huluperak | Unsorted

Telegram-канал huluperak - Info Hulu Perak

52

Waris & Warga Hulu Perak Dari Kualer smpi ler ke Kroh

Subscribe to a channel

Info Hulu Perak

Cadangan Kenaikan RM10 Harga Kosultasi Di Klinik Awam Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/cadangan-kenaikan-rm10-harga-kosultasi-di-klinik-awam-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia : Cadangan kenaikan bayaran di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah daripada pihak ketiga. KKM tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini. Bayaran di fasiliti KKM kekal RM1 (biasa), RM5 (pakar) dan RM3 (wad am). SUMBER: Facebook Rasmi Menteri Kesihatan Malaysia

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Halaman atau Akaun Media Sosial Palsu yang Menggunakan Identiti Kolej Ketengah
https://sebenarnya.my/waspada-halaman-atau-akaun-media-sosial-palsu-yang-menggunakan-identiti-kolej-ketengah/

Menurut Kenyataan Pengurusan Kolej Ketengah: Halaman Facebook dan akaun Instagram tersebut bukan milik atau diuruskan oleh Kolej Ketengah. Kolej Ketengah tidak bertanggungjawab atas segala aktiviti yang dijalankan oleh pemilik halaman tersebut. Pemilik halaman tersebut telah menggunakan logo, nama, dan gambar-gambar milik Kolej Ketengah tanpa kebenaran untuk tujuan yang tidak diketahui. Pihak Kolej Ketengah menegaskan bahawa […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Sebaran Tealive Disahkan Haram Oleh JAKIM Adalah Kandungan Dikitar Semula dan Tidak Benar
https://sebenarnya.my/sebaran-tealive-disahkan-haram-oleh-jakim-adalah-kandungan-dikitar-semula-dan-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan JAKIM: Tular tersebut adalah tular berulang sejak sekian lama dan disebarkan pada setiap tahun oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pastinya isu yang ditularkan tersebut adalah tidak benar. Justeru, premis makanan/ minuman jenama Tealive yang diusahakan oleh syarikat Loob Integrated Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah bagi premis-premis […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Pelaksanaan Peraturan Komunikasi Baharu Bagi Panggilan dan Teks Whatsapp Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/pelaksanaan-peraturan-komunikasi-baharu-bagi-panggilan-dan-teks-whatsapp-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi (KK): Merujuk kepada maklumat yang tular berkaitan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp. Kementerian Komunikasi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara ini. Artikel terdahulu : SUMBER: Facebook Rasmi Kementerian Komunikasi X Rasmi Kementerian Komunikasi Instagram Rasmi Kementerian Komunikasi

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Panggilan Telefon Sindiket Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pegawai NSRC
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-telefon-sindiket-penipuan-yang-menyamar-sebagai-pegawai-nsrc/

Menurut kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia (PDRM): NSRC atau National Scam Response Center adalah pusat panggilan yang berperanan sebagai pusat operasi untuk menyelaras tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian terutama untuk mengesan wang yang telah dipindahkan berpunca kes penipuan dalam talian. Kewujudan pusat panggilan ini bagaimanapun dikesan telah […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Dalam Perkongsian Baki Akaun KWSP Di Media Sosial
https://sebenarnya.my/waspada-dalam-perkongsian-baki-akaun-kwsp-di-media-sosial/

Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Hati-hati! Jangan kongsi baki akaun KWSP anda kepada umum. Penipu ( scammer ) sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer! SUMBER: Facebook Rasmi KWSP X Rasmi KWSP Instagram Rasmi KWSP

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Dakwaan Kerajaan Akan Keluarkan Lesen Operasi Kasino Di Forest City, Johor Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-kerajaan-akan-keluarkan-lesen-operasi-kasino-di-forest-city-johor-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita antarabangsa yang melaporkan beliau bertemu dengan Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan Genting Tan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Berkenaan Laporan Berita Berkaitan Tidak Boleh Perbaharui Pasport Kerana Tidak Boleh Berbahasa Melayu
https://sebenarnya.my/penjelasan-berkenaan-laporan-berita-berkaitan-tidak-boleh-perbaharui-pasport-kerana-tidak-boleh-berbahasa-melayu/

