kisahserammistik | Unsorted

Telegram-канал kisahserammistik - 🎭Seram Mistik🎭

1254

Kejadian-kejadian aneh yang tidak dapat dijelaskan oleh sains 👻

Subscribe to a channel

🎭Seram Mistik🎭

Aku cuba lari… dan nasib baik, bila aku sampai tangga bawah, bunyi tu berhenti. Aku pandang ke belakang… kosong. Hanya lantai berdebu dan pintu terbuka perlahan. Aku keluar rumah tu dan berlari sekuat hati, jatuh tergolek beberapa kali sebab tergesa-gesa, semua barang pun tertinggal. Tak fikir dah.

Bila sampai rumah, aku duduk sekejap di luar. Sambil menenangkan diri, tangan masih menggigil. Tingkap terkuak sikit. Mak aku terus sound dengan muka pelik. "Hah, Mal! Kau pergi mana malam-malam buta ni? Langsung tak bagitau. Kalau ye pun kau lepak, bagitau la mak dulu. Kau nii..."

Aku cuma diam je dengar mak aku membebel sambil menarik nafas panjang. Mak aku geleng kepala. Esoknya aku cuba masuk rumah tu siang hari… nak ambil barang, kamera, apa-apa yang tertinggal… tapi rumah tu kosong, sunyi, dan terasa… lain macam. Walaupun siang, bila aku masuk, rasa ada yang ikut, pandang, tapi tak nampak. Aku cepat-cepat ambil barang, keluar. Sejak tu, aku tak pernah berani masuk rumah tu seorang diri, walaupun siang hari pun.

Dan sampai sekarang, aku masih rasa rumah tu… hidup. Aku percaya, rumah lama tu tak pernah kosong. Dia cuma tunggu orang masuk.

👻TAMAT👻

Sumber: Unknown

@OurVibes

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik426
#CeritaPendek

Saya bekerja hingga lewat malam itu, lebih kurang pukul 11.30 malam, bila keluar dari pejabat, hujan baru reda. Saya berjalan menapak ke tempat parking kereta, masuk dalam kereta, eh tiba-tiba kereta tak dapat start pula... Bengang rasa. Sudahlah letih.

"Mana nak cari workshop malam-malam buta ni?"

Lama juga saya termenung fikir macam mana nak balik.

"Ahhh... tinggalkan la dulu kereta kat sini. Esok awal pagi call Amran untuk tengokkan apa masalah kereta ni."

Akhirnya saya ambil keputusan untuk jalan kaki balik rumah. Nasib baiklah rumah taklah jauh mana. Lebih kurang 15 minit dari tempat kerja.

Satu-satunya jalan untuk balik rumah ialah jalan pintas melalui lorong yang gelap, sempit dan lama tak digunakan orang. Dekat mana? Biarlah rasa.

Langkah saya berat. Yelah, badan pun letih. Otak tak payah cakap. Dari pagi sampai ke malam bertungkus-lumus siapkan tender. Beberapa kali juga menguap sepanjang perjalanan.

"Ni kalau sampai rumah... Mandi terus baring. Bestnyaaa..." Sambil saya membayangkan diri tidur buas. Entah-entah keluar air liur. HAHAHA

Setiap kaki menapak, bunyi kasut saya bergaung di dinding lorong. Angin malam meniup perlahan, membawa bau tanah basah dan daun reput. Tiba-tiba… saya dengar suara menangis yang perlahan tetapi jelas kedengaran, terputus-putus. Perempuan… suara muda… sedih, menakutkan. Saya berhenti, jantung berdegup kencang.

“Siapa… siapa tu?”

Saya separuh berbisik, tapi hanya jawapan kosong. Suara itu semakin dekat, seperti mengikuti langkah saya. Saya cuba berlari, tapi kaki seolah-olah berat.

Tiba-tiba 1 bayangan hitam muncul di hujung lorong. Tinggi, tak ada muka, samar-samar. Panik melanda. Saya lari sekuat hati, tangan memegang kepala, berharap suara itu hilang.

Baru sahaja saya sampai di hujung lorong, ke jalan besar, suara itu berhenti. Saya pandang ke belakang… kosong. Tiada sesiapa. Saya terus berlari sampailah di rumah.

Tapi, sampai sekarang, bila saya terjaga tengah malam, saya masih dengar tangisan itu di kepala saya. Terngiang-ngiang. Lepas kejadian itu, saya memang demam kaw-kaw. 3 hari juga tak datang kerja.

Sampai sekarang saya tak berani lagi lalu lorong tu seorang diri. Walaupun siang.

👻TAMAT👻

Sumber: Unknown

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh Mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri.

Ketika membuka mata, sayup-sayup Mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat ibunya sambil menangis semahu-mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapan pagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlaku dekat simpang berhampiran rumah mereka. “Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam..” Hati Mazni berdebar-debar mendengar kata-kata ibunya. Dan debaran itu tambah kencang bila ayah menyampuk. “Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada. Nah tengok,” katanya sambil menghulurkan surat khabar itu kepada Mazni. Dengan tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung ke rumahnya malam tadi.

👻TAMAT👻

Sumber: Otai Cerita Blogspot

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik423
#CeritaPendek

Masa baru masuk form six, dapat bilik sebelah bilik yang sejarahnya ada budak meninggal dalam loker dan bilik tu tak diguna pakai dah. Satu malam tu, lepas habis prep, kami rakan semua form six kemas-kemas barang atas meja study. Laptop apa semua dah off tapi masih bersambung dengan speaker kecil. Nak dijadikan ceritanya, dah semua masa tu elok nak lelapkan mata tiba-tiba laptop satu yang bersambung dengan speaker tu on sendiri, main lagu dengan jelas sekali. Serius seram! Member-member lain dari katil hujung tu melompat pergi katil ketiga dari tepi. Lepas laptop tu, bilik sebelah pula memang kuat bunyi besi dipukul dekat locker dan locker kena tarik. Bayangkan duduk dekat sebelah bilik yang dah lama tak guna sebab pernah ada kes student meninggal. Tak habis dengan tu, belakang balkoni pula bunyi orang berlari lalu tingkap dorm kita orang. Kejadian ni berlaku masa tahun 2014. Memang masih segar dalam otak ni.

