KISAH SERAM / CERPEN BERCAKAP DENGAN JIN Karya TAMAR JALIS 🤲al fatihah kpd penulis Allahyarham dlm memori (13.9.1940 - 26.8.2018) Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Piah berusia 50-an & beliau sbg cucu
Dengan tidak bercakap apa-apa, adik saya terus ke bilik tidur.Terkejut benar dia apakala melihat katil tidur melintang di muka pintu bagai ditolak kuat hingga terasak.
Cepat-cepat adik saya meminta bantuan Japar Gonjeng dan Abang Simek membetulkan semula kedudukan katil. Setelah mereka tolak semula katil ke tengah, tiba-tiba sahaja katil tersebut bergerak perlahan bagaikan diinsut.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
"Saya tak cakap dengan siapa pun," jelas Japar Gonjeng perlahan mula diselubungi takut. "Manalah orang nak percaya, sekarang ni zaman moden, bukannya macam dulu," tersengih-sengih dia kerana bimbang dituduh mereka-reka cerita dongeng sahaja.
"Macam mana kalau kita tunggu dia menjelma?" lantas adik saya mendesaknya supaya lelaki itu tidak takut apa-apa.
"Entahlah," keluh Japar Gonjeng macam mahu mengelak kerana tidak mahu menempah bahaya. Apa perlunya dia mengendap rangka tulang seperti jerangkung itu semata-mata mahu membuktikan dia bercakap benar.
"Manalah tahu kita akan jumpa dia," semakin ghairah adik saya mahu sangat terserempak lembaga rangka manusia berjalan di tengah halaman rumah.
"Cikgu tak takut ke?" soal Japar Gonjeng perlahan.Memang dia menyedari adik saya sudah tiga bulan bertahan menyewa di situ. Masakan adik saya takut tidak menentu kalau bandingkan dengan orang yang pernah menyewa hanya bertahan takat dua atau tiga malam sahaja.
"Buat apa takut Abang Japar?" pujuk adik saya supaya Japar Gonjeng bersetuju mahu mengendap tatkala bulan tengah mengambang penuh. "Yang Maha Berkuasa hanya Allah," dia terus mendesak lelaki itu biar tunjukkan tempat di mana terserempak lembaga berkenaan.
Disebabkan adik saya tidak bimbang apa-apa, Japar Gonjeng juga bersetuju menunggu bulan mengambang penuh. Bukan Japar Gonjeng sahaja tergerak hati mahu mengendap bersama adik saya, malah Abang Simek juga sanggup.
Abang Simek juga mahu melihat sendiri apa sebenarnya berlaku ke atas rumah peninggalan arwah emaknya. Kalau benar rumah itu berhantu tentu membabitkan arwah emaknya juga. Tahu sangat Abang Simek emaknya tidak pernah amalkan apa-apa.
Harta peninggalan emaknya juga bukanlah pesaka yang di turunkan dari keluarga. Semenjak ayahnya meninggal dunia, tahu sangat Abang Simek kegigihan emaknya. Asal sahaja bangun tidur, emaknya tidak banyak memikirkan perkara lain. Dia akan terus ke pekan sehari berniaga sampai santak tengah hari.
Petang emaknya akan ke sawah tidak peduli apa-apa. Abang Simek dan adiknya Salbiah akan ikut sahaja emaknya ke mana pun sekiranya tidak bersekolah. Memang Abang Simek tahu emaknya tidak pernah amalkan apa-apa pun amalan.
“Kita cari tempat gelap,” bisik Abang Simek setelah mereka bertiga berkumpul di penjuru pagar.
“Isteri cikgu, macam mana?”bisik Japar Gonjeng terlangah-langah memerhati ke tengah halaman. Bimbang juga dia kalau isteri adik saya pula menjadi sasaran apabila mereka mengedap di penjuru pagar.
“Tak apalah,” ujar adik saya asal sahaja dapat mempastikan kejadian yang selama ini berlaku di situ. Dia sendiri tidak memberitahu apa-apa kepada isterinya, sekalipun Leha juga tahu mengenai kejadian yang belaku di rumah sewa berkenaan.
Sehingga jam dua belas tengah malam mereka bertiga terconggok di penjuru pagar dengan duduk beralaskan tin kosong, tidak ada apa-apa pun menjelma. Abang Simek jangka jelmaan lembaga seperti rangka manusia yang dikatakan oleh Japar Gonjeng itu sudah tidak lagi berkeliaran.Sebab itu adik saya boleh bertahan menyewa sejak tiga bulan dulu.
Tetapi Japar Gonjeng memang pernah terserempak, setelah adik saya menyewa di rumah berkenaan.Cepat-cepat dia melangkah meninggalkan rumah tersebut sewaktu melintas di hadapan pintu pagar. Meremang bulu roma Japar Gonjeng mahu mengendap setelah melihat lembaga rangka manusia itu terlompat-lompat di tengah halaman.
Mahu dituduh jerangkung, masakan dalam masa moden lembaga seperti itu menjelma lagi. Bimbang juga Japar Gonjeng mahu memberitahu adik saya, manalah tahu dia akan ditertawakan. Lagipun setiap kali balik dari surau apabila jalan beriringan, adik saya seolah-olah tidak percaya sangat dengan gangguan di rumah tersebut.
Lainlah beberapa tahun sebelumnya apabila keluarga Cina yang menyewa di situ mendapati katil tidurnya dialihkan ke luar pagar. Memang mereka tidak melihat apa-apa menjelma di hadapan mata. Tetapi apabila kenangkan katil tidur boleh dialih, mereka menyedari tidak perlu lagi menyewa rumah berkenaan.
#KoleksiTokAwangNgahBab171
KATIL DITOLAK HANTU JERANGKUNG
(Bab 171 bahagian 1)
TIDAK siapa pun berani menyewa rumah tersergam di pinggir bukit berhampiran kawasan perumahan itu, sekalipun sewanya lebih murah. Kalau ada pun orang menyewa rumah tersebut sekadar untuk tempoh dua tiga malam sahaja. Mereka akan berpindah dengan tidak memberitahu tuan rumah sebab-sebab mereka mengambil keputusan berpindah.
Biarlah mereka sudah bayar cengkeram dengan sewanya sebulan kepada tuan rumah. Tidak perlu mereka meminta balik wang tersebut disebabkan berpindah dengan tidak memberi sebab apa-apa.
Tetapi adik saya berkeras juga mahu menyewa di situ. Ketika menemui Abang Simek tuan punya rumah itu, dia sudah diingatkan fasal rumah berkenaan berhantu. Abang Simek sendiri tidak tahu bagaimana keadaan yang dialami penyewa sampai dikatakan rumah itu berhantu sejak beberapa lama.
Setiap kali Abang Simek masuk ke rumah peninggalan emaknya itu, tidak pula dia terserempak dengan keganjilan apa-apa. Kadangkala memang banyak sawang tersangkut disebabkan lama tidak bertunggu. Apabila dibersihkan semua sawang itu, rumah berkenaan nampak kemas juga.
"Cikgu duduk ajelah dulu," ujar Abang Simek tidak mahu menerima apa-apa bayaran daripada adik saya. "Banyak orang kata rumah ni berhantu, sebab itu takut saya nak sewakan," jelasnya disebabkan adik saya mendesak sangat mahu menyewa di situ.
"Abang Simek percayakan hantu?" tersengih-sengih adik saya mengusiknya. Memang dia sudah diberitahu oleh kawannya mengenai rumah sewa yang dikatakan berhantu itu sampai tidak siapa pun berani mahu menyewanya.
"Entahlah, saya tak pernah lagi jumpa hantu!" sahut Abang Simek bergurau. Dia sendiri tidak mahu adik saya akan menyalahkan dia kerana tidak mahu memberitahu mengenai kedudukan rumah tersebut.
Memang rumah peninggalan arwah emaknya itu besar mempunyai empat bilik tidur, ruang tamu yang luas dan ruang makan di dapur.Tetapi adik beradik Abang Simek tidak mahu tinggal di rumah itu.Malah adiknya Salbiah sudah beberapa kali mendesak supaya dijualkan sahaja.Apalagi setelah didirikan kawasan perumahan berhampiran rumah peninggalan arwah emaknya itu.
Biarlah siapa pun mendesak, Abang Simek tidak akan jualkan. Rumah itu terletak di pinggir bukit.Harganya lebih mahal dari rumah yang tersergam di kawasan perumahan. Dia tetap pertahankan rumah peninggalan itu kerana dibina daripada penat lelah arwah emaknya.
Hanya selepas beberapa tahun sebelum itu sahaja, tidak siapa lagi menyewa rumah berkenaan. Selepas keluarga Cina berpindah apabila menyewanya dua hari sahaja, sudah lebih lima tahun rumah berkenaan tidak diduduki orang. Terpaksalah Abang Simek menjaganya supaya rumah peninggalan emaknya tidak terbiar begitu sahaja.
Memang amanah arwah emaknya meminta dia jaga baik-baik rumah berkenaan. Sebab itu Abang Simek tidak tergamak mahu membelakangkan amanah arwah emaknya.
"Saya tak mahu ambil sewa, cikgu," ulangi Abang Simek apabila ditanyakan mengenai sewanya. "Cikgu duduk dulu, kalau selesa baru kita kira fasal sewa," tegasnya tidak berani mahu menetapkan sewa rumah tersebut.
"Kalau saya lari tengah malam?" semakin galak adik saya mengusiknya setelah melihat sendiri keadaan rumah batu yang tersergam besar itu.
"Ah, kalau dua hari duduk, cikgu lari takkan saya rugi," ketawa memanjang Abang Simek dengan usikan adik saya.
Bimbang juga dia sekiranya adik saya akan berpindah tergesa-gesa dalam tempoh hari, kalau dia mengambil cengkeram dan sewa sebulan. Keluarga Cina itu terpaksa berpindah setelah katil tidurnya tiba-tiba dialih ke tengah padang.
Hairan benar keluarga Cina itu kerana pintu bilik tidur terkunci rapat dari dalam. Kalau katilnya diangkat keluar bagaimana memindahkan kalau pintu bilik tidak dibuka. Masakan perbuatan manusia memindahkan katil besar dari bilik tidur ke tengah padang.
Asal sahaja penyakit yang mengganggu isterinya dapat dihindarkan memadailah.Kalau Sirah tidak terganggu dia juga tenang mahu membuat kerja di pejabat."Sudah tentu urusan kerjanya berjalan lancar sampai tidak tersekat-sekat pemberian tender.
Dia tidak boleh salahkan jabatan tidak memberi tender kalau kerjanya tidak berkesan. Selagi masalah penyakit yang mengganggu Sirah berterusan sampai bila pun urusannya di pejabat tidak tenteram. Biarlah dia bersusah payah mencari bomoh di mana-mana.
Tetapi selepas Busu Jemul tanamkan rumput sambau empat penjuru, gangguan semakin menjadi-jadi. Dalam kawasan pagar rumah tiba-tiba sahaja bangkai dua ekor kucing berwarna hitam tergolek. Jijik benar dia mahu membuangnya disebabkan bangkai itu sudah berulat hingga berbau busuk meloyakan.
Kalau tidak ditanamkan bangkai kucing itu busuknya menusuk-nusuk hidung. Terpaksa juga dia tanamkan di luar pagar sama ada terasa jijik meloyakan atau pun tidak. Dua hari selepas itu terkejut pula dia apabila bangun pagi, tujuh ekor bangkai katak berikat benang hitam bertabur di atas bumbung kereta.
Sirah juga keberah-berahan mendapati wang di dalam dompet hilang sebahagian. Siapa pula mahu mengambil wang keperluan pasar yang disimpan baik-baik di dalam almari.Kalau mahu dituduh anak-anak, mereka tidak pernah masuk ke biliknya.
Senjanya Sirah merasa kepalanya sakit berdenyut-denyut hingga tiba-tiba kulit tengkuk meruam-ruam.Apabila digaru ruam di tengkuk itu kulitnya menjadi merah sampai nampak kesan panau berbelak-belak. Malam itu juga dia mendesak suaminya balik ke kampung menemui Busu Jemul.
Tetapi Busu Jemul juga tidak sanggup dijemput ke rumah, di-sebabkan dua hari sebelum itu dia sendiri terpaksa ke hospital. Tiba-tiba sahaja geruh menimpa semasa menebas di kebunnya, apabila mata parang melipai ke beiakang lantas terbenam ke bawah belikat.
Sebaik dibawa oleh anaknya ke hospital, hampir sahaja Busu Jemul pitam, akibat mabuk darah. Memang banyak darah keluar disebabkan mata parang terbenam kuat.Terpaksa juga dia menanggung lapan belas penjahit disebabkan luka terbengah di belikat.
Busu Jemul sendiri mengakui gangguan yang merasuk mereka bukan calang-calang.Kalau Basir terlalai amalkan ayat-ayat al-Quran sepanjang masa, sudah tentu gangguan itu lebih mudah merasuk.
"Susah juga kalau banyak duit macam kamu," Ngah Ucup tersengih-sengih mengusik apa-bila kenangkan kejadian yang menimpa Busu Jemul sebaik sahaja pulihkan rumah Basir."Banyak duit ada orang dengki, lebih sikit orang dengki, pandai sikit orang dengki..." gerutunya tidak menentu mahu meluahkan rasa bencinya.
"Hanya syaitan saja buat begitu, bukannya manusia," sahut Basir menelan keluhan."Manusia yang biarkan diri dikuasai oleh syaitan!" lantas sahaja Ngah Ucup mengutuk.
Tetapi selepas Basir balik meninggalkan Sungai Besar malam itu, tidak ada lagi suami sepupunya itu hubungi dia. Kalau dikatakan pergi sendiri ke rumah Haji Sakari, tidak ada pula Junuh memberitahu.
Ngah Ucup pun tidak peduli sangat sama ada Basir datang ke rumahnya sebelum menemui Haji Sakari atau tidak. Biarlah Basir pergi sendiri kalau tidak memerlukan dia ikut bersama.Asalkan gangguan itu dapat di-hindarkan, cukuplah.
Lama dia memilih ikan di perahu bersama Junuh, memang Junuh juga mengakui Basir tidak datang menemui ayahnya lagi. Sama ada gangguan yang dialami-nya masih berterusan atau pun sudah pulih, sepatutnya Basir datang juga memberitahu.
"Ayah memang tak mahu cakap apa-apa, kalau Ngah Ucup tanya ustaz, boleh jadi dia akan beritahu," Junuh sengaja ingatkan Ngah Ucup sekiranya mahu mendesak sangat mengenai gangguan yang dialami oleh Basir.
"Tuan haji kata, ustaz tu lagi susah nak bercakap," sahut Ngah Ucup mencebek bibir.Kalau Haji Sakari yang sudah lama dikenali-nya mahu berahsia, masakan saya boleh didesak.
Tetapi Ngah Ucup tidak memahami kenapa Haji Sakari enggan memberitahu apa-apa. Bukanlah dia mahu berahsia sangat mengenai penyakit yang mengganggu Sirah suami isteri, tetapi bimbang akan dituduh memfitnah.
