Waris & Warga Hulu Perak Dari Kualer smpi ler ke Kroh
Waspada Sebarang Sebaran Kandungan Berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2024
https://sebenarnya.my/waspada-sebarang-sebaran-kandungan-berkenaan-pengeluaran-khas-kwsp-2024/
Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Awas. Jangan terpedaya dengan maklumat tidak tepat. Sentiasa berhati-hati dengan maklumat yang diperolehi. Dapatkan maklumat sahih hanya di laman web dan media sosial rasmi KWSP. SUMBER: Facebook Rasmi KWSP X Rasmi KWSP Instagram Rasmi KWSP
Waspada Panggilan Palsu Yang Menggunakan Nama Kementerian Komunikasi
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-palsu-yang-menggunakan-nama-kementerian-komunikasi/
Menurut Kementerian Komunikasi : Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi. Semak kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut dan laporkan kepada polis atau rujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. SUMBER: Facebook Rasmi Kementerian Komunikasi X Rasmi Kementerian Komunikasi
Waspada Terhadap Pelbagai Modus Operandi Penipuan Dalam Talian
https://sebenarnya.my/waspada-terhadap-pelbagai-modus-operandi-penipuan-dalam-talian/
Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC): WASPADA dengan pelbagai modus operandi penipuan dalam talian yang digunakan oleh ‘scammer’. Elakkan diri daripada menjadi mangsa scam dan sentiasa memilih untuk membeli dari laman web yang dipercayai serta mempunyai ciri keselamatan. SUMBER: Facebook Rasmi MCMC Instagram Rasmi MCMC X Rasmi MCMC
Waspada Aplikasi Pinjaman Wang Tidak Sah
https://sebenarnya.my/waspada-aplikasi-pinjaman-wang-tidak-sah/
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN): Aplikasi pinjaman wang akan meminta kebenaran untuk mengakses data di telefon bimbit peminjam. Mereka akan menggunakan maklumat seperti gambar, video dan kenalan peminjam untuk menganggu serta mengugut peminjam atau kenalan. Tip dan nasihat: SUMBER: Facebook Rasmi KDN
Video Kesesakan Pelancong Warga China Di Lapangan Terbang Antarabangsa Adalah Video Lama
https://sebenarnya.my/video-kesesakan-pelancong-warga-china-di-lapangan-terbang-antarabangsa-adalah-video-lama/
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): SUMBER: Facebook Rasmi JIM X Rasmi JIM Tiktok Rasmi JIM
Penjelasan Pelaksanaan Cukai Jualan Barang Import Bernilai Rendah Dalam Talian
https://sebenarnya.my/penjelasan-pelaksanaan-cukai-jualan-barang-import-bernilai-rendah-dalam-talian/
Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF): Susulan pertanyaan media yang diterima berkenaan pelaksanaan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport, MOF ingin memberi penjelasan seperti berikut: 1. Secara umum, cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang yang dijual di Malaysia dan cukai jualan dibayar oleh pengimport, pemborong atau peruncit sebelum dijual kepada pengguna akhir […]
Tiada Perkhidmatan Melalui Orang Tengah Atau Ejen Bagi Sebarang Urusan Pendaftaran Kad Pengenalan Dan Sijil Lahir
https://sebenarnya.my/tiada-perkhidmatan-melalui-orang-tengah-atau-ejen-bagi-sebarang-urusan-pendaftaran-kad-pengenalan-dan-sijil-lahir/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): JPN tidak melantik orang tengah atau ejen bagi sebarang urusan pendaftaran. Pihak tidak bertanggungjawab cuba menjerat dan memperdaya orang awam terutama pendatang asing. Pelanggan boleh hadir ke mana mana 212 pejabat JPN untuk urusan pendaftaran dan khidmat nasihat. SUMBER: Facebook Rasmi JPN Instagram Rasmi JPN X Rasmi JPN
Dakwaan Menteri KKM Telah Tandatangani Perjanjian Vaksin Dengan WHO Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-menteri-kkm-telah-tandatangani-perjanjian-vaksin-dengan-who-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM): KKM mengambil perhatian serius terhadap suatu hantaran facebook yang mendakwa KKM telah pun menandatangani “perjanjian vaksin”, yang kononnya memaksa rakyat di negara ini untuk mengambil vaksin. KKM ingin menegaskan bahawa tangkap layar tersebut merupakan kandungan yang memberi persepsi negatif kepada kementerian, yang mana dakwaan tersebut adalah tidak benar. Sebenarnya […]
