huluperak | Unsorted

Telegram-канал huluperak - Info Hulu Perak

52

Waris & Warga Hulu Perak Dari Kualer smpi ler ke Kroh

Subscribe to a channel

Info Hulu Perak

Produk Soft Candy With Jam Menggunakan Logo Halal Tidak Diiktiraf Oleh JAKIM
https://sebenarnya.my/produk-soft-candy-with-jam-menggunakan-logo-halal-tidak-diiktiraf-oleh-jakim/

Menurut kenyataan Bahagian Hab Halal (JAKIM): Untuk makluman, produk manisan Soft Candy With Jam telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini. Artikel terdahulu: SUMBER: Facebook Rasmi Hab Halal, JAKIM

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Bantuan RM1,200 Dikreditkan Ke Dalam MyKad Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/bantuan-rm1200-dikreditkan-ke-dalam-mykad-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa pengumuman bantuan RM1,200 dikreditkan ke dalam MyKad adalah PALSU. SUMBER: Facebook Rasmi MOF X Rasmi MOF Instagram MOF

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Bendera Malaysia Dikibarkan Secara Terbalik Di Sebuah Sekolah Adalah Insiden Pada Tahun 2020
https://sebenarnya.my/bendera-malaysia-dikibarkan-secara-terbalik-di-sebuah-sekolah-adalah-insiden-pada-tahun-2020/

Menurut Kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (PDRM): Pihak PDRM telah terkesan satu kes viral dalam media sosial “Facebook” yang memaparkan sebuah sekolah mengibarkan bendera Malaysia dalam keadaan terbalik. Hasil siasatan mendapati kes tersebut berlaku pada tahun 2020 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Bukit Tambun yang di ulang siar semula oleh individu […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Panggilan Berunsur Penipuan Yang Menyamar Sebagai Kakitangan KKM
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-berunsur-penipuan-yang-menyamar-sebagai-kakitangan-kkm/

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM menafikan penglibatan Pegawai Penguatkuasa Farmasi dalam panggilan telefon berkenaan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan telefon berunsur penipuan (scam) sedemikian. Peringatan kepada orang awamSekiranya orang awam menerima panggilan telefon yang mencurigakan, langkah-langkah berikut boleh diambil: a) Kekal tenang.b) Jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi kepada pemanggil […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Dakwaan Bahawa Terdapat Sebuah Gua Kosong di bawah Bandar Raya Kuala Lumpur adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-bahawa-terdapat-sebuah-gua-kosong-di-bawah-bandar-raya-kuala-lumpur-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Geologi, Universiti Malaya: Jabatan dimaklumkan bahawa telah tular satu artikel di media sosial yang menyatakan bahawa terdapat “..gua kosong yang amat besar…” di bawah bandar raya Kuala Lumpur. Artikel ini kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari Universiti Malaya yang bernama Dr. Sarah Jamal. Jabatan menegaskan bahawa tiada ahli geologi yang […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Produk Kopi Pejuang Mengandungi Racun Berjadual Tadafil
https://sebenarnya.my/waspada-produk-kopi-pejuang-mengandungi-racun-berjadual-tadafil/

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM): Hasil tindakan penguatkuasaan terkini yang dijalankan oleh PKKM mendapati produk Kopi Pejuang dikesan mengandungi tadalafil iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Sebaran Poster Mengenai Bantuan Kementerian Malaysia eMadani/Touch n’ Go eWallet 2024 Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/sebaran-poster-mengenai-bantuan-kementerian-malaysia-emadani-touch-n-go-ewallet-2024-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa sebaran poster tertera Bantuan Kementerian Kewangan Malaysia eMADANI/ Touch ‘n Go eWallet 2024 telah dibuka, adalah PALSU. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita sebegini. SUMBER: Facebook Rasmi MOF X Rasmi MOF Instagram Rasmi MOF

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pegawai BSN
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menyamar-sebagai-pegawai-bsn/

