huluperak | Unsorted

Telegram-канал huluperak - Info Hulu Perak

52

Waris & Warga Hulu Perak Dari Kualer smpi ler ke Kroh

Subscribe to a channel

Info Hulu Perak

Isu Mykad Warga China Yang Tular Di Media Sosial Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/isu-mykad-warga-china-yang-tular-di-media-sosial-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan perkara TIDAK BENAR untuk menimbulkan keresahan awam. Isu yang sama pernah ditularkan juga pada tahun 2019 dan 2023. Hentikan menyebar maklumat palsu. Semak dahulu sebelum kongsi. Artikel terdahulu 2018 SUMBER: Facebook Rasmi JPN

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Maklumat Berhubung Bantuan Awal Ramadan 2024 Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/maklumat-berhubung-bantuan-awal-ramadan-2024-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa maklumat Bantuan Ramadan 2024 adalah PALSU. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial. SUMBER: Facebook Rasmi MOF X Rasmi MOF Instagram Rasmi MOF TikTok Rasmi MOF

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Panggilan Yang Menyamar Sebagai Pegawai CyberSecurity Malaysia
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-yang-menyamar-sebagai-pegawai-cybersecurity-malaysia-2/

Menurut kenyataan CyberSecurity Malaysia: CyberSecurity Malaysia mengesa orang ramai supaya berhati-hati dan berwaspada dengan penyamaran yang dibuat melalui panggilan telefon sebagai pegawai CyberSecurity Malaysia. Untuk makluman, CyberSecurity Malaysia tidak membuat sebarang panggilan telefon, seperti yang didakwa. CyberSecurity Malaysia juga ingin menegaskan bahawa agensi ini tidak menghantar mesej pesanan ringkas melalui SMS, Whatsapp atau mana-mana platform […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Isu Discaj Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Dari IJN
https://sebenarnya.my/penjelasan-isu-discaj-penjawat-awam-dan-pesara-kerajaan-dari-ijn/

Menurut Kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia: Institut Jantung Negara (IJN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun mempunyai hubungan kerja yang baik, walaupun selepas pengkorporatan IJN. Sejak sekian lama, KKM telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN dan terutamanya untuk mengurangkan ‘kesesakan dan masa menunggu yang lama’ Pusat Jantung KKM (sebagai contohnya Pusat […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

IPK Perlis Tidak Pernah Mengeluarkan Notis Seperti Yang Tular Di Media Sosial
https://sebenarnya.my/ipk-perlis-tidak-pernah-mengeluarkan-notis-seperti-yang-tular-di-media-sosial/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Polis Perlis: IPK Perlis tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat atau kenyataan seperti diatas. Orang ramai boleh membuat rujukan dan semakan berkaitan jenayah komersil menggunakan perkhidmatan yang disediakan melalui National Scam Response Center (NSRC) di talian 997. Orang ramai juga boleh terus menghubungi hotline IPK Perlis di no talian 04-9872222 dan CCC Perlis […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Sebaran Dakwaan “Kisah Ketua Audit Negara” Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/sebaran-dakwaan-kisah-ketua-audit-negara-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut Kenyataan Akhbar Ketua Audit Negara: Sebagai sebuah institusi audit Kerajaan yang berperanan dalam meningkatkan akauntabiliti dan tatakelola pengurusan wang awam, Jabatan ini memandang serius berhubung tohmahan berunsur fitnah yang dibuat oleh pihak yang sengaja ingin mencalarkan reputasi dan kredibiliti Jabatan ini serta institusi Kerajaan secara keseluruhannya. Dalam hal ini, Jabatan ini ingin menegaskan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Taktik Sindiket Penipuan Melalui Pautan Palsu Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-sindiket-penipuan-melalui-pautan-palsu-bantuan-sumbangan-tunai-rahmah-str-2024/

Waspada terhadap taktik sindiket penipuan yang menghantar mesej berserta pautan permohonan Bantuan Tunai STR 2024 yang membawa kepada laman pancing (phishing site). Taktik sindiket penipu akan memancing orang awam untuk mengisi maklumat dan perbankan peribadi bagi tujuan untuk permohonan bantuan Kerajaan. Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak klik sebarang pautan yang meragukan, atau bukan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Terhadap Iklan Pelaburan Di Media Sosial
https://sebenarnya.my/waspada-terhadap-iklan-pelaburan-di-media-sosial/