Waspada Produk-Produk Kosmetik Yang Mengandungi Racun Berjadual
https://sebenarnya.my/waspada-produk-produk-kosmetik-yang-mengandungi-racun-berjadual-2/
Menurut kenyataan rasmi Kemententerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Penjual dan pengedar […]
Bantuan Percuma Sebanyak RM1,000 Dikreditkan Melalui MyKad Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/bantuan-percuma-sebanyak-rm1000-dikreditkan-melalui-mykad-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kewangan (MOF): MOF menafikan bahawa Bantuan Percuma RM1,000 dimasukkan ke dalam MyKad yang tersebar di Telegram adalah PALSU. MOF menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini. Jangan sesekali tekan pautan yang tidak pasti. SUMBER: Twitter Rasmi MOF Facebook Rasmi MOF
Dakwaan Nota Suara Yang Tular Melalui Aplikasi WhatsApp Adalah Kandungan Yang Dikitar Semula Pada Tahun 2021
https://sebenarnya.my/dakwaan-nota-suara-yang-tular-melalui-aplikasi-whatsapp-adalah-kandungan-yang-dikitar-semula-pada-tahun-2021/
SEBENARNYA: Menurut Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Terdapat satu rakaman ‘Voice Note’ yang tular kebelakangan ini yang mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi, dan mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes ‘brought in dead’ (BID), serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa. KKM […]
Waspada Dengan Tawaran Kerja Dalam Talian Yang Tidak Sah
https://sebenarnya.my/waspada-dengan-tawaran-kerja-dalam-talian-yang-tidak-sah/
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati- hati dengan tawaran kerja dalam talian. Jangan mudah terjerat dengan modus operandi penipuan dalam talian yang menawarkan pekerjaan yang tidak sah. SUMBER: X Ministry of Finance
Tiada Kes Penculikan Ketika Pihak Berkuasa Menahan Kenderaan Di Jalan Sapi Nangoh
https://sebenarnya.my/tiada-kes-penculikan-ketika-pihak-berkuasa-menahan-kenderaan-di-jalan-sapi-nangoh/
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM): PDRM menafikan rakaman video yang tular melibatkan pemeriksaan pihaknya ke atas sebuah kenderaan di pusat pemeriksaan darat (RCP) Sapi Nangoh adalah berkaitan kes penculikan. Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda, video berdurasi 18 saat tersebut memaparkan sebuah kenderaan cuba mengelak pemeriksaan polis. “Ketika kejadian, kereta berkenaan telah melarikan […]
Tiada Kejadian Letupan Atau Kebakaran Melibatkan Sebuah Tren MRT Laluan Kajang
https://sebenarnya.my/tiada-kejadian-letupan-atau-kebakaran-melibatkan-sebuah-tren-mrt-laluan-kajang/
SEBENARNYA: Menurut Kenyataan RapidKL: Pada jam 06:13 petang, sebuah tren bernombor 28 telah dikeluarkan dari perkhidmatan di stesen Taman Mutiara kerana didapati telah menyebabkan alarm kepada sistem bekalan kuasa trek mrt di stesen berhampiran. Insiden ini juga menyebabkan atau menghasilkan “bunyi spark” seperti yang dilaporkan. Tiada sebarang letupan atau kebakaran. Atas faktor keselamatan, tren tersebut […]
Tiada Kejadian Tanah Runtuh Di Pintu Masuk Terowong Genting Sempah
https://sebenarnya.my/tiada-kejadian-tanah-runtuh-di-pintu-masuk-terowong-genting-sempah/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan Ketua Polis Bentong: Polis menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar, video tersebut tular di media sosial sejak 25 November 2023, dan dipercayai kejadian tanah runtuh tersebut berlaku di luar negara. SUMBER: […]
Waspada Terhadap Pelaburan Patuh Syariah Di Media Sosial
https://sebenarnya.my/waspada-terhadap-pelaburan-patuh-syariah-di-media-sosial/
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan : Orang ramai diminta berwaspada dengan tawaran pelaburan kononnya patuh syariah di media sosial. Semak senarai Amaran Pengguna Kewangan sebelum membuat keputusan untuk melabur di bnm.my/FCA SUMBER: Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Instagram Rasmi Kementerian Kewangan X Rasmi Kementerian Kewangan