👻TAMAT👻

Sumber: Ahmad Mustakim Ramli

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik15
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik13
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik9
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik7
#CeritaPendek

Panahan petir yang begitu kuat menyebabkan wayar elektrik berhampiran rumah Mia hangus dan rosak.Hujan lebat disertakan angin kencang yang sesekali menerangi ruangan bilik Mia membuatkan dia berasa kecut perut.

Bekalan elektrik terpadam, mengapai-gapai tangan mencari dinding. Lalu dipegangnya sesuatu yang lembik dan basah, kemudian ia bersuara.

Seakan nyawa Mia direntap keluar dari tubuhnya. Badannya menjadi lemah dan tak bermaya. Ingin dia mengalihkan tangannya daripada benda yang lembik itu namun tak berdaya. Cahaya kilat yang sesekali memancar memenuhi ruang bilik Mia membuatkan matanya terpaku ke arah sesuatu dihadapanya.

Benda yang "lembik dan basah" itu hampir membuatkan dia pengsan. Muka yang reput dan membusuk dibaluti dengan kain kafan.

👻TAMAT👻

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik422
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

Oleh kerana suasana masih gelap Azizul mennyalakan lampu suluh yang dibawanya bagi membolehkan gadis itu memilih kuih yang dikehendakinya.Gadis itu mencapai plastik yang tersangkut di raga motor lalu mengambil 2 bungkus nasi lemak dan 3 ketul kuih seri muka.

"Dua ringgit semuanya"kata Azizul. Gadis itu menghulurkan dua keping wang kertas dan berlalu pergi. Azizul memasukkan wang itu ke dalam kocek seluar sebelum meneruskan perjalanannya. Ketika membuat pusingan dia sengaja menghalakan cahaya lampu motornya ke arah gadis itu.

Boleh tahan cantiknya, getus hati Azizul. "Cuti-cuti pun kerja juga?"Azizul sengaja melontarkan soalan itu. Tetapi tidak dibalas, hanya senyuman yang terukir di bibir.

Azizul kembali meneruskan perjalananya. Dalam hati terdetik betapa beraninya gadis itu menunggu van kilang dalam kegelapan malam di tengah-tengah kebun getah pula. Biasa dia melihat gadis menunggu van kilang di awal pagi seperti itu tapi mereka tidak berseorangan, biasanya berkumpulan atau ditemani oleh seorang lelaki.

"Jangan-jangan itu langsuir yang dikatakan Nordin semalam".
"Ah mengarut jer, kalau langsuir pasti dia dah pamerkan muka sebenar masa aku berenti tadi.Takkan langsuir nak makan nasi lemak. Kuih seri muka tu nak buat tambah seri muka dia ker?"kata Azizul seorang diri sambil tergelak kecil.

"Awal pagi ni?"tegur penjaja menyedari dia tiba awal dari kebiasaan. "Nak cepat Bang Man. Hari ni kuih seri muka kurang 3 ketul dan nasi lemak kurang 2 bungkus, ada orang beli tengah jalan tadi." Beritahu Azizul sebelum meninggalkan tempat itu. Azizul bergegas pulang ke rumah untuk menghantar anak ke sekolah pula. Dia mengerjakan solat Subuh sambil menunggu anaknya menyiapkan diri.

"Ayah, mak suruh minta duit belanja dengan ayah sebab hari ni mak takde duit kecil," katanya anak sulungnya apabila mereka tiba di depan pintu pagar sekolah. Azizul menyelok kocek seluarnya untuk mengambil duit 2 ringgit yang diberikan oleh gadis pagi tadi.Tapi dia hairan tiada duit cuma daun getah kering 2 helai terdapat disitu.

Tercenggang seketika Azizul dibuatnya. Merasa tak puas hati dia menyeluk pula kocek sebelah lagi, kosong. "Dari mana datangnya daun getah ni, seluar ni baru aku keluarkan dari almari," akalnya ligat berfikir. Sesusuk tubuh gadis tadi terbayang di matanya.Barulah dia sedar gadis tadi bukan gadis biasa,mungkin jelmaan langsuir. Buktinya 2 helai daun kering ditangannya kini.

Seminggu juga Azizul dilanda demam terkejut dan selepas kejadian itu dia tidak akan keluar menghantar kuih selagi belum jam 6 pagi.

👻TAMAT👻

Sumber: Koleksi Kisah Seram

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

Zaliah menjadi benar-benar tidak berdaya. Badannya terasa lemah longlai. Syukurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat-ayat al-Quran. Berkali-kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggalah akhirnya ia hilang begitu saja. Manakala Zaliah pula tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri.

Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah didapati masih tidak sedar dari tidur. Dia terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Zaliah bagaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.

👻TAMAT👻

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

Hatinya terdetik pelik memikirkan siapakah gerangan manusia yang sanggup menunggu bas seawal pagi begini. Dia terus melewati wanita berkenaan tanpa perasaan. Sekembalinya menuju ke warung Pak Mat, Zarina masih lagi melihat wanita itu berdiri di tepi jalan raya. Kali ini dia cuba beramah mesra. “Tunggu bas ke kak,” katanya menegur.

Kemudian wanita itu berpaling, me mandang tepat ke arahnya yang sedang memandu motosikal. Oleh kerana, laluan itu kawasan selekoh maka kenderaannya tidak dipandu laju. Wajahnya penuh dengan sisa daging yang hendak tertanggal dan matanya yang bulat merah membuntang menyentap perasaannya.

Waktu itu, hatinya hanya sempat berfikir tentang wajah hodoh yang ditemui. Selang dua meter perjalanan barulah dia sedar bahawa yang ditemuinya tadi bukanlah manusia biasa. Sebaliknya itulah hantu wanita yang selalu menjadi bahan bualan penduduk kampung.

Di warung Pak Mat, Zarina menceritakan peristiwa yang baru dialami kepada adiknya. Separuh menjerit Zurin menghalang Zarina daripada terus bercerita. Sepanjang perjalanan balik masing-masing tidak mengeluarkan sepatah kata. Malah kelibat wanita tadi tidak pula berada di perhentian usang jalan utama Kampung Bechah Laut.

👻TAMAT👻

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik417

Cerita ini berkisar tentang sekumpulan anak muda yang bercuti disebuah pusat peranginan. Kumpulan yang melibatkan tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu mengambil keputusan bercuti setelah sekian lama memerah tenaga bekerja tanpa henti. Selain berehat, mereka juga mahu bermain di taman tema yang terdapat disitu.

