bicaradaie05 | Unsorted

Telegram-канал bicaradaie05 - 𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

219

— 𝓟𝓮𝓻𝓴𝓸𝓷𝓰𝓼𝓲𝓪𝓷 𝓶𝓸𝓽𝓲𝓿𝓪𝓼𝓲 𝓭𝓪𝓷 𝓯𝓪𝔀𝓪𝓲𝓭 𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓱𝓪𝓶𝓫𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓪𝓶𝓫𝓪𝓴𝓪𝓷 𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪 - 𝓝𝔂𝓪 — 𝓮𝓼𝓽 2019 — 𝚌𝚘𝚗𝚝𝚊𝚌𝚝 𝚞𝚜 𝚘𝚗 @bicaradaieofficialbot .

Subscribe to a channel

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

HIKMAH PENSYARIATAN SEMBELIHAN DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS
Pada akhirnya, kita dapat melihat bagaimana agama Islam sangat berlemah-lembut dengan semua makhluk, bahkan pada saat sembelihan yang melibatkan darah. Haiwan tidak berasa sakit kerana proses yang terjadi adalah serta merta, walhal, daging yang telah disembelih adalah bersih dan selamat untuk dimakan malah lebih bertahan lama.

Di sisi sains, kaedah penyembelihan ini menjamin kebersihan daging kerana tiadanya medium yang mempercepatkan proses pengoksidaan, salah satunya darah itu sendiri.

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

MENGAPAKAH SEMBELIHAN HALAL LEBIH SAINTIFIK?
 
Pernah ataupun tidak kita terfikir kenapa daging korban yang kita dapat semasa hari raya aidiladha seakan ‘bersih’ daripada darah? Berbeza dengan daging haiwan yang mati terdampar di atas jalan andai kita memotongnya kepada bahagian-bahagian yang kecil.

Fenomena ini dapat dikaitkan melalui proses sembelihan yang telah disyariatkan dalam agama.

Umum kita ketahui, proses sembelihan terlaksana adalah dengan memotong saluran pernafasan(Trachea) dan saluran makanan (Esophagus). Dalam istilah fiqh, ia disebut sebagai urat halqum dan urat merih.

Secara saintifiknya, apabila kedua urat ini dipotong, ia sekaligus akan memutuskan pembuluh darah(arteri karotid) dan saluran darah jugular(jugular veins) yang menyebabkan darah terus memancut keluar dan menurunkan tekanan darah secara mengejut, disamping menjadikan sistem otak terputus daripada bekalan oksigen dan glukosa.

Al-hasil, inilah yang menyebabkan darah dalam daging haiwan yang disembelih keluar serta-merta.

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🤍

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

ليلة ٦٩ رمضان ١٤٤٥ه‍

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Amat rugi (celaka) orang yang apabila disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di sisinya, tetapi ia tidak berselawat kepadaku. Amat rugi (celaka) orang yang apabila Ramadan datang, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Amat rugi (celaka) orang yang mendapati kedua ibu bapanya telah tua disisinya, tetapi keadaan itu tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.” (Sunan Tirmizi No: 3545)

Sedar tidak sedar, tirai Ramadan kali ini kian berlabuh di titik kemuncaknya. Berjayakah nawaitu kita dilayarkan demi menggarap selaut rahmat dan hamparan keampunan-Nya di bulan mulia ini? Sebuah bulan suci yang mekar sebagai manifestasi agung kasih sayang Allah SWT buat hamba-hamba-Nya yang merangkul ketakwaan.

Tatkala mendaki jalan menuju maqam لعلكم تتقون, terselit debar dan gerun di sanubari. Takut benar diri ini pabila terkenangkan amaran daripada hadis Baginda SAW mengenai nasib mereka yang membiarkan Ramadan datang dan pergi ibarat angin lalu, tanpa sekelumit pun dosanya terampun. Moga dijauhkan jasad dan roh kita daripada terjerumus ke lembah kerugian tersebut.

Dengan sisa nafas sehari dua yang berbaki di pangkuan bulan suci ini, manfaatkanlah ia dengan sepenuh jiwa. Tiada istilah terlewat untuk menadah tangan, selagi mana sayap Rahmat-Nya masih terbentang luas memayungi buana.