Sirah sekadar memberitahu dia tidak menyedari apa-apa semasa bingkas bangun.Sebaik sahaja saya naik ke rumah Sirah berasa tubuhnya seram sejuk tidak menentu. Serentak dengan itu dia mendengar sekeliling rumah bergema dengan ratib zikirullah hingga bergegar kuat.
Dia bingkas bangun mahu melarikan diri sebaik sahaja rumah bergoncang mahu runtuh. Sirah sekadar merasakan dia mahu selamatkan diri kerana bimbang rumah Haji Sakari akan runtuh tersembam ke bumi. Ketika ini dia melihat lembaga tiga beranak bertempiaran di tengah halaman disebabkan gema zikir yang berterusan.
Kepala Sirah menjadi pening disebabkan terasa berpusing-pusing. Puas dia menggamit suaminya Basir meminta tolong, tetapi siapa pun tidak mendengar suaranya. Lembaga tiga beranak itu cuba mendekati dia dengan terhuyung-hayang menyebabkan Sirah bertambah takut.
Cam sangat Sirah memang lelaki tiga beranak seperti orang India itu menggamitnya supaya turun ke tengah halaman.Berdebar juga hati Sirah apabila beberapa kali lembaga lelaki itu melayang mahu menerkam ke arahnya, tetapi dia nampak saya menguisnya dengan jari kelengkeng sahaja.
Ketika ini Sirah melihat tubuh saya terlalu besar hingga tapak tangan sahaja menyerkup bumbung rumah Haji Sakari. Ke mana sahaja bertahan tidak dapat melepaskan diri. Sirah sengaja berlindung di bawah serkup tangan saya apabila lembaga tiga beranak itu cuba mengajaknya segera meninggalkan rumah Haji Sakari.
"Cepat lari, Sirah!" laung lembaga India itu melambai tangan."Nanti awak mati ditimpa rumah," bersusah payah dia mahu menyusup masuk di celah tapak tangan saya yang menyerkup.
Sirah menggeleng kepala. Dia tidak bimbang gegaran rumah yang kuat hingga kepalanya berpusing-pusing pening.Tetapi lembaga tiga beranak itu lebih menakutkan dia.
Beberapa kali tangan mereka jatuh akibat gegaran kuat ditengah ratib zikirullah yang bergema, tetapi cepat-cepat di capainya semula.Tidak bertangguh mereka lekatkan semula tangan atau kaki yang tertanggal itu.
Dia dapat mengagak tentu lembaga tiga beranak itu jelmaan untuk memperdayakan. Kalau tidak masakan kaki atau tangan tertanggal habis, kemudian boleh dilekatkan semula. Kepalanya juga tertanggal daripada tengkuk hingga bergolek di tanah pun, mereka akan capai semula di lekatkan ke tengkuk.
“Ikut kami, Sirah,” lembaga perempuan pula menjerit-jerit marah disebabkan Sirah tidak berusaha melepaskan diri dari bawah serkup tangan saya, “Awak mati kena hempap rumah nanti,” katanya berpusing-pusing di tengah halaman mahu mendekati rumah Haji Sakari.
Apabila lembaga kanak-kanak itu melompat ke tangga rumah tiba-tiba sahaja tanah jerlus di situ.Dia terbumban jatuh hingga terkial-kial berpaut ke kaki tangga.Semakin berkeras mereka tiga beranak mahu menghampiri rumah semakin galak tanah jerlus memerangkap mereka di tengah tema zikirullah yang membingitkan telinga.
Sirah sendiri lemas seolah-oleh terkurung di bawah tapak tangan saya dengan gema zikrullah yang berterusan. Lama kelamaan dia menjadi lemah hingga jatuh terjelepoh tidak bertahan.
“Kalau macam tu, rumah kamu tu ada penunggu.”Ujar Ngah Ucup menuduh semasa mereka balik meninggalkan rumah Haji Sakari.
“Entahlah, dah panggil juga bomoh,” keluh Basir menjuihkan bibir apabila didesak oleh Sirah menjemput Busu Jemul pulihkan rumah
Sama ada percaya atau tidak, Basir terpaksa juga bersetuju dengan kemahuan isterinya. Gangguan yang dialami bukan takat Sirah sahaja mengidap sakit. Dia sendiri merasa gelisah asal sahaja balik ke rumah.
Apalah salahnya jemput Busu Jemul dari kampungnya pulihkan rumah.Manalah tahu tapak rumahnya memang ditunggu puaka sebelum rumah dibina di situ. Perkara percaya atau tidak bukan penting sangat pada Basir dalam saat dia mengalami sendiri keadaan tersebut.
Busu Jemul sudah tanamkan rumput sambau di empat penjuru rumah, dengan taburkan bertih di kelilingnya. Sudah berkali-kali Busu Jemul dipanggil orang pulihkan rumah, belum pernah dia gagal.Setiap kali ditanam rumput sambau empat penjuru sudah tentu gangguan puaka tidak dapat menceroboh.
Tersengih-sengih lelaki bertubuh lembu itu apabila diancam demikian. Dia tetap tercegat menghentak-hentak kaki tidak berganjak menghadang Haji Sakari. Masakan dia mahu berundur setelah menghadang jalan di simpang. Kalau mudah digertak tentu dia tidak akan menghadang Haji Sakari di situ.
Tetapi dia tidak berani mahu menyerbu apabila Haji Sakari meletakkan tangan ke dada sama seperti mula dirikan solat. Berdebar juga hati lelaki hodoh bertubuh lembu sewaktu melihat tubuh Haji Sakari dilingkari cahaya putih seperti sumbu pelita tengah menyala.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
"Memang aku tak boleh masuk lagi ke sini!" gerutu lembaga lelaki India itu berundur mencari tempat berlindung. Sebab itu semasa Basir datang menemuinya semula, Haji Sakari sekadar memberi jaminan akan mengulangi lagi membaca doa. Dia tidak mahu memberitahu apa-apa mengenai apa pun pengalamannya setelah bekalkan tujuh butir kemenyan kepada pasangan suami isteri itu.
Sebaik sahaja saya datang bersama Kadir Misai jejak kaki ke rumahnya, sengaja dia menyuruh saya membantu sama berdoa. Kalau saya tahu gangguan yang merasuk Sirah, memang saya tidak akan mencuba apa-apa selagi Haji Sakari tidak memulakan.
Disebabkan saya tidak tahu lantas sahaja air segelas yang dihulurkan kepada saya oleh Haji Sakari itu saya bacakan dengan al-Fatihah tujuh belas kali, surah al-Ikhlas tujuh belas kali dan Ayatul Kursi juga tujuh belas kali.
Saya sendiri tidak menyedari sangat bila masanya air di dalam gelas itu mengombak bagaikan tengah mendidih.Kemudian tiba-tiba sahaja merah seperti bercampur darah.Ketika ini Haji Sakari hanya tersenyum sahaja mengerling saya, sebaik sahaja Sirah bingkas bangun mahu menyepak gelas di bawah tangan saya.
Tetapi kejadian Sirah melompat garang di tengah rumahnya tidak menghairankan sangat pada Haji Sakari, kalau bandingkan dia dihadang di simpang jalan oleh lelaki tua bertubuh lembu. Memang sejak bertahun-tahun Haji Sakari mengajar pencak silat dengan membuka gelanggang di merata kampung, dia sudah mula ubatkan sesiapa sahaja memerlukan.
Kadangkala tengah memencak di gelanggang, muridnya sendiri minta urutkan kaki terkehel.Siapa lagi boleh diharapkan kalau Haji Sakari sendiri urutkan kaki.Sebab itu Haji Sakari memang belajar sampai di sempadan Siam fasal mengurut urat terkehel.
Tahu sangat dia apabila memencak tengah gelanggang memang ramai yang terkehel urat apabila tersalah langkah. Dia mesti mempelajari amalan mengurut urat terkehel sebelum membuka gelanggang di merata kampung. Tetapi orang-orang kampung tidak sekadar minta urutkan urat terkehel sahaja apabila terserempak Haji Sakari, bahkan minta ubatkan kalau mengidap sakit berminggu-minggu.
Puas disuruh oleh Haji Sakari ke hospital pun, mereka tetap harapkan orang tua itu doakan. Kadangkala sapukan minyak digaul dengan bawang merah pun mereka mengaku sembuh setelah didoakan oleh Haji Sakari.
Tetapi Haji Sakari tidak akan datang ke rumah kalau dijemput mengubati orang. Apalagi sebaik sahaja habis maghrib dia tidak akan terjongol di rumahnya. Sampaikan Hajah Saamah sendiri tidak tahu ke mana Haji Sakari menghilang. Hingga jam 12.00 malam baru dia jejak semula kaki di rumah.
Sekiranya didesak oleh Hajah Saamah dia sekadar memberitahu ke gelanggang silat mengajar anak-anak muda.Tetapi siapa pun tidak menemui dia kalau diturut ke gelanggang silat.
Tatkala turun ke tengah halaman selepas maghrib inilah tiba-tiba Haji Sakari merasakan simpang jalan di hadapannya dipenuhi rumpun buluh. Langkahnya terhenti setelah menyedari dia dihadang hingga tidak menemui jalan langsung.Memang dia sentiasa beringat asal sahaja turun melangkah dari rumah. Jangan cuba menguji tidak bersebab dalam saat dia sudah cukup bersedia. Setelah menekan ibu jari kakinya ke tanah, dia menarik nafas sekali, terus membacakan:
Walau-anna quranan suiyi-rat bihiljibalu auqutti'at bihil-ardh au-kullima bihilmau-ta bal-lillahil amrujami'an, ya syafi ya kafi ya mu'afi wabilhaqqi anzalnahu wabilhaqqi nazala.
Sekaligus rumpun buluh yang menebal di depannya layu tersembam ke bumi laksana rumput menerang tengah sawah diracun habis.Ketika inilah tersergam di depannya lelaki tua bermuka hodoh dengan tubuhnya lembu sambil mengotek-ngotek ekor.
"Kau jangan cuba nak sekat rezeki orang!" bentak lelaki tua bertubuh lembu itu mencemik muka. Marah sangat dia menatap muka Haji Sakari yang tidak berundur setapak pun di depan-nya.
"Aku tak berupaya nak sesekat rezeki sesiapa pun," sahut Haji Sakari mengejek lelaki tua bermuka hodoh itu. "Hanya Allah yang menentukan rezeki awak, bukannya aku," ujarnya sengaja mahu menyakiti hati lelaki tua berkenaan.
#KoleksiTokAwangNgahBab170
LELAKI HODOH TUBUHNYA LEMBU
(Bab 170 bahagian 1)
BIARLAH punca yang rnenyebabkan Sirah menanggung sakit berpanjangan itu dirahsiakan sampai bila-bila pun. Memang Haji Sakari tidak akan beritahu Sirah ataupun suaminya Basir kejadian yang menimpanya ketika menemui dia. Ngah Ucup juga tidak akan diberitahu sekalipun dia mendesak Junuh.
Memang Junuh juga tidak tahu apa-apa semasa Sirah tiba-tiba sahaja bingkas bangun mahu menyepak gelas di bawah tangan saya. Kalau Junuh tahu memang dia tidak akan dapat menyimpan rahsia. Bila-bila dia akan beritahu Ngah Ucup disebabkan mereka berdua memang sama-sama sering bertembung di bagan.
Tidak ada sebab Junuh mahu sembunyikan segala kemampuan ayahnya mengubati sesiapa sahaja patah tulang. Dia tidak bermaksud mahu berbangga apabila memberitahu mengenai ayahnya akan mengurut rotan di tengah malam secara makrifat. Junuh sekadar menjelaskan apa yang dia ketahui mengenai ayahnya.
Kalau orang lain menuduhnya sengaja mahu berbangga Junuh tidak peduli apa-apa. Biarlah mereka menuduh demikian, kerana sudah menjadi sifat manusia sering iri hati dengan kemampuan orang lain. Mudah sahaja mereka mahu aniaya orang lain sekiranya kelebihan mereka menjadi saingan.
“Memang aku tidak tahu,” jelas Junuh apabila didesak oleh Ngah Ucup tatkala bertembung di bagan memilih ikan di perahu.
“Tak pernah aku tengok, Sirah tiba-tiba saja bangun nak melawan," Ngah Ucup masih dibayangi oleh kejadian yang berlaku di tengah rumah Haji Sakari.
"Ah, yang melawan tu bukannya Sirah," lantas sahaja Junuh membuat tanggapan. Dia sendiri tidak memahami sangat bagaimana yang dialami oleh Sirah ketika itu. Mahu bertanya kepada ayahnya bimbang juga dia kalau dijerkah pula.
Takat mengagak Sirah diganggu rasukan memang Ngah Ucup pun tahu.Sudah berkali-kali dia membantu orang dirasuk pelesit sampai meracau-racau tidak menentu.Sama ada orang percaya ataupun tidak rasukan pelesit, Ngah Ucup tidak peduli.
Biarlah semua orang menuduhnya percayakan sangat perkara tahyol, Ngah Ucup tetap mengakui gangguan syaitan itu berterusan ke atas manusia. Kalau anak-anak muda seronok menonton cerita tv mengenai khayalan sains, kenapa pula perkara yang berlaku di dalam masyarakat dianggap tahyol.
Tidak mungkin wujud orang-orang kerdil seperti awang kenit dalam cerita orang putih di tv, tetapi kenapa tidak dianggap tahyol? Asal sahaja masyarakat Melayu merungut mengenai gangguan syaitan, cepat sahaja dituduh lekas percayakan tahyol seperti Ngah Ucup? Masakan Sirah berpura-pura tidak sedarkan diri tatkala melihat gelas air dipenuhi darah mendidih.
"Sebab itu ayah tak mahu cakap sangat perkara macam ni," tutur Junuh apabila kenangkan ayahnya berahsia sangat kalau diungkit mengenai penyakit yang dihidapi seperti Sirah.
Memang Haji Sakari tidak mahu sebut pun mengenai punca penyakitnya. Cukuplah dia doakan sahaja asalkan Sirah sembuh tidak diganggu rasukan yang merimaskan. Biarlah semua urusan Allah diserahkan kepadaNya dalam menentukan takdir makhluk. Siapa mahu mempercayai kalau dia memberitahu mengenai tujuh butir kemenyan yang dikirimkan kepada Sirah untuk dibawa balik. Bukan kemenyan semata-mata yang dibungkuskan supaya direndamkan ke air apabila balik ke rumah.
Kemenyan itu sekadar benda lahiriah yang dapat dilihat dengan pandangan mata. Tetapi dia sudah bekalkan zikir yang bergema untuk digenggam oleh Sirah ataupun Basir. Sewaktu kemenyan ditumbuk halus dibancuh bersama air setelah direndam tiga hari, Haji Sakari dapat merasakan zikirnya berterusan tidak henti-henti.
Sebaik sahaja air kemenyan itu dipercikkan sekeliling rumah, Haji Sakari bagaikan tercegat di sisi rumah Basir. Dia melihat rumah Basir kecil di bawah kangkangnya laksana kotak mancis tertegak.Ketika ini dia memerhatikan lembaga tiga beranak bagaikan orang India berkeliling mahu mencari ruang masuk.
"Kasi saya jalan nak masuk, haji," lembaga yang lelaki menyeru sambil mendongak memerhati Haji Sakari tercegat.