Setelah sampai disana, kumpulan tersebut pun mengambil keputusan berpecah. Masing,-masing berpasangan. Ada yang terus ke tempat permainan dan ada pula yang mengambil keputusan untuk mengisi perut.

Lily dan May, antara ahli kumpulan tersebut adalah diantara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bermain. Sudah tidak sabar-sabar lagi rasa hati mereka untuk merasai setiap permainan ditaman tema tersebut. Bukannya apa, selama ini mereka hanya mendengar cerita cerita orang sahaja. Kini tibalah masa untuk merasainya pula.

Setelah penat bergembira dan menghabiskan tenaga, sebahagian dari anggota kumpulan ini pun mengambil keputusan balik ke bilik hotel untuk berehat. Namun begitu, Lily dan May seperti tidak puas. Mereka tetap juga bermain. Setelah taman tema itu hendak ditutup, barulah mereka berganjak dari situ.

Sewaktu mereka berdua keluar dari taman tema tersebut jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Disebabkan masih ada lagi orang diluar taman tema tersebut, maka Lily dan May juga mengambil keputusan berbuat sedemikian. Mereka pun mengelilingi kawasan luar taman sambil menyedut udara tengah malam. Apabila letih, mereka akan berhenti minum.

Apabila merasakan kaki sudah lenguh dan mata pulak sudah mengantuk, Lily dan May mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel. Didalam perjalanan pulang ke hotel, pasangan kawan karib ini terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi. Di tepi jalan tersebut terdapat sebatang pokok. Pada waktu siang pokok tersebut seperti pokok pokok biasa. Namun apabila malam menjelang, terasa ngeri apabila melihat pokok tersebut.

Apabila mereka melintasi pokok itu, tiba-tiba sahaja mereka terdengar seperti suara memanggil nama mereka. Siapa pula yang tiba tiba sahaja memanggil itu. Setahu mereka, tidak ada seorang pun yang mereka kenali disini. Kecualilah jika kawan kawan lain yang datang bersama tiba-tiba mengambil keputusan mengenakan mereka berdua.

Lily dan May mengelilingi pokok tersebut untuk mengetahui sama ada terdapat kawan kawan mereka menyorok di sebalik pokok. Puas keliling tetapi seorang pun mereka tidak berjumpa. Penat memusing dan setelah pasti tidak ada orang yang mengacau, Lily dan May membuat keputusan meneruskan perjalanan. Namun begitu, didalam hati mereka merasa takut.

Tiba-tiba, nama mereka dipanggil semula. Ini membuatkan Lily dan May berpaling semula melihat pokok tersebut. Apabila sahaja mereka berpaling, tiba tiba sesuatu yang tidak disangka sangka berlaku.

Mereka seperti tidak percaya apabila melihat apa yang berada dicelah-celah dahan pokok tersebut.

Kelihatan beberapa dozen kepala seperti sedang bergayut didahan dahan pokok. Apa yang lebih mengejutkan ialah kepala-kepala tersebut berlumuran darah dan keadaan wajah kepala tersebut mengerikan. Mata tersembul keluar dan dan mulut berlumuran darah. Dalam keadaan sedemikian, suara yang memanggil nama Lily dan May seperti semakin kuat dan dekat dengan telinga mereka.

Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, kedua-duanya berlari balik ke hotel. Sampai sahaja mereka disana, mereka terus menceritakan apa yang mereka alami kepada kawan-kawan yang lain. Terkejut kawan-kawan apabila mendengarkan cerita tersebut.

Berikutan dengan rasa takut dan terkejut, kedua-dua wanita ini jatuh sakit pada keesokan harinya. Lantaran itu mereka telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Akibatnya Lily dan May menjadi seorang yang amat penakut.

👻TAMAT👻

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik416

Ajit (bukan nama sebenar) salah seorang pegawai Institut Perakaunan Negara (IPN) yang hampir 3 tahun bekerja di sana (saya agak). Ajit berasal dari pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor berulang alik setiap hari ke Institut Perakaunan Negara memakan masa selama satu jam untuk sampai di tempat kerjanya. Entah kenapa dia tidak berminat untuk menyewa rumah yang sememangnya ada di sekitar kawasan tempat kerjanya. Azwan, anak Wak Din yang bertubuh agak besar dan berisi itu adalah sahabat karibnya di tempat kerja.

Kebetulan pada suatu hari mereka berjumpa sambil bersembang, terselit cerita berkenaan orang bunian di sekitar kawasan tempat kerjanya. Ajit dengan selamba berkata ''Alah, kalau setakat kawasan ini je aku tak takut pun, bukan nak jadi apa..Bacakan je ayat Kursi cukuplah, lari semua hantu syaitan jin''. Lebih kurang begitulah kata kata nakalnya. Azwan terus memintas kata kata kawan baiknya tu, ''Cakap tu berlapik la sikit, kalau iye pun boleh jampi menjampi tak payahlah cakap macam tu, nanti menyusahkan aku je'' Kata Azwan mengingatkan kawan baiknya itu. Azwan memang sedia faham, kawasan tempat kerjanya memang sudah berkali kali terjadi peristiwa ganjil termasuk baru baru ini salah seorang pengawal keselamatannya ternampak orang berkelah dan mandi manda di kawasan swimming pool sebelah bangunan admin. Seorang pengawal keselamatan yang kebetulan berada berhampiran pun dapat menyaksikan keganjilan itu. Tapi bila bos mereka dipanggil, tiba tiba lenyap semua apa yang dilihat dari pandangan mata.

Orang kampung tahu keadaan yang sebenarnya tetapi sengaja membiarkan sahaja sebab selama ini orang orang bunian ini tidak pernah mengganggu mereka, masing masing dengan alam dan kesibukan sendiri. Kalau ada orang luar dan baru datang kerja biasanya kena sakat dan di usik sekejap, mungkin salam perkenalan bagi mereka tapi bagi kita yang penakut ini itu bukan begurau namanya.

Ajit petang tu agak tergesa gesa bersiap nak balik, selepas punch card dia terus ke parking motosikalnya. Mungkin ada temu janji dengan kawan kawannya minum teh di kampung. Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 pm. '' Pukul 6.00pm sampailah nanti'' Hatinya berbisik. Di dalam masa dia menarik keluar motosikalnya dari garaj, terfikir apa yang dikatakannya tadi. '' Apa nak di risaukan, aku bukan nak ajak gaduh..ah mintak dijauh le'' Sambil membonceng motosikalnya dia membaca apa yang selalu diwiridkannya sewaktu memandu. Ajit ni sebenarnya budak baik. Keluarganya pun orang baik baik. Kira masih ada bau ugama jugak lah. Nasibnya kurang baik petang itu.