Harapan penulis, semoga diri yang kerdil ini, juga buat kalian yang sudi menelusuri coretan kecil ini, akan dikurniakan senyuman bahagia saat dijemput bertemu dengan Allah SWT di negeri abadi kelak. Moga kheyr sentiasa mengiringi perjalanan kita.

Akhukum fillah, Wallahua'lam

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Penulisan: ANTARA SAINS DAN PUASA: SUATU PERINTAH TAKWA PENUH HIKMAH

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Pada tahun 2016, ahli biologi sel Jepun, Yoshinori Ohsumi dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan atas penemuan mekanisme genetik yang mengawal proses autophagy.

Secara ringkasnya, autophagy ialah proses kitar semula sel, di mana sel:

- Menghancurkan bahagian yang rosak atau tidak diperlukan
- Membersihkan protein lama
- Menukar komponen lama menjadi tenaga atau bahan baharu


Menariknya, kajian menunjukkan bahawa keadaan yang boleh merangsang berlakunya proses ini adalah apabila badan kekurangan nutrien sementara, hal ini bersesuaian ketika mana seseorang itu sedang berpuasa.

Ini secara analoginya bermaksud, sewaktu kita berpuasa, badan seolah-olah ‘reset’ sistem dalam badan yang menyebabkan beberapa bahan yang tidak lagi diperlukan oleh tubuh badan dikeluarkan melalui penguraian dan kitar semula(aktiviti biokimia dalam badan).

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Jemput baca, moga ada manfaatnya

Selamat beramal di malam nisfu syaaban, semoga kita semua disampaikan ke dalam bulan Ramadan✨

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

"Allah tidak membawa kamu sejauh ini hanya untuk gagal."

Sesekali, keraguan itu datang mengetuk pintu sukma. Benarkah jejak yang sedang didaki ini adalah jalan yang sebenar? Adakah segala keringat dan lelah yang tumpah ini benar-benar menjemput redha-Nya, atau sekadar sia-sia yang memenatkan?

Ada ketikanya, saat lelah mencengkam jiwa, ingin saja rasanya menyerah kalah. Terbit rasa mahu lari membawa diri, jauh dari hiruk-pikuk dan pandangan manusia. Seringkali diri ini merasa terasing, merasa serba kekurangan, malah kerdil untuk memimpin. Namun, taklifan yang Allah titipkan di bahu ini bukanlah beban untuk dilepas, melainkan amanah untuk digalas dengan sehabis daya. Hanya kepada-Nya kita memanjatkan doa, agar hati ini sentiasa dipandu ke arah kiblat yang lurus, tidak sekali-kali berpaling daripada niat asal seorang hamba.

Sudah menjadi sunnatullah, setiap perjuangan pasti bersulam payah. Jika Baginda SAW Kekasih Allah yang paling mulia diuji dengan mehnah yang jauh lebih dahsyat ketika menebar dakwah, siapalah kita untuk sekadar duduk bersilang kaki, menghabiskan sisa usia dalam zon selesa?

Semoga setiap langkah kaki ini sentiasa disuluh cahaya Ilahi. Bukanlah kehidupan serba sempurna yang didamba, jauh sekali mengharap gelaran pemimpin yang tiada cacat celanya, tetapi cukuplah sekadar sentiasa bertumbuh dalam proses menjadi seorang Khalifah. Apatah lagi diri ini dilahirkan sebagai seorang lelaki; bahunya memang dicipta untuk memikul pemberatan tanggungjawab.

Moga di saat diri ini rasa berat dan hampir rebah menyembah bumi, Allah sentiasa membentangkan jalan seluas-luasnya untuk kembali meratib kalimah suci-Nya, melarutkan segala gundah di atas lembaran sejadah pada hening sepertiga malam.

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا (٦)

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Semoga asbab ujian ini, kita semua menjadi insan yang memberi manfaat buat diri, keluarga, dan agama.

الله المستعان

Akhukum fillah, Wallahua'lam.

@bicaradaie05

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Semakin bertambah usia, semakin sarat dengan tanda tanya

Bukankah seiring bertambahnya umur, seharusnya iman turut matang dan meninggi?

