huluperak | Unsorted

Telegram-канал huluperak - Info Hulu Perak

52

Waris & Warga Hulu Perak Dari Kualer smpi ler ke Kroh

Subscribe to a channel

Info Hulu Perak

Waspada Luruan Monsun Dijangka Memasuki Rantau Negara Bermula Pada 17 Sehingga 21 Mac 2025
https://sebenarnya.my/waspada-luruan-monsun-dijangka-memasuki-rantau-negara-bermula-pada-17-sehingga-21-mac-2025/

Menurut Malaysian Meteorological Department (MET): Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau Negara bermula pada 17 sehingga 21 Mac 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung dalam tempoh berkenaan. Sehubungan dengan itu, MET Malaysia […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Penipuan Yang Menggunakan Nama MARA Dengan Menawarkan Perkhidmatan Semakan Promosi Akaun Pinjaman MARA Sempena Bulan Ramadan
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menggunakan-nama-mara-dengan-menawarkan-perkhidmatan-semakan-promosi-akaun-pinjaman-mara-sempena-bulan-ramadan/

Menurut Majlis Amanah Rakyat (MARA): Susulan tersebarnya dakwaan tawaran semakan promosi akaun pinjaman MARA sempena bulan Ramadan menerusi platform WhatsApp, pihak MARA tidak pernah melantik pihak ketiga bagi mempromosi dan memproses sebarang kemudahan tersebut. SUMBER: Facebook Rasmi MARA X Rasmi MARA Instagram Rasmi MARA

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Sebaran Tular Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Sebanyak RM10,000 Hingga RM50,000 Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/sebaran-tular-pengeluaran-wang-simpanan-kwsp-sebanyak-rm10000-hingga-rm50000-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Jangan mudah percaya dengan apa yang anda lihat dan baca. Pastikan anda sentiasa semak dan dapatkan maklumat yang sahih di laman web serta media sosial rasmi KWSP. SUMBER: Facebook Rasmi KWSP Instagram Rasmi KWSP X Rasmi KWSP

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Luruan Angin Timuran Dijangka Memasuki Rantau Negara Pada 7 Hingga 11 Mac 2025
https://sebenarnya.my/waspada-luruan-angin-timuran-dijangka-memasuki-rantau-negara-pada-7-hingga-11-mac-2025/

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET): Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan angin timuran dijangka memasuki rantau negara pada 7 hingga 11 Mac 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sabah dan Sarawak serta timur dan utara Semenanjung dalam tempoh berkenaan. Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 6 Mac Hingga 12 Mac 2025
https://sebenarnya.my/makluman-harga-runcit-produk-petroleum-bagi-tempoh-6-mac-hingga-12-mac-2025/

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF): Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.38 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen kepada RM3.13 seliter bagi tempoh 6 Mac 2025 hingga 12 Mac 2025. Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada SMS Yang Mengandungi Pautan Pancing Data Berkaitan Lesen Memandu Daripada MyJPJ
https://sebenarnya.my/waspada-sms-yang-mengandungi-pautan-pancing-data-berkaitan-lesen-memandu-daripada-myjpj/

Menurut kenyataan media Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia: JPJ telah menerima aduan daripada orang awam berhubung Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengandungi pautan berkaitan lesen memandu. Pihak JPJ ingin menjelaskan bahawa Jabatan ini tidak pernah menghantar mana-mana pautan berkaitan urusan lesen memandu melalui SMS kepada orang awam. Jabatan ini juga telah mengenalpasti bahawa SMS yang […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pekerja atau Kontraktor TNB
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menyamar-sebagai-pekerja-atau-kontraktor-tnb/

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB): TNB menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap sindiket penipuan yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB. Dengan kenaikan kes-kes penipuan yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB, TNB menyarankan anda untuk kekal berwaspada. Kenali tanda-tanda amaran seperti yang ditunjukkan di dalam infografik ini. Kenal Pasti Tanda-Tanda Amaran Ini: Lindungi Diri […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Terhadap Akaun Palsu Yang Menyamar Sebagai KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
https://sebenarnya.my/waspada-terhadap-akaun-palsu-yang-menyamar-sebagai-kdymm-spb-yang-di-pertuan-agong-sultan-ibrahim/