Menurut Bank Simpanan Nasional (BSN): BSN ingin mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan, mesej SMS atau emel palsu mendakwa dari pihak BSN yang meminta maklumat akaun. Pengguna diingatkan untuk: Pelanggan juga dinasihatkan untuk segera melaporkan sebarang transaksi tidak sah atau mencurigakan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997. Artikel terdahulu […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Halaman/ Akaun Media Sosial Palsu Yang Menyalahgunakan Nama dan Logo KPM
https://sebenarnya.my/waspada-halaman-akaun-media-sosial-palsu-yang-menyalahgunakan-nama-dan-logo-kpm/

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): KPM mengambil perhatian serius laman media sosial palsu yang menggunakan nama dan logo rasmi Kementerian. Laman media sosial ini adalah palsu. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan perkhidmatan yang ditawarkan. SUMBER: Facebookk Rasmi KPM Instagram Rasmi KPM X Rasmi KPM

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Terhadap Sebarang Bentuk Pelaburan Yang Ditawarkan Melalui Aplikasi Telegram
https://sebenarnya.my/waspada-terhadap-sebarang-bentuk-pelaburan-yang-ditawarkan-melalui-aplikasi-telegram/

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK): Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat ‘too good to be true’ atau terlalu bagus untuk dipercayai. Beliau menegaskan bahawa sebarang bentuk pelaburan yang ditawarkan melalui aplikasi Telegram adalah penipuan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah kerap mendedahkan mengenai kegiatan penipuan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Ancaman Pancingan Data atau Mesej Palsu Ekoran Gangguan Global CrowdStrike
https://sebenarnya.my/waspada-ancaman-pancingan-data-atau-mesej-palsu-ekoran-gangguan-global-crowdstrike/

Menurut CyberSecurity Malaysia: CyberSecurity Malaysia mengeluarkan amaran kepada pengguna dan organisasi mengenai panggilan tidak dikenali, e-mel pancingan data, laman web pancingan data atau mesej yang meminta untuk memuat turun kemaskini perisian atau menyediakan akses jauh (remote) untuk baik pulih komputer berikutan gangguan global CrowdStrike baru-baru ini. Pengguna dan pentadbir sistem adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Penipuan Menggunakan Nama TNB Dan Menawarkan Servis Diskaun Untuk Bil TNB Pemilik Perniagaan
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-menggunakan-nama-tnb-dan-menawarkan-servis-diskaun-untuk-bil-tnb-pemilik-perniagaan/

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB): TNB telah mengesan taktik penipuan (‘scam’) menggunakan nama TNB yang menawarkan servis tidak diketahui dan menjanjikan 8-10% diskaun serta penjimatan elektrik sehingga 70% untuk pemilik perniagaan. TNB ingin memaklumkan bahawa TNB tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik halaman Facebook berikut dan tidak mengiktiraf servis yang ditawarkan oleh mereka. Sekiranya anda […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Sindiket Penipuan Menyalahgunakan Identiti Menteri Hal Ehwal Agama
https://sebenarnya.my/waspada-sindiket-penipuan-menyalahgunakan-identiti-menteri-hal-ehwal-agama/

Menurut kenyataan media Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Pejabat Menteri (Hal Ehwal Agama) mendapati gambar serta profil dan kedudukan YB Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Nai’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM, Hal Ehwal Agama) telah disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehubungan dengan itu, Pejabat tersebut menafikan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Akaun Palsu Yang Menyamar Sebagai Menteri MITI
https://sebenarnya.my/waspada-akaun-palsu-yang-menyamar-sebagai-menteri-miti/

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI): MITI telah mengambil maklum mengenai kewujudan satu akaun palsu yang menyamar sebagai Menteri MITI melalui kenyataan di ‘BIO’ Instagram. Akaun tersebut telah memuat naik peluang pelaburan palsu untuk menipu orang ramai. SUMBER: Facebook Rasmi MITI Instagram Rasmi MITI X Rasmi MITI

