Waris & Warga Hulu Perak Dari Kualer smpi ler ke Kroh
Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai Pegawai NSRC Melalui Panggilan Telefon Atau Kenyataan Bagi Membantu Siasatan
https://sebenarnya.my/waspada-pihak-yang-menyamar-sebagai-pegawai-nsrc-melalui-panggilan-telefon-atau-kenyataan-bagi-membantu-siasatan/
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kenyataan atau panggilan telefon dari mana-mana orang yang mengaku sebagai Pegawai NSRC bagi membantu siasatan berkenaan sebarang kes jenayah penipuan kewangan. Pihak NSRC tidak akan menghubungi orang awam berkaitan siasatan. Pihak NSRC juga […]
Waspada Iklan Mempromosikan Produk Menggunakan Nama Kementerian Kesihatan
https://sebenarnya.my/waspada-iklan-mempromosikan-produk-menggunakan-nama-kementerian-kesihatan/
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mendapati pemilik akaun facebook atas nama “Kementerian Kesihatan” yang menggunakan lambang organisasi WHO telah menguar-uarkan pengiklanan sejenis produk “Prostate Cream” dengan dakwaan bagi mencegah atau mengurangkan kanser prostate dan meningkatkan fungsi kelelakian. Kementerian ini memandang serius terhadap penggunaan nama “Kementerian Kesihatan” sebagai “click […]
Maklumat Bantuan Tambahan STR 2023 MySARA RM800 Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/maklumat-bantuan-tambahan-str-2023-mysara-rm800-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai Bantuan Tambahan STR 2023 MySARA RM800 adalah PALSU. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini. Rujuk siaran media berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di pautan https://www.mof.gov.my/…/penerima-sumbangan-tunai… SUMBER: Facebook Rasmi MOF Twitter/X Rasmi MOF
Dakwaan Serbuk Kari Baba’s dan Alagappa’s Mengandungi Ramuan Tidak Wajar Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-serbuk-kari-babas-dan-alagappas-mengandungi-ramuan-tidak-wajar-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Maklumat yang tersebar berkenaan serbuk kari jenama Baba’s dan Alagappa’s mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya ADALAH TIDAK BENAR DAN TIDAK BERASAS SAMA SEKALI.Untuk makluman pengguna, kedua-dua produk ini merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini. Perlu diingatkan;- SUMBER: Facebook Rasmi JAKIM
Waspada Pautan Palsu Berkenaan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Sesi 2023
https://sebenarnya.my/waspada-pautan-palsu-berkenaan-bantuan-kanak-kanak-bkk-sesi-2023/
Menurut Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai Bantuan Kanak-kanak (BKK) Sesi 2023 adalah palsu. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini. Dalam pada itu, MyKasih Founation turut menasihatkan orang ramai jika menerima sebarang SMS/ WhatsApp/ Telegram yang serupa dengan pesanan yang tular, jangan klik pada pautan URL tersebut dan jangan kongsi maklumat […]
Dakwaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Retak Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-jambatan-kedua-pulau-pinang-retak-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Negeri Pulau Pinang: Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat semakan bersama pihak Jambatan Pertama & Kedua Pulau Pinang. Hasil semakan mendapati video tersebut merupakan video lama dan insiden jambatan retak tersebut berlaku di luar negara sekitar tahun 2014. Dalam pada itu, Jambatan Kedua Sdn Bhd juga […]
Penjelasan KPK Berhubung WHO CA+ Dan Pindaan IHR 2005
https://sebenarnya.my/penjelasan-kpk-berhubung-who-ca-dan-pindaan-ihr-2005/