Menurut Kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): JIM merujuk kepada laporan media massa yang disiarkan pada 22 April 2024 berkaitan kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang. Jabatan ingin memaklumkan bahawa pelanggan tersebut telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada 22 […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Panggilan Palsu Menggunakan Nama Kementerian Komunikasi
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-palsu-menggunakan-nama-kementerian-komunikasi/

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi (KKD): Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi. Semak kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut dan laporkan kepada polis atau merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 𝟗𝟗𝟕 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝟐𝟒 𝐣𝐚𝐦 sekiranya disyaki terdapat unsur-unsur penipuan. Artikel Terdahulu 20 Disember 2022 SUMBER: […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Video Tular Merupakan Video Lama Latihan Simulasi Kesiapsiagaan Anggota Keselamatan Dengan Situasi Serangan Provokatif
https://sebenarnya.my/video-tular-merupakan-video-lama-latihan-simulasi-kesiapsiagaan-anggota-keselamatan-dengan-situasi-serangan-provokatif/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): JPA mengambil perhatian serius terhadap penularan video lama berdurasi 1:10 minit telah dimuat naik dengan membina persepsi seolah-olah pegawai awam yang bertanya kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu telah dinafikan dan dihalang oleh sekumpulan Polis Bantuan, selepas bertanyakan mengenai status permohonan kuarters kerajaan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Peraturan Komunikasi Baharu Melibatkan Platform WhatsApp Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/peraturan-komunikasi-baharu-melibatkan-platform-whatsapp-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Tular di media sosial berkenaan mesej kononnya terdapat peraturan komunikasi baharu oleh pihak Kerajaan yang akan merekodkan semua panggilan dan memantau semua rangkaian media sosial dan forum. Antara mesej yang tular adalah seperti berikut: ‘Peraturan komunikasi baharu bagi panggilan Whatsapp dan Whatsapp (Panggilan suara dan video) akan dilaksanakan mulai esok. ‘Maklumat penting tentang Peraturan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Tawaran Perkhidmatan Pengisian PADU Secara Berbayar
https://sebenarnya.my/waspada-tawaran-perkhidmatan-pengisian-padu-secara-berbayar/

Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sungai Petani: Tular di media sosial mengenai individu yang menawarkan perkhidmatan pengisian PADU dan mengenakan cas bayaran bagi perkhidmatan yang diberi. Pihak DOSM menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut dan menegaskan tidak pernah melantik individu luar dan mengenakan cas bayaran bagi perkhidmatan pengisian PADU tersebut. Pihak DOSM juga menasihatkan orang ramai […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Mesej Tular Berkenaan Makanan Haiwan Ternakan
https://sebenarnya.my/penjelasan-mesej-tular-berkenaan-makanan-haiwan-ternakan/

Menurut kenyataan Bahagian Hab Halal, JAKIM: Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM menerima banyak pertanyaan berkenaan isu tular makanan haiwan ternakan. Kepada pengguna yang dihormati, isu tular yang berlegar tersebut merupakan isu tular dari tahun 2007 yang diviralkan semula. Untuk makluman pengguna, sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi sebarang pengesahan halal kepada produk makanan haiwan. Walaubagaimanapun, Jabatan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Surat Pembayaran SST Dari Kastam Meminta Penerima Membuat Pembayaran Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/surat-pembayaran-sst-dari-kastam-meminta-penerima-membuat-pembayaran-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan Surat Palsu yang meminta penerima surat membuat pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menggunakan nama dan tanda tangan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Anis Rizana binti Mohd Zainudin. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sentiasa […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Produk Coklat Jenama Slymchoco/ Slymochoco
https://sebenarnya.my/waspada-produk-coklat-jenama-slymchoco-slymochoco/