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan pelaburan di media sosial. Semak dahulu sebelum bertindak. Selidik dahulu mengenai pelaburan yang ditawarkan sebelum melabur! Antara rujukan yang boleh digunakan:1. Senarai Peringatan Pelabur 2. Senarai Amaran Pengguna 3. Semak Mule SUMBER: Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Instagram Rasmi Kementerian Kewangan

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Kedudukan Mahkamah Syariah
https://sebenarnya.my/keputusan-kes-nik-elin-tidak-jejas-kedudukan-mahkamah-syariah/

Menurut kenyataan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM): Kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut Mahkamah Persekutuan telah membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019. Secara umumnya Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten untuk memutuskan kes berkenaan berdasarkan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Sindiket Penipuan Yang Menghantar SMS/Emel Dengan Pautan Tidak Sah Menyerupai Bank/Syarikat
https://sebenarnya.my/waspada-sindiket-penipuan-yang-menghantar-sms-emel-dengan-pautan-tidak-sah-menyerupai-bank-syarikat/

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Jangan sesekali tekan pautan (link) yang diterima daripada nombor telefon atau emel yang tidak dikenali. Pastikan alamat laman web perbankan adalah betul. Modus operandi sindiket penipuan adalah seperti berikut: SUMBER: Facebook Rasmi MOF X Rasmi MOF Instagram Rasmi MOF

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Penjelasan Isu Status Halal Minuman Keluaran Jenama Yeo’s
https://sebenarnya.my/penjelasan-isu-status-halal-minuman-keluaran-jenama-yeos/

Menurut kenyataan Bahagian Hab Halal, JAKIM: Tular di media sosial berkenaan status halal produk jenama Yeo’s. Isu ini berpunca daripada sebuah video yang disalahtafsirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mendakwa Syarikat Yeo’s bakal mengeluarkan dan mengedarkan air minuman baharu yang disuling daripada darah babi di negara ini. Isu tersebut pernah dijawab oleh JAKIM pada […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Individu Yang Menyamar Sebagai Pegawai MCMC Melalui Panggilan Telefon
https://sebenarnya.my/waspada-individu-yang-menyamar-sebagai-pegawai-mcmc-melalui-panggilan-telefon/

Menurut Kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC): Modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu. Pemanggil akan mengancam mangsa dengan menyatakan terdapat aduan terhadap talian digunakan mangsa dan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan. Sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian tersebut akan disekat atau disenarai hitam. Bermula 1 hingga 25 Januari […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Sindiket Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pegawai NSRC Melalui Panggilan Telefon
https://sebenarnya.my/waspada-sindiket-penipuan-yang-menyamar-sebagai-pegawai-nsrc-melalui-panggilan-telefon/

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM): Berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai pegawai National Scam Response Center (NSRC), yang mendakwa kononnya mangsa terlibat dengan sindiket penipuan. NSRC dan pihak berkuasa tidak akan menghubungi anda untuk meminta butiran sulit perbankan seperti kata laluan atau OTP. Jika anda menjadi mangsa penipuan kewangan, segera hubungi pihak perbankan anda […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Dengan Video, Hantaran Atau Mesej Palsu Yang Menyalahgunakan Nama, Logo Atau Nama Pegawai Kanan BNM
https://sebenarnya.my/waspada-dengan-video-hantaran-atau-mesej-palsu-yang-menyalahgunakan-nama-logo-atau-nama-pegawai-kanan-bnm/

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM): Orang ramai dinasihatkan agar jangan terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanan Bank Negara Malaysia. Tindakan akan diambil terhadap pelaku. Sentiasa ingat, BNM TIDAK MEMPROMOSIKAN mana-mana skim pelaburan. Hubungi BNMLINK melalui bnmlink.bnm.gov.my SUMBER: Facebook Rasmi BNM Facebook Rasmi Kementerian Komunikasi Instagram Rasmi Kementerian […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Laluan Persekutuan Kuantan – Segamat KM72 Masih Ditutup
https://sebenarnya.my/laluan-persekutuan-kuantan-segamat-km72-masih-ditutup/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang: JKR Negeri Pahang menafikan maklumat yang tersebar luas melalui aplikasi “Whatsapp” dan video bahawa Laluan Persekutuan FT12 , Kuantan – Segamat, KM72 telah boleh dilalui atau dibuka serta ditutup mengikut jadual kerja pihak Jabatan Kerja Raya. Untuk makluman orang ramai, laluan tersebut masih DITUTUP seperti notis […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Sindiket Penipuan Pelaburan Yang Menggunakan Nama, Logo & Nama CEO PETRONAS.
https://sebenarnya.my/waspada-sindiket-penipuan-pelaburan-yang-menggunakan-nama-logo-nama-ceo-petronas/