Waspada Sebarang Borang Tinjauan Mengenai Sistem PADU
https://sebenarnya.my/waspada-sebarang-borang-tinjauan-mengenai-sistem-padu/
Menurut kenyataan Kementerian Ekonomi: Kementerian Ekonomi tidak pernah mengeluarkan sebarang tinjauan mengenai sistem PADU. Terdapat satu tinjauan menerusi Google Form yang meminta maklumat tentang sistem PADU. Orang awam dinasihati supaya berhati-hati ketika memberikan sebarang maklumat kepada pihak yang tidak dikenali. SUMBER: Facebook Rasmi Kementerian Ekonomi X Rasmi Kementerian Ekonomi
Tiada Kewujudan Kartel Yang Memonopoli Industri Padi Dan Beras
https://sebenarnya.my/tiada-kewujudan-kartel-yang-memonopoli-industri-padi-dan-beras/
Menurut Kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM): Industri padi dan beras negara dikawalselia oleh Kawalselia Padi dan Beras, KPKM melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). Melalui akta ini, Kementerian melaksanakan aktiviti kawal selia melalui pelesenan dan penguatkuasaan untuk memastikan industri padi dan beras berkembang secara sihat dan teratur. Akta ini juga […]
PDRM Tidak Pernah Mengeluarkan Sebarang Mesej Berkenaan Modus Operandi Penipuan ‘Sim Swap’
https://sebenarnya.my/pdrm-tidak-pernah-mengeluarkan-sebarang-mesej-berkenaan-modus-operandi-penipuan-sim-swap/
SEBENARNYA: Menurut Kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM): PDRM telah mengesan sebaran informasi melalui aplikasi whatapps dan facebook mengenai kewujudan modus operandi baharu penipuan yang dinamakan sebagai “sim swap”. menurut mesej tersebut. mangsa akan menerima panggilan yang kemudiannya meminta mangsa menekan butang “1”. Apabila butang tersebut ditekan, telefon milik mangsa akan digodam dan diambil alih oleh […]
Notis Tular Kononnya JIM Akan Kenakan Tindakan Terhadap Pemandu Pengangkutan Awam Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/notis-tular-kononnya-jim-akan-kenakan-tindakan-terhadap-pemandu-pengangkutan-awam-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): JIM merujuk kepada notis yang tular berkenaan isu mengenakan tindakan kepada pemandu pengangkutan awam yang membawa warga asing tanpa mempunyai dokumen yang sah seperti yang didakwa tular melalui mesej di aplikasi WhatsApp. JIM menafikan dakwaan ini dan mengesahkan bahawa notis tersebut adalah PALSU yang dikeluarkan oleh pihak […]
Penjelasan Isu Larangan Ucapan ‘Merry Chistmas’ Pada Kek
https://sebenarnya.my/penjelasan-isu-larangan-ucapan-merry-chistmas-pada-kek/
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): 1. Tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek berikutan Memorandum dari Syarikat Berry’s bertarikh 14 Disember 2023 bertajuk “Not Allowed To Write The Word of Merry Christmas or X’Mas On Cakes”. 2. Untuk makluman semua, isu ini adalah isu yang berbangkit dan sebelum […]
Dakwaan Subsidi Diesel Akan Dihapuskan Pada 1 Januari 2024 Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-subsidi-diesel-akan-dihapuskan-pada-1-januari-2024-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN): KPDN ingin menjelaskan bahawa beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial berkaitan “subsidi diesel dihapuskan bagi kenderaan diesel bermula 1 Januari 2024” adalah maklumat yang tidak benar. Untuk makluman, KPDN sedang menjalankan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan […]
Mesej Tular Berkenaan Penularan Varian Baharu COVID-19 Omicron XBB Adalah Mesej Palsu Yang Dikitar Semula
https://sebenarnya.my/mesej-tular-berkenaan-penularan-varian-baharu-covid-19-omicron-xbb-adalah-mesej-palsu-yang-dikitar-semula/
SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM ingin memaklumkan terdapat cubaan untuk menyebarkan maklumat palsu yang pernah dipalang palsu oleh KKM pada 1 November 2022 yang lalu. Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat tersebut supaya tidak menimbulkan suasana panik serta menyeru agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya. […]