Hampir juga Dukun Manap tercampak jatuh ke tanah akibat dirempuh kuat. Tetapi dia berpaut pada jenang pintu menyebabkan badannya melayang laksana bendera berkibar di tiang. Terkejut juga Mat Jani kerana disangkanya bapa saudaranya sengaja lunjurkan kaki dengan menghayun badan di muka pintu.
Setelah diberi tahu oleh Dukun Manap dia seolah-olah dirempuh kerbau jantan, tidak bertangguh dia membantu. Lantas Dukun Manap ingatkan dia supaya berundur kerana perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata tidak sama dengan menghambat binatang liar tengah belukar.
Dia pun tahu fasal Mat Jani boleh cekak leher ular bisa mencodak kepala di mana-mana. Bukan takat ular mencodak kepala sahaja boleh dicekak leher oleh Mat Jani, memburu buaya di tengah lubuk sungai pun dia sanggup lakukan. Kadangkala merungut juga Ngah Sirah disebabkan suaminya buat kerja-kerja bahaya semata-mata mencari upah.
“Jauh kamu dari pintu`” perintah Dukun Manap menyuruh anak saudaranya berundur. Kemudian dia menahan nafas lantas membacakan:
Wa-imma yanza ghannaka minasy saitoni nazghun fas-ta’iz billahhi innahu sami’ul ‘alim.
Tiga kali diulanginya segera Dukun Manap menampar jenang pintu tiga kali. Sekali gus dia melompat semula ke tengah serambi lantas beristighfar beberapa kali. Ketika ini tiba-tiba sahaja Leha terkekeh-kekeh ketawa seolah-olah mengejek Dukun Manap.
Sebaik sahaja Dukun Manap masuk ke tengah rumah dia melihat Leha bersila rapat bagaikan menunggu dia. Apabila Dukun Manap perlahan-lahan duduk, tiba-tiba sahaja badan Leha terangkat hingga terapung-apung tiga kaki dari lantai.
“Apa pula bala ni?” gerutu Ngah Sirah terkejut melihat kejadian yang menggerunkan dia. Tetapi Leha terkekeh-kekeh ketawa dengan terkencing mencurah di lantai. Bertambah bingung Ngah Sirah menyebabkan dia menjerit tidak keruan. Puas dipujuk oleh jiran-jiran yang perempuan, tetapi Ngah Sirah bertambah galak menjerit-jerit bagai mahu melepaskan geram yang mendongkol di hati.
Setelah diberi tahu oleh jiran-jiran mengenai Cikgu Karib terpaksa menjengah emaknya Andak Miyah selepas mengubati Leha, memang Dukun Manap sudah dapat mengagak gangguan tersebut tidak peduli siapa. Asal sahaja cuba mengganggu akan diserbu tidak bertangguh.
Disebabkan jiran berkenaan memberi tahu Andak Miyah sudah beransur sihat setelah saya berkunjung ke situ, segera Dukun Manap mendesak Mat Jani mengajak saya menjengah Leha. Dalam keadaan terdesak juga Mat Jani tidak bertangguh ke rumah Andak Miyah. Dia berharap sangat Cikgu Karib memujuk saya mengikutnya jengah Leha ke rumah.
Sewaktu saya sampai di rumahnya bersama Cikgu Karib, keadaan Ngah Sirah masih belum reda. Dia menjerit-jerit tidak menentu memaki sesiapa sahaja yang terlintas pada fikirannya. Dalam masa yang sama Leha masih juga duduk terapung-apung dengan menumpu tangan ke kepala lutut.
Tersengih-sengih dia mengejek Dukun Manap yang tidak berganjak tersandar pada dinding. Dia menunduk dengan berzikir jauh bergema dalam sanubari dengan tidak pedulikan jerit pekik Ngah Sirah. Jiran-jiran juga cuba memujuk Ngah Sirah disebabkan suaranya juga sudah serak parau akibat menjerit-jerit tidak berkeputusan.
Sebaik sahaja saya duduk bersama Cikgu Karib, lantas Dukun Manap berjabat tangan. Dia bisikkan kepada saya meminta sama-sama berdoa dengannya menghadapi gangguan yang tidak diketahui dari mana puncanya. Saya mengangguk perlahan kemudian memberi isyarat kepadanya supaya mengawal Ngah Sirah sahaja.
Setelah Dukun Manap mendekati Ngah Sirah dia menudingkan jari telunjuknya ke muka terus membentak menyuruh Ngah Sirah duduk. Apabila Ngah Sirah cuba membantah Dukun Manap menghembus ke dahinya dengan membacakan al-Fatihah tujuh kali. Sekali gus Ngah Sirah terduduk dalam keadaan seluruh badannya menjadi lemah.
Apabila keadaan ngah Sirah mulai reda, saya kisarkan tapak tangan lantas mengusap-usap ke muka. Setelah saya bacakan:
Allahhu yatawaffal anfusa hina mautiha wallati lam-tamut fi-manamiha fayumsikullati qoda ‘alihal mau-ta wayursilul ukhro ila-ajalin musammam, inna fi-zalika la-ayatin liqaumim yatafakkarun,
#KoleksiTokAwangNgahBab169
LAWAN HARIMAU TERLANGGAR PANTANG
(Bab 169 bahagian 2)
Mereka sendiri melihat air di dalam jag yang di tunjukan oleh isteri orang besar. Air di dalam jag itu digunakan untuk minum. Apabila tinggal sedikit, cepat-cepat dituangkan oleh isteri orang besar air lain biar sentiasa penuh.
“Saya bersyukur kerana tuan telah selamatkan suami saya.” tutur isteri orang besar melahirkan rasa gembira yang melonjak-lonjak di hati.
“Awak ni dah tak percayakan Allah ke?” keras suara Haji Tulus macam tersinggung dengan ungkapan isteri orang besar yang semakin sihat di katil hospital. “Buat istighfar banyak-banyak, dan mengucap dua kalimah syahadat selalu!” tegasnya ingatkan mereka suami isteri jangan mengulangi kata-kata demikian.
Terkejut juga mereka berdua apabila Haji Tulus memarahi mereka apabila sebut fasal kunjungan Haji Tulus itu menyelamatkan orang besar. Kalau disebabkan Haji Tulus tidak menjelma nescaya orang besar akan dibawa ke England. Belum tahu lagi ketumbuhan di dalam perut orang besar boleh diselamatkan apabila dibedah. Sebab itu mereka percaya kunjungan Haji Tulus semata-mata mahu selamatkan orang besar yang terlantar sakit sejak berbulan-bulan.
Siapa lagi boleh diharapkan kalau hospital juga tidak memberi jaminan ketumbuhan dalam perut itu boleh diselamatkan. Masa perintah orang putih bukan semuanya lengkap di hospital kalau mengidap penyakit bahaya seperti dialami oleh orang besar.
Dia sendiri sudah tidak menyimpan apa-apa harapan lagi apabila kenangkan ketumbuhan dalam perut itu boleh mengancam nyawanya. Apalagi perjalanan membawanya ke England terpaksa memakan masa yang lama. Siapa lagi boleh di harapkan selain dia berdoa kepada Allah memohon perlindungan dan pertolongan.
Kalau tidak disebabkan terkejang di katil hospital memang orang besar sanggup bangun tengah malam solat tahajud. Dia bersedia cekang mata berturut-turut malam seperti disuruh oleh Lebai Mardah guru agama tempat dia bertanya.
Berkali-kali Lebai Mardah ingatkan dia supaya buat solat tahajud apabila berhadapan dengan kesukaran. Memang Lebai Mardah juga kagum dengan kesunggguhan orang besar membantunya dirikan madrasah. Bila-bila orang besar sanggup keluarkan duitnya sendiri kalau Lebai Mardah mahu mengajar agama. Minta sahaja berapa banyak pun wang yang diperlukan untuk dirikan madrasah, memang orang besar tidak membantah apa-apa.
Perkara membuka madrasah bukan untuk kepentingan Lebai Mardah sendiri. Masakan orang putih sanggup keluarkan duit beribu-ribu ringgit membantu mereka dirikan madrasah untuk anak-anak kampung belajar agama. Satu-satunya yang boleh diharapkan oleh Lebai Mardah memang orang besar yang sanggup keluarkan duitnya menghulurkan bantuan. Setelah orang besar terkejang sakit akibat ketumbuhan dalam perut, memang Lebai Mardah ingatkan dia supaya bangun tengah malam solat tahajud. Tetapi orang besar sudah tidak bertenaga mahu bangun tengah malam akibat penyakitnya bertambah teruk.
Dalam masa harapkan dirinya sembuh sedikit untuk bangun tengah malam solat tahajud inilah dia dikunjungi oleh jelmaan Haji Tulus di katil hospital. Sebab itu orang besar suami isteri memang tidak dapat lupakan pertolongan Haji Tulus.
“Kenapa tuan kata begitu?” hairan juga orang besar dengan pengakuan isterinya kerana mereka suami isteri terhutang budi kepada orang tua berkenaan.
“Allah yang menyelamatkan kamu, bukannya aku!” ujar Haji Tulus terus menghilang dalam cahaya samar-samar di bilik hospital.
Sebaik sahaja keluar dari hospital, orang besar bina semula kubur Haji Tulus dengan diturap batu marmar. Dia buat tahlil di masjid selepas berpuasa tiga hari berturut-turut.
Tahu sangat Dukun Manap kejadian yang pernah dialami oleh orang besar tersebut hingga terserempak Haji Tulus di bilik wad hospital. Siapa yang tidak tahu mengenai Haji Tulus di kampung tempat tinggal orang besar itu, sekali pun sudah bertahun-tahun meninggal dunia. Sampaikan kubur yang dibina oleh orang besar itu mereka kenali juga sebagai kubur Tuan Tulus.
Lainlah bapa saudaranya Dukun Manap memang diberi hak oleh ayahnya Itam Sibin supaya meneruskan amalan turun termurun. Sebab itu Dukun Manap sanggup menjadi dukun di dalam kampung. Tetapi Mat Jani tidak mahu mewarisi dukun arwah datuknya Itam Sibin. Biarlah bapa saudaranya Dukun Manap sahaja dikenali menjadi dukun sejak bertahun-tahun di kampungnya.
“Kita ubatkan Leha ni, jangan banyak soal jawab lagi,” desak Dukun Manap kerana memahami anak saudaraya tidak bercakap bohong mahu berdepan dengan apa pun puaka yang berani menjelma di depannya. Tetapi puaka yang menjelma macam lembaga tidak berkepala itu tidak sama dengan gangguan yang merasuk hingga menyebabkan Leha meracu-racau.
Apa lagi Leha tidak dapat menahan kencing yang berterusan sampai berhelai-helai kain terpaksa digantikan. Dia sendiri tidak sedar bagaimana kencingnya meleleh tidak henti-henti asal sahaja ditukar kain yang baru. Perkara gangguan syaitan yang merasuk Leha bukanya boleh dilihat macam nampak tunggu kayu tersergam tengah belukar. Siapa mahu percaya Leha di ganggu syaitan yang merasuknya hingga meracau-racau tidak menentu.
Sedangkan Haji Mewalid guru madrasahnya di Melaka pun orang macam tidak percaya tatkala digiring oleh orang putih naik ke kapal untuk dibawa ke Singapura. Marah sangat orang putih disebabkan Haji Mewalid berdakwah minta murid-muridnya kuatkan semangat. Apabila orang putih salah tafsiran maksudnya mereka tuduh Haji Mewalid mahu melawan.
Sebab itu Haji Mewalid perlu dibawa ke Singapura menemui pegawai tinggi mereka. Sewaktu Haji Mewalid dibawa naik ke kapal di kuala sungai tiba-tiba sahaja kapal tidak boleh bergerak setelah sauh diangkat. Enjin kapal dihidupkan pun tidak mampu membawa kapal bergerak meninggakan kuala sungai.
Tentu siapa pun tidak percaya mengenai kapal orang putih tidak boleh bergerak kerana niat salah mahu membawa Haji Mewalid. Memang mereka mahu larikan Haji Mewalid ke Singapura biar madrasahnya ditutup. Sengaja orang putih mahu takut-takutkan murid Haji Mewalid supaya tidak datang belajar agama di madrasahnya.
“Siapa pun tak percaya dengan kejadian Haji Mewalid,” ujar Dukun Manap apabila bandingkan kejadian yang menimpa Leha. Perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata masakan mudah mahu terangkan kepada sesiapa yang tidak memahaminya.
“Haji Mewalid tu orang alim, tak hairan apa-apa,” sahut Mat Jani perlahan menatap muka bapa saudaranya. Memang dia juga tahu mengenai kapal orang putih tidak bergerak di kuala sungai semasa mahu larikan Haji Mewalid ke Singapura.
“Semua itu dengan izin Allah,” jelas Dukun Manap kerana tidak ada satu perkara pun yang menghairankan kalau Allah izinkan berlaku.
Apa sangat dengan kejadian kapal tidak bergerak selagi Haji Mewalid terconggok di atas geladak, kalau bandingkan dengan Haji Tulus semasa hayatnya memang orang alim yang warak. Tetapi setelah bertahun-tahun Haji Tulus meninggal dunia, mereka sekadar mendengar cerita orang tua-tua sahaja mengenai doanya yang seringkali mereka harapkan.
Tidak pernah pun mereka menatap muka haji Tulus selain dari kuburnya tersergam tidak siapa pun mahu menjaga. Lagi pun kubur lama memang terbiar tidak ada waris keturunan yang mahu ambil peduli. Kalau musim hariraya mereka datang membersihkan kubur pun hanya ranggah rumput kuburan emak dan ayah sendiri sahaja.
Haji Tulus sudah beberapa keturunan mereka berlalu. Tidak perlu lagi ambil peduli disebabkan rasa kekeluargaan sudah menipis. Tetapi mereka bangga juga apabila disebut keturunan Haji Tulus guru agama yang disebut-sebut semasa hayatnya.
Hinggalah salah seorang orang besar di situ dibawa berubat ke hospital akibat terkejang lama menanggung kesakitan. Disebabkan masa perintah orang putih hospital juga tidak cukup kelengkapan mahu mengubati orang besar berkenaan. Memang keluarganya sanggup membawa berubat sampai ke England. Dalam masa bersiap-siap mahu membawa orang besar itu berubat ke England, dia melihat seorang tua berjubah putih menjengahnya tatkala tengah malam sepi. Lantas sahaja orang tua itu meminta isteri orang besar ambikan air satu jag.
#KoleksiTokAwangNgahBab169
LAWAN HARIMAU TERLANGGAR PANTANG
(Bab 169 bahagian 1)
DISEBABKAN ketakutan yang mengganggu tidak juga reda bimbang juga Mat Jani kalau keadaan anaknya Leha bertambah teruk. Mahu diharapkan Andak Miyah perempuan itu sendiri tidak sihat badan semenjak cuba jampikan Leha. Memang dia sendiri melihat Andak Miyah terbatuk-batuk hingga merah padam muka semasa membakar kemenyan mahu mengubati anak gadis kecil itu.
Setiap kali terbatuk memang Andak Miyah terasa seolah-olah ekor tumbuh memanjang di punggungnya. Berdebar juga hatinya apabila kenangkan kejadian yang menimpa Aki Kiman hingga bahagian punggung bertukar menjadi harimau tatkala terkejang mati di tengah rumah. Tetapi Andak Miyah tahu dia bukan keturunan Aki Kiman sekiranya mahu dituduh saka mengganggu dirinya.