Namun hakikatnya, iman itu sentiasa berbolak-balik; ia naik dan turun. Yang benar-benar berubah hanyalah mereka yang sungguh-sungguh ingin kembali kepada-Nya.

Ke manakah pergi insan yang suatu ketika dahulu bangun di sepertiga malam, bermunajat dengan air mata dan penuh harap kepada Ilahi?
Ke manakah hilang jiwa yang dahulunya menyala-nyala dalam perjuangan amar makruf nahi mungkar?
Ke manakah insan yang setiap ibadahnya disulami doa agar terus diberi kekuatan untuk istiqamah di jalan-Nya?
Dan ke manakah perginya hati yang tidak pernah menjadikan dunia sebagai tujuan, melainkan sekadar persinggahan?

Kini, ibadah terasa semakin berat.
Rasa ragu terhadap takdir-Nya mula berputik halus di relung hati.

Doa-doa panjang selepas solat kian memendek, bahkan ada yang terhenti.
Tiada lagi catatan amalan harian, tiada lagi muhasabah diri.

Yang tinggal hanyalah fikiran yang sarat dengan urusan dunia, siang dan malam.
Adakah ini yang dinamakan hanyut dalam tipu daya dunia?
Nikmat ibadah semakin pudar, tawakal tidak sekuat dahulu.

Adakah ini yang kita sebut sebagai ‘mendewasa’,
atau sebenarnya hati yang semakin menjauh daripada-Nya?

Na‘ūẓubillāhi min ẓālik.

Semoga Allah menetapkan hati kita untuk terus berada di atas landasan kebenaran.

Kerana jika bukan kepada Allah tempat kita bergantung, maka kepada siapa lagi?

Cukuplah kita berhenti menyangka segala masalah dapat diselesaikan dengan karenah manusia semata-mata.

Hakikatnya, setiap yang berlaku adalah dengan izin dan asbab daripada-Nya.

Renungan buat diri ini, dan buat sahabat-sahabat sekalian.

Semoga kita terus diberi kekuatan di dunia yang penuh dengan fatamorgana.

Akhukum fillāh,
Wallāhu a‘lam

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Segunung beban yang pernah mencengkam pundak, akhirnya lerai jua dimamah waktu.

Demikianlah resam dunia, badai yang singgah bukanlah satu hukuman, melainkan tempaan takdir untuk mematangkan jiwa, agar lahir insan yang lebih utuh dan berjasa.

Kalau dunia sentiasa memancarkan cahaya pelangi, dari mana lagi harus kita belajar erti kesyukuran?

Semoga setiap langkah yang kita titi, sentiasa dipayungi redha-Nya.

Akhukum fillah🤍
Wallahua'lam

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Sudah menjadi rutin yang sebati, bertolak di kala fajar baru bernafas, menuju ke medan permusafiran ilmu, lalu pulangnya tatkala malam menebar gelapnya. Saat insan lain sudah hanyut di lautan lena, kaki ini masih melangkah di jalan yang panjang, mencari makna di balik setiap penat dan perhentian.

Apa pun jalan yang sedang kita tempuh, teguhkan azam, perteguh tekad. Setiap hari hadir membawa ujian baharu, namun di balik tiap ujian terselit hikmah, di sebalik setiap kesukaran terbit kasih sayang Ilahi yang tak bertepi.

Moga langkah ini tetap istiqamah walau duri dan ranjau menghadang. Dan semoga perkelanaan yang melelahkan di bumi yang sementara ini akhirnya menemui tenangnya di tempat rehat yang diimpikan di sisi Tuhan yang Maha Mengasihi.

Akhukum fillah, Wallahua'lam

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

malam jumaat azam lakukan amalan sunnah dan banyakkan selawat semua. Jangan lupa al-mulk dan boleh baca al-kahfi sekali, moga Allah redha🤍

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Dimanapun kita berada, aturan Allah yang terbaik

Dulu, penulis cuma bayang kecil yang melukis minat di hujung jari.
Sekadar bermain dengan lensa, menari dengan aksara, menumpang rasa di celah-celah layar yang sunyi.
Sekadar minat bermain dengan komputer riba di rumah lama. Ingat lagi ketika itu komputer riba berjenama twinhead, berwarna putih dengan skrin petaknya. Sunggu dengan bermain di microsoft, melukis dan mewarns di perisian paint sudah cukup menghibur hati. Tetapi bagi diri ini ketika itu tidaklah lebih dari hobi dan minat sahaja bermain bersama lensa, jari menari di layar kaca.