Sudah dua kali dia berulang alik di jalan yang sama berdepan dengan pintu gerbang IPN tempat kerjanya. Biasanya dia akan keluar menuju ke Pekan Parit Baru dan terus ke arah Sabak Bernam untuk balik ke Tanjung. Tapi petang itu dia tak nampak jalan yang biasa dia lalu. Dia hairan sebenarnya kenapa dia tidak berjumpa jalan laluan hariannya. Kalau diikutkan jalan tadi tak lama dia akan sampai ke pekan kecil itu. Jam sudah menunjukkan 5.30pm, Ajit masih ulang alik di depan pejabat IPN lagi.

Lama kelamaan dia menghentikan motosikalnya di salah sebuah simpang jalan yang berdekatan. Sehinggalah magrib hampir masuk waktu. Anehnya tidak ada seorang pun yang lalu, dia bercadang nak tanya orang yang lalu lalang disitu untuk meminta bantuan. ''Aku ni tersesat jalan ni..'' Bisik hati kecilnya. Ajit mula risau bila jam ditangan sudah menunjukkan masuknya waktu magrib. Hampir dua jam dia disekitar jalan masuk ke pejabatnya di IPN. Orang tak ada, hari semakin gelap. ''Ah daripada susah susah solat dulu lah'' Ajit bercakap seorang diri.

Tiba tiba Ajit ternampak sebuah masjid besar tak jauh dari tempat dia berhenti."Eh, ada masjid pulak , masjid apa tu ? ", Ajit tergumam memandang sebuah masjid yang besar dan cantik. Lain dari yang lain. Ajit belum pernah jumpa masjid besar seperti itu di kawasan ini. Ajit terus menyelusuri jalan yang terlihat di hadapannya tanpa membuang masa lagi. Tanpa rasa takut dan was was dia terus masuk ke dalam masjid yang baru ditemuinya itu untuk menunaikan solat fardhu magrib.

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik414

Setiap kali turun memancing, mereka pasti berjumpa seorang tua berjanggut putih memakai topi lebar yang selalu digunakan petani menanam sayur. Orang tua itu mesti melambai tangan apabila berselisih dengan bot mereka, demikian cerita Sani kepada penulis di perkampungan nelayan utara Semenanjung setelah dapat menghidu misteri wujudnya seorang tua yang boleh bertukar rupa dan menghilangkan diri.

“Bukan itu saja, malah orang tua itu boleh berada dalam bot dan turut sama memancing, membuatkan kita semua terpukau dan hanya boleh melihat tetapi tak berdaya untuk menyapa,” cerita Sani sambil meyakinkan penulis dengan memanggil beberapa rakan pancing yang terbabit dengan peristiwa misteri berkenaan.

Rata-rata mereka memberi pandangan yang sama terhadap kewujudan orang tua berjanggut putih yang sentiasa berada di laut dengan sampan kayu dengan enjin 40 kuasa kuda. “Kami tak faham tindakan orang tua itu yang kadang-kadang sengaja lalu melintasi bot kami dengan melambai tangannya ke arah kami,” cerita Md Dom pula dan tidak menolak bahawa kewujudan orang tua itu ada kaitan dengan laut dan sekitarnya namun tidak diketahui apakah kaitan peristiwa berkenaan mala petaka buruk atau sebaliknya.

Ketika mendarat di sebuah perkampungan di Pulau Tinggi, Mersing baru-baru ini kami sempat bertanya penduduk pulau berkenaan mengenai misteri orang tua berjanggut putih itu yang sering dikaitkan dengan pelbagai jelmaan. Setiap kali muncul orang tua itu dengan melambaikan tangannya bagaikan satu isyarat menyuruh pulang kerana selepas beberapa jam pasti ribut akan datang. Apa pun misteri orang tua berjanggut putih itu masih terus diperkatakan malah orang tua itu terus berkeliaran di pulau berkenaan.

Atas desakan hati untuk bertemu dengan orang tua yang dikatakan sering menjadi misteri itu akhirnya penulis sempat menemuinya di sebuah rumah kecil di hujung kampung berkenaan dan sempat berbual dengannya.

“Atuk sendiri tidak tahu kenapa mereka menuduh perkara yang bukan-bukan sedangkan atuk tak ada melakukan kesalahan,” kata orang tua itu dengan nada sayu ketika ditemui penulis sebelum beliau meninggal dunia, kira-kira lima tahun lalu.

"Atuk memang sesekali turun ke laut memancing mencari lauk. Itu pun jaraknya tidak jauh. Lepas itu atuk pulang dan berkebun di darat. Tetapi atuk dituduh sentiasa berada di laut dan boleh bertukar rupa. Atuk tak pernah mengamalkan ilmu hitam,” beliau terhenti bercakap kerana menahan sebak lalu mengesat air mata yang bergenang di kelopak matanya.

Ternyata orang tua itu menjadi mangsa masyarakat setempat. Dalam hidupnya sentiasa berdepan kebencian masyarakat pulau itu walaupun pada hakikatnya beliau tidak wujud dengan wajah yang ditemui di laut. Malah beliau sendiri tidak tahu konon ada wajahnya yang kadang kala menakutkan mereka. Wajah hantu laut. Lalu pada satu musim penulis dan rakan pancingnya menerjah pelabuhan yang ditinggalkan oleh orang tua misteri itu.

Pada kejauhan mata memandang kelihatan ada sampan orang tua misteri yang sesekali hilang dan muncul semula di permukaan laut namun hari ini sudah dilupakan terus oleh masyarakat pulau dan nelayan serta pemancing. Namun misteri terusik sesekali bila bertandang ke perairan Pulau Tinggi. Dalam ketenangan air lautnya berkisar semula cerita misteri orang tua berjanggut putih.

👻TAMAT👻

Sumber: Nuri Angkasa

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik427

Aku tak sangka aku nak cerita benda ni… tapi sebab dah lama simpan dalam kepala, rasanya elok kongsi. Ini semua betul-betul jadi pada aku, bukan nak karang-karang.

