- Madrasah ilmu - Tarbiah iman - Hikmah kehidupan - Manfaat untuk insan
😊UkhuwwahTeam🎵👤
UkhuwwahTeamツ
"Ukhuwwah itu Indah,
Keimanan itu Manis,
Islam itu Sempurna"
- Cintai Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W
Bukan mudah untuk berubah dan tidak susah untuk mengubah. :D
Allah always with us. :) .InshaAllah you can change -
Telegram: t.me/UkhuwwahTeam
Page FB: https://www.facebook.com/UkhuwwahTeam/
Whatsapp: https://chat.whatsapp.com/FAYz8lzwkna8MjnYq6sKIn
Instagram : ukhuwwahteam
Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari Iman..
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita sibuk mencari Keredhaan..
Jika mereka menangis kerana bercinta,
Biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam kita..
Jika mereka lebih cintakan manusia,
Biarlah kita cintakan tuhan..
Kita dambakan akhirat..
@dakwatulhikmah
✨ Seindah Untaian Tasbih ✨
🌼 Dari air kita belajar ketenangan.
🌼 Dari batu kita belajar kekuatan.
🌼 Dari tanah kita belajar kehidupan.
🌸 Dari kupu-kupu kita belajar merubah diri.
🌸 Dari padi kita belajar rendah hati.
🌸 Dari Allah kita belajar kasih sayang yang sempurna.
🌼 Melihat ke atas memperoleh semangat untuk maju.
🌸 Melihat ke bawah bersyukur atas semua yang ada.
🌼 Melihat ke sisi semangat kebersamaan.
🌸 Melihat ke belakang sebagai pengalaman berharga.
🌼 Melihat ke dalam untuk muhasabah diri.
🌸 Melihat ke depan untuk jalan lebih baik
🌼 Dari kegagalan kita belajar keberhasilan..
🌼 Dari kekalahan kita belajar kemenangan..
🌼 Dari kejujuran kita belajar kejayaan..
🌸 INILAH KEHIDUPAN..
SUBHANALLAH... Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita menuju kebahagiaan hidup yang hakiki, yang berakal, berakhlak, dan berbudi pekerti mulia seperti yang dicontohkan oleh baginda kita, Rasulullah Muhammad ﷺ Amin..
@dakwatulhikmah
Orang yang bisu itu begitu berharap untuk membaca Kitabullah, iaitu Al-quran.
Manakala orang yang pekak itu begitu berharap untuk mendengar alunan bacaan Al-Quran.
Dan orang yang buta itu begitu berharap untuk melihat Al-Quran.
Namun, kita (yang sempurna) ini telah dibinasakan oleh (kesibukan) telefon bimbit.
Allahu..
@dakwatulhikmah
Bismillah
Assalammualaikum
Sy cuma mau kongsi 1 ayat yg sy dapat dari mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias...boleh lah dihafal & diamalkan bersama2
Utk elak terkena sihir dlm bentuk makanan atau apabila kita bepergian ke mana shj jika ada sesuatu yg tidak baik@sihir maka Allah akan menjaga kita dr terkena keburukan@sihir tersebut
Jika sihirnya berbentuk makanan maka dgn izin Allah pinggan & gelasnya akan pecah semasa dipegang atau pun tidak dipegang..
Surah At Tauba ayat 128-129
Rutinkan setiap hari bukan hanya sekali baca Allah akan jaga kita ya...
Mudahan Allah memberkati amalan2 kita seterusnya melindungi kita dr malapetaka&keburukan dunia&akhirat.
-Nora-
Part II
Surah al-Baqarah juga dinamakan sebagai Fustat al-Quran dan Sinam al-Quran yang bermaksud puncak al-Quran kerana kepentingan dan kebesarannya yang memuatkan hukum-hukum yang tidak disebut dalam surah lain. Justeru, beberapa ulama telah menyatakan bahawa surah ini mengandungi seribu perintah, seribu larangan dan seribu pemberitahuan.
Surah al-Baqarah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan seperti yang dinyatakan oleh beberapa hadis. Antaranya ialah hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Pelajarilah surah al-Baqarah! kerana mengamalkannya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini ( atau mereka sendiri tidak mampu menghafalnya )’.