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan (KPK): Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan beberapa perkara penting sebagai respons yang dibangkitkan. Antara isu yang paling utama adalah berkaitan isu kedaulatan dan autonomi negara. Kami ingin menekankan bahawa kedua-dua pertubuhan iaitu Perjanjian Konvensyen WHO dan juga pindaan yang dicadangkan pada IHR 2005, akan sepenuhnya menghormati kedaulatan dan autonomi negara Malaysia serta […]
Penjelasan Penggantungan Saluran Awesome TV Di Platform MYTV
https://sebenarnya.my/penjelasan-penggantungan-saluran-awesome-tv-di-platform-mytv/
Menurut kenyataan pihak MYTV: Penggantungan saluran Awesome TV yang akan berkuat kuasa bermula 2 November 2023 dilakukan berikutan terdapat isu-isu komersial melibatkan pembayaran fi akses kepada MYTV oleh Awesome TV walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian bersama. MYTV broadcasting Sdn Bhd (“MYTV’) akan menggantungkan saluran TV Awesome Broadcasting Sdn […]
Waspada Sindiket Penipuan Menyamar Sebagai Portal MyBayar PDRM
https://sebenarnya.my/waspada-sindiket-penipuan-menyamar-sebagai-portal-mybayar-pdrm/
Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengesan satu taktik oleh sindiket penipuan yang menyamar sebagai Portal MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu portal pembayaran saman trafik secara dalam talian, dengan menggunakan emel palsu bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi pengguna. Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan sentiasa membuat semakan terlebih dahulu di portal atau laman […]
Dakwaan Lesen Beras Kepada BERNAS Ditarik Balik Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-lesen-beras-kepada-bernas-ditarik-balik-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM): Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ingin memberikan maklum balas berkenaan mesej palsu yang ditularkan dalam aplikasi WhatsApp berkenaan lesen beras kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) ditarik balik pada hari ini. Kerajaan tidak menarik atau membatalkan konsesi beras kepada BERNAS yang telah dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 […]
Kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Berkenaan Isu Kenaikan Harga Beras Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/kenyataan-menteri-pertanian-dan-keterjaminan-makanan-berkenaan-isu-kenaikan-harga-beras-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin menarik perhatian semua bahawa poster yang sedang diviralkan ketika ini adalah fitnah dan tidak betul. Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya. Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya […]
Dakwaan Jururawat Akan Disuntik Dengan Vaksin ‘Virus X’ Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-jururawat-akan-disuntik-dengan-vaksin-virus-x-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Merujuk kepada satu kandungan berita tidak benar yang telah tular di aplikasi TikTok berkaitan dakwaan kononnya para jururawat di Malaysia akan disuntik dengan vaksin ‘Virus X’, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa sebaran maklumat tersebut tidak tepat dan tidak bertanggungjawab. Ini boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan hadapan petugas […]
Waspada Dengan Sindiket Penipuan Yang Muat Naik Iklan Untuk Sewa Akaun Bank
https://sebenarnya.my/waspada-dengan-sindiket-penipuan-yang-muat-naik-iklan-untuk-sewa-akaun-bank/
Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terhadap taktik licik sindiket penipuan yang secara terbuka memuat naik iklan menyewa akaun bank untuk kegiatan jenayah mereka. Ini kerana golongan muda atau individu terdesak dikatakan sering terjerat dengan cara mudah mendapatkan wang tanpa menyedari mereka menjadi keldai akaun dan terbabit secara tidak langsung dengan aktiviti penipuan kewangan Sumber: Facebook […]