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Surat Pembayaran Cukai Menggunakan Nama Ketua Pengarah Dan Logo JKDM Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/surat-pembayaran-cukai-menggunakan-nama-ketua-pengarah-dan-logo-jkdm-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM): JKDM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan surat palsu yang meminta penerima surat membuat pembayaran cukai menggunakan nama Dato’ Anis Rizana binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. SUMBER: Facebook Rasmi JKDM Instagram Rasmi JKDM

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penularan Amaran Rompakan Dua Individu Menyamar Sebagai Pegawai KDN Untuk Bancian Adalah Tidak Benar dan Ditularkan Semula
https://sebenarnya.my/penularan-amaran-rompakan-dua-individu-menyamar-sebagai-pegawai-kdn-untuk-bancian-adalah-tidak-benar-dan-ditularkan-semula/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN): KDN mendapati bahawa terdapat penularan video menerusi media sosial yang memaparkan dua orang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai KDN lalu mengunjungi rumah orang ramai bagi melakukan kerja-kerja persediaan bancian seperti mengambil gambar, mengambil cap ibu jari, meminta maklumat peribadi dan sebagainya. Untuk makluman, semakan mendapati bahawa video yang […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Berita RTM Tidak Pernah Mengeluarkan Sebarang Video Berkenaan Perjudian
https://sebenarnya.my/berita-rtm-tidak-pernah-mengeluarkan-sebarang-video-berkenaan-perjudian/

SEBENARNYA: Menurut Berita RTM: Berita RTM menafikan penyebaran berita palsu berhubung video perjudian dalam talian yang menggunakan logo saluran RTM, logo Malaysia MADANI dan suara penyampai berita seperti yang tular di laman sosial. Pihak Berita RTM tidak pernah mengeluarkan apa-apa video berkenaan perjudian bagi tujuan yang tidak baik. SUMBER: Facebook Rasmi Berita RTM X Rasmi […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Dakwaan Nama Jalan Yap Ah Loy Ditukar Ke Jalan Palestin Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-nama-jalan-yap-ah-loy-ditukar-ke-jalan-palestin-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL): Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan khabar angin yang tular di media sosial, kononnya Jalan Yap Ah Loy telah ditukar namanya kepada Jalan Palestin. Menurut Pegawai DBKL, “Tidak ada perubahan. Nama Jalan Yap Ah Loy tetap tidak berubah.” SUMBER: Astro Awani Harian Metro Sinar Harian

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Pautan Palsu Berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
https://sebenarnya.my/waspada-pautan-palsu-berkaitan-bantuan-sumbangan-tunai-rahmah/

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Kementerian Kewangan (MOF) ingin menasihati penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR. Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), pihak MOF tidak membuat penghantaran SMS dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi kepada individu. Artikel terdahulu […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

selamat pagi...saya mencari kerja sebagai driver lori area lenggong atau gerik..kalau ada info boleh bagi tahu yea

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Mesej Tular Mengenai Dakwaan MPox Kini Merebak Di Singapura Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/mesej-tular-mengenai-dakwaan-mpox-kini-merebak-di-singapura-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura. Imej yang ditularkan BUKAN imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022. SUMBER: Facebook […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Berhubung Pelaporan Rombakan Kabinet
https://sebenarnya.my/penjelasan-berhubung-pelaporan-rombakan-kabinet/

Menurut YAB Perdana Menteri: YAB Perdana Menteri menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya. Menjawab spekulasi tersebut, beliau sebaliknya menegaskan, beliau ‘tidak mendengar’ mengenai perkara tersebut. Beliau mengulas mengenai dakwaan sebuah portal berita yang melaporkan kemungkinan rombakan Kabinet akan berlaku sekali lagi, iaitu kurang setahun selepas rombakan terakhir kepimpinan kerajaan. Kali terakhir […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Peluang Pelaburan Yang Ditawarkan Oleh Mana-Mana Entiti Atau Syarikat Tidak Berlesen
https://sebenarnya.my/waspada-peluang-pelaburan-yang-ditawarkan-oleh-mana-mana-entiti-atau-syarikat-tidak-berlesen/