Imam Muslim pula telah meriwayatkan hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran! Kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah dua penyeri iaitu surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya akan datang pada Hari Kiamat dalam bentuk dua kelompok awan atau seperti dua kumpulan burung yang terbang berbaris (menaungi pembacanya ), kedua-duanya akan berhujah membela pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini.”
Imam al-Tirmidhi pula telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : ‘Daripada Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya setiap rumah yang dibacakan di dalamnya surah al- Baqarattidak akan dimasuki syaitan’.
Ketiga-tiga hadis yang dinyatakan di atas adalah memadai untuk menunjukkan kelebihan dan keistimewaan surah al-Baqarah. Justeru, boleh dirumuskan berdasarkan ketiga-tiga hadis di atas bahawa kelebihan surah ini ialah seperti berikut :
· ▶️Membawa keberkatan
· ▶️Mengelakkan penyesalan
· ➡️Menghindarkan diri daripada kejahatan ahli sihir
· ➡️Mengamankan rumah daripada gangguan syaitan
· ➡️Menjadi pemberi syafaat kepada pembacanya pada Hari Kiamat kelak di samping berhujah mempertahankannya.
· ➡️Melindungi serta menaungi pembacanya daripada kepanasan padang Mahsyar.
___________________
Telegram | InstaGram | Twitter
T.me/DakwahPsychology
Saat Allah menyayangi kita, di tunjukkan kita ke jalan mendekatkan diri kita kepadaNya,
Kita mula mendapat teman teman yang sentiasa mengingatkan kita kepadaNya, mula kita merasa ‘indah ‘ saat kita membaca ayat ayatNya, kita mula di lorongkan ke jalan yang semakin dekat kepadaNya,
Semakin hambar untuk melakukan maksiat kepadaNya, hati ini terbuak buak tanpa sedar untuk mencari jalan kebenaran itu, tetiba air bening itu mengalir deras di pipimu, terkenang dosa lalu, menginsafi masa lalu yg tidak mampu di ulangi lagi,
Percayalah, Allah sedang menyiapkan syurga bagi kita jika kita benar benar Istiqamah di jalanNya ini...
Tahniah teman,,,!
kalian pilihan Allah...
(Dipetik daripada facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani)
t.me/RiyadusShaliheen
Jangan letih menyemai berbagai biji-biji kebaikan, meski tunasnya lambat dan bunganya tidak seindah harapan. Jangan letih menebar kebaikan meski buahnya tidak selalu manis, semanis impian. Jangan lelah, karena catatan amal baik dan buruk itu terpisah. Jangan lemah, karena kebaikan demi kebaikan itu seperti danau yang kelak akan menjadi telaga permata saat kemarau tiba..
Jika kita ingat Allah dimasa tenang maka Allah akan ingat kita disaat badai tiba. Amal baik adalah fakta atau bukti bahwa kita ingat kepada-Nya dan Allah akan mengingat kita dimasa sulit, dengan pertolongan dan rahmat-Nya.
Semakin banyak duri semakin kita hati-hati, semakin banyak tekanan semakin mendewasakan. Semakin tinggi pendakian semakin menyesakkan. Begitulah kehidupan yang puncaknya kematian, sebuah jembatan yang akan menghubungkan pada kehidupan yang abadi. Kemenangan atau kekalahan yang abadi.
salam bahagia
-NAI-
۞ وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ
dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang".
(Al-Anbya 21 : 83)
Selawat dan salam buat Nabi Junjungan. Semoga kita tergolong dalam umat yang mendapat syafaat Baginda di hari kiamat.
❤️
Salam maulidur Rasul.
RAMA-RAMA tidak TAHU betapa INDAHnya WARNA sayap mereka, akan tetapi MANUSIA lebih TAHU betapa INDAHnya WARNA mereka.."
Begitulah juga diri kita, TIDAK TAHU betapa INDAH dan ISTIMEWAnya diri kita. Namun begitu betapa ALLAH TAHU dan meng"ISTIMEWA"kan kita dimataNya...