Pautan Untuk Menyemak Status Bantuan SARA RM200 Setiap Bulan Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/pautan-untuk-menyemak-status-bantuan-sara-rm200-setiap-bulan-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat ini adalah PALSU. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita atau pautan yang tidak sah. MOF tidak memerlukan maklumat seperti nombor telefon anda bagi tujuan tersebut. Sila rujuk kembali siaran media berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA […]
Dakwaan Terdapat Bantuan Kewangan Sehingga RM2,000 Secara One-Off Untuk Pelajar IPT Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-terdapat-bantuan-kewangan-sehingga-rm2000-secara-one-off-untuk-pelajar-ipt-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT): KPT ingin merujuk kepada posting yang tular melalui akaun TikTok @semakansemasa bertajuk ‘Bantuan Kewangan Sehingga RM2,000 Secara One-Off Untuk Pelajar IPT’. Maklumat melalui akaun tersebut adalah PALSU! Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KPTInstagram Rasmi KPTTwitter […]
WASPADA LAMAN WEB PALSU MENGGUNAKAN NAMA DAN LOGO TABUNG HAJI
https://sebenarnya.my/waspada-laman-web-palsu-menggunakan-nama-dan-logo-tabung-haji/
Menurut Tabung Haji (TH): Laman web www.tabunghaji.net adalah palsu dan bukan di bawah kendalian TH. Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan. Laman web TH boleh dilayari di https://www.tabunghaji.gov.my/ SUMBER:Facebook Rasmi TH
Dakwaan Kandang Khinzir Bersebelahan Dengan Kolam Ternakan Ikan Patin Adalah Video Lama
https://sebenarnya.my/dakwaan-kandang-khinzir-bersebelahan-dengan-kolam-ternakan-ikan-patin-adalah-video-lama/
Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF): DOF menegaskan rakaman yang tular berkaitan isu kandang khinzir bersebelahan dengan kolam ternakan ikan patin itu adalah video lama yang sengaja dimainkan semula individu tidak bertanggungjawab. DOF memaklumkan, ikan akuakultur oleh penternak yang berdaftar di bawah jabatannya itu adalah halal dan berkualiti. Ini kerana, bahagian biosekuriti jabatannya sentiasa mengadakan lawatan […]
Waspada Laman Sesawang Palsu Bukan Bawah Kendalian Tabung Haji
https://sebenarnya.my/waspada-laman-sesawang-palsu-bukan-bawah-kendalian-tabung-haji/
Menurut Tabung Haji (TH): Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu di bawah kendalian TH. Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan. Hati-hati! Pelbagai cara scammer memperdaya mangsa. Pastikan anda layari alamat laman web yang betul. THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my/. SUMBER: Facebook Rasmi TH Facebook Rasmi JAKIM
Dakwaan Vaksin ISR Bakal Disuntik Secara Paksa Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-vaksin-isr-bakal-disuntik-secara-paksa-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan […]
Waspada Sindiket Penipuan Iklan Mempromosikan Pelbagai Produk Berjenama Di Media Sosial
https://sebenarnya.my/waspada-sindiket-penipuan-iklan-mempromosikan-pelbagai-produk-berjenama-di-media-sosial/
Menurut CyberSecurity Malaysia: CyberSecurity Malaysia mendapati bahawa terdapat lonjakan iklan penipuan yang mempromosikan pelbagai produk dan promosi di platform media sosial popular oleh Meta, Facebook. Iklan tersebut dibuat oleh pelbagai halaman Facebook palsu yang menyamar sebagai individu sah dan jenama yang mendakwa menjalankan jualan dan promosi potongan harga. Salah satu iklannya ialah mengenai penyamaran sebagai […]
Penjelasan Notis Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan Oleh BNM Berkenaan Ancaman Kumpulan Penggodam.