Menurut Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office): Royal Press Office ingin menegaskan bahawa terdapat akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Luruan Monsun Dijangka Memasuki Rantau Negara Bermula Pada 22 Hingga 25 Februari 2025 Yang Melibatkan Negeri Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah
https://sebenarnya.my/waspada-luruan-monsun-dijangka-memasuki-rantau-negara-bermula-pada-22-hingga-25-februari-2025-yang-melibatkan-negeri-kelantan-terengganu-perak-dan-kedah/

Menurut Malaysian Meteorological Department (MET): Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau Negara bermula pada 22 hingga 25 Februari 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Kelantan, Terengganu serta pedalaman Perak dan Kedah dalam tempoh berkenaan. SUMBER: Facebook Rasmi MET X Rasmi MET Instagram Rasmi MET

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Sindiket Penipuan Yang Menawarkan Peluang Kerjasama Dalam Pelbagai Bentuk Tawaran dan Platform Dengan Menyalahgunakan Nama Pegawai Kanan BNM
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-sindiket-penipuan-yang-menawarkan-peluang-kerjasama-dalam-pelbagai-bentuk-tawaran-dan-platform-dengan-menyalahgunakan-nama-pegawai-kanan-bnm/

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM): Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan surat, aplikasi, hantaran media sosial, panggilan telefon, mesej atau video yang menyalahgunakan nama pegawai kanan BNM. BNM tidak memberikan apa-apa sokongan atau jaminan kewangan kepada mana-mana perniagaan. SUMBER: Facebook Rasmi BNM X Rasmi BNM Instagram BNM

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Tawaran Pembiayaan Perniagaan Yang Menggunakan Nama MARA Di Platform Media Sosial
https://sebenarnya.my/waspada-tawaran-pembiayaan-perniagaan-yang-menggunakan-nama-mara-di-platform-media-sosial/

Menurut Majlis Amanah Rakyat (MARA): Susulan tersebarnya dakwaan tawaran pembiayaan perniagaan di media sosial yang membabitkan nama MARA, pihak kami tidak pernah melantik pihak ketiga bagi mempromosi dan memproses sebarang kemudahan pembiayaan perniagaan MARA. Artikel terdahulu 17 April 2019 SUMBER: Facebook Rasmi MARA X Rasmi MARA Instagram Rasmi MARA

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Wakil Dari NACSA dan Meminta Maklumat Peribadi Melalui Aplikasi WhatsApp
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menyamar-sebagai-wakil-dari-nacsa-dan-meminta-maklumat-peribadi-melalui-aplikasi-whatsapp/

Menurut kenyataan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA): NACSA memaklumkan bahawa terdapat taktik penipuan yang sedang berleluasa di mana individu tidak bertanggungjawab menggunakan aplikasi WhatsApp untuk memperdaya orang awam. Individu tersebut akan menyamarkan diri sebagai wakil dari agensi untuk mendapatkan maklumat peribadi dan kewangan anda. NACSA tidak akan berkomunikasi dengan orang awam melalui aplikasi WhatsApp dan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Makluman: Cuaca Panas Dan Kering Pada Penghujung Monsun Timur Laut
https://sebenarnya.my/makluman-cuaca-panas-dan-kering-pada-penghujung-monsun-timur-laut/

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET): Negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac 2025. Dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan akan berkurangan di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan. Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Panggilan Palsu Yang Menyamar Dengan Menggunakan Nama Biro Pengaduan Awam
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-palsu-yang-menyamar-dengan-menggunakan-nama-biro-pengaduan-awam/

Menurut Biro Pengaduan Awam (BPA): Terdapat panggilan telefon yang mengaku daripada BPA. Jangan mudah terpedaya! BPA tidak akan meminta maklumat peribadi anda melalui telefon. Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama BPA. SUMBER: Facebook Rasmi BPA Instagram BPA

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Akaun Palsu Yang Menyalahgunakan Identiti KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
https://sebenarnya.my/waspada-akaun-palsu-yang-menyalahgunakan-identiti-kdymm-spb-raja-permaisuri-agong-raja-zarith-sofiah/

Menurut Seri Paduka Baginda (SPB) Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim: Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong. Facebook Rasmi SPB YDPA Instagram Rasmi SPB YDPA