Semenjak dia berbidan Andak Miyah mewarisi amalan emaknya dari keturunan Munah dan Oyang Jami. Tidak ada sangkut paut langsung dengan Aki Kiman yang berusaha meminta Munah musnahkan saka harimau cenaku yang menganggu hidupnya. Sebab itu Aki Kiman tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun berkahwin disebabkan persumpahan saka harimau cenaku itu.
Setelah Andak Miyah tidak jejak kaki ke rumahnya, terpaksa juga Mat Jani minta bapa saudaranya Dukun Manap tengokkan Leha yang tergagau-gagau ketakutan asal sahaja mahu melelapkan mata. Sejak berminggu-minggu Leha tidak boleh tidur akibat gangguan kelibat yang dilihatnya setiap kali mahu terlelap.
“Kamu takutkan apa?” Dukun Manap memujuk setelah keadaan Leha semakin mencemaskan.
Leha menggeleng-geleng dengan tidak bercakap sepatah pun. Matanya meliar sambil mengangguk-angguk kepala memerhati keliling. Sekali sekala dia akan melompat berlari berkeliling menjerit meminta tolong. Kalau tidak dibawa beristighfar memang mahu juga Mat Jani menampar muka anak kecil itu.
Tetapi Leha bukan sengaja mahu terjerit-jerit tidak menentu. Dirinya sudah dirasuk gangguan yang tidak boleh dilihat dengan pandangan biasa. Sekiranya dibawa ke hospital boleh jadi Leha akan disyaki mengidap suhu panas badan berlebihan menyebabkan dia meracau-racau laksana hilang ingatan. Mat Jani terpaksa menahan sabar setelah isterinya Ngah Sirah merungut salahkan dirinya yang menjadi punca Leha diganggu demikian.
Tentu Mat Jani tidak menyedari perbuatan balik jauh malam melalui kawasan estet itu memang banyak puaka di sepanjang hutan belukar. Manalah tahu puaka di kawasan bukit mengekori Mat Jani tatkala balik dari pekan kecil setelah bermain mahjong di kedai Ah Seng. Apabila melintasi kawasan bukit melalui lorong estet itu tidak bertangguh puaka berkenaan menumpang sama.
Masakan puaka berkenaan berani ganggu Mat Jani disebabkan suaminya berkawan dengan orang-orang Cina di pekan kecil. Sebab itu puaka itu merasuk Leha setelah mengekori Mat Jani sampai di rumah.
“Fasal awak balik jauh-jauh malam!” lantas sahaja Ngah Sirah menuduh Mat Jani yang menjadi punca Leha diganggu puaka.
“Jangan percaya perkara karut macam tu,” segera Mat Jani ingatkan isterinya supaya tidak ikutkan sangat perasaan.
“Puaka ni keras. Sebab itu Andak Miyah tak terlawan,” jelas Ngah Sirah tidak berpuas hati dengan sikap suaminya mahu berdalih.
“Kalau puaka, biar aku yang lawan!” marah benar Mat Jani fasal Ngah Sirah masih juga ungkit mengenai dia selalu balik jauh-jauh malam.
“Memang awak tu takbur,” Ngah Sirah menyindir bercampur bimbang juga kalau-kalau suaminya akan menyerbu bukit di lorong estet.
Tahu sangat dia sudah beberapa kali orang kampung terserempak lembaga tidak berkepala berjalan di lorong estet berbukit sedikit itu. Kadangkala mereka nampak banyak sangat lembaga tidak berkepala itu mengerang-erang meminta pertolongan.
Tidak siapa pun berani menolongnya apabila terserempak lembaga tidak berkepala berkeliaran di jalan berbukit itu. Tetapi kalau menunggang basikal mereka terpaksa juga turun apabila melalui jalan berbukit yang mendaki. Ketika inilah lembaga tidak berkepala itu membonceng di belakang basikal mengerang-erang meminta bantuan.
“Andak dengar apa yang ustaz baca,” ujarnya melirik senyum mengerling saya, “Tapi, Andak tak dapat kawal perasaan,” dia merasa hairan kerana mengalami kejadian demikian.
Dia bukanlah pengsan hingga tidak sedar diri langsung. Tatkala saya bacakan doa memang Andak Miyah tahu apa sahaja berlaku, Cuma dia tidak dapat mengawal perasaan. Berulang kali dia menahan sebak di dada supaya tidak menangis tersengguk-sengguk, namun semakin galak pula dia mengongoi panjang.
Sebab itulah Cikgu Karib desak juga saya ikut dia jengah emaknya selepas habis bertugas tengah hari. Andak Miyah sendiri berharap sangat saya datang kerumahnya, di sebabkan semenjak saya datang menjengah sakit kepalanya tidak mengganggu lagi. Demam yang datang hingga terasa seram sejuk asal sahaja senja masuk waktu juga tidak lagi terasa.
Saya terpaksa penuhi juga ajakan Cikgu Karib disebabkan masa terluang memang ada. Apalah salahnya jengah Andak Miyah setelah dia berasa pulih dari sakit yang mengganggunya. Tetapi sewaktu saya sampai bersama Cikgu Karib dia tiba-tiba merungut-rungut tatkala kami melangkah masuk. Hidangan tengah hari yang disediakannya juga tidak sempat di jamah, apabila Andak Miyah lantas sahaja menjerkah saya.
Terkejut Cikgu Karib dengan sikap emaknya yang berubah menjadi bengis sebaik sahaja saya jejak kaki ke atas rumah. Marah benar Andak Miyah melihat saya tercegat di belakang Cikgu Karib.
“Kenapa kau bawa ustaz ni, Karib?” jerkah Andak Miyah bercekak pinggang merenung tepat ke muka Cikgu karib.
“Bukankah emak yang suruh dia datang?” pujuk Cikgu Karib bimbang saya tersinggung dengan sikap emaknya itu.
“Aku tak suruh dia datang, kamu yang memandai-mandai!” jerit Andak Miyah mahu menerkam kearah saya, Tetapi dia teragak-agak disebabkan Cikgu karib berdiri di hadapan saya.
“Kenapa mak marah-marah ni?” serba salah Cikgu Karib dengan perubahan emaknya tiba-tiba.
Tetapi segera saya bisikkan pada Cikgu Karib ketika itu bukannya Andak Miyah yang merungut-rungut marah. Terpaksa kami berdua tidak sempat menjamah hidangan tengah hari yang disediakan oleh Andak Miyah, setelah gangguan yang merasuk dirinya mula melawan. Memang ketika mula-mula saya datang menjengah gangguan yang merasuk itu bersembunyi di sebalik tangisan Andak Miyah yang tersengguk-sengguk.
Ketika itu memang dia sudah menderita terseksa apabila dibacakan ayat-ayat dari al-Quran. Setelah menyedari saya akan membacakan lagi ayat-ayat Allah, sebab itulah gangguan yang merasuk itu lantas melawan.
Apabila saya mahu mendekati Andak Miyah tidak bertangguh dia menerkam. Belum pun sempat dia menghampiri saya sekali gus dia terpelanting jatuh bergolek di lantai. Bertambah marah dia disebabkan jatuh seolah-olah ditolak kuat.
“Ilmu apa yang awak pakai ni?” gerutu Andak Miyah menukar suara menjadi serak parau bagaikan lelaki tua terketar-ketar.
Saya tidak menyahut apa-apa kerana tidak perlu melayani gangguan yang merasuk Andak Miyah itu. Tidak bertangguh saya bacakan:
Wala tad’u ma’aAllahhi ilahan akholra la-ilaha illa huwa kullu syai-in halikun illa waj-hahu lahul hukmu wa-ilaihi turja’un.
Apabila saya genggam tangan dan menggoncang-goncangnya beberapa kali saya melihat tubuh Andak Miyah ikut bergoncang sama. Dia terjerit-jerit meminta saya hentikan sahaja menggoncang tangan. Tetapi saya tidak perlu mendengar apa pun permintaannya kerana gangguan syaitan tidak boleh dilayani kemahuannya.
“Kenapa ganggu aku?” gerutu Andak Miyah menggertap bibir menahan rasa geram di hati.
“Ganggu apa pula!” sahut Cikgu Karib sudah memahami apa sebernya yang menimpa emaknya ketika itu.
“Ustaz nak halau aku dari sini!” Andak Miyah mencebek bibir meluahkan perasaan yang mendongkol.
“Tidak, ustaz tak halau sesiapa,” Cikgu Karib memujuk emaknya supaya bertenang.
“Kamu apa tahu, ustaz ni biadap!” bertambah marah Andak Miyah setelah Cikgu Karib cuba melayaninya.
Dalam masa Cikgu Karib cuba memujuk emaknya saya teruskan juga membaca:
#KoleksiTokAwangNgahBab168
SEBAHAGIAN BADAN JADI HARIMAU
(Bab 168 bahagian 2)
Apabila Tok Biran menyerbu ke rumah Aki Kiman, dia terkejut melihat orang tua itu terkuap-kuap membuka pintu. Hairan juga Aki Kiman apabila diberi tahu oleh Tok Biran mengenai harimau cenaku tergolek di atas rumahnya. Apa lagi diberi tahu mengenai Munah dan Simat tidak ada di mana-mana.
“Bukankah kamu yang datang beri tahu aku, tak payah jengah anak-anak kamu?” ujar Aki Kiman memberi tahu Tok Biran sendiri datang ke rumahnya tatkala dia bersiap-siap mahu menjengah Munah dan Simat.
“Sepanjang malam aku di rumah ayah,” jelas Tok Biran di sebabkan dia tidak berganjak duduk di sisi ayahnya tengah nazak.
“Hah, kita kena perdaya,” sahut Aki Kiman terus mengajak Tok Biran segera balik ke rumah.
Memang dia melihat sendiri Tok Biran tercegat di tengah halaman beritahu mahu membawa anak-anaknya menjengah ayahnya tengah tenat. Aki Kiman tidak perlu lagi temankan kanak-kanak tersebut. Tidak bertangguh Aki Kiman terus sahaja masuk tidur setelah dua kanak-kanak itu megikut ayahnya.
Sebaik sahaja sampai di rumah Tok Biran terkejut juga Aki Kiman melihat lelaki tergolek itu menyerupai dirinya sekali pun bahagian punggung nya sudah bertukar menjadi harimau. Aki Kiman dapat mengagak tentu harimau cenaku itu telah memperdayakan mereka seisi kampung.
Dalam masa cemas dengan kehilangan Munah dan Simat inilah kanak-kanak dua beradik itu terjaga. Cepat-cepat mereka turun dari peran memberi tahu kejadian yang menimpa mereka. Menghela nafas panjang Aki Kiman apabila kenang kanak-kanak dua beradik itu hampir menjadi mangsa harimau cenaku.
“Kalau Munah tak ingatkan pesan orang tua-tua, tentu dia binasa,” keluh Aki Kiman beristighfar beberapa kali. Mujur juga Munah ingatkan pesanan dia supaya tidak mudah percayakan tetamu yang datang berkunjung tatkala senja samar-samar.
Tahu sangat Aki Kiman jelmaan harimau cenaku yng menyerupai dirinya itu memang sudah bertahun-tahun mencari mangsa. Sebab itu dia ingatkanh Munah supaya tidak terpedaya sekiranya terserempak dirinya berkunjung ke rumah tatkala sanja samar-samar. Sudah lama dia mahu menghalang jelmaan harimau cenaku itu, tetapi bukan mudah mahu ditewaskan.
Kalau tidak kenang jelmaan itu memang keturunannya bila-bila Aki Kiman akan buka rahsia tersebut kepada orang-orang kampung. Cuma satu-satunya yang boleh musnahkan jelmaan itu anak kecil seperti Munah. Masakan anak kecil seperti Munah boleh diharapkan membunuhnya kalau diberi tahu berterus terang.
Tidak lama selepas harimau cenaku ditemui mati tergolek di rumah Tok Biran itulah mereka dikejutkan dengan kematian Aki Kiman. Seluruh badannya calar balar bagaikan dicakar harimau liar. Memang bahagian punggung Aki Kiman juga sudah bertukar menjadi harimau dengan ekor menjulur panjang.
Sebab itu Andak Miyah pantangkan jiran-jirannya supaya tidak melaung anak-anak dari jendela dengan menjengah muka tatkala senja masuk waktu. Sejak turun termurun dari Onyang Jami lagi dia sudah diingatkan mengenai pantang larang tersebut, kerana tatkala senja syaitan berkeliaran mencari mangsa.
Tetapi semenjak dimarahi Andak Miyah itu memang Ngah Sirah tidak berani lagi menjengah di tingkap asal sahaja senja menjelang. Kalau terdengar suaminya Mat Jani menongkat basikal di bawah rumah pun dia tidak akan jengah. Biarlah Mat Jani terjongol sendiri di muka pintu naik ke rumah.
Seminggu selepas itu anaknya Leha pula seringkali mengigau tatkala nyenyak tidur tengah malam. Kadangkala Leha akan berjalan ke dinding terkial-kial mahu memanjat. Terpaksa pula Mat Jani menepuk-nepuk pipi anak kecil itu biar dia segera sedar.
Kadangkala Leha akan terkencing di tempat tidur akibat ketakutan semasa mengigau. Apabila ditanya oleh Mat Jani memang Leha mengaku dia bermimpi lelaki tua menyerbu masuk ke dalam rumah. Bahagian punggungnya sudah bertukar menjadi harimau dengan ekor terjulur panjang.
Simat mesti pegang kuluh-kukuh sampai dia memberi isyarat dari atas rumah.
Setelah adiknya turun ke tanah, Munah segera mencapai antan pengemping di celah gelegar di bawa naik ke atas. Hairan juga Aki Kiman melihat Munah membawa antan pengemping ke depannya.
“Nak buat apa antan pengemping ni?” Aki Kiman seolah-olah gementar merenung antan pengemping di tangan Munah.
“Kalau pelanduk melompat kita pukul, boleh buat lauk,” ujar Munah menunggu isyarat daripada adiknya di bawah rumah.
Memang Simat melihat sendiri ekor harimau terjuntai dari atas lantai menjulur pada tiang tengah. Dalam keadaan gementar itu di terpaksa juga mematuhi perintah kakaknya melilitkan perlahan-lahan ekor yang terjuntai itu ke tiang. Dia akan pegang kuat-kuat biar harimau yang tercangkung diatas rumah tidak dapat berkuat.
Simat percaya dengan bisikan kakaknya Aki Kiman yang tersandar di tiang tengah jelmaan harimau cenaku. Beberapa kali Munah melihat orang tua itu meneran kuat di pangkal tiang seolah-oleh tengah buang air besar. Sewaktu dia meneran Munah melihat mukanya merah padam bagaikan terasa sakit yang menyenak.
Sebab itu dia percaya bukan Aki Kiman yang terconggok di depannya. Kalau Aki Kiman tentu sirih yang dihulurkan di jamahnya. Ketika ini Munah tetap ingatkan petua yang selalu dibisikkan oleh Aki Kiman kepadanya kalau melihat jelmaan dia di mana-mana.