Menurut Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS): PETRONAS mengambil maklum mengenai satu lagi penipuan (scam) pelaburan secara dalam talian yang kini tersebar di WhatsApp, melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat, serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz. Menurut mesej tersebut termasuk laporan berita palsu kononnya […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Pembayaran STR Fasa 2 Masih Kekal Pada Bulan April 2024
https://sebenarnya.my/pembayaran-str-fasa-2-masih-kekal-pada-bulan-april-2024/

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Kementerian Kewangan menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi dibuat bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan diawalkan pada hujung bulan Mac 2024. Berdasarkan soalan lazim (FAQ) STR, pembayaran Fasa 2 adalah pada bulan April 2024. Tarikh pembayaran akan diumumkan kelak. Maklumat lanjut mengenai STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf SUMBER: Facebook Rasmi MOF […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Surat Dengan Logo MKN Yang Digunakan Oleh Individu Warga Asing Untuk Meminta Wang Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/surat-dengan-logo-mkn-yang-digunakan-oleh-individu-warga-asing-untuk-meminta-wang-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara: Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN,JPM) menerima aduan mengenai seorang individu warga asing yang menggunakan nama dan logo MKN, JPM untuk meminta dan menerima wang dari orang perseorangan atau organisasi bagi tujuan tertentu. MKN, JPM menafikan sebarang lantikan wakil dan individu asing dalam menjalankan apa-apa kegiatan terutamanya melibatkan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Dakwaan Israel Bakal Jadikan Malaysia Sebagai Destinasi Pengecualian Visa Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-israel-bakal-jadikan-malaysia-sebagai-destinasi-pengecualian-visa-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan Malaysia akan dijadikan destinasi pelancongan tanpa visa oleh Israel seperti hantaran di media sosial, menyifatkan tuduhan itu untuk mencipta naratif jahat dan fitnah ke atas beliau dan kerajaan. Beliau merujuk satu hantaran di laman X dengan tajuk Israel bakal jadikan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Dakwaan Sistem PADU Digodam Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-sistem-padu-digodam-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Pangkalan Data Utama (PADU): Maklumat ini adalah TIDAK BENAR. Orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih tersebut. PADU tidak akan kompromi keselamatan data rakyat. SUMBER: Facebook Rasmi PADU X Rasmi PADU

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Laman Sesawang Meragukan Berkaitan Maklumat Dan Permohonan Bantuan Kerajaan
https://sebenarnya.my/waspada-laman-sesawang-meragukan-berkaitan-maklumat-dan-permohonan-bantuan-kerajaan/

Orang ramai diminta berwaspada dengan laman sesawang yang menyebar kandungan meragukan berkaitan maklumat dan permohonan bantuan kerajaan. Orang ramai diminta untuk rujuk silang kandungan yang sahih daripada saluran rasmi Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dipautan berikut:https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Sebaran Dokumen Yang Didakwa Sebagai Dokumen Perjanjian Penasihat Agensi LAKSANA Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/sebaran-dokumen-yang-didakwa-sebagai-dokumen-perjanjian-penasihat-agensi-laksana-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Hantaran di media sosial yang tular mendakwa Puan Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) adalah fitnah semata-mata. Dokumen Perjanjian yang diuar-uarkan di media sosial merupakan sebuah draf tawaran yang tidak sah. Perjanjian yang sah yang telah ditandatangani oleh Puan Nurul […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Terhadap Skim Pelaburan Dalam Talian ‘Accerx.Com’
https://sebenarnya.my/waspada-terhadap-skim-pelaburan-dalam-talian-accerx-com/

