowiy

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Читать полностью…

The Little Qowiy

bila kita berdamai dengan takdir Allah,
segalanya akan menjadi indah.

hasbunallah wanikmal wakil
" cukuplah Allah sebagai pelindung kami "

Читать полностью…

The Little Qowiy

" Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab bagi seseorang hamba pada Hari Kiamat ialah solatnya.
Jika solatnya baik,maka dia akan menang dan berjaya.
Sekiranya solatnya itu rosak,maka dia akan binasa dan rugi. "


(Riwayat at-Tirmizi)

Читать полностью…
Subscribe to a channel