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Modus Operandi Penipuan Yang Meminta Pembayaran Cukai SST Melalui Invois Palsu
https://sebenarnya.my/waspada-modus-operandi-penipuan-yang-meminta-pembayaran-cukai-sst-melalui-invois-palsu/

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM): JKDM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan invois palsu yang meminta penerima membuat pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). SUMBER: Facebook Rasmi JKDM X Rasmi JKDM Instagram Rasmi

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Luruan Angin Timuran Dijangka Berterusan Sehingga 12 Mac 2025
https://sebenarnya.my/waspada-luruan-angin-timuran-dijangka-berterusan-sehingga-12-mac-2025/

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET): Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan angin timuran yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 12 Mac 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di pantai timur Semenanjung Malaysia. MET Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sebaik sahaja output model-model […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Penipuan Yang Menggunakan Nama Kerabat Diraja Pahang Dengan Menawarkan Bantuan Ramadan Sebanyak RM1,000 Di Media Sosial
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menggunakan-nama-kerabat-diraja-pahang-dengan-menawarkan-bantuan-ramadan-sebanyak-rm1000-di-media-sosial/

Menurut Halaman Facebook Rasmi Istana Pahang (Kesultanan Pahang): Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan satu tawaran ‘Bantuan Ramadan’ yang tersebar di aplikasi Tik Tok dengan menggunakan nama YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Penyamar yang menggunakan nama @tpafzanaminahafidzatul di aplikasi berkenaan memberitahu bahawa bantuan Ramadan bernilai RM1000 akan dikurniakan oleh Kebawah Duli […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Kerajaan Arab Saudi Mewajibkan Pengambilan Vaksin COVID-19 Kepada Bakal Jemaah Haji Berumur 65 Tahun Ke Atas Yang Menghidapi Penyakit Kronik
https://sebenarnya.my/kerajaan-arab-saudi-mewajibkan-pengambilan-vaksin-covid-19-kepada-bakal-jemaah-haji-berumur-65-tahun-ke-atas-yang-menghidapi-penyakit-kronik/

Menurut Tabung Haji (TH): TH akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebaran maklumat melalui WhatsApp mengenai bahaya pengambilan vaksin bagi bakal jemaah haji. Hantaran tersebut adalah tidak bertanggungjawab. Pengambilan vaksin COVID-19 bagi bakal jemaah haji berumur 65 tahun ke atas yang mempunyai penyakit kronik atau sistem imun rendah adalah diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pegawai Kanan BNM Melalui Medium Surat Atau Permesejan
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menyamar-sebagai-pegawai-kanan-bnm-melalui-medium-surat-atau-permesejan/

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM): Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan mesej atau surat yang dihantar oleh individu yang berpura-pura menjadi pegawai kanan Bank Negara Malaysia. SUMBER: Facebook Rasmi Amaran Scam Facebook Rasmi BNM X Rasmi BNM Instagram Rasmi BNM

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 27 Februari 2025 Hingga 05 Mac 2025
https://sebenarnya.my/makluman-harga-runcit-produk-petroleum-bagi-tempoh-27-februari-2025-hingga-05-mac-2025/

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF): Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Februari 2025 hingga 5 Mac 2025 adalah ditetapkan seperti berikut: i. Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.43 seliter;ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;iii. […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Kehadiran Seekor Buaya Di Pantai Purnama
https://sebenarnya.my/waspada-kehadiran-seekor-buaya-di-pantai-purnama/

Menurut Pengarah PERHILITAN Negeri Sembilan: PERHILITAN Negeri Sembilan menerima laporan kehadiran seekor buaya di Pantai Purnama, dekat sini dipercayai reptilia sama yang muncul di Pantai Cermin sebelum ini. Beliau memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan itu daripada Majlis Perbandaran Port Dickson sebelum menghantar pasukan bagi melakukan pemantauan. Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati serta menjaga keselamatan diri […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjualan Produk Gula-Gula Kenyal Berbentuk Mata Dilarang Di Semua Platform Dalam Talian dan Pasaran Domestik
https://sebenarnya.my/penjualan-produk-gula-gula-kenyal-berbentuk-mata-dilarang-di-semua-platform-dalam-talian-dan-pasaran-domestik/