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik sindiket penipuan ‘Accerx.Com’. Sentiasa peka dan jangan terpedaya dengan iklan ‘perangkap’ pengendali laman sosial yang menyamar kononnya mempromosikan skim pelaburan berasaskan mata wang Kripto. Pelaburan kewangan perlu dibuat dengan institusi yang dibenarkan dan jangan sesekali percaya dengan iklan pelaburan di media sosial. […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Dakwaan Kehilangan Duit Dari Akaun Bank Selepas Daftar PADU Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-kehilangan-duit-dari-akaun-bank-selepas-daftar-padu-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Ekonomi: Tular mesej di aplikasi Facebook dan WhatsApp mengenai kehilangan duit dari akaun bank selepas pendaftaran PADU adalah tidak benar. Kejadian dikatakan berlaku kepada guru sekolah di Terengganu. Selepas semakan dibuat, tiada sebarang laporan polis berkenaan isu tersebut di Terengganu. Tiada juga sebarang aduan berkenaan isu tersebut di dalam sistem aduan […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Akaun TikTok Palsu Menggunakan Gambar KDYMM Tengku Ampuan Pahang
https://sebenarnya.my/waspada-akaun-tiktok-palsu-menggunakan-gambar-kdymm-tengku-ampuan-pahang/

Menurut kenyataan Kesultanan Pahang: Orang ramai dan pengguna laman sosial dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan akaun palsu di TikTok yang menggunakan gambar KDYMM Tengku Ampuan Pahang. SUMBER: Instagram Rasmi Kesultanan Pahang

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waran Tangkap Yang Didakwa Dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/waran-tangkap-yang-didakwa-dari-pejabat-ketua-pendaftar-mahkamah-persekutuan-malaysia-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK PDRM): Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan waran tangkap yang dihantar kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram yang kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya. Menurut waran tangkap berkenaan, satu arahan telah dikeluarkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan segera bagi menahan pesalah-pesalah serta […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Dengan Sindiket Penipuan Yang Menyamar Sebagai Kenalan Anda
https://sebenarnya.my/waspada-dengan-sindiket-penipuan-yang-menyamar-sebagai-kenalan-anda/

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM): Orang ramai diminta untuk berhati-hati dengan sindiket penipuan yang semakin licik di platform WhatsApp, di mana mereka boleh mengambil alih akaun anda dan menyamar sebagai orang yang anda kenali. Sentiasa berhati-hati terutama pada musim perayaan ini. Jika anda menjadi mangsa penipuan kewangan, segera hubungi bank anda atau NSRC melalui 997. […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Terhadap Sindiket Penipuan Meminta Untuk Memuat Turun Aplikasi Tidak Sah (APK) Pembelian Dalam Talian
https://sebenarnya.my/waspada-terhadap-sindiket-penipuan-meminta-untuk-memuat-turun-aplikasi-tidak-sah-apk-pembelian-dalam-talian/

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF ingin menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan semak dahulu sebelum memuat turun aplikasi pembelian dalam talian. Beli dan bayar hanya dari platform rasmi dan seller yang sahih sahaja. Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui bnm.gov.my/LINK atau 1-300-88-5465 SUMBER: Facebook Rasmi MOF

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Sebaran Infografik Dan Pautan Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Yang Dikreditkan Secara Bulanan Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/sebaran-infografik-dan-pautan-permohonan-bantuan-warga-emas-rm500-yang-dikreditkan-secara-bulanan-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): JKM ingin memaklumkan bahawa informasi yang tular di aplikasi“Telegram” dan media sosial berhubung dengan “Bantuan WargaEmas JKM 500″ adalah palsu! Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menekan pautan atau link tersebut dan jangan mendedahkan maklumat peribadi anda. Dapatkan maklumat yang tepat mengenai bantuan JKM, hanya di laman portal rasmi […]

Читать полностью…

Info Hulu Perak

Waspada Terhadap Akaun Palsu Menggunakan Nama ‘Kuala Lumpur International Airport’
https://sebenarnya.my/waspada-terhadap-akaun-palsu-menggunakan-nama-kuala-lumpur-international-airport/

Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB): Untuk makluman, MAHB hanya mempunyai satu halaman Facebook Rasmi (https://www.facebook.com/MalaysiaAirportsOfficial) dengan lencana pengesahan (verified badge). SUMBER: Facebook Rasmi Malaysia Airports

Читать полностью…
Subscribe to a channel