Waktu tu aku umur 19 tahun, balik cuti semester dari bandar. Kampung aku sunyi, tapi tenang. Kat hujung kampung, ada rumah lama iaitu rumah pusaka nenek moyang, dah lama kosong, jendela pecah, pintu retak, dinding penuh lumut. Mak aku selalu pesan, “Jangan main masuk rumah tu. Bahaya, jangan nak gatal nak cari hantu.” Tapi budak-budak kampung semua pernah masuk sana... main-main, cuba ‘cari pengalaman seram’. Aku? Alah, konon-konon nak tunjuk berani, aku mengambil keputusan nak pergi jugak. "Kamera, lampu suluh, handphone. Okay, ngam". Aku pun bergerak solo jalan kaki ke rumah pusaka malam tu.

Malam tu bulan separuh, awan bergerak perlahan menutupi cahaya. Angin meniup daun-daun kering, bunyi ranting patah di sekeliling. Aku jalan perlahan, kasut jejak lantai tanah lembap, setiap langkah bunyinya berdetak. Hati mula rasa pelik… macam ada mata pandang dari jauh. Aku gelak sendiri, “Ah, takut dengan rumah je pun, bodoh betul.” Tapi rasa seram tu tetap naik, terasa sampai ke tulang.

Aku tarik nafas panjang, buka pintu rumah. Rumah tu… hening gila. Lantai kayu retak-retak bila diinjak, debu beterbangan ikut cahaya lampu suluh aku. Bau lama, campur hancuran kayu dan tanah lembap. Aku masuk, melangkah berhati-hati. Masuk ruang tamu, aku nampak cermin. 1 cermin yang antik dan besar... penuh debu, retak di satu sisi. Untuk pengetahuan korang, rumah pusaka keluarga aku ni 2 tingkat.

So aku lap sikit cermin itu dan ternampak bayangan sendiri. Tapi… kepala bayangan tu terhuyung-hayang, bergerak kiri kanan, mata pula putih… bukan macam aku. Aku geleng kepala, fikir, “Alaaa… mata aku je penat kot.” Tapi rasa pelik makin naik. Tapiii... Aku tetap abaikan.

Aku terus naik tangga ke tingkat atas. Bilik pertama kosong, bilik kedua… kosong juga, cuma langsir koyak-koyak berkibaran perlahan ikut angin dari tingkap retak. Aku pandang lantai, ada tapak kaki kecil… tapi tak ada siapa pun ada kat situ. Aku menahan nafas, tangan menekan dada sendiri, cuba tenangkan diri untuk lawan rasa takut yang makin lama makin bersarang dalam hati.

Tiba-tiba aku dengar bunyi ketawa… serak, panjang, dari hujung tangga. Aku menjerit, terkejut, hampir jatuh tergolek. Bunyi ketawa tu macam datang dari bawah, tapi aku atas tangga… perut aku kecut.

Aku cuba lari turun tangga… tapi kaki seolah berat gila, tak boleh gerak. Hati rasa nak berhenti, tapi takut juga kalau aku terus bertahan kat situ.
Aku tarik kain yang berdebu dari lantai, sorok kepala, dan cuba dengar. Bunyi ketawa tu makin dekat. Aku rasa ada sesuatu… sesuatu hitam, tinggi, berdiri tepi tangga, tak ada muka. Aku terdiam, jantung hampir meletup.

Tangan mula berpeluh, kaki sejuk gila. Aku bisik, “Tolong… aku nak balik rumah je…” Tapi tak ada jawapan, cuma bunyi ketawa makin dekat, ikut setiap gerak aku.

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik425
#CeritaPendek

Saya juga ingin berkongsi sama pengalaman yang saya sendiri alami. Apa yang berlaku pada saya bukanlah dibuat-buat tapi yang sebenarnya terjadi pada saya kira-kira sebulan lebih yang lalu, ketika saya bertugas hingga lewat malam untuk menyelesaikan laporan untuk keesokan harinya. Bila sudah selesai, jam di tangan saya menunjukkan kira-kira jam 1.20 pagi. Saya langsung ke tandas untuk mencuci muka. Ketika saya hendak melangkah keluar dari tandas, saya terkejut bila pintu tandas di belakang saya seperti digegarkan. Walaupun terkejut saya tidak memikirkan apa-apa. Saya sempat berkata dalam hati, "Eh aku ni dah tambah berat badan ke sampai bergegar pintu bila berjalan?" Saya terus ke pintu untuk periksa lantai dan dinding pintu kubikel kerana saya bersama teman-teman sekerja dilatih agar mencari punca sekiranya sesuatu berlaku. Saya periksa semua okay tidak ada apa-apa pun.

Saya pun pusing untuk keluar dari tandas tapi bila hendak keluar saya terdengar pula bunyi ketukan dari arah pintu kubikel tadi. Tok... Tok... Tok... Tok... Saya terus pusing dan melihat ke arah pintu itu yang masih kedengaran bunyi ketukan. Saya perhatikan buat seketika, terdiam saya bila pintu itu bergoyang perlahan, nak kata ada angin tak mungkin. Saya beristighfar panjang dan serta-merta bau yang datang dari alat pewangi udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis. Saya terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah.

Sampai saja saya terus bersihkan diri dan bersiap untuk tidur apabila saya terdengar salakan anjing melolong tinggi. Saya terus bangun dan pergi ke balkoni. Saya melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Saya perhatikan dalam hati ada tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan saya memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya. Saya terus perhatikan tapi tidak kelihatan apa-apa hinggalah ke satu pokok kelapa anjing itu melolong, saya perasan daun kelapa di atasnya melendut ke bawah. Saya beristighfar panjang dan terus terangkan lampu rumah dan putarkan CD ayat-ayat suci Al-Quran hinggalah ke pagi, saya tidak dapat tidur. Itu saja yang saya ingin kongsi sama.

Terima kasih.

👻TAMAT👻

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik424
#CeritaPendek

Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat.

Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan di malam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan Mazni berasa tidak bertahan lama di biliknya . Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh di sofa. Matanya merenung jauh entah ke mana. Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doa selamat pada malam itu.

Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya juga berpesan agar Mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap. Sebaik sahaja mereka pergi, Mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudian dia terus berkurung di dalam biliknya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung-meyabung. Kesunyian yang begitu mencengkam tiba-tiba mengundang resah dan takut di hati Mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam .

Mazni masih bertelekup di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung-menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayahnya tadi. “AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni?” keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut, Mazni membaca ayat kursi dan beberapa ayat al-Quran yang lain. Namun rasa cemas yang tak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.

Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka tiada sesiapa di luar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketukan berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri di depannya. Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. “Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan di simpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?” kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran. “EH, masuklah kak,” kata mazni seolah-olah baru tersedar dari khayalan.

Setelah mempersilakan wanita itu duduk di sofa, Mazni lantas ke bilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin pakaian, Mazni bergegas ke dapur menyediakan minuman panas untuk mereka. “Maaf menyusahkan adik,” kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas di depannya. “Tak apa. Sekurang kurangnnya saya ada kawan,” jawab Mazni sambil menjeling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh Mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah-olah lebih senang menyendiri. Mungkin dia ada masalah apabila melihat wajah wanita itu yang seolah-olah dalam kesedihan.

Tiba-tiba, “maaf dik. Kakak kena pergi sekarang.” kata wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga-pinga. Beberapa minit kemudian kedengaran daun pintu diketuk orang. “Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi,” omel Mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu. Namun alangkah terkejutnya Mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat di depannya. Wajahnya amat menakutkan.

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik24
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik14
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik10
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik8
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik6
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik421
#CeritaPendek

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik420
#CeritaPendek

Selesai mengaminkan doa Azizul pantas menuruni anak tangga surau untuk pulang ke rumah.Dia perlu segera sampai di rumah untuk menolong isterinya menyiapkan nasi lemak dan kuih muih sebagai sumber rezeki mereka.

Tidak sampai hati dia membiarkan isterinya hanya seorang diri menyiapkan itu ini sedangkan usaha itu dilakukan untuk menambahkan pendapatan mereka.

"Hai Zul awal lagi takkan dah nak balik..marilah berborak dulu" sapa Tapa apabila melihat Azizul sudah berada di atas motor.

"Tak bolehlah Pa..aku kena balik nak siapkan nasi lemak dan kuih-kuih tu..sian bini aku buat keje sorang-sorang, bukan macam korang" balas Azizul.

"Ha jaga-jaga sikit Zul kang terjumpa langsuir" celah Nordin cuba menyakat.

"Ala Din tu cite zaman pelita minyak tanah, skang zaman moden..mana ada lagi semua tu".

"Cakap besar nanti jumpa baru tau!"dalam deruman enjin motorsikalnya Azizul masih dapat mendengar tempelakan Nordin kepadanya, tapi dia buat tak tahu saja. Malas nak melayan kerenah mereka.Yang penting dia segera sampai dirumah.

Dia bukan mahu cakap besar,sudah berbulan dia berulang alik ke kawasan perumahan Taman Sejati untuk menghantar kuih kepada penjaja di situ dan acapkali itulah juga dia melalui selekoh Tok Soh yang dikatakan keras dan langsuir menjelma disitu.Namun dia tidak pernah terserempak.

Acapkali juga telinganya mendengar cerita berkenaan langsuir di situ namun apabila ditanya kepada yang membawa cerita mereka menafikan pernah menjumpainya sendiri.Sekadar mendapat cerita dari orang lain. Jadi pada Azizul cerita itu sekadar dibuat untuk menakutkan orang yang melalui selekoh itu pada malam hari.

"Esok pagi abang keluar awal sikit"kata Azizul pada isterinya ketika sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus nasi lemak.

"Kenapa pula? Kan masih sempat abang keluar macam biasa?" tanya isterinya dari sudut dapur.

"Bos abang tu asyik pandang abang semacam jer kebelakangan ni sebab kerap sangat abang lewat".

Azizul bekerja sebagai tukang kebun di sebuah loji air di pinggir pekan Sungai Petani. Azizul sedar setiap pagi dia berkejar menghantar kuih ke Taman Sejati yang jaraknya 13 kilometer dari rumah kemudian berpatah balik untuk menghantar anakanya ke sekolah.

Selepas itu barulah dia dapat bertolak ke tempat kerja.Memang setakat ini bosnya belum bersuara tapi sekadar menjeling,jadi faham-fahamlah maksudnya itu.

Keesokkan hari awal-awal pagi lagi Azizul telah bersiap-siap memasukkan nasi lemak ke dalam bakul sementara isterinya subik menggoreng karipap di dapur.

"Awal sangat ni bang, jalan raya masih sunyi lagi"isterinya menyuarakan kebimbangan.

"Dah pukul 5 awal ape lagi,van kilang pun dah keluar amik pekerja masa ni.Dahla mintak kuih tu". balas Azizul sambil mengikat raga di pelantar motornya.

Azizul menhidupkan enjin motornya dan meredah kegelapan pagi untuk ke Taman Sejati. Memang benar kata isterinya jalan masih sunyi. Tiada satu pun van kilang yang berselisih dengannya pagi itu. Rupanya hari itu hari Ahad, semua pekerja kilang bercuti.

Pagi itu suhu amat sejuk membuatkan Azizul mengeletar kesejukan. Pandangannya terhad kerana cuaca berkabus. Namun dia tidak berani menambah kelajuan motornya kerana bimbang terlanggar lembu-lembu yang mungkin tidur di tengah jalan raya. Biasanya lembu itu gemar tidur di atas tar untuk memanaskan badan.

Ketika melewati Selekoh Tok Soh seorang gadis menahan motorsikalnya Azizul memberhentikan motornya di hadapan gadis itu. Pada fikirannya mungkin gadis itu pekerja kilang yang keluar untuk bekerja pada hari minggu bagi mendapatkan duit lebih.

"Nak beli kuih?" Gadis itu mengangguk, baunya sungguh harum.Namun Azizul tidak ambil pusing kerana padanya gadis dan wangi-wangian memang tidak dapat dipisahkan. Azizul sudah lali dengan bau pewangi gadis pekerja kilang apabila mereka singgah di gerai tempat dia meletakkan kuih. Bila lima gadis turun serentak bau wangi itu takkan hilang walaupun van kilang telah berlalu pergi.

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik419

Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga-bunga. Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari di rantau orang.

Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati. Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya. Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah di dalam hati. Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut teman-temannya, sekolah itu dibina di kawasan bekas markas tentera Jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.

Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lena diulit mimpi, secara tiba-tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat di padang sekolah. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya. Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel-bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu lenyap. Tapi askar tentera Jepun suara itu tidak juga berhenti.
Sambil menggosok-gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah. “Siapalah yang pagi-pagi buta dah berkawat ni?” getusnya geram. Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap.