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ingin memaklumkan bahawa saiz atau bentuk sesuatu makanan adalah tidak dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985, Akta Makanan 1983 kecuali bagi “konfeksi jeli terkawal” dengan saiz dan bentuk yang berdiameter kurang atau sama dengan 45 milimeter hendaklah dilabel dengan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Berhubung Penamatan 30,000 Pekerja Kontrak
https://sebenarnya.my/penjelasan-berhubung-penamatan-30000-pekerja-kontrak/

Menurut kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Kenyataan media yang dikeluarkan oleh CUEPACS bertarikh 12 Februari 2025 mengenai kebimbangan penamatan kontrak 30,000 kakitangan yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), perlu dijelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat. Berdasarkan rekod JPA, kelulusan Contract of Service (CoS) di bawah peruntukan OS29000 untuk tahun 2024 bagi kakitangan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Jabatan Kimia Sahkan Tiada DNA Khinzir Dalam Sampel Sandwic Ham and Cheese
https://sebenarnya.my/jabatan-kimia-sahkan-tiada-dna-khinzir-dalam-sampel-sandwic-ham-and-cheese/

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN): Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir dalam semua sampel setiap perisa sandwich yang didapati menyalah guna logo halal. Sehubungan itu, beliau berharap rakyat memahami bahawa pendakwaan siasatan telah dilakukan dengan telus dan ia telah dirujuk kepada pihak yang berautoriti. Beliau […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Serangan Hasad SparkCat Melalui Aplikasi di Platform Google Play dan Apple App Store
https://sebenarnya.my/waspada-serangan-hasad-sparkcat-melalui-aplikasi-di-platform-google-play-dan-apple-app-store/

Menurut CyberSecurity Malaysia (CSM): CSM melalui perkhidmatan Cyber999 telah mengesan ancaman siber baharu, ‘SparkCat’, yang dikenal pasti oleh Kaspersky. Malware ini menyusup ke Google Play Store dan Apple App Store, berisiko mencuri maklumat sensitif pengguna di Malaysia menggunakan teknologi Optical Character Recognition (OCR) untuk mencuri maklumat sensitif pengguna. SparkCat berupaya mengatasi langkah keselamatan aplikasi, meningkatkan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Penumpuan Angin Dijangka Berlaku Di Sarawak Pada 17 Sehingga 19 Februari 2025
https://sebenarnya.my/waspada-penumpuan-angin-dijangka-berlaku-di-sarawak-pada-17-sehingga-19-februari-2025/

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET): Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak pada 17 sehingga 19 Februari 2025. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut. MET Malaysia turut menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C di kebanyakan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Sebarang Penjualan Produk Komersil Yang Menyalahgunakan Logo JPN Tanpa Kebenaran
https://sebenarnya.my/waspada-sebarang-penjualan-produk-komersil-yang-menyalahgunakan-logo-jpn-tanpa-kebenaran/

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): JPN tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana individu, syarikat, atau organisasi untuk menggunakan logo rasmi jabatan tanpa kelulusan bertulis. Sebarang penggunaan logo tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam. Selain itu, JPN tidak terlibat dalam sebarang bentuk barang dagangan, termasuk promosi atau penjualan produk […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Modus Operandi Penipuan Yang Menyalahgunakan Nama Dan Logo KWSP Dengan Meminta Yuran Pengesahan Untuk Proses Permohonan Pengeluaran Dana
https://sebenarnya.my/waspada-modus-operandi-penipuan-yang-menyalahgunakan-nama-dan-logo-kwsp-dengan-meminta-yuran-pengesahan-untuk-proses-permohonan-pengeluaran-dana/

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Hati-hati dengan aktiviti penipuan (scam) yang menyalahgunakan identiti KWSP. SUMBER: Facebook Rasmi KWSP X Rasmi KWSP Instagram Rasmi KWSP

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Servis Diskaun Bil Elektrik
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menawarkan-servis-diskaun-bil-elektrik/

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB): TNB menyarankan orang ramai untuk kekal berhati-hati dengan taktik penipuan ini yang berleluasa di media sosial. Pastikan anda mengenal pasti tanda-tanda amaran seperti dibawah: Penipu akan cuba menghubungi anda melalui media sosial, panggilan telefon, e-mel atau secara bersemuka untuk: SUMBER: Facebook Rasmi TNB X Rasmi TNB

Читать полностью…
Subscribe to a channel