Tatkala kita TUNDUK dalam SyariatNya, REDHA atas TakdirNya, TERSENYUM dalam MUSIBAHnya, dan TEGAR dalam ujianNya
BerSYUKURlah Pada ALLAH..
Tunduk dan Sujud Di atas SEjadah CIntaMU💘
https://t.me/joinchat/EmmlgkDYXStffmz7PuOnzQ
Walau seluas lautan dosa kita, bertaubatlah.
Kenapa nak rasa takut? Takut Allah tak ampunkanlah, apalah. Kenapa mesti fikir negatif?
Buat dosa tak takut tapi bila bab nak bertaubat nak rasa takut pulak!
Bersegeralah bertaubat kerana kematian tidak lambat walau sesaat.
Jangan lupa satu hal ini sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penyayang. InsyaAllah besar manapun dosa kau Allah akan ampunkan sekiranya taubat kau ikhlas menyesali dosa lalu.
https://t.me/joinchat/EmmlgkDYXStffmz7PuOnzQ
*📝27/11/2017, 4:14:52 PM: Moon Kamil: Sharing from a friend:*
🍦AWAS.!! Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba2 datang seorg kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun.
Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?
Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih. Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: Ala Max ice-cream mcm tu pun nak berkira., belikan la aje kat budak tu."
Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata "Awak culik anak saya ye"...
budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia. Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis. "Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik.
Utk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1k. Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream. .?
Kredit fb hamba ALLAH Mohon shared copy & paste drpd rakan fbc & p...malaysia dah x aman!
📱⌚📱⌚📱⌚📱⌚📱⌚📱⌚
🌹UJIAN🌹
♡♡♡♡♡♡
*"Ingatlah, kucing yang kita lihat duduk baik sahaja ketika tiada ikan yang dihulurkan kepadanya, kita tidak boleh katakan bahawa ia adalah seekor kucing yang baik tanpa mengujinya dengan meletakkan seekor ikan kepadanya"*
*"Begitulah juga, selagi seseorang itu tiada pangkat, harta, kepandaian atau kuasa, maka orang ini tidak boleh kita tentukan lagi sama ada baik amalannya atau tidak"*
(TG Nik Abdul Aziz)
" Biarlah kita diketawakan manusia ,
Kerana mengikut syari'at ALLAH . "
" Asalkan kita tak diketawakan oleh SYAITAN kerana menjadi penemannya di neraka .. "
@dakwatulhikmah
Sesungguhnya hati manusia itu mati kecuali mereka yang berilmu.. Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena kecuali mereka yang beramal.. Mereka yang beramal itu tertipu kecuali mereka yang ikhlas..
(Imam Al-Ghazali)
Yang kita dapat,
Tak semestinya kita suka,
Yang kita minta,
Belum tentu yang terbaik buat kita.
Yang terbaik buat kita,
Tidak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha dengan apa yang kita ada,
Kerana itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..
Belajar tawakal dari ujian...
Belajar redha dari ketentuan...
@dakwatulhikmah
"Ladies first, please"
Bukanlah ayat seorang gentleman.
Tidak.
Langsung tidak.
Adam.
Berjalan, dahulukan dirimu.
Daki tangga, dahulukan dirimu.
Hatta melangkah longkang, dahulukan dirimu.
Biarkan kami di belakang.
Andai ada Hawa yang berkata :
"Ahh. Sweetnya lelaki tu bagi kita jalan dulu. Gentle"
Maka Adam,
Tawarkanlah senduk padanya.
Kami izinkan.
"Sungguh, aku lebih rela berjalan di belakang singa berbanding seorang wanita."
-Saidina Umar al-Khattab-
@dakwatulhikmah
Part III
Permulaan surah ini menyentuh tentang sifat-sifat orang beriman, orang kafir dan orang munafik. Ia menjelaskan hakikat keimanan dan hakikat kekufuran serta kemunafikan di samping membandingkan di antara orang yang bahagia dengan orang yang sengsara. Kemudian, disusuli dengan kisah Nabi Adam a.s dan peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku sewaktu penciptaannya. Kisah ini antara lain menunjukkan penghormatan yang diberikan Allah s.w.t kepada manusia.