Sebaik sahaja melihat jelmaan Aki Kiman itulah dia hulurkan tepak sirih dengan lekatkan kunyit pada mata kacip. Setelah Aki Kiman tidak menjamah sirih berkenaan Munah sudah dapat menangkap orang tua di hadapannya bukan Aki Kiman. Masakan Aki Kiman tidak menjamah sirih sedangkan orang tua akan memintanya sediakan sirih kalau jejak kaki ke rumahnya.
Apabila lelaki itu meneran kuat sampai mukanya merah padam. Munah juga dapat bayangkan bagaimana Aki Kiman ingatkan dia mengenai harimau cenaku meneran ekor. Asal sahaja naik ke rumah harimau cenaku akan duduk di tiang tengah mencari lubang supaya mudah hulurkan ekornya ke bawah.
Sebab itulah Aki Kiman suruh lekatkan kunyit pada mata kacip, biar harimau cenaku sukar meneran ekor. Selagi ekornya tidak dapat diteran memang tubuhnya tidak akan bertukar menjadi harimau. Setelah ekornya diteran panjang baru dia boleh tercangkung mahu menerkam mangsa.
Simat yang sudah diberi tahu oleh kakaknya juga membelit ekor terjuntai itu kuat-kuat ke tiang. Dia memegang kuat supaya ekor itu tidak terlucut setelah dibelit kukuh. Apabila mendapati ekor harimau cenaku yang terjuntai sudah tidak dapat digerakkan, lantas Simat memberi isyarat kepada kakaknya dengan berbatuk-batuk tiga kali.
Ketika ini tidak bertangguh Munah memukul kepala lelaki di depannya dengan antan pengemping. Jelmaan Aki Kiman di tiang tengah cuba meronta tetapi ekornya yang terjuntai ke bawah rumah sudah terbelit kuluh pada tiang. Dia tidak dapat berkuat lagi apabila antan pengemping berulang kali singgah di kepalanya.
“Ah, kau nak bunuh aku ke, Munah?” jerit lelaki tua yang menjelma macam Aki Kiman itu.
“Memang aku nak bunuh, sebab kau bukan Aki Kiman!” sahut Munah lantas memberi isyarat kepada adiknya dibawah rumah supaya tidak lepaskan belitan ekor harimau cenaku pada tiang.
Ketika ini harimau cenaku itu mengaum dengan mengangakan mulut mahu menakutkan Munah. Tetapi kanak-kanak itu semakin galak memukul dengan antan pengemping. Pukulan yang bertalu-talu itu menyebabkan kepala harimau cenaku itu memercik darah.
Hampir setengah jam dia memukul kepala lelaki berkenaan barulah tubuh lelaki itu menjadi lembik hingga terguling ke lantai. Setelah yakin jelmaan Aki Kiman itu tidak bernyawa lagi segera Munah memanggil adiknya naik ke rumah. Mereka berdua naik ke atas peran rumah bersembunyi di dalam gulung tikar, kerana bimbang jelmaan Aki Kiman itu akan bingkas bangun semula mahu membalas dendam.
Kalau mahu dikatakan keluarga Cina itu berbohong, bagaimana pula dengan keluarga India yang menyewa sebelum itu?' Katilnya tiba-tiba sahaja dialihkan ke atas bumbung rumah. Siapa pula yang alihkan katil tidurnya kalau pintu bilik terkunci rapat dari dalam?
Tetapi semenjak tiga bulan adik saya meyewa rumah berkenaan, dia tidak diganggu apa-apa. Disebabkan sehingga jam dua belas tengah malam, jelmaan rangka manusia tidak juga muncul, Japar Gonjeng mahu balik sahaja ke rumah. Sia-sia sahaja mereka menunggu sampai ke pagi sekiranya jelmaan itu tidak menjengah muka.
Tahu sangat Japar Gonjeng memang tatkala tengah malam demikian jelmaan rangka manusia itu terlompat-lompat di tengah halaman. Memang dia syak betul-betul tentu hantu jerangkung yang mengganggu penyewa penyewa rumah peninggalan arwah emak Abang Simek.
"Masa sekarang mana ada lagi hantu jerangkung, abang Japar?" adik saya memang tidak percaya sangat dengan cerita-ceirta yang dianggapnya khayalan sahaja.
"Entahlah, cikgu!" keluh Japar Gonjeng sukar mahu menjelaskan. Macam mana dia mahu memberitahu mengenai jelmaan jerangkung itu terlompat-lompat di tengah halaman, kalau lembaga itu tidak menjelma sewaktu mereka bertiga mengendap di penjuru pagar.
Setiap kali terserempak cuma dia seorang sahaja yang terconggok di luar pagar.Lainlah kalau Abang Simek sama melintas di hadapan rumah. Tentu Abang Simek juga boleh sahkan mereka sama-sama melihat jelmaan tersebut.
Sewaktu mereka bertiga mahu bersurai, langkah Abang Simek terhenti apakala melihat pintu pagar terbuka sendiri.Japar Gonjeng juga terkejut menyebabkan dia terpaksa menarik lengan baju Abang Simek.
"Ditiup angin tu, abang Simek," lantas adik saya mengagak sekalipun angin tidaklah bertiup kencang.
"Tunggu dulu," bisik Abang Simek mengajak berundur ke belakang dahulu setelah melihat beberapa kali pintu pagar dibuka katup."Kalau ditiup angin, kita pastikan dulu betul atau tidaknya!" dia mula menghela nafas yang bergetar menahan rasa geram di hati.Kenapa rumah peninggalan arwah emaknya pula menjadi sasaran?
Adik saya tidak membantah.Dia ikut berundur dulu ke penjuru pagar terlindung di tempat gelap. Tetapi pintu pagar terkatup terbuka itu hanya beberapa kali sahaja. Bagaimana pula pintu pagar itu boleh terbuka terkatup, disebabkan sudah dikunci oleh adik saya?
"Cikgu kunci tak pagar tu?" soal Japar Gonjeng mencuit bahu adik saya.
"Rasanya dah saya kunci," jelas adik saya kehairanan.Memang dia sudah mengunci pintu pagar. Tetapi kenapa pintu pagarnya boleh terbuka terkatup kalau ditiup angin?
Setelah mereka menunggu beberapa minit, tidak ada apa-apa pun yang berlaku selepas itu.Sewaktu mereka menerpa ke pintu pagar, memang kuncinya tidak terbuka pun.
"Sudah sah sekarang, memang rumah ni berhantu!" keluh Abang Simek menggertap bibir.
Marah benar dia disebabkan rumah peninggalan emaknya diganggu demikian. Tetapi dia tetap berkeras mengakui emaknya tidak menjelma menjadi hantu jerangkung untuk mengganggu orang yang menyewa di rumahnya. Tahu sangat Abang Simek emaknya tidak amalkan apa-apa amalan pun semasa hayatnya.
Menjelma jadi hantu hanya golongan yang dilaknati Allah sahaja. Tahu sangat Abang Simek emaknya tidak pernah amalkan ajaran yang terkutuk.Sampai arwah emaknya ke Mekah tunaikan fardu haji pun memang duit titik peluhnya sendiri.
Sebab itulah apabila diberitahu mengenai gangguan di rumah peninggalan itu adiknya Salbiah minta jualkan sahaja harta peninggalan arwah emak-nya. Salbiah juga percaya emaknya tidak amalkan apa-apa amalan yang tidak diridhai Allah.
Sewaktu mereka masih terpinga-pinga dengan kejadian pintu pagar yang terkunci boleh terbuka terkatup itu, Leha memanggil adik saya. Cemas dia berdiri di pintu melambai tangan menyuruhnya segera masuk. Tidak bertangguh adik saya mengajak Abang Simek dan Japar Gonjeng ikut sama masuk ke rumah.
"Kenapa Cikgu Leha?" tutur Abang Simek sebaik sahaja mereka sampai di muka pintu.
"Katil saya berjalan," beritahu Leha masih keberah-berahan menahan rasa takut.
"Berjalan macam mana pula tu?" hairan juga Japar Gonjeng apabila diberitahu demikian.
Abang Simek sendiri melihat katil tidur keluarga Cina di tengah padang di luar pagar. Pintu pagar juga terkunci dengan tidak tersentuh sedikit pun. Nasib keluarga Cina itu lebih baik kalau bandingkan keluarga India yang menyewa sebelumnya, apabila katilnya dipindahkan ke atas bumbung rumah.
Terjerit-jerit India itu suami isteri memanggil Abang Simek. Ketika menjengah di tingkap memang terkejut juga Abang Simek memerhati ke bumbung rumah peninggalan emaknya. Bagaimana keluarga India itu boleh pindahkan katil ke atas bumbung atap.
"Macam mana awak boleh naik atas bumbung?" Abang Simek macam tidak percaya dengan kejadian yang menimpa keluarga India berkenaan. "Saya pun tak tahu, abang Simek," keluh lelaki India itu menggeleng kepala.
"Ada orang angkat ke?" semakin hairan Abang Simek setelah membantu menurunkan katil dari atas bumbung. Terpaksa bumbung pula dibuka dahulu untuk menurunkan katil berkenaan.
"Saya mimpi macam ini katil terbang," jelas isteri India itu apabila kenangkan mimpinya. Dia sendiri tidak menyangka katil tersebut naik ke atas bumbung kalau takat bermimpi terbang ke udara. Tidak ada ruang di mana pun katil berkenaan boleh bolos di mana-mana.
Sudah berkali-kali kejadian tersebut berlaku, tidak pernah pula Abang Simek bermimpi perkara-perkara ganjil. Tidak tahu di mana silapnya dia sampai rumah peninggalan arwah emaknya itu diganggu demikian.
Semenjak kejadian tersebut berulang-ulang memang tidak berani lagi orang mahu menyewa.Kalau ada orang mahu menyewa, Abang Simek berterus terang memberitahu mengenai pengalaman penyewa-penyewa sebelumnya.
Disebabkan adik saya berkeras mahu menyewa sekalipun sudah diberitahu sebab-sebab orang takut menyewanya, Abang Simek tidak melarang apa-apa. Sebab itu dia tidak mahu tetapkan sewanya. Biarlah adik saya duduk di-situ dulu.
Sampai tiga bulan adik saya menyewa di rumah berkenaan, Abang Simek masih juga tidak mahu mengambil sewanya. Pagi-pagi apabila membuka jendela rumahnya, dia menjengah juga ke rumah sewa adik saya. Tidak ada pula kejadian ganjil menimpa keluarga adik saya se-menjak mereka berpindah ke situ.
"Cikgu tak ada terserempak apa-apa ke?” sengaja Abang Simek bertanya sewaktu berbual di tepi pagar.
"Terserempak apa pula?" tersengih-sengih adik saya kerana dapat menduga apa sebenarnya yang tersirat di hati Abang Simek.
"Orang kata rumah ni berhantu," lantas sahaja Abang Simek ingatkan adik saya dengan kejadian yang menimpa penyewa-penyewa sebelum itu.
"Nampaknya, tak mahu pula hantu-hantu tu ganggu saya," ujar adik saya masih juga mahu bergurau.
Jiran-jiran Abang Simek juga hairan kerana adik saya tidak mengalami apa-apa gangguan semenjak menyewa rumah berkenaan. Katil tidur tidak pernah dialihkan ke luar rumah.
Memang Abang Simek tidak tetapkan sewa rumah berkenaan, tetapi adik saya bayar juga sama seperti penyewa sebelumnya. Sekalipun berat hati Abang Simek mahu menerima, namun dia bersyukur juga kerana tidak ada lagi gangguan berlaku ke atas penyewanya.
Semenjak adik saya menyewa di rumah arwah emak Abang Simek tidak ramai jiran-jiran datang berkunjung. Kadangkala sengaja dia duduk ditembok tepi pagar tatkala petang selepas asar, tetapi siapa pun tidak singgah di situ berbual-bual.
Hanya balik dari surau di kawasan perumahan itu sahaja dia sempat berbual-bual dengan Japar Gonjeng. Apabila disebut mengenai rumah yang disewa, Japar Gonjeng juga enggan memberitahu apa-apa. Manalah tahu adik saya tidak akan percaya dengan penjelasannya.
Setelah beberapa kali mereka balik sama-sama dari surau, barulah Japar Gonjeng menerangkan fasal dia pernah terserempak tulang rangka manusia berjalan-jalan keliling rumah. Sampai seminggu Japar Gonjeng demam seram-seram sejuk akibat terkejut melihat tulang rangka manusia merayau-rayau di halaman rumah tatkala malam tengah bulan mengambang penuh.
"Dah dua kali saya nampak, cikgu," ujar Japar Gonjeng hingga terasa bulu roma meremang.
"Abang Japar tak beritahu sesiapa?" soal adik saya mahu mempastikan.
Biarlah semua berlalu begitu sahaja, asal sahaja Basir suami isteri tidak lagi mengalami gangguan.
Tamat bab 170.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Tetapi semakin dipulihkan oleh Busu Jemul bertambah teruk gangguan yang dialami oleh mereka sekeluarga. Sakit tengkuk Sirah bertambah merimaskan hingga kulit badannya ditumbuhi panau.Kadangkala tumbuh ruam berbintat-bintat beberapa hari.
"Dah puas juga berubat," jelas Sirah memberitahu Ngah Ucup selanjutnya.
"Jadi, kamu nampak tadi lembaga tu macam orang India?"Ngah Ucup mencebek bibir cuba mengagak gangguan yang merasuk sepupunya selama ini.
"Nampak macam dalam mimpi aje," ujar Sirah berkerut dahi ingatkan kejadian yang menimpa dirinya semasa di rumah Haji Sakari.
"Memanglah nampak macam tu," sahut Ngah Ucup terangguk-angguk.Dia sudah dapat menuduh gangguan tersebut apabila diberitahu mengenai lembaga menyerupai orang India itu."Boleh jadi kamu dianiaya orang dengan menggunakan hantu raya," lantas sahaja dia menggenggam penumbuk meninju angin.
"Hantu raya?" berdebar juga hati Basir dengan penjelasan Ngah Ucup itu.
Memang dia pernah mendengar gangguan hantu raya yang merasuk mangsa. Tetapi Basir tidak tahu bagaimana hantu raya itu merasuk atau menjelma di depan mata. Sebab itulah dia sekadar menganggap cerita demikian sebagai tahyol semata-mata.
"Tentu dia gunakan hantu raya untuk aniaya kamu!"Ngah Ucup terus menuduh.
Tahu sangat dia kalau mimpi bertemu orang India, memang jelmaan hantu raya. Masakan Sirah lupa dengan petua arwah datuk mereka mengenai alamat yang boleh dicamkan dalam mimpi.
Datuk mereka Aki Timin pernah ingatkan petua mengenai mimpi yang memberi alamat sekiranya dianiaya orang. Kalau bermimpi didatangi orang India memang dianiaya orang dengan hantu raya. Cam sangat Ngah Ucup dengan petua kerana beberapa kali dia bermimpi dianiaya dengan hantu raya itu.
Sebab itu dia tidak bertangguh selitkan ekor pari di depan pintu. Arwah Aki Timin sudah ingatkan dia mengenai pantang larang hantu raya sekiranya terserempak ekor pari. Percaya benar Ngah Ucup dengan petua yang diturunkan oleh arwah Aki Timin.