Tibanya detik perintah kawalan pergerakan (PKP) yang banyak mengajari diri ini dengan lebih mendalam mengenai skill² yang diperlukan di dalam bidang ini. Qadarullah ketika itu ditaklifkan sebagai ketua unit media bagi badan dakwah dan rohani, yang mana aktif kerana di masing-masing di rumah sendiri kan. Saat itulah, keterbukaan media sebagai platform dakwah, sebagai platform menyebarkan khayr terbentang luas di depan mata.

Banyak bimbingan yang diberikan oleh asatizah sendiri ketika itu yang mana melakukan try and error utk live stream pertama lebih 3 jam, dengan alatan yang dhaif ketika itu tapi input daripada bimbingan itu masih segar dalam benak fikiran hingga ke hari ini.

Tuhan tahu jalan yang tidak diri ini pinta, Jauh sekali ingin memikul amanah besar ini,
Namun Dialah yang meniupkan makna di balik hobi yang tampak remeh.
Satu demi satu, kepercayaan hadir seperti gelombang yang tak sempat kuhalang.
Dan kini, penulis berdiri di tengah gelanggang,
memegang amanah, bukan satu, tetapi banyak.
Menyusun naratif, menimbang suara, menjaga wajah sebuah perjuangan.

Siapa sangka, tangan yang dulu cuma mengusap kamera dengan suka-suka,
kini mengurus jentera suara organisasi.
Siapa sangka, jari yang dulu hanya menaip untuk suka-suka,
kini menulis warkah rasmi, menyusun strategi, menggenggam nadi media sebagai muka hadapan sebuah persatuan.

Datanglah angin ribut menafikan tetapi aturan-Nya itu jelas dan terbaik. Akan diri ini genggam hingga ke waktu yang ditakdirkan. Beginilah, bila hobi bertemu takdir,
dan minat menjadi jalan ibadah.
Moga diri ini terus kuat,
bukan kerana nama di atas kertas,
tapi kerana sedar setiap tugas adalah jalan pulang kepada-Nya.

Coretan sederhana dari al-faqir yang hanya mengharapkan redha-Nya

حسبنا الله ونعم الوكيل

Akhukum fillah, Wallahua'lam

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

KENAPA KITA MEMERLUKAN DAGING YANG BERSIH DARIPADA DARAH?
Sebenarnya, darah merupakan tempat aktif pembiakan pelbagai jenis bakteria seperti Salmonella, Campylobacter, E.Coli dan lain-lain yang menyebabkan sebahagian daging menjadi lebih cepat busuk dan rosak.

Darah juga boleh menyebabkan oksidasi lipid, iaitu proses apabila lemak atau minyak (lipid) bertindak balas dengan oksigen sehingga menyebabkan perubahan kimia pada lipid tersebut. Maka dengan kehadiran darah, ia menjadi pemangkin aktif(catalyst) kepada proses oksidasi lipid kerana:

-        Darah mempunyai hemoglobin dan besi,Fe yang mempercepatkan tindak balas antara oksigen dan lemak dalam daging.
-         Lemak dalam daging teroksida dengan lebih cepat.
-        Terhasil sebatian seperti aldehid dan keton yang menyebabkan: Bau tengik, perubahan rasa , perubahan warna malah penurunan kualiti daging
 
Menariknya , proses sembelihan kaedah islam ini bukan sahaja wujud sekitar zaman nabi SAW, bahkan jauh lebih awal dengan kesinambungan penyembelihan kaedah Kosher agama yahudi suatu ketika dahulu. Anda boleh membuat banyak lagi pembacaan berkenaan kaedah yang lagi satu ini, sungguh menarik perhatian!