Seterusnya, surah ini membicarakan tentang Ahli Kitab (orang Yahudi dan Nasrani) khususnya Bani Israel iaitu nenek-moyang orang Yahudi yang berjiran dengan kaum muslimin di kota Madinah. Justeru, ia mengingatkan umat Islam supaya sentiasa berwaspada dengan tipu daya dan kejahatan yang terpendam dalam diri mereka seperti hasad-dengki, memandang hina, pengkhianatan, pencabulan janji serta segala keburukan yang dilakukan oleh golongan perosak ini. Hal ini menjelaskan betapa dahsyat dan besarnya bahaya dan kemudharatan yang dibawa oleh mereka. Sebab itulah ayat-ayat yang memaparkan kisah mereka amat banyak sekali sehingga melebihi sepertiga surah al- Baqarah bermula daripada ayat 40 sehingga ayat 124.
Ayat-ayat yang selebihnya membincangkan aspek syariat, kerana pada waktu itu umat Islam di permulaan peringkat membentuk “negara Islam”. Jadi, mereka sangat memerlukan panduan rabbani ( ketuhanan ) dan syariat samawi( langit ) yang boleh menunjuk arah kehidupan baru mereka sama ada dari sudut ibadat mahupun mu‘amalat.
Oleh yang demikian, surah ini banyak menyentuh pelbagai hukum-hakam seperti perintah mengerjakan solat, menunaikan zakat, hukum puasa, haji dan umrah, hukum Qisas, hukum jihad dan perang di jalan Allah s.w.t, perkara-perkara yang halal dan haram, membelanjakan harta pada jalan Allah s.w.t, hukum arak dan judi, cara menjaga anak yatim, larangan memakan riba, hutang-piutang, hukum nafkah dan orang yang berhak menerimanya, hukum wasiat kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat, hukum sumpah, kewajipan menyampaikan amanat, hukum sihir, hukum merosak masjid, hukum mengubah kitab-kitab Allah, hal-ehwal keluarga tentang perkahwinan, perceraian seperti talak, khulu‘ dan ila’, hukum penyusuan anak, ‘iddah, hukum melamar, mahar, pengharaman mengahwini wanita musyrik dan sebaliknya serta larangan ’menggauli’ isteri ketika haid.
Sayyid Qutb dalam kitab tafsirnya ‘Fi Zilal al-Quran’ telah menjelaskan bahawa surah ini mengandungi pelbagai tajuk, tetapi kesemuanya dihimpunkan oleh satu paksi yang mempunyai dua cabang garisan, yang saling berkait-rapat.Dari satu sudut, surah ini memaparkan pendirian Bani Israel ( orang Yahudi ) terhadap dakwah Islam di Madinah terutamanya penentangan mereka terhadap Rasulullah s.a.w dan “jama‘ah Islam” yang sedang berkembang serta pembelotan mereka menerusi usaha-usaha menjalinkan hubungan intim dengan orang munafik dan musyrikin. Dari sudut yang lain pula, surah ini memaparkan pendirian “jama‘ah islam” pada peringkat permulaan dan persediaan untuk memikul amanah dakwah serta khilafah di atas muka bumi.
Surah ini diakhiri dengan seruan kepada orang beriman supaya bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t. Di samping itu, ia mengajak orang beriman agar memohon bantuan dan kemenangan daripada Allah s.w.t serta berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat
___________________
Telegram | InstaGram | Twitter
T.me/DakwahPsychology
Rahsia Di Sebalik Surah al-Baqarah
Part 1
Sebagaimana yang diketahui bahawa al-Quran mempunyai sebanyak 30 juzuk, 114 surah dan 6236 ayat. Di antara surah-surah di dalam al-Quran, terdapat satu surah yang paling panjang iaitu Surah al-Baqarah. Sebagai umat Islam, kita wajar menyelami rahsia di sebalik setiap surah dalam al-Quran bagi menghayati isi kandungannya dengan lebih mendalam. Apatah lagi Surah al-Baqarah merupakah surah yang terpanjang di dalam al-Quran, maka setiap individu muslim hendaklah berusaha untuk menyelami rahsia di sebalik isi kandungan surah ini.