Matanya yang layu terkebil-kebil memerhatikan suasana padang yang lengang. Eh, suara bukan main kuat. Tapi mana orangnya? Desis Zaliah di dalam hati. Puas dia mencari, namun hampa belaka. Suasana dingin tiba-tiba mencengkam malam. Zaliah mula berasa seram. Fikirannya mencari-cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu. Angin malam yang tiba-tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap di hadapannya.

Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait-bait ayat yang dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris, sebaliknya bahasa Jepun! Tidak menunggu lama, Zaliah bergegas ke katilnya. Sambil berselubung, dia cuba untuk melelapkan mata.

Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun di antara rakan-rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat. Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah-olah telah dipukau. Belum sempat tidur lena, tiba-tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas di cuping telinganya bunyi orang berjalan di luar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah-olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.

Hati Zaliah mula berdebar-debar. Fikirannya mula menerawang teringatkan kata-kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas Jepun itu dikatakan telah banyak kali ‘memakan’ mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata-kata mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

Belum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba-tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti di hadapan pintu dormnya. Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang. Jelas di ruang mata Zaliah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri di hadapan pintu. Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut. Hampir-hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu melangkah masuk ke dorm sambil mengheret rantai besi di kakinya.

Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan. Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak di sana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah. Namun dia cuba bertahan. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa-apakannya.

Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera Inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya. Serta-merta bau busuk mula menyusuk hidung. Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur di sebelahnya. Dia cuba untuk bersuara untuk mengejutkan temannya itu, namun suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong.

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik418

Penduduk setempat sedia maklum dengan cerita penunggu yang selalu ditemui di perhentian bas usang jalan utama ke Kampung Bechah Laut. Bukan sekali dua pemuda kampung berjumpa dengan lembaga bertelekung putih dengan raut wajah yang menggerunkan.

Tapi kisah itu sedikit pun tidak berkesan pada Zarina. Malah dia tidak mengambil kisah pun dengan cerita hantu yang selalu dikhabarkan penduduk kampung. Jika penduduk kampung takut untuk melalui jalan utama Kampung Bechah Laut selepas jam 10 malam, Zarina pula berani melintasinya malah melepasi kawasan perkuburan selang dua kilometer dari pondok perhentian usang.

Pondok itu memang lama dibina dan dibiarkan tidak digunakan di situ. Dahulu ada juga pekerja kilang yang menanti bas atau van kilang untuk mengangkut mereka pada waktu-waktu kerja malam. Selepas itu, pondok itu hanya akan digunakan oleh anak-anak sekolah yang menunggu bas setiap kali jam 6.30 pagi.
Setiap hari itulah jalan yang terpaksa dilalui olehnya untuk menghantar kuih ke tiga buah warung yang sudi menjual kuih buatan ibunya. Salah sebuah warung berkenaan terletak benar-benar di hadapan kawasan perkuburan Melayu dan berdekatan juga dengan pondok usang yang penuh misteri itu.
Berbeza dengan tugas adiknya, Zurin yang ditugaskan untuk menghantar kuih di tiga buah warung lain yang terletak bersebelahan dengan kawasan warung jualan Zarina. Selalunya Zarina dan adiknya akan menaiki kenderaan masing-masing untuk menghantar kuih.

Oleh kerana jam 6.30 pagi bas sekolah akan mengambil mereka, terpaksa kedua beradik ini keluar seawal enam pagi agar tidak ditinggalkan bas sekolah berkenaan. Laluan utama itu sebenarnya tidaklah sunyi dari kenderaan balak yang lalu lalang. Sedikit sebanyak memberi keberanian buat Zarina dua beradik keluar seawal pagi untuk memulakan tugas.

Jalan utama yang dikatakan berpenunggu itu menyimpan rahsia tersendiri. Kata orang kampung, jalan itu kerap kali meragut nyawa mangsa yang tidak berdosa ketika kemalangan. Dua tahun lepas, seorang wanita dikatakan meninggal dunia akibat dilanggar lori balak yang tidak nampak kelibatnya melintas jalan raya pada sebelah malam. Mangsa langgar lari ini dikatakan terpelanting jauh ke dalam semak.
Selama dua hari mayatnya terbujur kaku di dalam semak. Sehinggalah penduduk kampung terhidu bau bangkai menusuk ke hidung dan proses mencari dijalankan selepas ibu bapa membuat aduan kehilangannya. Sejak kejadian itu, jalan utama menjadi tempat hantu wanita ini berkeliaran.

Petang itu, motosikal yang selalu digunakan Zarina mengalami kerosakan. Hendak tak hendak terpaksalah Zarina membonceng dengan adiknya untuk menghantar kuih ke enam buah warung yang menempatkan kuih ibunya. Oleh kerana, sebuah kenderaan yang ada terpaksa dua beradik ini keluar seawal 5.30 pagi.

Selesai menghantar kuih ke kawasan adiknya, Zarina bergegas menuju ke kawasan warung yang biasa dikunjungi. Sewaktu motosikalnya meluncur laju membelah jalan utama, matanya sempat menangkap kelibat wanita berpakaian putih sedang menunggu bas di pondok usang. Oleh kerana hendak cepat, tidak terlintas fikiran yang bukan-bukan di hatinya.

Laju dia membelah jalan raya menuju ke warung yang betul-betul terletak berhadapan dengan kawasan perkuburan. Sementara menunggu Pak Mat membuka warungnya, Zarina mengeluarkan kuih yang akan diletakkan di situ. Tidak lama baru dia tersedar yang sebekas kuihnya tidak ada di dalam bakul motosikalnya.

Dalam keadaan mengejar masa hendak ke sekolah itu, Zarina hanya mengarahkan adiknya menunggu di warung Pak Mat sementara dia berpatah balik untuk mengambil bekas kuih yang tertinggal. Sekali lagi dia terpaksa melewati pondok usang di jalan utama itu. Kali ini wanita yang dilihatnya tadi masih ada di situ. Kali ini dia sudah berdiri dekat dengan jalan raya. Tapi ketinggiannya memang luar biasa dari wanita biasa yang pernah ditemui.

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

Apabila dia melangkah masuk ke dalam masjid itu terasalah betapa luas dan indah masjid itu. Syilingnya berwarna kuning, dindingnya penuh dengan ukiran yang cantik dari ayat ayat al quran, karpetnya tebal dan empuk. Sangat lembut karpet yang dipijaknya. Terasa seperti tenggelam tapak kakinya ke dalam lantai masjid tersebut. Apabila dilihat para jemaah sudah mula mendirikan solat Ajit pun segera bermakmum di belakang mereka.