Dakwaan Bekas Banduan Berkenaan DSAI Di Penjara Sungai Buloh Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-bekas-banduan-berkenaan-dsai-di-penjara-sungai-buloh-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Kenyataan Jabatan Penjara Malaysia: Jabatan Penjara Malaysia telah meneliti kenyataan melalui wawancara yang dibuat oleh ‘Abang Mat’ yang mengaku sebagai bekas banduan di Penjara Sungai Buloh melalui sebuah video di akaun Youtube “Cili Kasi Taruk” pada Tarikh 3 Disember 2023 berdurasi selama 1 Jam 20 minit. Berasaskan penelitian terhadap rakaman berkenaan, Jabatan Penjara […]
Dakwaan YAB TPM Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-yab-tpm-dato-seri-ahmad-zahid-hamidi-letak-jawatan-kerana-masalah-kesihatan-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi (DS Zahid) menafikan beliau akan meletakkan jawatan seperti dakwaan pihak tertentu. Ia dikaitkan dengan status kesihatan DS Zahid. Menurutnya, prosedur yang dijalani beliau baru-baru ini adalah pembedahan prostat dan bukannya menghidap penyakit kanser prostat. DS Zahid berkata, beliau kembali sihat dan kembali bekerja selepas selesai menjalani […]
Waspada Cubaan Penipuan Berkaitan Program eMadani (e-Madani)
https://sebenarnya.my/waspada-sebarang-cubaan-penipuan-berkaitan-program-emadani/
Orang ramai adalah dinasihatkan agar berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan berkaitan program eMadani yang bermula pada 4 Disember 2023. Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan, orang ramai adalah di ingatkan agar: a) tidak terpedaya dengan tawaran-tawaran perkhidmatan terutamanya di media sosial bagi menebus (cash out) kredit eMadani yang diterima, kepada wang tunai; b) berhati-hati […]
Dakwaan Peningkatan Kes COVID-19 Akibat Strain Virus Baharu Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-peningkatan-kes-covid-19-akibat-strain-virus-baharu-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Baru-baru ini telah tular di aplikasi WhatsApp berhubung dengan penularan kes COVID-19 semakin meningkat sejak 3 minggu yang lalu dan mendakwa trend berlakunya peningkatan kes adalah disebabkan oleh strain virus baharu hingga menyebabkan “1 dalam setiap 6 ke 7 orang pesakit” mendapat jangkitan paru- paru hingga memerlukan bantuan […]
Bantuan E-wallet/MyKad Sebanyak RM300 Sebulan Untuk Isi Rumah Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/bantuan-e-wallet-mykad-sebanyak-rm300-sebulan-untuk-isi-rumah-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Kenyataan Kementerian Kewangan: Kementerian Kewangan menegaskan bahawa Bantuan E-wallet/MyKad sebanyak RM300 sebulan untuk isi rumah yang tersebar di laman Telegram adalah PALSU. Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini . SUMBER: Instagram Kementerian Kewangan Facebook Kementerian Kewangan X Ministry of Finance
Produk Buah-Buahan Dalam Tin Keluaran Negara Thailand Tercemar Dengan Pembawa Virus AIDS Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/produk-buah-buahan-dalam-tin-keluaran-negara-thailand-tercemar-dengan-pembawa-virus-aids-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM menafikan tentang maklumat yang tular di aplikasi WhatsApp berkenaan buah-buahan dalam tin keluaran negara Thailand yang menyatakan bahawa 200 orang pekerja kilang tersebut dijangkiti AIDS, dan terlibat dalam proses pengetinan yang turut dikatakan telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan di Indonesia. Menurut KKM di laman Facebook maklumat yang […]
Waspada Sindiket Penipuan Lesen Memandu Tidak Sah Melalui Platform Media Sosial
https://sebenarnya.my/waspada-sindiket-penipuan-lesen-memandu-tidak-sah-melalui-platform-media-sosial/
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ): JPJ Malaysia telah mengesan akaun media sosial di laman Facebook, Telegram dan lain-lain mengenai sindiket penipuan (scammer) yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu secara murah dan mudah tetapi tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan serta tidak sah disisi undang-undang. Pemantauan JPJ mendapati bahawa, terdapat beberapa modus operandi yang digunakan oleh sindiket […]