Surah al-Baqarah ialah surah kedua dalam al-Quran al-Karim selepas surah al-Fatihah dan ia datang sebelum surah Ali Imran. Ia mempunyai sebanyak 286 ayat yang kebanyakannya diturunkan di Madinah. Sebahagian besar ayat dalam surah al-Baqarah diwahyukan pada permulaan Hijrah. Mengikut pandangan majoriti ulama’ ayat 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat yang terakhir diturunkan oleh Allah bukannya ayat 3 surah al-Ma’idah sebagaimana yang masyhur dalam kalangan masyarakat (Sila rujuk kitab ’Ulum al-Qur’an oleh Manna’ Khattan dan Subhi Soleh & Tafsir al-Maraghiy 1/39).Surah ini merupakan surah yang terpanjang di antara surah-surah dalam al-Quran al-Karim, malah ayat yang terpanjang juga terdapat di dalam surah ini iaitu ayat 282 yang menceritakan perihal tentang hutang.
Surah ini dinamakan surah al-Baqarah yang membawa maksud sapi betina (lembu betina) kerana di dalamnya telah disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah s.w.t kepada Bani Israel. Kisah ini bermula daripada ayat 67 sehingga ayat 74.Muhammad ‘Ali al-Sabuniy dalam kitab tafsirnya yang terkenal iaitu ‘Safwah al-Tafasir’ telah menjelaskan bahawa tujuan surah ini dinamakan sebagai al- Baqarah ( sapi betina ) adalah bertujuan untuk mengingatkan kembali mukjizat yang telah berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.
Pada zaman Nabi Musa as, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Bani Israel yang telah dibunuh, tetapi pembunuhnya tidak diketahui. Apabila mereka mengadu tentang pembunuhan ini kepada Nabi Musa a.s., Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Baginda supaya menyuruh mereka (Bani Israel) untuk menyembelih seekor sapi betina, kemudian memukul mayat dengan sebahagian anggota sapi tersebut.Dengan izin Allah, mayat yang mati dibunuh itu dapat hidup semula dan memberitahu mereka siapakah pembunuhnya. Mukjizat ini membuktikan betapa Allah s.w.t berkuasa menghidupkan semula makhluk walaupun sesudah mati.
Ketika Bani Israel diperintahkan untuk menyembelih sapi betina itu, al-Quran telah merakamkan bagaimana kedegilan golongan Bani Israel yang tidak mahu melaksanakan perintah Allah tersebut dengan mencari pelbagai alasan dan hujah. Namun, akhirnya mereka terpaksa juga melakukannya kerana tiada lagi hujah dan tipu daya yang dapat mereka bentangkan kepada nabi Musa. Inilah sikap Bani Israel (Yahudi) sehingga ke hari ini. Mereka secara terang dan jelas menceroboh wilayah Palestin, namun dalam masa yang sama mereka membuat tipu helah dengan membunuh umat Islam Palestin dengan alasan untuk mempertahankan diri.
- Ustaz Shauqi
___________
Telegram | InstaGram | Twitter
T.me/DakwahPsychology
Bismillahirrahmanirrahim.
Merah, Kuning, Hijau.
Macam warna traffic light 😁
Apa kaitan Quran dengan 3 tanda warna tu?
Okay. Ni actually utk mereka yg nak hafal Quran. Banyak je cara nak hafal Quran, dan nak mengulang hafalan.
So yg pelekat ni salah satu cara nak noted hafalan mana yg takberapa nak mantap hinggalah mantap.
❤️ Merah - Hafalan yg taklancar sangat so kalau nak baca mmg kena tengok.
💛 Kuning - Hafalan ingat tapi dia was was, so kadang kena tengok.
💚 Hijau - Hafalan mmg ingat, kalau taktengok pun masih boleh baca dengan lancar.
Pelekat tu boleh tanda by Surah, atau by Juz, nak tanda ikut mukasurat pun boleh tapi mcm banyak pulak kan 😁
Macam saya, saya pilih utk tanda by Juz, memandangkan pelekat pun takbanyak 😅
So, itu je nak share. Moga bermanfaat 🙋🏻
Selamat murajaah hifz Quran 📝
_admin
BUAT RENUNGAN BERSAMA
Kata kata hikmah Sheikh Nuruddin .