Tetapi semenjak Haji Sakari ingatkan dia fasal ekor pari itu tidak berupaya lindungkan dia daripada gangguan hantu raya, terasa juga padanya petua arwah Aki Timin sekadar boleh dijadikan panduan sahaja. Bimbang juga dia mahu mempercayai benar petua-petua tersebut kalau berlawanan pula dengan aqidah.
Memang arwah Aki Timin turunkan petua tersebut kepadanya kalau mengalami mimpi ganjil. Sekiranya bermimpi bergelimang dengan mayat, Aki Timin menyuruh dia beringat-ingat kerana akan dianiaya dengan sihir.
Terserempak ular mahu mematuk bukannya disebabkan ada gadis menaruh hati, tetapi akan diganggu orang dengan jembalang tanah, kalau mengunyah sirih, dia diingat supaya berhati-hati makan minum kerana bimbang akan dianiaya dengan santau.
Semua petua yang diturunkan oleh arwah Aki Timin itu memang diingat benar oleh Ngah Ucup. Dalam masa dia beringat-ingat juga kepalanya dipukul tiang sauh sewaktu ikut taukeh Cina ke laut. Kalau sudah geruh, beringat macam mana pun dia tidak akan dapat mengelak daripada musibah yang ditentukan Allah.
"Siapa pula nak aniaya dengan hantu raya?" rungut Sirah dalam keluhan memanjang.
"Ah, kadangkala kawan kenal baik pun sanggup buat,:" tegas Ngah Ucup mencemik muka bagaikan benci sangat dengan sesiapa sahaja mahu menganiaya orang dengan menggunakan ilmu syaitan .
"Kita tak tahu, susah nak tuduh," sahut Basir masih tertanya-tanya sama ada benar hantu raya yang merasuk rumah tangannya selama ini Kalau gangguan syaitan kenapa pula berterusan setelah dia amalkan membaca ayat-ayat al-Quran.
Mustahil pula syaitan berani mengganggu sekiranya ayat-ayat al-Quran dijadikan arnalan. Memang Basir sentiasa amalkan zikir setiap kali selesai solat.
Disebabkan terdesak terpaksa juga Basir bersetuju ikut kemahuan isterinya jemput Busu Jemul pulihkan rumah.Biarlah Busu Jemul tanamkan rumput sambau empat penjuru rumah supaya puaka tidak membolos masuk. Kalau Busu Jemul mahu taburkan bertih sekeliling rumah pun, Basir tidak membantah.
#KoleksiTokAwangNgahBab170
LELAKI HODOH TUBUHNYA LEMBU
(Bab 170 bahagian 2)
Ketika ini sedikit demi sedikit lelaki bertubuh lembu itu merasakan kakinya terlekat di tanah hingga tidak boleh lagi menginjal-nginjal. Sewaktu dia membuka mulut mahu membentak terasa bagaikan terkunci tidak dapat berkata apa-apa.
Lingkaran cahaya yang mengelilingi tubuh Haji Sakari semakin marak menyala seolah-olah menyilau terang di sekeliling simpang jalan. Lelaki hodoh itu melihat bayang tubuhnya seekor lembu tercegat kaku tidak dapat bergerak.
Lantas dia menepuk tangan-nya yang masih boleh digerakkan terus dijuruskan ke arah Haji Sakari. Serentak dengan itu pancaran api keluar dari tapak tangannya menerjah ke arah lingkaran cahaya yang mengepung tubuh Haji Sakari.
Apabila tubuh Haji Sakari hilang di dalam lingkaran cahaya putih itu, pancaran api yang memercik dari tangan lelaki itu bergulung ke belakang. Ketika ini kilat memancar di udara dengan petir menyambar lelaki bertubuh lembu itu.
Dalam sekelip mata sahaja tubuhnya tergolek di tanah dengan kesan disambar petir. Menggelupur dia mengerang-erang sambil melambai tangan meminta pertolongan. Lama menggelupur di tengah simpang lelaki bertubuh lembu itu hilang sedikit demi sedikit dalam kesamaran senja.
Beberapa kali Haji Sakari beristighfar setelah dirinya terselamat daripada ancaman dihadang lembaga manusia bertubuh lembu itu. Sebab itu dia tidak mahu beritahu sesiapa pun pengalamannya sewaktu banyak membuka gelanggang silat di merata kampung. Masakan orang mahu mempercayai kejadian dia dihadang di pertengahan jalan itu.
Tentu siapa sahaja akan menuduhnya memfitnah. Lebih baik dia pendamkan sahaja di dalam hati menjadi rahsia seumur hidup. Semasa dia memerhatikan murid-muridnya memencak di tengah gelanggang, Seman Sepet termengah-mengah mencari abangnya Kahar Dobok tengah mencuba langkah.
Tergamam juga Kahar Dobok sebaik sahaja diberitahu oleh adiknya, datuknya Aki Majak tiba-tiba terkejang menggelepar sewaktu membakar kemenyan di hujung serambi. Tubuhnya lebam-lebam bagaikan dicucuh dengan puntung api berbara merah.
Serba salah juga Kahar Dobok mahu mengajak gurunya ikut sama menjengah ke rumah. Tahu sangat Kahar Dobok fasal datuk-nya marah benar apabila dia ikut sama belajar di tengah gelanggang silat Haji Sakari. Memang Kahar Dobok tidak tahu apa-apa pun punca datuknya marah sangat terhadap guru silat berkenaan.
Tetapi dia tidak peduli apa-apa. Perkara belajar silat tidak sama dengan amalan datuknya hingga boleh menjadi bomoh di tengah kampung. Dia sekadar mahu belajar memencak, bukan-nya mahu menjadi bomoh dijemput orang mengubat sesiapa sahaja. Apalah salahnya dia berguru pada Haji Sakari semata-mata mahu belajar memencak?
"Kita tengok Aki Majak tu," beritahu Haji Sakari mengajak murid-muridnya ikut sama menziarah ke rumah orang tua berkenaan. Kahar Dobok juga tidak menghalang apa-apa sekiranya guru silat itu sudi ikut sarna menjengah.
Tetapi ketika mereka sampai di tengah halaman rumah, Aki Majak sudah meninggal dunia. Memang Haji Sakari melihat tubuh Aki Majak lebam-lebam seperti terbakar disambar petir. Dia beristighfar dengan rasa gementar sebaik sahaja melihat keadaan tubuh Aki Majak.
"Dengan ustaz, memang tak boleh nak sembunyikan apa-apa,” tutur Haji Sakari mengerling saya apabila kenangkan kejadian yang menimpa Aki Majak itu.
Saya sekadar tersengih-sengih sahaja apabila diusik oleh Haji Sakari demikian. Apa sangat dihairankan kejadian dia dihadang di simpang jalan oleh lembaga manusia bertubuh lembu itu. Kalau Allah mengkehendaki tidak ada suatu pun yang terlepas daripada ketentuanNya.
Memang kejadian yang menimpa Sirah tidak sama dengan yang dialami oleh Haji Sakari ketika dihadang lembaga lelaki tua hodoh bertubuh lembu itu. Hanya Ngah Ucup sahaja hairan tidak menentu apabila kenangkan Sirah bangun membentak mahu menyepak saya. Kemudian terkaku tidak dapat bergerak bagaikan berolok-olok sahaja.
"Pandai pula kau nak temberang!" gerutu lelaki tua itu semakin marah diejek demikian. "Sekarang kau nak jadi bomoh pula, nak tutup rezeki orang?" dia meninggikan suara dengan menghentak-hentak kaki ke tanah bagaikan lembu jantan mahu berlaga.
"Rezeki lembu makan rumput, buat apa aku nak ganggu," tersengih-sengih Haji Sakari setelah menyedari sebab musabab lelaki bertubuh lembu itu menghadangnya.
Dia sudah dapat mengagak tentu ada orang yang berkecil hati apabila dia mendoakan orang yang sakit tidak meminta apa-apa pengeras seperti ditetapkan. Tentu ramai orang yang terkejang sakit tidak lagi memerlukan mereka setelah Haji Sakari bersedia membantu.
Perkara tidak ambil pengeras bukan penting sangat pada Haji Sakari. Apa perlunya dia menerima pengeras berpuluh-puluh ringgit kalau doanya tidak dimakbulkan Allah? Tentu orang akan menuduhnya sengaja mahu menipu sekiranya orang sakit yang didoakan tidak sembuh-sembuh.
Memang Haji Sakari tidak akan menerima apa pun bayaran kalau dia doakan supaya Allah sembuhkan penyakit yang dideritai. Perkara doa-doa bukan direka-reka, tetapi berpandukan ayat-ayat Quran. Masakan dia mahu berjual beli dengan menggunakan ayat-ayat Quran yang diamalkan selama ini.
Tidak patut lelaki tua bermuka hodoh itu menuduhnya menutup rezeki kalau orang-orang kampung tidak mahu menemuinya. Alangkah baiknya kalau lelaki bertubuh lembu itu mencari rezeki bukan menggunakan kepandaian ilmu demikian!
"Oh, kau hina aku macam lembu makan rumput!" bertambah marah lelaki tua bertubuh lembu itu.Lantas dia menerkam ke arah Haji Sakari, tetapi segera dielakkan sampai lelaki bertubuh lembu itu terdorong ke perdu pokok kekabu di tepi parit.
"Awak tak bertanduk macam mana nak menyerbu?" ujar Haji Sakari mengejeknya lagi.
"Kau ingat aku ni lembu!" bentak lelaki itu terus memusingkan badan sambil kakinya menendang kuat mahu menerjah ke dada Haji Sakari.
Tetapi lompatan Haji Sakari lebih tangkas mengelak sambil menyepak ke dagu lelaki tua bodoh itu. Semasa kakinya menyepak sempat juga Haji Sakari membacakan:
Allahhu Akbar illa-man tazaqka illallahhu ya Saidina Ali.
Terpelanting kepala lelaki hodoh itu jatuh ke tanah seperti buah kepala bergolek di perdu pokok. Cepat-cepat pula dia membongkok mencapai kepalanya yang tercabut, terus diletakkan semula ke tengkuk.
"Hah, kenapa tak elakkan?" segera Haji Sakari menyindir apabila lelaki itu terkial-kial melekatkan semula kepalanya yang tercabut.
"Memang pantas sangat kau menyepak," gerutunya semacam mengakui ketangkasan Haji Sakari hingga tidak sempat dia mahu mengelak. "Tapi, kau jangan nak tunjuk pandai! " tegasnya masih tidak mahu mengalah.
Tetapi Haji Sakari juga tidak akan mengalah. Bila-bila dia sanggup melawan gunakan tenaga tatkala usianya masih muda. Dia mampu melompat gagah kalau sekadar mahu mengelak daripada serbuan. Tidak sia-sia dia lama belajar memencak sekiranya mahu diuji ketangkasan membuka langkah. Cubalah, dia tidak akan undur setapak pun!
Berpusing-pusing lelaki bertubuh lembu itu mahu menyerbu ke arah Haji Sakari. Bimbang juga dia mahu menerkam sekiranya mudah sangat dielak. Tahu sangat dia Haji Sakari tidak setakat gagah memencak silat di tengah gelang-gang, tetapi amalannya sudah mantap.
Puas dia berligar-ligar masih juga tidak dapat ruang mahu menerkam. Sambil menginjal-nginjal melompat lelaki hodoh bertubuh lembu itu memukul ekornya ke tubuh hingga memancar bunga api seperti kalimayar. Ketika ini Haji Sakari melihat tunggul-tunggul buluh bercerancang di sekelilingnya.
Tersenyum Haji Sakari dengan ancaman tersebut. Hati-nya tidak gentar sedikit pun. Apabila dia mengisar tumitnya ke tanah tunggul-tunggul buluh yang bercerancang reput bagaikan kapas dimakan api.
"Aku beri tempoh lima minit!" tegas Haji Sakari setelah bosan dengan kedegilan lelaki hodoh itu. "Kalau kau tak berundur, laknat Allah akan kau terima padanya," dia menggertap bibir seolah-olah memberi amaran kepada lelaki berkenaan.
Haji Sakari tidak menyahut apa-apa. Dia sekadar menyebut: Bismillahi Allahhumma, ya Allah ya Allah ya Allah ya Allah, ya Muhammad ya Muhammad ya Muhammad dengan diulangi hingga 100 kali.
Serentak dengan itu sekeliling pagar rumah Basir menjadi merah bagaikan besi disepuh ke api. Lembaga tiga beranak itu tidak dapat menghampiri tepi pagar akibat bahang panas.Kalau mereka berkeras mendekati bahang panas itu nescaya seluruh tubuhnya akan terbakar tidak bersisa.
"Haji, ini tempat kita, awak tahu ke!" bentak lembaga yang perempuan mencebek bibir. Marah benar dia disebabkan dihalang oleh Haji Sakari mahu menyerbu ke rumah Basir.
Lantas Haji Sakari menghentakkan tumitnya ke tanah hingga keliling rumah bergoyang menyebabkan tanahnya jerlus ke bawah. Terpaksa lembaga tiga beranak itu mencari tempat bertahan supaya tidak disinggahi tanah jerlus itu.
Di mana sahaja mereka berpijak berhampiran rumah semuanya jerlus tidak bertahan. Tetapi lembaga lelaki itu terkekeh-kekeh ketawa dengan keadaan tanah jerlus di merata tempat. Dia menjadi terhuyung-hayang seolah-olah langkahnya goyah disebabkan gegaran yang kuat selepas Haji Sakari menghentak tumit ke tanah.
"Saya lagi suka mati!" pekik lembaga lelaki India itu melambai-lambai tangan bagaikan mengejek Haji Sakari.
"Kalau laki saya mati, saya bunuh semua orang," lantas lembaga perempuan itu pula membentak melepaskan rasa geram. Marah benar dia apabila melihat suaminya terhuyung-hayang tidak menentu.
Ketika ini lembaga kecil seperti anaknya itu melompat melepasi tanah jerlus berpaut kepada pagar. Tetapi dia terjerit-jerit kesakitan apabila tangannya melecur disebabkan keliling pagar masih berbara merah laksana besi disepuh ke api.
Cepat-cepat pula lembaga perempuan itu hulurkan kayu biar anaknya berpaut kuat. Terkial-kial anaknya meniti pada kayu yang dihulurkan untuk mengelakkan tanah jerlus asal sahaja dipijak.
"Haji, betul-betul mahu lawan ke?" tersengih-sengih lembaga lelaki India mendongak Haji Sakari, sekalipun langkahnya goyah terhuyung-hayang. Kemudian dia terkekeh-kekeh ketawa menggenggam penumbuk diperagakan kepada Haji Sakari bagaikan mahu mencabar.
Belum sempat lembaga lelaki India itu melonjak menerpa ke arah betis Haji Sakari, segera dia bacakan surah al-Ikhlas sebelas kali diikuti dengan surah al-Falaq dan surah an-Nas. Kemudian Haji Sakari meneruskan membaca:
Qul innama ana basyarum mislukum yuho ilaiya innama ilahukum ilahun wahidun faman kana yarju ilqo-a rabbihi falya'mal 'amalan solihan wala yusyrik bi'ibadati rabbihi ahadan.