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال وعيدكم مبارك وكل عام وأنتم بخير

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

[NUANSA RAMADAN | PENULISAN✒️]

MENGINJAK DEWASA: MENCARI HAKIKAT SEBENAR RAMADAN 🌙✨

Semakin kita menginjak dewasa, makna Ramadan perlahan-lahan berubah. Kalau dahulu kita lebih teruja dengan kemeriahan bazar dan juadah berbuka, kini jiwa lebih mendambakan ketenangan di saf tarawih dan helaian al-Quran.

Bulan ini bukan lagi sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi sebuah ruang eksklusif untuk memburu rahmat serta keampunan Allah SWT yang melimpah-ruah.

Jangan biarkan Ramadan kali ini berlalu sia-sia. Ayuh perkemaskan niat dan tingkatkan amal. Entah-entah, ini adalah peluang terakhir yang Allah pinjamkan untuk kita membersihkan dosa-dosa lalu.

Jom pulun habis-habisan!

Penulisan oleh:
Amirul Hakimi bin Ramli
Exco Multimedia dan Publisiti PMAPIUM Sesi 2025/2026 

#KempenGenerasiUlulAlbab
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

HUBUNGAN ANTARA SYARIAT DAN SAINS

Seperti yang kita sedia maklum, ibadah puasa telah disyariatkan sekitar 1400 tahun yang lalu, waktu di mana mikroskop elektron, tabung uji, kajian makmal, atau pengetahuan tentang molekul sel belum lagi diterajui.

Namun hari ini, kita dapat mengambil manfaat sains bahawa proses yang kita bincangkan ini dapat memberi natijah,

– Badan mempunyai sistem ‘pembersihan dalaman’

– Kekurangan nutrien sementara mencetuskan penyesuaian metabolik

– Sel mampu mengitar semula komponennya untuk kelangsungan hidup

Adapun kesemua ini tidaklah bermakna bahawa Allah memerintahkan kita puasa semata-mata untuk proses ini terlaksana, kerana pada dasarnya puasa adalah ujian ketekunan yang melatih diri mencapai nilai takwa yang sebenar.

Tetapi penemuan saintifik sebegini memberi sudut pandang baharu tentang ibadah puasa, bahawa:

Arahan Allah selari dengan fitrah biologi manusia, walaupun manusia belum memahaminya sepenuhnya pada awalnya.

Islam tidak bergantung kepada sains untuk membuktikan kebenarannya. Wahyu adalah sumber mutlak bagi umat Islam.

Namun, apabila penemuan saintifik selari dengan prinsip syariat, ia menjadi satu bentuk tadabbur terhadap ciptaan Allah. Ia mengingatkan manusia bahawa keterbatasan ilmu hari ini tidak bermakna ketiadaan hikmah.

Puasa mungkin difahami dahulu sebagai latihan rohani. Hari ini, ia juga dilihat sebagai satu proses yang memberi ruang kepada tubuh untuk menyesuaikan diri dan mengaktifkan mekanisme penyelenggaraan dalaman.

Apa yang dahulu diterima sebagai perintah, kini semakin difahami sebagai rahmat.

HIKMAH YANG DAPAT DIPELAJARI

Terdapat banyak sangat yang boleh kita pelajari daripada penemuan ini, namun bolehlah kita ringkaskan menerusi point-point di bawah.

1. Ibadah puasa adalah suatu perintah rohani. Ia disyariatkan adalah agar manusia mencapai level takwa kepada Allah.

2. Kesan sampingan seperti proses autophagy ini membuka ruang bahawa islam adalah syumul iaitu menyeluruh, ibadah puasa tidaklah semata-mata untuk kita menahan lapar dan dahaga dari fajar ke maghrib, tetapi adalah satu bentuk cara Allah memberikan ‘kesihatan’ setelah 11 bulan aktiviti pemakanan yang tidak terkawal.

3. Islam tidak bergantung kepada sains untuk membuktikan kebenarannya. Wahyu adalah sumber mutlak bagi umat Islam. Penemuan sains yang selari dengan islam, maka kebenaran yang terbaik adalah dari islam, seandainya ada penemuan baru yang menyanggahi penemuan sediakala, maka islam tetaplah benar dan sesuai, sebaliknya sains akan berubah menerusi zaman.