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM): Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyerbu 12 premis di sekitar Lembah Klang dalam satu tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah syarikat serta beberapa entiti yang lain. Satu tindakan penguatkuasaan bersama pelbagai agensi penguatkuasaan telah diambil kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk kesalahan di bawah: i. Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Mesej Tular Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/mesej-tular-kadar-kenaikan-gaji-penjawat-awam-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Kandungan Whatsapp yang sedang tular mengenai 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝟮𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨. Artikel terdahulu : SUMBER: Facebook Rasmi JPA X Rasmi JPA Instagram Rasmi JPA Facebook Rasmi MOF X Rasmi MOF Instagram Rasmi MOF

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Penipuan Pelaburan ‘Deepfake’ Yang Menyamar Sebagai Individu dan Nama Syarikat Terkemuka
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-pelaburan-deepfake-yang-menyamar-sebagai-individu-dan-nama-syarikat-terkemuka/

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan ‘deepfake’ yang dicipta melalui kecerdasan buatan (artificial intelligence/AI) untuk menyamar sebagai individu dan nama syarikat terkemuka.SC baru-baru ini telah menemui beberapa video ‘deepfake’ di Facebook. Pelaku penipuan ini biasanya memulakan aktiviti penipuan dengan menyiarkan video […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Panggilan Palsu Yang Menyamar Sebagai Pegawai CyberSecurity Malaysia
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-palsu-yang-menyamar-sebagai-pegawai-cybersecurity-malaysia/

Menurut CyberSecurity Malaysia: CyberSecurity Malaysia ingin menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah membuat sebarang panggilan telefon bagi tujuan yang tidak sah atau meminta maklumat peribadi seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan jangan berikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali melalui panggilan telefon. Berikut […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Akaun TikTok Palsu Yang Menyamar Sebagai Menteri Kerja Raya
https://sebenarnya.my/waspada-akaun-tiktok-palsu-yang-menyamar-sebagai-menteri-kerja-raya/

Menurut Menteri Kerja Raya (KKR): Beliau mengambil maklum mengenai kewujudan beberapa akaun palsu yang menyamar sebagai Menteri Kerja Raya (KKR) / Ahli Parlimen Kapit. Beliau menafikan kewujudan akaun palsu tersebut dan kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggunggawab yang boleh menimbulkan kekeliruan serta boleh disalahgunakan dan memperdaya orang awam. Pengguna media sosial dinasihatkan supaya tidak […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Iklan Pengambilan Jawatan PDRM Di Media Sosial Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/iklan-pengambilan-jawatan-pdrm-di-media-sosial-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Terdapat sebaran maklumat yang tidak benar dan palsu mengenai Urusan Pengambilan Jawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai dinasihatkan untuk mengabaikan mesej yang tular di medium sosial seperti aplikasi Tik Tok dan lain-lain aplikasi. SUMBER: Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Laman Sesawang Palsu Semakan Status Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024
https://sebenarnya.my/waspada-laman-sesawang-palsu-semakan-status-jumlah-bayaran-bantuan-tunai-rahmah-2024/

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai Semakan Status Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024 adalah palsu. Rujuk Siaran Media berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kerajaan-tingkatkan-peruntukan-str-fasa-2-sebanyak-20-8-4-juta-rakyat-akan-menerima-bantuan-sebelum-hari-raya-aidilfitri SUMBER: Facebook Rasmi MOF X Rasmi MOF Instagram MOF

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Sindiket Penipuan Pelaburan Yang Menggunakan Nama Dan Logo BNM
https://sebenarnya.my/waspada-sindiket-penipuan-pelaburan-yang-menggunakan-nama-dan-logo-bnm/

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM): Jangan terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanan Bank Negara Malaysia. Tindakan akan diambil terhadap pelaku. Sentiasa ingat, BNM TIDAK MEMPROMOSIKAN mana-mana skim pelaburan. Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui BNMLINK.bnm.gov.my Artikel terdahulu : Waspada Dengan Video Hantaran Atau Mesej Palsu Yang Menyalahgunakan […]

Читать полностью…
Subscribe to a channel