" Mungkin saja, satu kemaksiatan yang dilakukan seseorang, yang menjadikan hatinya bersedih dan kembali kepada Allah, maka itu lebih baik dari berbuat ketaatan tetapi ada takabbur. Maksiat yang membuatkan kita jadi malu, merasa hina, segan dengan orang lain, itu jauh lebih baik dari banyak berbuat ketaatan, yang membuatkan kita jadi ujub dan sombong." .
Daripada kata hikmah ini banyak pengajaran boleh kita ambil.
1. Jangan hina pendosa.
2. Jangan rasa hebat bila berbuat ketaatan.
3. Jangan rasa selamat bila lihat diri dalam ketaatan.
4. Jangan putus asa dari mohon keampunan.
5. Sentiasa bersangka baik.
6. Sentiasa melihat aib diri sendiri.
7. Sentiasa tanam sifat malu kepada Allah.
8. Sentiasa memohon taufiq dan hidayah kepada Allah supaya diberikan cinta kepada ketaatan .
"Sometimes people who have the worst past, will have the best future." .
- Saidina Umar Al-Khatab
#muhasabah diri
Waallahu a'alam😊💖
Ada seorang pemuda kampus IPT yang dilihat soleh, berilmu & baik oleh rakan2nya menghantar email kepada saya memberitahu "pinangannya ditolak oleh wanita yang dianggap solehah & berlatarbelakangkan agama, berpakaian elok dengan alasan, "awak terlalu baik untuk saya", "saya tak layak untuk awak" "segan dengan awak kerana terlalu baik" etc.
Konfius, adakah ada wanita 'solehah' di luar sana yang lebih rela bersuamikan lelaki KURANG SOLEH atau 'jahat sikit' atau "nak yang jahil sikit" untuk rumahtangga dunia yang akan membawanya ke akhiratnya?. Pelik wanita 'solehah' akhir zaman. 🙂
C/p : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
وَيُسَبِّحُ ٱلرَّعْدُ بِحَمْدِهِۦ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِۦ وَيُرْسِلُ ٱلصَّوَٰعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَآءُ وَهُمْ يُجَـٰدِلُونَ فِى ٱللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ ٱلْمِحَالِ
Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya.
(Ar-Ra'd 13 : 13)
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Ar-Ra'd 13 : 28)
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوٓا۟ إِيمَـٰنًۭا مَّعَ إِيمَـٰنِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًۭا
Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,
(Al-Fath 48 : 4)
Ku ingin kau tahu...
Setiap detik waktu yang berlalu pergi....
Setiap apa yang terjadi diantara kau dan aku...
Segalanya kuabadikan dalam memoriku...
Takkan kubiarkan ianya terhapus begitu saja..
Takkan kubiarkan ianya pergi bersama waktu...
Walau pahit walau manis...
Itu adalah kenangan...
Kenangan yang tak ternilai..
Kenangan kau dan aku...
https://t.me/joinchat/EmmlgkDYXStffmz7PuOnzQ
Kadang kita lebih memilih untuk mencintai orang yang kita sukai.
Sedangkan lebih indah dan mendapat extra cinta dari seseorang yang suka dan cintakan kita.
Tapi kita EGO. Hinggakan kita kehilangan nilai cinta sebenar.
وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا مَن شَآءَ ٱللَّهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌۭ يَنظُرُونَ
Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).
_________
وَأَشْرَقَتِ ٱلْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ ٱلْكِتَـٰبُ وَجِا۟ىٓءَ بِٱلنَّبِيِّـۧنَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَقُضِىَ بَيْنَهُم بِٱلْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan terang benderanglah bumi (padang mahsyar) dengan cahaya (keadilan) Tuhannya; dan diberikanlah buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para nabi dan saksi-saksi dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dirugikan.
(Az-Zumar 39 : 68-69)
*Surah Al-Anfal, ayat 48:*
*وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّي جَارٌ لَّكُمْ فَلَمَّا تَرَاءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكُمْ إِنِّي أَرَىٰ مَا لَا تَرَوْنَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ*
_*Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".*