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Hasil pemantauan terkini yang dijalankan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) mendapati bahawa produk coklat jenama Slymchoco atau Slymochoco dikesan mengandungi Sibutramine iaitu sejenis sebatian kimia yang bertindak sebagai pemendam rasa lapar atau selera makan (appetite suppressant). Berdasarkan data daripada satu kajian di peringkat antarabangsa dikenali sebagai “Sibutramine […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Isu ‘Program Permohonan Kewarganegaraan’
https://sebenarnya.my/penjelasan-isu-program-permohonan-kewarganegaraan/

Menurut kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): JPN ingin memaklumkan program yang dihebahkan tidak melibatkan pihak Jabatan sama sekali. lanya bukan anjuran bersama JPN, malah tiada jemputan penyertaan JPN ke program terbabit. JPN juga ingin menjelaskan di mana permohonan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter Pejabat JPN sahaja dengan kehadiran pemohon itu sendiri. JPN sentiasa […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Panggilan Individu Yang Menyamar Sebagai Pegawai MCMC
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-individu-yang-menyamar-sebagai-pegawai-mcmc/

Menurut Kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): MCMC ingin mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC. Saranan ini dibuat susulan peningkatan kes yang diterima oleh MCMC sejak tempoh seminggu yang lalu. Modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu. Pemanggil memperkenalkan dirinya […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Panggilan Palsu Kononnya Dari Jabatan PADU
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-palsu-kononnya-dari-jabatan-padu/

Menurut kenyataan PADU: Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon yang mengaku dari Jabatan Pangkalan Data Utama (PADU). Pasukan PADU ingin menegaskan bahawa Jabatan PADU tidak pernah wujud dan pengemaskinian maklumat individu ke dalam sistem PADU telah ditutup pada 31 Mac 2024. SUMBER: Facebook Rasmi PADU X Rasmi PADU Instagram Rasmi PADU

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Dakwaan Malaysia Negara Asia Tenggara Pertama Dikenakan Sekatan Oleh Amerika Syarikat Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-malaysia-negara-asia-tenggara-pertama-dikenakan-sekatan-oleh-amerika-syarikat-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Laporan berita dikaitkan dengan Reuters yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu. Menurut agensi berita Reuters, “Mana-mana dakwaan yang mengata kan Reuters melaporkan Malaysia ıslah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Perkhidmatan Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan Ditawarkan Oleh BJAK
https://sebenarnya.my/penjelasan-perkhidmatan-urus-niaga-pembaharuan-cukai-jalan-ditawarkan-oleh-bjak/

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia: JPJ memandang serius terhadap kandungan iklan yang telah dikeluarkan oleh pihak BJAK Sdn. Bhd. (BJAK) melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam termasuklah program pemberian cukai jalan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Berkenaan Penggunaan Bahan Peluntur/ Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum
https://sebenarnya.my/penjelasan-berkenaan-penggunaan-bahan-peluntur-benzoil-peroksida-dalam-tepung-gandum/

Menurut Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM mengambil maklum isu yang ditularkan semula di media sosial berkaitan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum yang didakwa boleh menjejaskan kesihatan. KKM juga telah menjelaskan perkara ini dalam dua (2) kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini pada tahun 2012 dan 2017 bagi mengelakkan kekeliruan awam. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Tawaran Tunai Haji Menggunakan Visa Oleh Pihak Ketiga
https://sebenarnya.my/waspada-tawaran-tunai-haji-menggunakan-visa-oleh-pihak-ketiga/

Menurut kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH): Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan jangan terpedaya dengan sebarang tawaran tunai haji menggunakan visa selain visa haji yang dikeluarkan oleh Tabung Haji. SUMBER: Facebook Rasmi Lembaga Tabung Haji (TH) Instagram Rasmi Lembaga Tabung Haji (TH)