4. Islam tidak menolak penemuan sains, islam menerimanya sesuai konteks, kerana Allah berada di sebalik penemuan itu.

5. Tuntutan terhadap ilmu tabii seperti sains haruslah dikuasai oleh segenap lapisan umat, kerana ia membawa maslahat dan manfaat.

Semoga penulisan dan perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Salam Ramadan.
Moga Lailatul Qadar bertemu dengan kita dalam keadaan baik.

@bicaradaie05

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

ANTARA SAINS DAN PUASA: SUATU PERINTAH TAKWA PENUH HIKMAH

Dalam surah Al – Baqarah menerusi ayat ke-183 yang berbunyi:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Tujuan utama yang jelas kita lihat adalah ibadah puasa tidaklah disyariatkan melainkan agar manusia mencapai nilai takwa, satu keadaan kesedaran rohani yang tinggi, disiplin diri dan ketaatan kepada perintah Ilahi.

Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, kita dapat membuka dimensi lain bahawa di sebalik perintah puasa ini, terdapat keserasian yang mendalam dengan struktur dan mekanisme tubuh badan manusia.

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Berat mana pun dunia ni, kita masih ada Allah kan?

اللهم أصلح قلبي

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

[NUANSA RAMADAN | PENULISAN✒️]

NISFU SYAABAN: ZAHIR RAHMAT-NYA DI AMBANG RAMADAN 🌙✨

Menghitung hari menuju bulan yang dirindui, Ramadan Kareem. Namun, sebelum kita melangkah ke gerbang Ramadan, Allah SWT mengurniakan kita satu hentian emas untuk menyucikan jiwa, iaitu malam Nisfu Syaaban.

Sepertimana golongan Salafussoleh yang bersungguh-sungguh mempersiapkan diri dan berdoa agar dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Ayuh kita mempersiapkan diri juga sebelum menemui bulan mulia ini.

Menjelang tibanya malam Nisfu Syaaban, marilah kita mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan amal soleh, memperbaiki hubungan sesama manusia serta memohon keampunan daripada Allah SWT.

Semoga kita semua direzekikan untuk sampai ke bulan Ramadan dalam keadaan hati yang bersih dan bersedia.

Penulisan oleh:
Amirul Hakimi bin Ramli
Exco Multimedia dan Publisiti PMAPIUM Sesi 2025/2026

#KempenGenerasiUlulAlbab
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Istiqamah: Menggenggam Bara di Denai Pengabdian

Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا ، وَإِنْ قَلَّ

Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.” (Riwayat Muslim: 1780)

Di tengah samudera kehidupan yang bergelora, saat bahtera diri ini berlayar menelusuri gelombang memegang amanah sebagai seorang penuntut ilmu dan bersujud sebagai seorang hamba; ada satu ketakutan yang diam-diam mencengkam sukma.

Ketakutan itu bukanlah pada tujahan nista atau caci maki manusia yang singgah di telinga. Bukan juga pada tersadungnya kaki di lubang kekhilafan, mahupun badai anasir luar yang cuba meruntuhkan semangat juang. Semua itu adalah parut lumrah dalam sebuah perjuangan.
Namun, ketakutan yang sebenar bagi penulis adalah lunturnya istiqamah.

Apa gunanya larian yang pantas jika tersasar dari garisan penamat? Apa erti semangat yang membara jika akhirnya menjadi abu yang ditiup angin? Yang paling digeruni adalah jika hati ini perlahan-lahan berpaling dari landasan kebenaran. Takut andai niat yang asalnya sesuci embun untuk menegakkan agama Allah, akhirnya keruh dicemari debu-debu riyak, kelelahan, atau keinginan duniawi tanpa disedari.

Sesungguhnya, istiqamah itu berat. Ia adalah seni mendisiplinkan hati untuk tetap setia pada jalan Ilahi di saat semangat sedang rapuh. Ia adalah kekuatan untuk melangkah setapak demi setapak, walau perlahan, asalkan tidak berhenti.

Seperti sabda Baginda SAW, Tuhan tidak memandang pada gunung amalan yang dibina semalam cuma untuk runtuh keesokan harinya. Tuhan mencintai titisan air yang menitis tanpa henti, yang akhirnya mampu membelah batu yang keras.