Apabila dihembuskan oleh Haji Sakari ketiga-tiga lembaga itu berpusar bagaikan gasing tengah uri. Lama lembaga tiga beranak berpusar segera Haji Sakari menudingkan jari ke arahnya dengan serta merta tubuh mereka terhenti berpusar. Semua nya terpelanting laksana puntung rokok dilontar ke tepi longkang.
"Ayoyo yo, tuan haji mahu kasi kita mati ke?" termengah-mengah lembaga lelaki India semakin goyah kakinya mahu berdiri tegak.
"Apa fasal tuan haji bikin kita ini macam?" lembaga perempuan India itu pula mendengus sampai termuntah-muntah menahan perut memual-mual akibat terlalu lama tubuhnya berpusar.
Ketika ini lembaga kanak-kanak itu menangis teresak-esak tersandar di perdu pokok. Tubuh-nya menjadi lembik tidak bermaya setelah lama berpusat laksana gasing ligat berpaci.
Tetapi Haji Sakari tidak akan melayani mereka. Sambil mengisar tapak tangannya, Haji Sakari membacakan doa berterusan:
Waman yabtaghi ghairal Islamidinan falan yuqbala minhu wahuwa fil akhirati minal khosirin.
Lantas sahaja asap putih keluar dari kisaran tapak tangannya bagaikan debu kaca menerjah ke muka lembaga tiga beranak yang terhuyung-hayang tidak keruan. Debu-debu itu hinggap ke seluruh tubuh lembaga tiga beranak itu menyebabkan kulit mereka luka tidak menentu.
Apabila mereka menepis debu-debu kaca itu, semakin bertambah teruk luka di kulitnya.Ketika ini mereka mula gementar mahu menatap muka Haji Sakari yang tercegat dengan kaki terkangkang melangkaui bumbung rumah Basir.
saya merasakan seluruh tubuh saya berputar ligat.
Lama berputar bagaikan air berpusar kuat, perlahan-lahan saya melihat Onyang Jami melaung-laung dari tingkap rumah. Setiap kali Onyang Jami melaung, tergamang-gamang hati jirannya Aki Kiman. Memang sudah menjadi pantang larang Aki Kiman tidak boleh mendengar perempuan melaung di tingkap tartkala senja masuk waktu. Asal sahaja jeritan perempuan melaung kuat di tingkap dia merasa seluruh badannya seram sejuk.
Semenjak meninggalkan kampung halaman berpindah ke kampung tersebut Aki Kiman berharap amalan yang diamalkannya boleh luput. Jauh dia merantau membawa isterinya hingga menyeberangi laut meninggalkan Kerinchi di Jambi semata-mata mahu selamatkan dirinya. Aki Kiman kesal di sebabkan amalan itu juga dia menjadi mandul.
Setelah isterinya meninggal dunia, memang Aki Kiman mahu tinggalkan sahaja amalan tersebut. Tetapi dia mesti harapkan anak kecil berumur sepuluh tahun sahaja boleh lakukan. Kalau anak kecil itu berani memukul kepala jelmaan harimau yang mengganggunya dengan antan pengemping nescaya amalan tersebut luput juga.
Kalau tidak diperdayakan kawannya supaya minta turunkan amalan gurunya di Kerinchi memang Aki Kiman tidak akan terjun ke Sungai Kerinchi tengah malam tatkala gelap gelita. Dia tidak akan meneguk air sungai itu tujuh teguk dalam masa menyelam hingga sampai ke dasar. Manalah dia tahu boleh jadi mandul sampai tidak boleh mendapat anak langsung akibat amalan tersebut.
Tetapi tidak siapa pun anak kecil yang boleh diharapnya memukul kepala harimau jelmaan yang mendampingi dirinya. Memang Aki Kiman tidak mahu lagi jelmaan harimau itu sentiasa terconggok di mana sahaja dia tergamang dengan laungan perempuan di tingkap tatkala senja masuk waktu.
Tamat bab 169.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Bukan orang besar sahaja pernah terserempak Haji Tulus, malah Dukun Manap juga menemui lelaki berjubah putih dengan janggutnya sampai ke dada itu semasa belajar di madrasah Lebai Mardah. Hampir juga Dukun Manap terjerit ketakutan apabila orang tua berjubah putih itu tiba-tiba duduk di belakangnya semasa dia tunaikan solat sunat tahajud di tengah madrasah.
Dia satu-satunya murid di madrasah yang rajin bangun cekang mata di tengah malam untuk dirikan sunat solat tahajud. Biarlah kawan-kawan yang lain nyenyak tidur kerana bimbang tidak sempat bangun solat subuh bersama Lebai Mardah. Mereka akan kecewa sekiranya tertinggal solat subuh dengan berimamkan guru mereka, hingga terpaksa buat sendiri berseorangan kalau terlambat.
Tetapi Dukun Manap tidak pernah tertinggal solat subuh bersama Lebai Mardah sekali pun dia bangun tengah malam. Perkara tidur bukan disebabkan cekang mata atau tidur yang menyebabkan mengantuk sangat, tetapi kesungguhan dalam diri sendiri. Sebab itu Dukun Manap gagahi juga bangun tengah malam dirikan solat sunat tahajud di tengah madrasah.
Habis sahaja memberi salam, berdebar sangat hati Dukun Manap apakala tercium bau harum yang menusuk. Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang dia melihat lelaki tua berjubah putih duduk di belakangnya memegang buah tasbih di tangan kanan. Sementara tangan kiri memeluk tongkat yang di pangku di atas ribaan.
Dukun Manap tidak peduli sangat kehadiran orang tua berkenaan duduk di belakangnya. Dia teruskan sahaja berzikir hingga terasa seluruh badannya meremang tegak bulu roma. Sewaktu dia mahu balik ke tempat tidur, lelaki itu tidak kelihatan lagi di belakangnya. Tetapi bau harum itu masih semerbak tercium di keliling madrasah.
Bagaimana pun Dukun Manap tidak memberi tahu sesiapa pun mengenai lelaki tua berjubah putih yang tiba-tiba duduk di belakangnya. Hingga tiga malam lelaki berkenaan menjelma tatkala dia solat sunat tahajud lantas Dukun Manap beranikan hati menegur sebelum sempat orang tua itu menghilang menjelang subuh.
“Aku nak berimamkan awak, apa salahnya?’ jelas lelaki berjubah itu tersenyum.
Setelah didesak oleh Dukun Manap perlahan dia memberi tahu mengenai dirinya Haji Tulus. Sebaik mendengar nama Haji Tulus terpegun Dukun Manap kerana dia terkeliru dengan nama tersebut. Seisi kampung hanya sekadar memanggilnya Tuan Tulus sahaja. Dukun Manap juga mendengar dari kawan-kawannya di kampung berkenaan mengenai Tuan Tulus yang sudah meninggal dunia sejak bertahun-tahun dulu.
“Tuan ni, Tuan Tulus ke?” tergagap-gagap Dukun Manap disebabkan terlalu gementar.
Tuan Tulus mengangguk. Tersenyum dia kerana menyedari Dukun Manap dalam keadaan gementar. Tahu sangat dia membaca hati Dukun Manap yang tidak percaya sedang berhadapan dengannya. Lantas Haji Tulus menepuk-nepuk bahu Dukun Manap terus menuturkan.
“Kita ni sama-sama makhluk, jangan memuji-muji makhluk kerana segala puji itu hanya kepada Allah.”
Teragak-agak juga Dukun Manap mahu memberi tahu Lebai Mardah mengenai kejadian yang dialaminya tatkala tunaikan solat sunat tahajud di tengah madrasah. Bimbang juga dia sekirannya Lebai Mardah tidak mempercayai dirinya. Tentu kawan-kawan di madrasah menuduhnya sengaja berbohong semata-mata mahu menarik perhatian orang lain.
Sebab itu Dukun Manap tidak mahu memberi tahu sesiapa pun. Biarlah Lebai Mardah tidak tahu apa-apa mengenai kejadian yang dialaminya itu. Tetapi sewaktu sama-sama solat subuh selepas itu, terkejut benar Dukun Manap apabila Lebai Mardah menyuruhnya ke hadapan imamkan Jemaah.
“Perkara sakit Leha ni, memang perkara yang tak masuk akal!” jelas Dukun Manap ingatkan anak saudaranya supaya bersabar menghadapi musibah demikian.
Di sebabkan Andak Miyah sendiri uzur, terpaksa juga Dukun Manap datang menjengah. Sewaktu dia melangkah naik ke rumah Mat Jani memang sudah dirasanya dadanya di rempuh kuat seolah-olah kerbau jantan turun minyak menyondol laju.
Setelah dia doakan air di dalam jag itu disuruh orang besar minum dan basuhkan ke seluruh badan sama seperti mengambil suduk, dia bisikkan ke telinga orang besar supaya bacakan tujuh kali setiap kali mahu lelapkan mata:
Qul innama ana-basyarum mislukum yuho ilaiya innama ilahukum ilahun wahidun faman kana yarju liqo-arabbihi falya’mal’amalan solehan wala yusrik bi’ibadati rabbihi ahadan.
Tiga malam berturut-turut lelaki berjubah putih itu menemui orang besar barulah dia memberi tahu mengenai dirinya Haji Tulus. Memang tertegun apabila disebut Haji Tulus mengunjungi dia, disebabkan orang besar tahu Haji Tulus sudah meninggal dunia sejak bertahun-tahun.
“Jadi, tuan ni Tuan Tulus?” gementar hati orang besar setelah mendapati dia dikunjungi oleh Haji Tulus.
“Sengaja nak tengok anak cucu dalam kesusahan,” beritahu Haji Tulus tersenyum hingga tercium bau wangi di sekeliling bilik hospital oleh orang besar berkenaan.
“Penyakit saya dah beransur sembuh, tuan,” jelas orang besar kerana menyedari dia bukannya bermimpi tatkala dikunjungi oleh Haji Tulus. Tetapi selama tiga malam dia dikunjungi oleh Haji Tulus tidak terlintas di hatinya mahu memberi tahu sanak saudara. Isterinya juga seolah-olah terlupa mengenai dikunjungi orang tua tersebut yang mendoakan air pada jag untuk diminum dan dibasuh ke seluruh badan macam mengambil wuduk.
“Alhamdullillah, bersyukur kepada Allah,” Haji Tulus ingatkan orang besar supaya jangan terlalu kagum dengan air yang didoakan pada jag itu.
“Tapi, tuan yang ubatkan saya,” orang besar tetap yakin dengan air yang didoakan oleh Haji Tulus itu menyebabkan dia sembuh serta merta.
Doktor di hospital juga berasa hairan disebabkan penyakit orang besar sembuh sebelum sempat dibawa ke England. Macam tidak percaya doktor berkenaan apabila mendapati ketumbuhan dalam perut orang besar hilang dengan tidak perlu dibedah.
Keluarga yang sudah bersiap sedia mahu menghantar orang besar berubat ke England juga tidak percaya apabila diberi tahu mengenai kunjungan Haji Tulus. Masakan Haji Tulus yang sudah meninggal dunia sejak bertahun-tahun tiba-tiba menjelma bukan di dalam mimpi. Haji Tulus sendiri yang doakan air pada jag untuk minum dan disapukan ke seluruh badan.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Mereka percaya di bawah bukit itu tentera-tentera Jepun memancung leher orang Cina dalam masa kemelut. Bagaimana pun mereka yang terserempak lembaga berkenaan tidak cam sama ada ianya Cina atau Melayu. Disebabkan ketakutan mereka terus sahaja berlari mengheret basikal mendaki jalan berbukit itu.
Kadangkala mereka campakkan sahaja basikal itu ke tepi jalan terus berlari balik ke tengah kampung. Tetapi tidak siapa pun yang dirasuk hingga meracau-racau ketakutan. Mereka percaya lembaga tidak berkepala itu bukan mahu mengganggu, mereka sekadar mahu meminta pertolongan sahaja.
“Aku bukan takbur, kalau puaka di bukit tu biar aku lawan!” tegas Mat Jani bersemangat.
“Kita nak ubat Leha, bukan nak bertengkar,” segera Dukun Manap ingatkan mereka suami isteri. Lagi pun memang patut dia menegur Mat Jani anak saudaranya kalau mahu bertengkar dalam masa Leha masih diganggu penyakit ganjil.
Setelah berhari-hari terlantar Leha semakin kerap terkencing di kain hingga terpaksa di gantikan berhelai-helai. Hairan juga Ngah Sirah disebabkan Leha tidak banyak meneguk air, bagaimana pula boleh terkencing tidak henit-henti.
Sebab itu Mat Jani tidak percaya Leha diganggu puaka di bukit kalau takat lembaga tidak berkepala menjelma. Tahu sangat Mat Jani dengan lembaga tidak berkepala yang ditemui di jalan berbukit mendaki itu. Sudah dua tiga kali dia terserempak tatkala balik dari pekan kecil apabila melalui tengah malam santak pukul dua belas.
Memang Mat Jani tidak berundur setapak pun apabila lembaga berkenaan memboceng di belakang basikal semasa dia melompat turun. Masakan mahu berkayuh sekuat hati mendaki jalan berbukit itu semata-mata takutkan lembaga berkenaan.
Sebaik sahaja lembaga tidak bekepala itu terconggok di belakang basikal, tidak bertangguh Mat Jani bacakan al-Fatihah tujuh kali, surah al-Ikhlas tujuh kali, Ayatul Kursi 17 kali. Semasa dihembus kearah lembaga tidak berkepala itu dia bacakan pula:
Laqod ja-akum rasulum-min anfusikum ‘azizun ‘alaihi ma-‘anittum harisun ‘alaikum bilmukminina ra-ufurrahim, fa-in tawallu faqul hasbiyal Allah-hu la-ilaha illa huwa ‘alihi tawakkaltu wahuwa rabbul’arsyil azim.
Serentak itu Mat Jani mendengar jerit lolong bertele-tele di tengah malam diikuti dengan lembaga tidak berkepala yang membonceng basikalnya terhumban ke tebing jalan. Kemudian menggelupur di dalam rumput longkang hingga hilang bersama hembusan angin malam.
Cubalah lembaga tidak berkepala itu ganggu dia tatkala melalui lorong berbukit mendaki itu! Memang Mat Jani tidak bimbang apa-apa kalau takat mahu mengujinya. Tetapi sekiranya Leha dirasuk puaka dia tidak mampu pulihkan semula anaknya.
Masakan dia berani melalui kawasan sepi demikian tatkala tengah malam kalau mudah terkejut apabila terserempak lembaga tidak berkepala. Sedangkan dia masuk ke hutan menebang pokok pun bermacam-macam gangguan menghalang, tidak pernah Mat Jani undur ke belakang. Kawan-kawan Cinanya juga kecut perut apabila ular tedung selar menyerbu tengah belukar, tetapi Mat Jani pantas mencekak lehernya.
Tiga kali dia menepuk kepala ular tedung selar nescaya ular tersebut akan moyok tidak bertenaga. Bila-bila sahaja kawan-kawan Cinanya berani lingkarkan ular tersebut di hehernya. Sampai bila pun ular tersebut tidak akan mengangkat kepala mematuk mangsa. Mat Jani tahu ular tedung selar yang sudah ditangkapnya tidak akan bertahan lama. Tentu ular tersebut akan terkejang mati tidak dapat mencakup makan selagi bisanya tidak dipulangkan semula oleh Mat Jani. Terpaksa dia mengheret ular berkenaan jauh ke tengah belukar dilepaskan di situ sebelum bisanya dipulangkan.