Ramai juga jemaahnya, hampir penuh masjid. Sambil kumat kamit mulutnya membaca surah fatihah fikirannya berjalan ke sana kemari , sekejap ke depan melihat imam, siapa imamnya, sekejap ke tepi, ke kanan ke kiri. Sembahyang orang hairan..susah nak khusyuk. Sebenarnya hati Ajit berasa tenang berada di dalam masjid tersebut, sedikit pun tidak merasa gementar atau takut. Tidak seperti sebelumnya yakni sewaktu mencari jalan balik tidak berjumpa.

Waktu itu itu Ajit merasa sangat risau dan khuatir. Terfikir perkara yang bukan bukan di dalam benak fikirannya. Sekarang Ajit sudah menyelesaikan solatnya. Ajit membetulkan lipatan kakinya untuk bersila sambil matanya tidak berhenti memandang keliling kawasan dalam masjid itu. Mulutnya mula membacakan wirid selesai solat seperti biasanya. Aneh, sedari tadi tidak ada siapa pun yang menyapanya. Jin ke apa ni sebenarnya'' Gumam hatinya. Bibirnya terus membacakan wirid bersama imam dan mengaminkan doa tok imam tidak lama selepas itu.

Sewaktu Ajit hendak berdiri dari duduknya tiba tiba Ajit terasa seperti tersandung sesuatu, entah besi entah kayu, barulah Ajit tersedar Ajit tersandung motosikalnya. Ajit mendapati dirinya disebelah motosikalnya tadi. Entah bila masanya dia duduk menyandar di tepi motosikal yang di hentikan di persimpangan jalan tadinya. Ajit teraba raba kunci motosikalnya kerana gelap. Hairannya tak sudah, cepat cepat dia membonceng motosikalnya dan berlalu dari situ. Baru dia nampak jalan yang dicari cari dari petang tadi. Apabila sampai di kawasan berlampu neon kuning itu Ajit melihat jam tangannya,'' Dah dekat isya'' Bisiknya.

Hampir tiga jam rupa rupanya Ajit berkeliaran di sekitar jalan jalan sunyi di situ.'' Tobat aku tak nak cakap yang bukan bukan lagi, sesat jalan aku dibuatnya'' Agaknya ada yang dengar cakap aku tadi kot, tu yang di buatnya aku macam macam tadi'' keluh si Ajit sambil menggelengkan kepalanya. Tanpa membuang masa Ajit memulas pedal minyak motosikal selaju lajunya terus pulang ke rumah.

Pada keesokan harinya, dia berjumpa dengan Azwan awal awal lagi. Azwan terkejut mendengar kisah dirinya tersesat ke alam bunian berjemaah solat maghrib dengan mereka di masjid berwarna kuning. Azwan menceritakan semula kepada ayahnya kisah kawan baiknya tersesat jalan dan terjumpa masjid seperti yang pernah diceritakan oleh ayahnya suatu ketika dahulu. Wak Din tersenyum mendengar cerita anaknya '' Betul lah tu'' Kata Wak Din sambil mengakhiri ceritanya.

Moral cerita benar ini:
Jaga lidah dari mengungkapkan sesuatu yang jelek, atau kata kata sombong terutama di kawasan yang asing bagi kita seperti di dalam hutan, sungai, di laut, atau di dalam kawasan masjid terutamanya Masjidil Haram. Makhluk makhluk halus ini sentiasa berkeliaran dan mendengar seperti kita, melihat seperti kita melihat. Mereka juga berperasaan seperti perasaan kita. Oleh itu perhatikanlah apa yang boleh kita jadikan teladan dari cerita ini.

👻TAMAT👻

Sumber: Koleksi Kisah Seram

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

#mistik415

Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui Highway Utara-Selatan dengan menunggang motosikal.

Kisahnya begini, malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja.aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika.. Aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.

Selepas mengemas pakaian dan memeriksa motosikal ku,aku memulakan perjalanan dari Kg.Baru dan memasuki highway di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di tapah untuk mengisi minyak. Jam menunjukkan jam hampir pukul 3.00pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat kurang. Bulan cerah sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan. Sampai di Ulu Behrang, aku berhenti di tepi jalan selepas keluar dari Ulu behrang. Aku mematikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masuk ke lebuhraya dari Ulu Behrang.

Semasa aku berhenti, aku merasa tenang dan damai kerana jalan sangat sunyi dan lengang. Kiranya aku boleh memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi hiway mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tgn menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. Cuaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali jalan di sebelah sana menghala ke Kuala Lumpur, kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus seolah-olah aku sudah melepasi terowong menara di Ipoh,

Habis sahaja sebatang rokok untuk menghilangkan mengantuk, aku campakkan puntung ke jalan. Aku menoleh ke belakang. Ketika itu aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku tergamam seketika. Aku seperti terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kelipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua-dua telapak tangan. Ia masih di situ..

Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi highway itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut. Yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit di hadapan ku. Aku nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu-batu nisan lama..

Aku tak merasa seram atau takut, yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku..apakah ini khayalan aku atau realiti. Aku memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat. Sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan penuh dengan batu nisan yang dah semakin senget dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ. Memang aku sedar tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan lahan berundur ke arah motosikal ku, mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasan perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk dan bulu tengkuk ku mula meeremag. Aghhh tanda ianya bukan realiti...aku start motor dan tanpa menoleh lagi. Aku bergerak sepanjang jalan, tak putus-putus soalan demi soalan dalam fikiran aku.

Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa-apa pada ayahku. Keesokan paginya aku bertanya. Dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin, aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya. Apa yang aku nampak.. perkuburan siapa. Hanya Dia yang lebih mengetahui.

👻TAMAT👻

Sumber: Koleksi Kisah Seram

@kisahserammistik

Читать полностью…

🎭Seram Mistik🎭

"Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo. Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan. Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo. “Jangan sentuh aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga. Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin dan ada yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo.

Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang dianggap bukan suara Wak Kejo. Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia. “Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,” kata Ustaz Aziz tenang.

Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo dimandikan dan dikapan. Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut. Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi.

Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat. Bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih menyuluh kearah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya. Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya bagai kehausan.

Uztaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka. Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lagi pulang ke rumahnya. Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan hantu raya yang dibelannya. Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT. Na’uzubillah.

👻TAMAT👻

Sumber: melayukini.net

@kisahserammistik

Читать полностью…
Subscribe to a channel