Maka, dalam keheningan malam, hanya satu pinta yang sering diratibkan:

يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Wahai Yang Membolak-balikkan Hati, teguhkanlah hatiku senantiasa di atas agama-Mu.

Moga kuat hingga tamat

Akhukum fillah, Wallahua'lam

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🤍

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Dalam keheningan malam, hati ini sering bertanya, benarkah jalan yang sedang aku lalui ini? Namun dalam diam renungan yang seketika, tersusun semula nilai-nilai yang pernah terpendam jauh di dasar jiwa.

Hakikatnya, setiap langkah ini adalah jawapan kepada doa-doa yang pernah kupanjatkan dahulu. Semangat yang tidak pernah pudar ini menjadi peringatan agar tidak futur di pertengahan perjuangan. Kudrat yang masih melangkah ini pula menjadi saksi bahawa aku masih hidup dalam arus perjuangan yang ditentukan-Nya.

Tidak semua yang berlaku selari dengan perancangan kita, namun bukankah aturan Allah itu sentiasa lebih indah?

Semoga Allah terus mengurniakan semangat dan kekuatan untuk menempuh jalan ini, jalan yang dipilih oleh-Nya, kerana Dia lebih tahu bahawa hamba-Nya ini mampu menempuhnya, biarpun penuh duri dan liku. 🌙

Akhukum fillah, Wallahua'lam

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Salam Jumaat

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Banyakkan selawat kepada baginda, in shaa Allah kelak mendapat syafaat. Azam utk melakukan amalan sunnah semoga mendapat berkat.

Jom jadi versi terbaik dari diri kita dengan memperbaiki diri setiap hari!

Moga Allah pandu🤍

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Salam Jumaat

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Banyakkan selawat kepada baginda, in shaa Allah kelak mendapat syafaat. Azam utk melakukan amalan sunnah semoga mendapat berkat.

Jom jadi versi terbaik dari diri kita dengan memperbaiki diri setiap hari!

Moga Allah pandu🤍

@bicaradaie

Читать полностью…

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

Antara dua jadi pilihan, Dunia yang fana atau syurga

Kini penulis kembali hari ini selepas melalui hecticnya kehidupan ini

Tapi tidak mengapa, apa erti hidup kalau kita tidak berbakti kepada orang lain kan. Usahakan sedaya upaya supaya hidup sentiasa menjadi orang yang bermanfaat buat diri dan masyarakat

Biar orang tidak mengenali kita di dunia sekalipun, tapi Dia sentiasa melihat setiap apa yang dikerjakan oleh kita

Apapun, sedikit sahaja pesanan hari ini. Dalam sibuknya kehidupan terdetik juga kadang-kadang, adakah semua ni kita lakukan untuk dunia semata? Berbaloikah apa yang dilakukan ini untuk mengejar redha - Nya?

Jangan risau sahabat, Allah Maha Melihat segalanya. Tajdid sahaja niat kita beramal, berkerja dan beraktiviti semuanya kerana Allah asalkan masih berada dalam landasan syar'ie in shaa Allah ada berkatnya

Lagipun apa semua yang terjadi dalam kehidupan ini adalah aturan-Nya dan percayalah ini yang terbaik buat diri kita

Tak kiralah, gerak hati kita atau tindakan kita pada akhirnya semua hanya pinjaman dari-Nya. Jadi usah risau bab rezeki dan sebagainya sahabat

Jika itu baik bagi kita, sudah tentu akan menjadi milik kita juga

Tak kisahlah rezeki dalam bentuk apa sekalipun, harta, pangkat, jawatan dan bahkan jodoh sekalipun kan

Jangan terlalu terbawa arus dunia ini

"Kita tak tau lagi, merasa nasi minyak sendiri dahulu atau cium bau tanah dahulu jadi usahlah melangit"

Berjalan di muka bumi ini dengan penuh tawadhu' tetapi tetap berpendirian berdasarkan syariat Islam

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk istiqomah upgrade diri dan jadi versi yang terbaik dari diri kita

Akhukum fillah, Wallahua'lam

@bicaradaie

Читать полностью…
Subscribe to a channel