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Makluman Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/makluman-kadar-kenaikan-gaji-penjawat-awam-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): JPA ingin merujuk kepada poster yang tular di media sosial bertajuk “Kadar Kenaikan Gaji”. JPA ingin menegaskan bahawa maklumat yang tertera di poster tersebut adalah PALSU. Tidak pasti, jangan kongsi. SUMBER: Facebook Rasmi JPA X Rasmi JPA Instagram Rasmi JPA

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Produk Kingu Ginseng Candy Mengandungi Tadalafil
https://sebenarnya.my/waspada-produk-kingu-ginseng-candy-mengandungi-tadalafil/

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM): Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan media massa mengenai nasihat yang dikeluarkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) terhadap pembelian gula-gula ginseng dari Malaysia iaitu “Kingu Ginseng Candy” yang dikesan mengandungi tadalafil. KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah menjalankan siasatan dan saringan awal mendapati produk ini dijual secara […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Akaun Palsu Menyalahgunakan Identiti KDYMM SPB YDP Agong
https://sebenarnya.my/waspada-akaun-palsu-menyalahgunakan-identiti-kdymm-spb-ydp-agong/

Menurut Kenyataan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim: Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong. Orang ramai digesa untuk melaporkan kepada mana-mana platform media sosial yang berkenaan, sebarang akaun yang menyalahgunakan nama Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah atau Keluarga DiRaja Johor. Adalah ditegaskan juga bahawa penyamaran dan salah guna identiti […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Dakwaan Tiada Penganjuran Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Pada Tahun 2024 Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-tiada-penganjuran-majlis-tilawah-dan-hafazan-al-quran-pada-tahun-2024-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Menteri Besar Pahang: Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri berbesar hati untuk menganjurkan majlis itu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), kerana kali terakhir Pahang menjadi tuan rumah ialah pada 2014. Beliau juga menyifatkan pemilihan Pahang selaku penganjur sebagai penghormatan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Khabar Angin Harga Petrol RON95 Dan Diesel Akan Naik Sebelum Aidilfitri Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/khabar-angin-harga-petrol-ron95-dan-diesel-akan-naik-sebelum-aidilfitri-adalah-tidak-benar/

Menurut kenyataan YB Menteri Ekonomi: YB Menteri Ekonomi, Tuan Rafizi Ramli menafikan khabar angin harga petrol RON95 dan diesel akan naik sebelum Aidilfitri selepas pelaksanaan subsidi bersasar. Beliau menegaskan bahawa perkara tersebut tidak betul. Kalau tarikh tutup (pendaftaran PADU) pada 31 Mac, mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel kerana terlalu dekat. […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Isu Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Syarikat Alagappa
https://sebenarnya.my/penjelasan-isu-penarikan-sijil-pengesahan-halal-malaysia-syarikat-alagappa/

Menurut kenyataan Bahagian Hab Halal, JAKIM: Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM menerima banyak pertanyaan berkaitan penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi syarikat Alagappa Flour Mills Sdn. Bhd. ⁠Untuk makluman pengguna, penarikan balik SPHM syarikat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah disebabkan oleh ketidakpatuhan pihak syarikat terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Mesej Tular Berhubung Pembatalan Penama KWSP Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/mesej-tular-berhubung-pembatalan-penama-kwsp-adalah-tidak-benar-2/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): KWSP ingin menjelaskan bahawa; KWSP menasihatkan agar ahli mengemaskini maklumat penamaan mereka bagi memudahkan agihan simpanan sekiranya berlaku kematian kelak. Dapatkan maklumat sahih hanya di saluran media sosial dan laman sesawang rasmi KWSP. Berita Terdahulu 23 September 2021 SUMBER: Facebook Rasmi KWSP Instagram Rasmi KWSP X Rasmi […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Paparan Gambar e-LMM Berlainan Di Aplikasi MyJPJ Kerana Masalah Teknikal
https://sebenarnya.my/paparan-gambar-e-lmm-berlainan-di-aplikasi-myjpj-kerana-masalah-teknikal/

Menurut Kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia: JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar. Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa, perkara tersebut berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dibuat secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ. Jabatan […]

Читать полностью…
Subscribe to a channel