Setelah dipulangkan bisanya oleh Mat Jani nescaya ular tersebut akan melonjak garang semula merempuh ke tengah belukar. Memang Mat Jani tidak bimbang apa-apa kalau dirinya mahu diuji. Sia-sia dia lama tinggal bersama datuknya Itam Sibin kalau tidak minta turunkan amalan orang tua itu.
Alif lam mim sad, kaf ha ya a’in sad, ha mim a’in sim kof, uskun aiyuhal waji’billazi, inyasya yuskinirriho fayazlalna rawakido’ala zoh-rihi, inna fi-zalika la-ayatin likulli sobbarin syakur.
Apabila saya kisarkan tapak tangan Andak Miyah mula merangkak laksana harimau dengan mencakar-cakar lantai. Tersenyum saya disebabkan gangguan syaitan yang merasuk sudah tidak dapat berselindung lagi di sebalik Andak Miyah.
“Hah, sekarang dah tunjukkan diri ye?” sengaja saya mengejek menyebabkan Andak Miyah berubah suara lantas menderam bagaikan harimau liar di tengah hutan.
“Aku nak jaga Miyah, kenapa ustaz nak halau?” Andak Miyah menunduk dalam suara yang lemah.
“Awak pun makhluk, buat apa nak jaga makhluk!” ujar saya keras terus mengejeknya dengan mencemik muka.
“Kesian tengok Miyah, tak ada orang nak jaga dia,” sahutnya mahu mengelirukan saya dan Cikgu Karib.
“Allah lebih tahu melindungi sesiapa yang dikehendakinya,” jerkah saya merenung tepat ke mukanya dengan tidak berkedip mata. Tersengih-sengih Andak Miyah, kerana saat ini dia menyedari saya melihat bahagian punggungnya sudah bertukar menjadi harimau. Ekornya yang panjang juga terkotek-kotek.
Tentu Cikgu Karib tidak memahami apa sebenarnya berlaku ketika itu. Tetapi Andak Miyah sendiri diperdayakan oleh jelmaan lelaki yang bahagian pinggang hingga ke kaki bertukar menjadi harimau. Tubuh lelaki itu seakan-akan bersatu dengan tubuh Andak Miyah.
Apabila saya hembuskan al-Fatihah tujuh kali, surah al-Ikhlas tujuh kali dan Ayatul Kursi 11 kali, tubuh lelaki itu seolah-olah terkopak dari tubuh Andak Miyah menyebabkan dia terjerit-jerit kesakitan. Ketika ini Cikgu Karib melihat emaknya mengeliat-geliat bagaikan kulitnya tersiat menahan kesakitan.
Lelaki yang bahagian punggung hingga ke kakinya menjelma bagaikan harimau itu mengerang-erang apabila tubuhnya dipisahkan dari tubuh Andak Miyah dengan hembusan al-Fartihah. Kemudian dia menangis teresak-esak setelah saya memaksanya berundur jauh dari Andak Miyah.
Asal sahaja dia cuba mendekati Andak Miyah saya ulangi membacakan Ayatul Kursi 11 kali menyebabkan kilat berkilau diikuti petir menyambar dari udara. Tubuhnya melecur teruk akibat disambar petir setiap kali Ayatul Kursi dibacakan berulang-ulang.
Tatkala petir dan kilat menyambar bayang jelmaan lelaki yang sebahagian tubuhnya menjadi harimau itu, Andak Miyah bertambah lemah. Dia terlentang di atas tikar dengan termengah-mengah. Ketika inilah Mat Jani tercungap-cungap memanggil Cikgu Karib dari tengah halaman.
Memang dia sudah mendengar Cikgu Karib balik menjengah Andak Miyah yang tidak sihat sejak beberapa hari setelah mengubati Leha. Dia juga diberi tahu oleh bapa saudaranya Dukun Manap mengenai kunjungan saya menjengah Andak Miyah tidak sihat badan itu.
Sebab itu Dukun Manap desak Mat Jani supaya ajak saya menjengah Leha yang diganggu ketakutan tidak bersebab.
Tamat di bab 168.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Setelah diberi tahu Andak Miyah dia sendiri membakar kemenyan menyeru Onyang Jami menjelma biar penyakit Leha dapat diubati. Tiga malam berturut-turut Andak Miyah membakar kemenyan dia sendiri mengalami sakit kepala berdenyut-denyut sampai merapik-rapik.
Hampir seminggu Andak Miyah demam diganggu sakit kepala berdenyut-denyu anaknya Cikgu Karib mengajak saya datang menjengah. Memang Andak Miyah lemah tidak bertenaga semasa saya bersama Cikgu Karib jejak kaki ke rumahnya.
“Biar ustaz ni tengokkan penyakit mak,” Cikgu Karib beri tahu dia supaya bersabar dalam masa diganggu penyakit. “Selepas ni, boleh kita ke hospital,” dia cuba memujuk emaknya yang enggan kalau disebut mahu dibawa ke hospital.
“Bila ustaz ni jampikan, malam ini ke?” tersenyum Andak Miyah dengan harapan anaknya tidak berkeras mahu membawanya ke hospital. Kalau saya tidak datang menjengah bersama Cikgu Karib, dia sendiri sudah bercadang minta jemputkan Dukun Baseli.
“Ustaz ni bukan bomoh,” jelas Cikgu Karib perlahan. “Dia doakan emak aje, tak payah tunggu malam,” ujar dia selanjutnya kerana menyedari emaknya menyangka saya akan menunggu sehingga malam.
Tahu sangat Andak Miyah kalau harapkan Dukun Baseli, memang dia akan membuat ramuan ubat pada sebelah malam sahaja. Tidak pernah pun dukun mengubati pesakit waktu siang. Kalau di beri tahu siang hari pun, Dukun Baseli akan menjengah sebaik sahaja malam kian gelap.
Hanya setelah malam gelap sahaja Dukun Baseli boleh menyeru pendampinganya datang menjelma. Apabila pendampingnya menyeru datang barulah Dukun Baseli dapat mengagak penyakit yang mengganggu. Dia juga akan dapat mengagak ramuan ubat yang perlu disedaiakan setelah dibisikkan ke telinganya oleh pendampingnya.
Siapa pun tidak melihat pendamping yang sentiasa tercegat di sisi Dukun Baseli tatkala dia membakar kemenyan. Cuma dia satu-satunya yang melihat pendampingnya laksana lembaga hitam seperti asap berkepul. Sekali sekala pendamping itu akan menjelma seperti harimau tercangkung di depan tempat bakar kemenyan.
Memang hairan Andak Miyah apabila diberi tahu oleh Cikgu Karib saya tidak berjampi hingga terpaksa menunggu malam hari baru mahu mulakan mengubati dia, Cikgu Karib jelaskan saya sekadar berdoa sahaja dengan tidak menetapkan waktu malam sahaja. Bila-bila masa sahaja boleh berdoa kerana Allah sahaja menentukan sama ada dimakbulkan atau sebaliknya, sama ada dicepatkan atau dilambatkan.
“Sakit kepala sikit aje, tapi rasa berat pula,” keluh Andak Miyah apabila disuruh oleh Cikgu Karib berlunjur kaki di depan saya.
Saya menyuruh dia letakkan tapak tangan kanan ke dada sebelah kiri dengan menyebut Allah berulang kali seberapa banyak yang boleh dengan tidak dilafazkan. Tidak sampai seratus kali dia mengulangi menyebut Allah, Andak Miyah mengakui debar dadanya bergoncang kuat. Tetapi saya suruh juga dia lakukan berterusan.
Ketika ini saya beristighfar 100 kali, diikuti dengan tasbih juga 100 kali. Apabila saya membaca al-Fatihah tiga kali, surah al-Ikhlas tiga kali dan Ayatul Kursi tiba-tiba sahaja Andak Miyah menangis tersengguk-sengguk.
Lantas saya menyuruh Cikgu Karib memegang ibu jari kaki emaknya dengan membacakan Ayatul Kursi sampai 100 kali. Semakin diulangi oleh Cikgu Karib membaca Ayatul Kursi bertambah galak Andak Miyah tersengguk-sengguk menangis. Setelah melihat Andak Miyah terlalu sebak menahan tangisan yang menggegar tubuhnya saya bacakan ke telinganya:
“Innama ilahukumul lahhul lazi la-ilaha illa huwa, wasi’a kulla syai-in ‘ilman.”
Apabila saya ulangi tiga kali membacanya Andak Miyah mula dapat mengawal perasaannya, tetapi tangisannya masih juga tesengguk-sengguk. Berkali-kali dia beristighfar setelah saya menyuruhnya berbuat demikian. Setiap kali dia beristighfar perlahan-lahan Andak Miyah mengesat pelupuk matanya dengan lengan baju.
Selesai sahaja saya doakan dia Andak Miyah mengaku hatinya sebak seolah-olah dirinya bagaikan mayat terbujur. Doa yang dibacakan itu terlalu memilukan hatinya hingga tidak dapat menahan sebak di dada.
Lama bersembunyi dalam gulung tikar di atas peran, Munah bersama adiknya Simat terlelap tidak sedar apa-apa. Hingga Onyang Jami bersama suaminya Tok Biran balik ke rumah kanak-kanak itu masih lagi terlina dalam gulung tikar di atas peran. Sebaik melihat lelaki tua yang bahagian punggungnya sudah menjadi harimau itu terkejang kaku dengan kepalanya berlumuran darah mereka suami isteri cemas juga.
Lantas Tok Biran menuduh dua orang anaknya menjadi mangsa lelaki yang hampir bertukar menjadi harimau itu. Tidak bertangguh dia menghunus golok mahu memenggal leher lelaki berkenaan. Memang dia terkejut apabila mendapati wajah lelaki itu iras-iras dengan Aki Kiman.
Ketika ini Tok Biran tidak dapat menahan sabar lagi, disebabkan ayahnya yang sakit tenat sudah meninggal dunia. Dia balik ke rumah semata-mata mahu menjemput dua orang anaknya. Tidak patut tinggalkan Munah dan Simat di rumah setelah datuk mereka meninggal dunia.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Mahu mengekori emaknya ke rumah datuknya tengah sakit tenat bimbang juga Munah di sebabkan malam semakin gelap. Belukar di kiri kanan lorong tengah kampung menyerkup laksana mulut ternganga luas. Manalah tahu ditengah belukar harimau tercangkung menunggu mangsa! Kalau tidak harimau pun boleh jadi ular sawa sebesar batang pinang berlingkar di tengah belukar.
Di dalam gelap malam dia tidak dapat melihat apa-apa pun. Sudah tentu harimau atau ular sawa mudah memerangkap tatkala mereka melalui lorong kecil diserkupi belukar di kiri kanan. Sebab itu Munah memujuk adiknya Simat supaya menunggu ayah dan emak mereka di rumah sahaja.
Setelah pelita dipasang di tengah rumah, Munah mendengar Aki Kiman memanggilnya dari tengah halaman. Lantas dia menyuruh adiknya Simat bukakan pintu.
“Emak kamu suruh aku tengok-tengokkan kamu,” tersengih-sengih Aki Kiman naik ke rumah terus duduk di tiang tengah.
Gembira benar hati Munah apabila orang tua berkenaan sudi temankan dia dua beradik. Memang Aki Kiman jiran terdekat yang selalu ambil tahu mengenai keluarga mereka. Kadangkala kalau tidak ada kelapa untuk masak gulai, emaknya akan suruh minta di rumah Aki Kiman. Sekiranya masak lemak ikan sungai campur tempoyak, ayahnya Tok Biran akan menyuruh mereka dua beradik hantarkan sepiring untuk Aki Kiman.
Lagi pun Aki Kiman tinggal sendirian sahaja di rumah semenjak kematian isterinya. Memang dia suka dengan kanak-kanak disebabkan dia sendiri tidak mempunyai anak. Kalau kanak-kanak riuh bermain di tengah halamannya Aki Kima tidak akan hiraukan, sekali pun dia mahu berbaring lepaskan penat di serambi rumah.
Tetapi setiap kali Munah bersama Simat jejak kaki ke rumahnya Aki Kiman ingatkan dia, kalau tetamu datang ke rumah mesti hulurkan tepak sirih. Aki Kiman suruh dia kacipkan kunyit biar melekat pada mata kacip itu.
Munah ingat sangat petua Aki Kiman sekiranya mahu menguji orang yang berkunjung berniat jahat atau tidak. Sekiranya berniat jahat memang tetamu tidak akan sentuh kunyit yang melekat pada mata kacip. Apa lagi kalau tetamu itu duduk di tiang tengah dengan tidak berganjak tempat.
“Makanlah sirih Aki,” Munah hulurkan tepak sirih dengan kunyit melekat pada mata kacip.
Aki Kiman mengangguk perlahan, tetapi dia tidak menyentuh pun tepak sirih yang dihulurkan. Sekali sekala dia terkuap-kuap bagaikan mengantuk sangat mahu rebahkan kepala ke bantal.
“Bila Munah nak tidur?” tersengih-sengih Aki Kiman mengerling anak kecil di hadapannya.
“Aku tunggu emak dan ayah balik,” sahut Munah ramah kerana dia mesti tunggu juga emak dan ayahnya kalau mahu tidur pun.
“Kalau nak tidur, tidurlah,” Aki Kiman seolah-olah memujuknya. “Biar Aki tunggu emak dan ayah kamu balik,” dia menuturkan lembut supaya kanak-kanak dua beradik segera masuk tidur.
Tetapi Munah bersama adiknya tidak juga mengantuk. Buat apa dia masuk tidur kalau tidak mengantuk. Lagi pun tidak sampai hati dia mahu tinggalkan Aki Kiman tersandar di tiang tengah menunggu emak dan ayahnya balik dari menjengah datunya sakit tenat.
Setelah lama menunggu Aki Kiman berkisar duduk dalam keadaan resah. Munah dan adiknya Simat tidak juga masuk tidur. Dia juga tidak menjamah sirih yang dihulurkan oleh Munah depannya.
“Makan lauk lebih sedap dari sirih,” bergetar suara Aki Kiman menusuk perasaan Munah. Ketika ini dia teringatkan pesan Aki Kiman setiap kali bermain di halaman orang tua itu supaya jatuhkan kacip ke bawah rumah kalau tetamu tidak mahu menjamah sirih.
Tidak bertangguh Munah jatuhkan kacip tersebut ke bawah melalui celah lantai. Kemudian cepat-cepat dia meminta kebenaran Aki Kiman mahu mengambil kacip tersebut di bawah rumah.
“Adik ambilkan kacip yang jatuh tu,” Munah memberi isyarat kepada adiknya supaya turun ke bawah rumah.
Tapi Simat gementar mahu turun berseorangan sahaja di dalam gelap malam. Setelah menarik adiknya ke serambi dia berbisik kepada adiknya supaya melihat pada tiang tengah. Kalau melihat ekor harimau berjuntai panjang dia mendesak adiknya lilitkan pada tiang.