https://sebenarnya.my/penjelasan-notis-amaran-berjaga-jaga-dikeluarkan-oleh-bnm-berkenaan-ancaman-kumpulan-penggodam/
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM): Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memaklumkan tentang notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) yang tersebar menerusi media sosial. BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber. Notis FinTIP ialah pemberitahuan untuk berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan […]
Penjelasan Pendaftaran Perkahwinan Sivil Oleh YB MDN Di Pejabat JPN Putrajaya
https://sebenarnya.my/penjelasan-pendaftaran-perkahwinan-sivil-oleh-yb-mdn-di-pejabat-jpn-putrajaya/
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): JPN merujuk video yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp ketika ini mengenai YB Menteri Dalam Negeri sedang mendaftarkan perkahwinan sivil pasangan bukan muslim di Pejabat JPN Putrajaya sempena Majlis Sambutan Jubli intan JPN yang diadakan pada pagi, 25 Oktober 2023 (Rabu). Video tersebut merupakan rakaman di mana […]
Waspada Halaman Media Sosial Yang Menggunakan Logo Tabung Haji
https://sebenarnya.my/waspada-halaman-media-sosial-yang-menggunakan-logo-tabung-haji/
SEBENARNYA: Menurut Lembaga Tabung Haji (TH): Halaman Facebook bernama “Thijari Tabung” bukan di bawah kendalian TH. Penggunaan logo juga adalah tanpa kebenaran TH. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan halaman di media sosial yang menggunakan logo TH. Hubungi TH di talian 03-62071919 jika mempunyai kemusykilan. SUMBER: Facebook Rasmi Lembaga Tabung Haji (TH)
Penjelasan Perarakan Sambil Mengibarkan Bendera China
https://sebenarnya.my/penjelasan-perarakan-sambil-mengibarkan-bendera-china/
Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Video tular di media sosial TikTok memaparkan peserta mengibarkan bendera China ketika berlangsungnya Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Negeri Sembilan di daerah ini kelmarin bukan dilakukan rakyat negara ini. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perarakan berkenaan yang turut mendapat kebenaran daripada pihak […]
Penjelasan Dakwaan Seorang OKU Ditamatkan Bantuan EPOKU
https://sebenarnya.my/penjelasan-dakwaan-seorang-oku-ditamatkan-bantuan-epoku/
Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM): KPWKM telah menerima satu video yang tular di media sosial Facebook dan TikTok berhubung seorang warga emas OKU yang telah ditamatkan bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU). Video tular ini telah dirakamkan di hadapan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Aras Bawah Menara […]
Dakwaan Terdapat Campuran Beras Plastik Di Dalam Produk BERNAS Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-terdapat-campuran-beras-plastik-di-dalam-produk-bernas-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut Padiberas Nasional Berhad (BERNAS): BERNAS menyangkal dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung penularan mesej berantai di media sosial bahawa terdapat campuran beras plastik di dalam produk BERNAS. Bekalan beras yang dibawa masuk ke negara ini turut dibekalkan dengan sijil pengesahan kualiti dan spesifikasi beras yang dipantau rapi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. […]
Penjelasan Video Jemaah Lelaki Dan Wanita Bercampur Saf
https://sebenarnya.my/penjelasan-video-jemaah-lelaki-dan-wanita-bercampur-saf/
Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Tular sebuah video yang memaparkan jemaah solat yang bercampur saf antara lelaki dan wanita yang mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen. Video berkenaan diyakini dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini yang diadakan di Cameron Highland anjuran bersama JAKIM, UIA, Persatuan Insaf […]
Pautan Untuk Menebus Bantuan SARA RM1000 Melalui MyKad Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/pautan-untuk-menebus-bantuan-sara-rm1000-melalui-mykad-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat mengenai BANTUAN ASAS RAHMAH RM1000 melalui MyKad adalah PALSU. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini. Sila rujuk kembali siaran media berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh diperoleh di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my, manakala maklumat […]
Dakwaan Caj Perkhidmatan Di Klinik Kesihatan Kerajaan Akan Dinaikkan Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-caj-perkhidmatan-di-klinik-kesihatan-kerajaan-akan-dinaikkan-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan. SUMBER: Facebook Rasmi KKMTwitter […]
Dakwaan Keperluan Cukai Jalan Dalam Bentuk Fizikal Sahaja Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-keperluan-cukai-jalan-dalam-bentuk-fizikal-sahaja-adalah-tidak-benar/
SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia: Merujuk kepada satu hantaran Facebook dengan kandungan berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM) digital yang sedang tular. JPJ ingin menjelaskan bahawa kenyataan dalam hantaran tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai. Laporan polis telah dibuat supaya siasatan dapat dibuat terhadap pemilik akaun tersebut bagi mengelakkan perkongsian kenyataan […]